Perempuan memang pantang kalau lelaki...

Perempuan dengan lelaki memang tak sama tak kiralah dari segi percakapan, gerak geri, tingkahlaku, penulisan dan sebagainya. 

Sebab itulah ada sesetengah hal yang memang pantang bagi perempuan. Janganlah buat, memang nak cari pasal la tu kan? Hehe.

Apa yang perempuan paling pantang adalah:

  • Suka menyampuk, lepas tu tak ambik perhatian langsung, cepat rasa bosan dan hilang sabar.
  • Suka memerintah. Sesiapa pun tak suka orang memerintah dia kan? Buat tu, buat ni, mengarah aje kejenya.
  • Bergurau kasar. Ni lagilah kan. Mungkin ada sesetengah lelaki takdelah macam tu. Tapi, tak dinafikan ada sesetengah tu, kalau dengan orang cakapnya, guraunya kasar yang amat. Ada sesetengahnya maybe boleh terima. Ye lah, gurau-guraukan. Tapi, ingat tak semua leh tau.

Perempuan memang pantang kalau lelaki...
Perempuan memang pantang kalau lelaki... Sumber Google.

  • Cepat marah. Tak dinafikan ada sesetengahnya yang mempunyai sikap cepat berang, suka mengutuk, dan meninggikan suara yang membuatkan perempuan rasa jauh hati. Tapi, perempuan pun ada gak kot. *sesetengahnya.
  • Cakap besar. Ni lagi satu hal. Suka je cakap besar dan bermegah-megah. Huh, bosan sungguh.
  • Pengotor, erk. Ni 'no comment'. Sendiri faham ye.
  • Lupa hari istimewa, hehehe. Sendiri mau ingat der.

Pada kaum lelaki, janganlah marah. Memang tak semua yang macam kat atas tu. Cikla percaya masih ada segelintir lelaki yang ok. Dan tak dinafikan orang perempuan ada gak yang macam ciri cikla mention kat atas tu. 

Setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan. Pada pasangan terimalah seadanya, dan pada tuan empunya diri cubalah ubah mana yang kita rasa macam kureeengg je tu. Jom kita sama-sama muhasabah diri.

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews