Kadang-kadang bila kita kongsi sesuatu tentang agama, nasihat atau perkara yang baik, pasti ada yang salah anggap. Ada yang fikir kita nak tunjuk pandai, nak nampak lebih baik daripada orang lain atau macam nak “mengajar”. Padahal sebenarnya bukan macam tu pun.
Hakikatnya, bila kita berkongsi kebaikan, niat kita cuma satu, iaitu saling ingat mengingati. Kita ni manusia biasa, tak sempurna. Senang lalai, senang lupa. Sebab tu kita perlukan satu sama lain untuk saling “topup” nasihat, macam kita topup kredit telefon. Bila ada yang ingatkan, kita jadi lebih sedar dan hati pun rasa lebih dekat dengan Allah.
Selain itu, perkongsian itu bukan semata-mata untuk orang lain, tapi juga untuk diri kita sendiri. Kadang-kadang kita tulis atau cakap sesuatu yang baik, sebenarnya itu adalah peringatan paling kuat untuk diri kita.
Tak perlulah nak tunggu jadi ustaz atau ustazah untuk sampaikan benda baik. Asalkan niat kita ikhlas, inshaAllah Allah pandang. Moga dengan perkongsian kecil yang kita buat, walaupun nampak sederhana Allah redha dan beri keberkatan.
Jadi jangan malu untuk sebarkan kebaikan. Kita tak tahu, mungkin perkataan ringkas yang kita kongsikan hari ini mampu jadi asbab kebaikan untuk orang lain dan pahala itu mengalir sampai bila-bila. Mudah-mudahan.
Hai korang, lamanya tak share resepi orang kan. Haha. Kalau korang jenis suka makan sotong, resepi ni memang confirm kena cuba. Paling senang nak masak katanya, paling sedap pulak tu katanya lagi. Hihi.
Kalau makan 2 ekor memang tak cukup, at least 4 ekor baru puas hati! Kalau nak tau sedap ke tak benornya, kenalah korang try sendiri ye. Sebelum tu terima kasih kepada tuan punya resepi ni.
Bahan-bahan:
6 ekor sotong saiz medium.
1 biji bawang merah sederhana – potong dadu kecil.
4 biji telur gred A.
3 ekor udang XL (nak tambah sedap, tak letak pun boleh) – potong kecil.
Daun ketumbar – cincang halus (jangan banyak sangat, nanti “menyengat”).
Lobak merah – cincang halus ikut suka.
Perasa brand ikut memasing / garam dan gula.
Pencungkil gigi / lidi.
![]() |
Sotong sumbat telur simple tapi padu! |
Cara-cara:
1. Masukkan telur, udang, daun ketumbar dan carrot dalam mangkuk. Kacau sebati.
2. Panaskan sikit minyak, goreng bawang merah sampai naik bau dan sedikit garing.
3. Masukkan adunan telur tadi, kacau macam buat telur hancur. Letak sikit perasa (atau garam dan gula kalau tak nak guna perasa).
4. Bila inti dah masak, masukkan ke dalam badan sotong sampai sotong jadi gemuk buncit. Lepas tu, ambil kepala sotong dan letak balik kat tempat asal. Cucuk dengan lidi/pencungkil gigi supaya inti tak terkeluar.
5. Buat potongan kecil kat badan sotong (supaya sotong tak mengecut sangat masa masak).
6. Korang boleh pilih nak bakar atas arang, goreng dalam kuali, atau masukkan dalam air fryer. Masak sampai sotong masak je, jangan lama sangat sebab sotong cepat jadi keras dan kering.
Sos Thai serbaguna (must try!)
Lagi power kalau makan sotong ni dengan sos Thai homemade. Caranya:
Bahannya:
Bawang putih – cincang halus.
Cili padi merah – potong kecil.
Daun ketumbar.
Sos ikan.
Gula.
Air limau nipis.
Cara: Campurkan semua bahan ni, kacau rata, siap! (Tak payah pening nak sukat, main agak-agak je).
Tips penting!
- Jangan masak sotong terlalu lama, nanti keras, terus tak syok nak makan.
- Kalau tak ada udang pun tak apa, sotong tetap sedap sebab inti telur tu dah cukup power.
- Sos Thai ni boleh guna untuk makanan lain jugak seperti ayam bakar, seafood grill, atau cicah cucuk-cucuk pun ngam!
Selamat mencuba.
Kredit resepi dan gambar : Mira Khan.
Alhamdulillah, September datang lagi. Pasti ada sesuatu yang istimewa setiap kali bulan baru menjelma. Ia seolah-olah memberi ruang untuk kita menyusun semula langkah, menutup lembaran semalam dan membuka helaian baru dengan lebih tenang.
Dalam kesibukan hidup seharian, kita kadang lupa untuk berhenti sejenak dan mensyukuri apa yang sudah ada. Bulan ini hadir dengan harapan baru, doa yang diperbaharui serta semangat untuk menjadi lebih baik daripada semalam. Walaupun kita tak tau apa yang menanti di hadapan, keyakinan bahawa semuanya akan baik-baik saja memberi rasa lega di hati.
