Rasanya dah lama cikla tak mencoret sesuatu dalam blog ni. Mana taknya, sejak cikla bersalin dan berkampung di hospital sebab masalah yang dihadapi baby Ammar, tak sempat cikla nak curi sikit masa untuk blog ni.
Setelah genap 20 hari cikla berada di hospital (20 hari jugaklah cikla berpantang). Akhirnya baby ammar dibenarkan pulang oleh doktor.
Alhamdullilah, tahap kesihatan baby Ammar semakin baik. Tapi selepas ini baby Ammar akan di checkup semula untuk memantau tahap pernafasannya. Walau apapun, syukurlah semuanya selamat dan dipermudahkan.
Benarlah orang kata, sabar itu menuntut kita supaya tabah dan sentiasa redha. Pasti akan ada kemanisan diakhirnya. Itulah yang cikla rasa.
Sabar itu manis akhirnya.... Kredit Google.
Dengan pengalaman pertama kali (stay di hospital) cikla alami dan dengan keadaan cikla yang berpantang. Tak dinafikan pada mulanya cikla memang rasa down.
Syukurlah kerana ada suami, keluarga dan rakan2 yang sentiasa beri sokongan dan kekuatan pada cikla. Thanks semua.
Tak lupa juga pada yang mendoakan baby Ammar. Ribuan malah jutaan terima kasih cikla ucapkan. Hanya Allah yang dapat membalas semua kebaikan anda.
Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.