Keputihan semasa mengandung boleh membahayakan baby.

By Cikla Shahril - June 30, 2016

Rasanya kebanyakan wanita memang ada mengalami masalah ni. Ibu mengandung juga tak terkecuali. Ini kerana pengaruh perubahan hormon kehamilan seperti estrogen. 

Walaupun ia boleh dikatakan masalah biasa, tapi tak boleh dipandang remeh sebab keputihan yang abnormal akan membahayakan baby dalam kandungan. Biasanya, ada dua jenis keputihan yang selalu dihidapi oleh wanita iaitu;

  1. Keputihan normal : warna putih bening, cair, tak berbau hanyir/busuk dan tak gatal.
  2. Keputihan abnormal : warna kehijauan/kekuningan, bau hanyir/busuk dan gatal pada kulit.

Terdapat beberapa penyebab yang boleh mewujudkan keadaan ini iaitu;

  1. Perubahan dan ketakseimbangan hormon estrogen dan progesteron.
  2. Bila ibu mengandung terlalu penat, dia akan rasa letih dan kurang elektrolit tubuh, padahal baby masih perlukan elektrolit tubuh melalui uri. Ketakseimbangan ni akan menyebabkan reaksi hormon dalam bentuk keputihan. 
  3. Ibu mengandung memakan makanan yang berasal dari proses penapaian seperti keju dan tempe. Ini akan pengaruhi keseimbangan hormon dan terjadinya keputihan. 
  4. Darjah keasidan dalam faraj berubah dan rahim peranakan. Ini disebabkan oleh aktiviti hormon pertumbuhan dan perkembangan baby juga akan menyebabkan terjadinya keputihan. 
  5. Ibu mengandung yang mengalami stress dan kemurungan juga boleh menyebabkan berlakunya keputihan.

Ibu-ibu jangan risau. Ada beberapa cara yang boleh mengatasi masalah ni, iaitu;

  1. Sentiasa menjaga kebersihan badan dan pakaian. Kalau ada apa-apa masalah, cepat-cepat dapatkan rawatan untuk tengok keadaan kandungan.
  2. Kalau keputihan abnormal dibiarkan, ditakuti ia akan merebak ke dalam rahim dan membahayakan keselamatan baby dala kandungan.
  3. Kalau boleh, elakkan memakai panty liner dalam masa yang panjang dan elakkan menggunakan pembersih vagina terlalu kerap.
  4. Pakai seluar dalam yang boleh menyerap peluh dan kalau nak cuci bahagian intim, pastikan menggunakan sabun yang kurang kandungan wangiannya.

Walauapapun, ibu-ibu tak perlu risau sebab biasanya masalah ni akan hilang selepas proses melahirkan. 

Apa yang penting, langkah-langkah penjagaan yang perlu dititikberatkan bagi mengelakkan masalah ni semakin serius semasa mengandung.

Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Pernah juga dengar masalah ni untuk wanita mengandung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya mslh keputihn ni mmg menjadi mslh wanita kan tak kiralah wanita tu prgnt atau tak... Kan?

      Delete