Jom hilangkan lingkaran gelap di bawah mata (mata panda) dengan tips ini.

By Cikla Shahril - November 14, 2017

Memang tak dinafikan, sesetengah orang mempunyai lingkaran gelap di bawah matanya. Keadaan ini lebih dikenali sebagai mata panda. 

Lingkaran gelap ini akan menyebabkan seseorang itu  mempunyai mata yang kusam, lesu dan tak menarik, sekaligus dia akan nampak lebih matang dari usianya. 

Kalau mereka yang ada duit lebih tu, boleh pergi ke spa untuk merawat masalah ini tapi kadangkala ia tak berkesan pun. Orang cakap, duit habis, tapi hasil tak memuaskan hati langsung.

Jom hilangkan lingkaran gelap di bawah mata (mata panda)  dengan tips ini.

Sebenarnya, ada cara tradisional yang boleh mengatasi masalah ni. Cara sebegini bukan saja selamat dan semulajadi kerana kita bebas dari bahan kimia yang mungkin memudaratkan, tapi apa yang penting ia sangat murah dan tak payah nak keluar duit banyak-banyak. 

Nak tau tak macam mana caranya? Jom baca apa yang cikla nak share dengan korang ni.

Jom hilangkan lingkaran gelap di bawah mata (mata panda)  dengan tips ini.

Rasainya kesegaran timun yang ternyata lebih murah dan selamat. Caranya sangat senang, iaitu ambil sebiji timun dan bersihkan. 

Kemudian, hiris timun itu nipis-nipis dan lekapkan pada mata korang semalaman. Bila bangun dari tidur keesokan paginya, bersihkan mata korang tu dengan air. Timun dipercayai boleh memberi kesegaran kepada mata yang lesu. 

Kalau korang membancuh teh, jangan buang uncangnya. Banyak gunanya tau. Antaranya adalah, ia boleh membantu mengatasi masalah mata panda ni. 

Korang just lekapkan uncang teh yang telah digunakan tu pada mata korang around 20 minit, sebelum dicuci dengan air bersih. Korang boleh gunakan uncang teh hijau sebab ia dipercayai sangat bagus merawat masalah ini. 

Selain itu, uncang teh jugak dikatakan boleh mencerahkan sekaligus menghaluskan kulit di bahagian bawah mata dan bertindak sebagai antistres. Cubalah! 

Kebaikan buah tomato memang tak boleh disangkal lagi. Selain ia bagus untuk kesihatan, ia jugak bagus untuk kecantikan jugak. 

Kandungan yang ada di dalam buah ajaib ni dipercayai dapat membantu mencerahkan kulit dan mengatasi masalah mata panda ni. 

Korang just hiris nipis buah tomato dan lekapkan je pada mata selama 20 - 30 minit sebelum korang membilas muka korang dengan air bersih. 

Perahan lemon jugak dipercayai boleh membantu mengatasi masalah ini. Caranya yang sangat senang, korang just perahkan sebiji buah lemon yang fresh, kemudian sapukan pada bahagian mata korang yang bermasalah tu secara nipis. 

Untuk kesan yang bagus, buat setiap hari.  Sari lemon dikatakan mempunyai macam-macam kebaikan di mana ia dapat membantu menghilangkan kesan hitam sekaligus menjadikan kulit korang lebih berseri-seri.

Kalau sebelum ni kita guna kentang dalam masakan, sebenarnya ia jugak boleh membantu mengatasi masalah lingkaran mata gelap ni. 

Korang ambil sebiji kentang dan basuh bersih-bersih. Selepas itu, kupas kulitnya dan hiris nipis. Kemudian, lekapkan pada mata korang selama 10 - 20 minit. 

Kesannya sangat bagus untuk menghilangkan kesan gelap ni seterusnya mencerahkan kulit dan nampak lebih sekata.

Selain tips ni, korang mestilah banyak minum air putih untuk mengelakkan badan dan muka menjadi lesu disebabkan kekurangan air. 

Kalau tak, kulit akan menjadi kering dan proses penuaan lebih cepat berlaku. So, sebab itulah amat penting untuk meminum air yang secukupnya demi mengelakkan ini semua berlaku.  

Lagi satu, elakkan dari tidur lambat dan pastikan diri korang tu mendapat rehat yang cukup, selain dari mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan Tips Cantik.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Dulu ada ex student yg bermata lebam mcm panda pd usia 16 thn..

    P.S. Jemputlah join SPM Fever Giveaway yang sedang berlangsung di blog Abam Kie sehingga 30 Nov 2017. Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2017/11/spm-fever-giveaway.html

    ReplyDelete