'santai tapi sampai'

Hati ibu dan ayah mana yang tak berbunga-bunga, suka, happy, gembira bila anak mereka menjadi seorang yang berjaya dan hebat. Kalau sejak ...

Rahsia jadikan anak kita HEBAT!

Hati ibu dan ayah mana yang tak berbunga-bunga, suka, happy, gembira bila anak mereka menjadi seorang yang berjaya dan hebat. Kalau sejak kecik lagi, anak dah menunjukkan ciri-ciri yang baik, tak mustahil bila mereka besar nanti mereka akan jadi orang yang berjaya. 

Cikla rasa nak dapatkan semua ni bukanlah satu perkara yang senang. Semuanya perlukan 'usaha' dan in shaa Allah berjaya kalaulah kena dengan caranya.

Menurut Dr. Taufiq Razif, sebenarnya ada caranya nak bagi anak kita jadi hebat. Cikla percaya semua ibu dan ayah bukan cuma mahukan anak mereka hebat dari segi IQ nya je, tapi mereka pasti nakkan anak mereka hebat dan berjaya dalam hidupnya. IQ yang tinggi je takkan mampu produce anak yang berjaya.

Sebenarnya, kita dah boleh nampak kelebihan anak-anak ita sejak mereka masih kecil lagi. Sesetengah anak sentiasa cuba untuk senyum bila berdepan dengan orang serta menunjukkan mimik sedih bila kita sedang bersedih. 

Kalau korang nak tau, itulah antara tanda-tanda anak kita mempunyai Emotional Quotient (EQ) yang sangat tinggi.

Ada sesetengah anak mempunyai kebolehan bercakap yang bagus, suka berbisnes, tak sukakan kekerasan terhadap haiwan, bijak membuat pengiraan, fokus masa melukis dan sebagainya. 

Sebenarnya, itulah 'bakat' mereka yang boleh dikembangkan bila mereka dah dewasa kelak. Kadang-kadang, ada kalanya kita kena buat-buat puji perangai anak kita di depan adik beradik mereka yang lain. Contohnya,

"Rajin la kakak ni."
"Pandainya Damia ni."
"Baiknya abang Ammar tolong kakak Ika tadi."

Ini kerana, pujian ni sebenarnya boleh memberikan mereka semangat untuk mengulangi kebaikan yang mereka buat dan tabiat kebaikan tu boleh melekat sampai dewasa. 

Ada ibu dan ayah suka 'berjanji' dengan anak-anak dengan harapan mereka akan melakukan apa yang disuruh. Sebenarnya, anak-anak kita kita ni kalau korang nak tau banyak belajar melalui apa yang mereka tengok dan lihat.

Menurut Dr. Taufiq Razif,  anak-anak ni hanya mendengar 20% je nasihat dan bebelan ibu dan ayahnya. 

Manakala, 80% yang masuk ke dalam diri mereka adalah daripada sifat atau tabiat ibu dan ayah yang mereka amati dan tengok sendiri. 

Kalau dari kecik kita suka menipu anak dan tak tepati janji, macam mana anak kita nak membesar menjadi orang yang jujur dan amanah dalam pekerjaan dan kehidupan mereka yang akan datang?

Tak dinafikan, kadang-kala kita tak dapat nak tahan perasaan kalau anak-anak tak dengar cakap kita kan? 

Sebenarnya, cara tengkingan ni tak berapa berkesan sebab kalau korang perasan ada anak-anak yang tetap degil walaupun ibu dan ayahnya menengking berkali-kali? Ini terjadi mungkin bila ibu dan ayah dah terbiasa menaikkan suara pada anak, so anak sudah terbiasa dengan nada suara yang tinggi. 

Kalau korang nak tau, kesannya anak akan cenderung menjadi panas baran bila dah dewasa nanti.

Menurut Dr. Taufiq Razif lagi, tonjolkan 'kehebatan' ayah kepada anak adalah antara tips terhebat untuk menjadikan anak kita hebat. 

Kita mungkin sudah mengetahui memang sudah menjadi lumrah seorang anak menjadikan bapanya sebagai idola pertama dalam hidup mereka. 

Manakala, tugas ibu pula adalah selalu memuji dan menunjukkan kebaikan suaminya kepada anaknya. 

Sebaiknya, janganlah mengumpat keburukan suami pada anak sendiri, sebab kalau seorang anak dah hilang respect pada ayahnya sendiri maka bencana besar akan berlaku. 

Konflik dalaman si anak akan terjadi dan anak akan mencari idola di luar lingkungan keluarga untuk mereka ikuti.

Doa agar anak soleh.
Doa agar anak soleh. Sumber Google.

Bagi cikla, memang betul anak menjadikan ibu dan ayahnya sebagai role model dan mereka lebih mudah 'terpengaruh' dengan apa yang lebih dekat dengan mereka.

Tunjukkanlah contoh yang baik ye, kalau mahu anak berkelakuan seperti yang diharapkan. Jom sama-sama kita hasilkan anak yang hebat.

Sumber Facebook page Dr. Taufiq Razif.

9 comments:

  1. Anak2 hebat lahir daripada ibu bapa yang cemerlang.

    ReplyDelete
  2. ihik3, timm boleh simpan ni utk kemudian hari,
    utk sekrang ni ada anak tekak jer, hihik

    ReplyDelete
  3. apabila kedua ibubapa hidup bahagia dan harmoni..anak akan jadi hebat

    ReplyDelete
  4. nak pilih suami itu macam pilih syurga dan neraka
    nak pilih isteri macam pilih madrasah

    hebat madrasah mu maka hebar la anak2 mu...

    ibuapa adalah tunjak utama..

    ReplyDelete
  5. tips yg sngt berguna untuk smua ibu diluar sana.. :)

    ReplyDelete