Kisah hari ke-21 puasa : Jadi vegetarian hari ni.....

Salam 21 Ramadan. Macam mana puasa hari ni? Ok tak? Hari ni cikla sambung lagi mengemas rumah. Aiyook. Dah 3 hari kot, tak siap lagi mengemasnya. Hihi. Hari ni cikla mengemas dapur dengan luar rumah. Itu pun still tak siap lagi. 

Nak dijadikan cerita, punyalah khusyuk dan tawaduknya cikla mengemas sampai tak sedar hari dah petang. Aiseyman, macam mana ni. Nak masak, memang semenjak dua menjak mood memasak macam ke laut pulak.

So, apa lagi. Dengan pantas cikla capai telefon. Apa lagi nak telefon cik abang lah sebab nak suruh dia belikan lauk untuk berbuka. Lega sikitlah sebab dia kata ok. Cikla kat umah, prepare apa yang patut kat umah. 

Bila cik abang balik, macam biasalah cikla skodeng apa yang dia beli. Mak aiii. Semuanya sayur ke. Adoii. Bior betul ni. Jadi kita hari ni jadi vegetarian lah yop oiii. Huhu. 

Korang bayangkanlah. Ada sayur lemak taugeh dengan petola, sayur lemak rebung, sayur lemak meranti, dengan kerabu lagi.

Tapi mujurlah dia ada beli ikan bakar sekoq, ayam rendang seketui dengan begedil. Telur masin cikla rebus sendiri. Hihi. Ermmm. Kira oklah tu kan. kalau tak memang makan sayur dengan nasi ler jawabnya kami. Hihi.

4 comments:

  1. Dia nak bini dia sihat makan sayur je.. hehe

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum CikLa..hihi...amboi semua masak lemak tu..kihkihkih...tapi tak pe..boleh je rezeki jugakan.. :)

    ReplyDelete
  3. selamat pagi..jalan2 sini ambil mood raya.. ^_^

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews