Kebaikan puasa dari segi perubatan.

By Cikla Shahril - July 04, 2014

Hari ni sudah 6 Ramadan. Alhamdullilah, kita masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah ini. Ramadan, ia adalah bulan keberkatan malah Allah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda untuk setiap amalan yang kita buat. 

Sebenarnya, amalan berpuasa turut memberi kebaikan kepada kita terutama dari segi perubatan (kesihatan). Ia telah dibuktikan dengan pelbagai kajian yang dibuat oleh pakar-pakar.

Kebaikan puasa dari segi perubatan.
Kebaikan puasa dari segi perubatan.

Baiklah, cikla nak share beberapa kebaikan yang kita akan perolehi jika kita melakukan ibadah puasa ini. Antaranya;

• Menurunkan berat badan dengan cara yang sihat dan murah. Ia berbeza dengan amalan diet ketat seperti langsung tak makan nasi dan sebagainya. Dengan berpuasa, penurunan berat lebih stabil.

• Percepat proses pemulihan sebab masa berpuasa tenaga digunakan dari sistem penghadaman ke sistem lain seperti penyembuhan dan metabolisme badan.

• Awet muda dan melanjutkan usia. Ketika berpuasa hormon pertumbuhan (hormon anti-penuaan) dirembeskan dengan banyak sebab prides pembentukan sintesis protein lebih efektif, sistem tahan badan lebih baik dan kadar metabolisme lebih rendah.

• Kurangkan risiko penyakit aterosklerosis iaitu sejenis penyakit pada arteri (lemak berkembang pada dinding dalam dan sekat aliran darah). Ia biasa berlaku pada pesakit diabetes.

• Solat terawih dapat memetabolismekan makanan kerana ia salah satu bentuk senaman ringkas yang baik bagi menguatkan jantung dan aliran darah.

• Dapat mendisiplinkan diri untuk berhenti merokok kerana pada waktu siang perokok boleh meninggalkan rokok kerana berpuasa.

• Memberi ketenangan mental kerana ganjaran yang berlipat ganda membuatkan kita lebih menumpukan kepada melakukan ibadah.

Haaaa, banyak betul istilah perubatan kan? Kalau korang nak tau lebih detail, tanyalah pada yang pakar.

Sumber info: Metro/Sihat.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Assalamualaikum kak, banyak kebaikan berpuasa kan.. terbaik. Salam Ramadhan ~~~

    ReplyDelete