Siapa Priyanka Yoshikawa?

Siapa pulak dia ni ye? Korang kenal tak? Sebenarnya, Priyanka Yoshikawa merupakan ratu cantik Jepun 2016. 

Dia dilahirkan berdarah campuran India (sebelah bapa) dan Jepun (sebelah ibu). Wanita jelita berusia 22 tahun serta berketinggian 1.76 meter yang fasih berbahasa Jepun dan Inggeris ni bertekad memperjuangkan isu kesaksamaan kaum selepas Ariana Miyamoto yang mendapat kecaman hebat selepas menjadi wanita berkulit gelap pertama mewakili Jepun tahun lalu.

Tak sangka jugak, zaman sekarang ni masih ada lagi sikap diskriminasi kaum dan warna kulit kan. Ramai penduduk Jepun dikatakan berpendapat, seorang yang mahu menjadi Miss Universe Jepun mestilah orang Jepun 'ori' sebab gadis 'haafu' (bermaksud 'half' atau separuh yang mana ia merujuk kepada generasi kahwin campur) tak layak. 

Katanya, dia juga sering dibuli dek kerana perbezaan warna kulitnya bila dia mengikut ayahnya berpindah ke Jepun ketika berumur 10 tahun.

Siapa Priyanka Yoshikawa?
Siapa Priyanka Yoshikawa?  Sumber Google.

Tuahnya memenangi pertandingan ratu cantik tu membuka peluang untuk dia memperjuangkan 'nasib' orang orang macam dia. Jangan tak tau, dia mempunyai lesen melatih gajah dan sangat mahir dalam sukan kick-boxing. 

Walau apapun, all the best untuk dia yang bakal bertanding dalam pertandingan Miss World di Washington Disember depan...

 Good luck girl! 

Sumber : Harian Metro.

2 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews