Tips memilih ikan segar di pasar.

By Cikla Shahril - September 23, 2017

Menjadi seorang ibu dan suri rumah tangga nak tak nak kita kena sentiasa mengambil berat dengan kebajikan keluarga. 

Ini termasuklah keutamaan kita menyediakan makanan yang bersih, sedap dan berkhasiat untuk keluarga. 

Semasa memilih dan membeli ikan pun ada caranya. Jangan tengok je ikan tu, terus beli. Tak boleh macam tu, sebab ikan yang masih segar mempunyai berkualiti semasa dimasak. 

Cuba kalau korang pilih ikan yang lembik dan tak segar. Mesti masa korang goreng tu ikan tu akan melekat pada kali masa kita nak terbalikkan dia. Lepas tu isi pulak hancur. Time kita angkat dah tinggal tulang. Aduhaiilah.

Tips memilih ikan segar di pasar.

Ada beberapa tips yang kita boleh gunakan semasa memilih ikan segar di pasar. Kalau korang nak tau, jom kita tengok apakah tipsnya.

  1. Pastikan isi ikan itu pejal dan segar. Tekan-tekan dulu badan ikannya. Kalau isinya melantun balik, segarlah tu ikannya. 
  2. Lepas tu, tengok mata ikan pulak. Kalau mata ikan tu nampak jernih, agak menonjol dan bersinar, segarlah ikan tu. Elakkan dari memilih ikan yang bermaya layu dan kusam. Memang sah tak segar. 
  3. Kita boleh tau kesegaran ikan dari baunya. Kalau korang nak tau, ikan yang masih segar adalah berbau 'laut'. So, korang kena pandai bezakan bau laut dengan bau hanyir ikan. 
  4. Tengok pada insang ikan jugak. Kalau insangnya masih berwarna merah atau pink, basah dan tak kejut itu menunjukkan ikan tersebut masih segar. Lagi satu, ikan yang segar kalau kita nak buang insangnya senang je... 
  5. Selain itu, kita boleh tengok kesegaran ikan dari kulitnya. Kalau kulit ikan kenduri, elakkan dari memilihnya walaupun orang yang jual tu offer harga terendah. Kalau ikannya bersisik, tengok pulak sisiknya. Kalau sisiknya masih melekat, Ikan tersebut fresh lagi. 
  6. Akhir sekali, tengok pulak sirip dia. Kalau siripnya masih kuat melekat pada kulit dan tak tercabut, Ikan tersebut masih elok dan baru. Elak jugak membeli ikan yang sudah pecah perut, pun tak fresh  jugak.

Ada beberapa cara nak tengok ikan ni Elok ke tak. Segar ke tak. Inilah caranya iaitu;

  1. Mata ikan adalah dalam keadaan suram, keruh dan tenggelam dalam mata ikan. 
  2. Banyak sisiknya yang sudah tercabut daripada kulitnya. 
  3. Ikan berkeadaan berlendir, layu dan berkulit suram. 
  4. Insangnya berlendir dan berwarna kelabu. 
  5. Perut ikan lembik dan pecah. 
  6. Warna badan ikan keseluruhannya suram dan bau busuk.

Jadilah pengguna yang bijak. Semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan Ringgit & Sen.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. kadang2 kan...berejam kat pasar tu kan...nak memilih punye pasal hihi

    ReplyDelete
  2. Tq for tips mmg mama amalkan satu dua tips Di atas

    ReplyDelete