• Home
  • Lifestyle
    • Ilmu
      • Agama
      • Muhasabah Diri
      • Petua
    • My Story
    • Info
    • Tips
    • Resepi
    • My Reviews
  • Awareness
    • Social
    • Thyroid
  • Collab
Mereka yang mengikuti progran Gema Gegar Vaganza (GGV) musim pertama mesti tak sabar-savar untuk mengikuti program ni untuk musim kedua kan. 

Cikla takdelah follow sangat program ni dulu, tapi adalah tengok masa peringkat akhir tu, kumpulan nasyid UNIC yang menang kan, kalau tak silaplah. Hehe. 

Terbaru, program ini kembali lagi dengan penyertaan 6 peserta berkumpulan dan 5 peserta solo yang akan bersaing merebut hadiah utama iaitu wang tunai RM100,000. Wow, banyak tu.

Untuk pengetahuan korang, konsep pertandingan tetap dikekalkan iaitu konsep ketuhanan sama seperti musim pertama. Korang mesti nak tau kan siapakah artis yang bertuah layak menyertai GGV kali ini. 

Apa yang cikla boleh katakan, kebanyakan artis yang join program ni kali ni tak membawa lagu bergenre nasyid. So, memang tak sabar kan nak tengok, artis yang banyak menyanyi lagi cintan cintun, kena menyanyi lagu berunsur ketuhanan.

Program Gema Gegar Vaganza musim ke 2 kembali lagi.
Program Gema Gegar Vaganza musim ke 2 kembali lagi. 

Senarai peserta Program Gema Gegar Vaganza musim ke 2. 

Berikut merupakan senarai peserta Program Gema Gegar Vaganza musim ke-2 :

  1. Kumpulan Brothers. 
  2. Kumpulan Devotees. 
  3. Kumpulan InTeam. 
  4. Kumpulan Mestica. 
  5. Kumpulan Rabithah. 
  6. Pasangan duo Heliza dan Hazwani. 
  7. Adeep Nahar. 
  8. Awi Rafael. 
  9. Farah Asyikin. 
  10. Fitri Haris. 
  11. Ippo Hafiz.

Wah, Awi Rafael dengan Ippo Hafiz pun adalah. Tak sabar pulak nak tengok nanti. Mesti dashyat-dashyatkan nanti persembahan diaorang ni. 

So, nantikan program berprestij ini bertemakan Gema Irama Terindah yang akan dihoskan oleh Fakhrul UNIC, Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim. 

Program ini akan bersiaran secara langsung selama 7 minggu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil yang akan bermula pada 31 Mac ini.

GGV juga akan disiarkan menerusi saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135) setiap hari Sabtu, 9 malam. Wah, kena tengok ni. Jangan lupa tengok tau!

Kredit Harian Metro ruangan RAP.

Jom join segmen lagi. Segmen kali ni memang senang sangat. Just follow blog penganjur dan buat entri ringkas je. Senang kan. Memang rugi tak join tau. So, cikla dah join. Korang apa lagi. Jom join ramai-ramai. Selamat bersegmen semua.
Peminat bantal-bantal kecik mesti teruja tengok gambar yang cikla nak share ni. Comey comey belako. 

Manalah tau boleh bagi idea kat korang yang suka menghasilkan bantal comel macam ni. Kalau kreatif, boleh mendatangkan duit ni. Pokoknya, rajin kan.

Peminat bantal kena tengok ni. Kreatif sungguh dan semestinya sangat cantik!
Peminat bantal kena tengok ni. Kreatif sungguh dan semestinya sangat cantik! 

Peminat bantal kena tengok ni. Kreatif sungguh dan semestinya sangat cantik!
Peminat bantal kena tengok ni. Kreatif sungguh dan semestinya sangat cantik! 

Peminat bantal kena tengok ni. Kreatif sungguh dan semestinya sangat cantik!
Peminat bantal kena tengok ni. Kreatif sungguh dan semestinya sangat cantik! 

Peminat bantal kena tengok ni. Kreatif sungguh dan semestinya sangat cantik!
Peminat bantal kena tengok ni. Kreatif sungguh dan semestinya sangat cantik! 

Peminat bantal kena tengok ni. Kreatif sungguh dan semestinya sangat cantik!
Peminat bantal kena tengok ni. Kreatif sungguh dan semestinya sangat cantik! 

Peminat bantal kena tengok ni. Kreatif sungguh dan semestinya sangat cantik!
Peminat bantal kena tengok ni. Kreatif sungguh dan semestinya sangat cantik! 

Peminat bantal kena tengok ni. Kreatif sungguh dan semestinya sangat cantik!
Peminat bantal kena tengok ni. Kreatif sungguh dan semestinya sangat cantik! 

Peminat bantal kena tengok ni. Kreatif sungguh dan semestinya sangat cantik!
Peminat bantal kena tengok ni. Kreatif sungguh dan semestinya sangat cantik! 

Comel kan? Ni kalau buat souvenior atau hadiah hari jadi pun cantik sangat ni. 

Apa yang pastinya, nak menghasilkan bantal-bantal cantik ni semua memerlukan ketelitian yang tinggi dan semestinya bakat. Kalau tak memang tak jadilah kan.

Kredit Art and DIY Ideas. 

Pencarian Bloglist April 2018 by Aerillhassan.
Pencarian Bloglist April 2018 by Aerillhassan. 

Pencarian bloglist bulan April 2018 bagi blog https://aerillhassan.blogspot.my/ bermula 19 Mac 2018 sehingga 31 Mac 2018. Bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Semua blogger dijemput untuk sertai pencarian ini.