Syukurlah selalu sebab dengan syukur hidup jadi lebih ringan. Setiap nikmat kecil, bila dihargai, mampu membuatkan hati lebih bahagia. September ini semoga membawa ketenangan, rezeki yang melimpah serta kebahagiaan yang kita semua dambakan.
"Ya Allah, mudahkanlah setiap urusan kami, jauhkanlah daripada kesedihan yang tidak perlu, dan limpahkanlah rahmatMu agar September ini menjadi bulan penuh keberkatan. Aamiin."
Setiap manusia pasti mendambakan rasa bebas. Bebas untuk bersuara, bebas untuk bergerak dan bebas untuk menentukan arah hidup sendiri. Kebebasan itu bukan sekadar tentang keluar dari belenggu, tapi juga tentang menghargai hak yang kita miliki hari ini. Itulah yang dinamakan merdeka, sebuah erti yang tak hanya terpahat dalam sejarah negara, tapi hidup dalam jiwa kita sebagai rakyat jugak.
Merdeka dalam jiwa bermaksud kita mampu hidup dengan tenang, tanpa rasa takut, sambil menghargai peluang yang ada di depan mata. Ia datang bila kita dapat menuntut ilmu dengan bebas, bila kita boleh mengamalkan budaya dan bahasa sendiri tanpa rasa rendah diri dan bila kita dapat berkongsi pendapat dengan penuh keyakinan.
Semua itu mungkin nampak sederhana, tapi hakikatnya ia adalah nikmat kemerdekaan yang diwarisi daripada pengorbanan generasi terdahulu.
Bagi mereka yang pernah melalui zaman penjajahan, merdeka adalah sesuatu yang sangat mahal harganya. Tapi bagi kita hari ini, merdeka lebih banyak dirasakan dalam bentuk tanggungjawab.
Bagaimana kita menjaga keamanan, bagaimana kita menyumbang kepada masyarakat dan bagaimana kita memastikan tanah air terus dihormati. Inilah cara kita memaknai merdeka dalam kehidupan moden.
Bila jiwa kita merdeka, kita jadi lebih ikhlas dalam memberi, lebih kuat menghadapi cabaran dan lebih bersatu walaupun berbeza pandangan. Inilah kekuatan sebenar yang menjadikan sebuah bangsa terus teguh berdiri.
Hari ini, bila kita melaungkan Merdeka dalam jiwa, ia bukan sekadar kata-kata semangat. Ia adalah janji bahawa kita akan terus menjaga warisan ini, terus mencintai negara ini dan terus membawa semangat kebebasan ke mana sahaja kita melangkah.
Merdeka adalah sejarah, tapi merdeka juga adalah masa depan yang kita bina bersama. Begitulah....
Setiap kali masuk bulan Ogos, suasana merdeka dah terasa hangatnya. Jalan raya mula meriah dengan Jalur Gemilang, sekolah dan pejabat sibuk dengan program patriotik, radio pula tak berhenti mainkan lagu perjuangan. Semua ini mengingatkan kita betapa pentingnya tarikh 31 Ogos dalam sejarah negara.
Namun, persoalan yang selalu timbul. Adakah kita benar-benar faham erti kemerdekaan? Adakah ia sekadar bebas daripada penjajahan kuasa luar atau lebih daripada itu?
Kalau kita imbas sejarah, kemerdekaan negara ini dibayar dengan harga yang sangat mahal. Pejuang terdahulu berkorban nyawa, masa, tenaga dan keluarga demi memastikan tanah air kita bebas daripada belenggu penjajahan. Mereka mahu melihat kita hidup aman, tanpa tekanan dan penindasan.
Itulah sebabnya setiap kali kita menyambut kemerdekaan, kita tak boleh lupa jasa mereka. Tanpa perjuangan mereka, mungkin kita masih hidup dalam bayangan orang lain, tak bebas menentukan haluan sendiri. Tapi, adakah cukup hanya merdeka negara?
Hakikatnya, merdeka bukan hanya soal politik atau sejarah. Ia juga berkait rapat dengan diri kita sendiri. Ya, negara kita memang sudah bebas, tapi bagaimana dengan jiwa dan minda kita?
Kita mungkin tak dijajah oleh tentera asing, tapi kadang-kadang kita masih dijajah oleh hal-hal lain. Ada orang yang terikat dengan rasa takut, malas, iri hati atau rendah diri. Ada juga yang “dijajah” oleh budaya suka ikut trend tanpa fikir baik buruknya.
Kalau kita renungkan, penjajahan minda ini lebih halus, tapi kesannya cukup besar. Ia boleh buat kita rasa tak yakin pada diri, malas berusaha dan akhirnya tak ke mana-mana. Bukankah itu juga satu bentuk “penjajahan”?
Kemerdekaan sebenar ialah bila kita bukan sahaja bebas secara fizikal, tapi juga bebas secara mental. Bebas untuk berfikir dengan matang, bebas untuk membuat keputusan yang baik dan bebas daripada belenggu yang melemahkan diri.
