Nak cari cermin mata sesuai dengan bentuk muka? Jom baca ni...

By Cikla Shahril - April 30, 2017

Orang cakap nak pakai cermin mata pun haruslah mencari yang sesuai dengan bentuk muka kita. Kalau tak nampak tak 'seimbang' dan pelik pulak nanti. Lagipun, ia penting untuk mereka yang menitikberatkan penampilan diri yang lebih menarik dan mengikut trend semasa. Ada beberapa tips untuk korang kalau nak pilih cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka. Nak tau? Jom baca.

Nak cari cermin mata sesuai dengan bentuk muka? Jom baca ni...
Nak cari cermin mata sesuai dengan bentuk muka? Jom baca ni...  Sumber Google.

Kalau korang mempunyai bentuk muka persegi, seeloknya pilih cermin mata berbentuk oval atau mempunyai sudut melengkung. Ini kerana, cermin mata berbentuk seperti ini boleh menyamarkan bentuk rahang dan tulang pipi supaya nampak lebih lebar.

Manakala, kalau korang mempunyai bentuk muka bulat, pilih cermin mata berbingkai lebih lebar dari muka korang, sebab ia akan menjadikan muka korang lebih tirus dan pipi nampak lebih kurus. Tapi, sebolehnya jangan pilih cermin mata yang mempunyai bingkai bulat.

Untuk korang yang mempunyai bentuk muka segi tiga, cermin mata berbentuk cat eye atau melebar ke bahagian atas amat match untuk  korang sebab bentuk cermin mata sebegini akan menyeimbangkan bentuk muka korang. Selain itu, bentuk cermin mata berbingkai persegi panjang pun ok jugak untuk korang yang mempunyai bentuk muka sebegini.

Ada yang berpendapat, orang yang mempunyai bentuk muka oval adalah yang paling beruntung sebab bentuk muka sebegini boleh match dengan apa-apa aje bentuk bingkai cermin mata. Tapi, korang kena ingat elakkan dari memilih cermin mata berbingkai terlampau kecik atau terlalu besar. Orang cakap pilih yang sedang-sedang saja supaya penampilan korang  akan nampak lebih sempurna.

Selamat bergaya ye!

Sumber Sinar Harian.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. cakap pasal bentuk muka...*tgk kat cermin jap to identify apa bentuk muka fae lol* mcm oval, mcm bulat gak hmm...

    ReplyDelete
  2. mcm xpasti bentuk muka sendiri mcm mana. tetiba rasa bulat, pastu rasa mcm bersegi2.. aishhh

    ReplyDelete