Merdeka daripada rasa malas supaya kita rajin berusaha dan capai kejayaan. Merdeka daripada rasa rendah diri supaya kita yakin bahawa setiap orang ada potensi tersendiri.
Merdeka daripada pengaruh negatif supaya kita tak mudah hanyut dengan perkara yang merosakkan.
Pendek kata, merdekakan minda ialah proses kita menjadi versi diri yang lebih baik bukan kerana dipaksa orang, tapi kerana kita sendiri mahu berubah.
Bila setiap individu benar-benar merdeka daripada dalam, barulah lahir masyarakat yang kuat. Bayangkan kalau semua rakyat berfikir secara positif, rajin berusaha, berdisiplin dan tak mudah putus asa, negara kita pasti lebih maju dan dihormati.
Jadi, sambil kita mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu patriotik, jangan lupa untuk tanya diri, "sudahkah aku merdeka dari dalam?"
Kemerdekaan negara adalah hadiah daripada pejuang terdahulu. Tapi kemerdekaan diri adalah perjuangan yang perlu kita usahakan setiap hari. Bila jiwa dan minda kita benar-benar bebas, barulah kita dapat menikmati erti merdeka yang sebenar bukan sekadar pada tarikh 31 Ogos, tapi dalam setiap hari kehidupan kita.
Merdekalah jiwa, merdekalah minda, inshaAllah negara akan lebih perkasa.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-68.
Lamanya cikla tak share kisah sendiri kan? And, sebenarnya ni kisah throwback je. 28hb lepas genap usia cikla yang ke 43 tahun. Alhamdullilah untuk segala nikmat yang Allah beri dari sejak cikla dilahirkan ke dunia ni sampai ke usia sekarang.
Harapan? Takde yang lebih cikla harapkan dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang tak putus-putus dan hati yang tenang. Hidup bahagia bersama yang tersayang sehingga ke akhir hayat. Aamiin.
![]() |
Alhamdullilah, bertambah usiaku setahun lagi! |
![]() |
Alhamdullilah, bertambah usiaku setahun lagi! |
![]() |
Alhamdullilah, bertambah usiaku setahun lagi! |
![]() |
Alhamdullilah, bertambah usiaku setahun lagi! |
Simpan sini buat kenangan. Ada yang sama tarikh birthday dengan cikla ke? Happy birthday to you too.
Gais, sebenarnya bukan semua buncit datang dari fastfood atau makanan berlemak. Ada punca yang ramai tak sedar:
1. Makan laju-laju – Bila makan terlalu cepat, otak tak sempat ‘tangkap’ yang kita dah kenyang. Akhirnya, terlebih makan tanpa sedar.
2. Minuman manis yang nampak innocent – Satu gelas teh tarik boleh jadi lebih manis daripada sepinggan nasi goreng. Bayangkan kalau minum hari-hari? Huhu.
3. Stres tak pernah reda – Hormon stres (kortisol) buat badan simpan lemak di perut. Lagi lama stres, lagi susah lemak tu nak hilang.
![]() |
Kredit image to t.me/PetuadanKesihatan |
4. Tidur tak cukup – Bila kurang tidur, badan fikir kita ‘kebuluran’ dan simpan kalori macam kita baru makan banyak, walaupun sebenarnya tak.
5. Perubahan hormon – PCOS, menopaus, semua ni boleh ubah cara badan simpan lemak tanpa kita sedar.
Ini bukan soal malas je, ini soal ramai antara kita tak tahu. Bila kita tahu, kita boleh ubah. So, jom mulakan dengan perlahan-lahan. Kunyah perlahan, pilih air kosong, jaga tidur dan kawal stres ya.
Kredit : t.me/PetuaDanKesihatan
Tahukah korang, pada muka manusia ada saraf halus yang sangat penting, dikenali sebagai saraf kranial ketujuh atau saraf muka? Saraf ni uruskan macam-macam. Senyum, menangis, rasa makanan, menelan dan ekspresi wajah kita.
Apa yang menariknya, bentuk saraf ni seakan-akan tapak tangan, lengkap dengan ‘jari-jari’. Bayangkan kalau kena tampar tepat di situ!
![]() |
Kenapa Rasulullah SAW larang tampar muka? Kredit image to telegram Petua dan Kesihatan. |
Kesan tamparan pada muka bukan main-main ye. Ia boleh menyebabkan:
- Lumpuh otot muka (Bell’s palsy).
- Sukar untuk kunyah atau telan.
- Hilang deria rasa dan bau.
- Masalah mata berair dan pergerakan mata terganggu.
Sebab itulah Islam dah ajar lebih awal. Rasulullah SAW pernah bersabda; "Jika salah seorang daripada kamu memukul saudaranya, maka jauhilah muka." — Riwayat Muslim.
Lihat betapa Islam mendahului zaman! Larangan ini wujud jauh sebelum perubatan moden faham betapa bahayanya tamparan ke muka.
Jadi ingat ya, jangan sesekali tampar muka sesiapa, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Hargai wajah mereka, lindungi maruah dan kesihatan mereka.
Moga bermanfaat.
Kredit info : Telegram Petua dan Kesihatan.