Cara-cara untuk sertai :-

1. Follow, Add to Circle dan Like
  • Follow Blog https://aerillhassan.blogspot.my/
  • Add To Circle Google+MohamadKhairil 
  • Like Fanpage aerillhassan
2. Masukkan blog https://aerillhassan.blogspot.my/ ke dalam bloglist anda.

3. Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist April 2018 by Aerillhassan

4. Copy Coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

15 blog bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist blog Aerillhassan. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 April 2018.

Sekian, terima kasih.

Apa lagi, jom join ramai-ramai. Selamat bersegmen semua.

Rasanya satu Malaysia dah tau yang Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah selamat melahirkan baby girl seberat 3.55 kg melalui kaedah pembedahan. Alhamdulillah, penantian selama 11 tahun akhirnya memberikan rezeki yang sangat bernilai. 

Siapa yang tak nak anak kan? Semua orang yang berkahwin pasti mahukan anak, zuriat penyambung keturunan.

Kini, genap 7 hari Datuk Seri Siti melahirkan puteri comel pipi merahnya tibalah masanya pulak, pasangan serasi ini menunjukkan wajah dan pengumuman nama puteri sulung mereka sempena dengan majlis maulid nabi, akikah dan tahnik yang diadakan di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang.

Siti Aafiyah nama diberi. Sedap nama tu kan. Simple dan tak panjang sangat, senang nak sebut. 

Menurut Siti, nama Siti Aafiyah itu dipilih kerana nama membawa maksud yang baik. Dia memberitahu, dia mula menyimpan hasrat untuk menamakan anaknya nanti dengan nama tersebut semasa dia pergi menunaikan umrah bersama suaminya tahun lepas. 

Lagipun, nama tersebut selalu disebut dalam doa yang membawa maksud yang baik iaitu untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup dan yang paling penting ia mudah diingati.

Jom kita tengok video comel anak sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, juga dipanggil Fatimah Az-Zahra. (Sumber YouTube CtPeminat1)


Semoga Siti Aafiyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Insha Allah. Selamat berpantang juga  kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza. Take care!

Kredit SINI

Mungkin kita pernah lihat ada ibu atau bapa yang mengangkat anak mereka dengan cara menarik tangan anaknya. Sejujurnya, dulu cikla pernah buat jugak. 

Tapi, bila terbaca mengenai keburukan yang akan timbul kesan dari perbuatan tersebut, cikla dah tak buat dah. Huhu. Memang terus insaf. Kesian kat anak.

Memang tak dinafikan, ada ibu dan bapa melakukan itu dengan niat untuk menggembirakan anaknya. Kalau si bapa atau si ibu melakukannya dengan cara memegang kedua-dua belah tangan anaknya dan menghayun seperti putaran kipas helikopter, kita tengok pun sakit kan.

Mereka sebenarnya tak sedar yang perbuatan tersebut boleh menyebabkan kecederaan pada tulang sendi siku anak. 

Malah, kadang-kadang kalau kita mengangkat atau memegang anak pada tangannya ataupun kita menarik tangan anak secara tiba-tiba pun turut boleh menyebabkan tulang pada sendi siku anak teralih dan terkeluar daripada soket sikunya.

Allahu, ngeri pulak cikla dengar.

Jangan angkat anak dengan cara menarik tangannya. Kalau tidak, sendi siku boleh teralih. Takutnya!
Jangan angkat anak dengan cara menarik tangannya. Kalau tidak, sendi siku boleh teralih. Takutnya! Sumber Google. 

Untuk pengetahuan korang, menurut Dr. Ahmad Mahyuddin, seorang Pakar Bedah Ortopedik, dalam terma perubatan, kecederaan ini dikenali sebagai ‘radial head subluxation’ dan ia juga disebut sebagai ‘Pulled elbow’, ‘Nursemaid’s elbow’ atau ‘Babysitter’s elbow’ sebab ia selalu juga berlaku semasa kanak-kanak berada di bawah jagaan pengasuhnya.

So, sebarang perbuatan dengan cara  menarik tangan anak secara keras dan tiba-tiba boleh menyebabkan kepala dan leher tulang radius terkeluar daripada Annular ligament.

Perbuatan ini akan menyebabkan tulang itu tertonjol keluar, kesakitan dan pergerakan siku dan tangan jadi terbatas.

Selain itu, kecederaan ini selalu juga berlaku kepada baby newborn sampailah kanak-kanak berumur 7 tahun. 

Akan tetapi, ia paling selalu terjadi kepada kanak-kanak berumur setahun sehingga 4 tahun sebab pada umur sebegini, tulang dan otot kanak-kanak masih belum matang dan ini memudahkan kecederaan berlaku. 

Sebab itulah, kebanyakan kanak-kanak yang mengalami kecederaan ini akan mengadu rasa sakit pada sendi siku, siku mungkin bengkak, tulang tertonjol keluar dan pergerakan sendi siku jadi terbatas.

Adakah kecederaan ini boleh dirawat? 

Sebenarnya, kecederaan ini boleh dirawat.  Kalau anak kita mengadu sakit pada sikunya dan rasa sakit itu berlarutan, segeralah bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. 

Ujian X-ray akan dilakukan untuk memeriksa keadaan sendi siku anak bagi memastikan adakah ia terkeluar dan ada ataupun takde kepatahan tulang berlaku.

Kalau masalah ini dirujuk ke hospital, masalah sendi yang terkeluar akan dimasukkan kembali ke dalam soket dan Annular ligament secara Closed Manual Reduction (CMR) dan ia hanya dapat dilakukan selepas anak diberi ubat penenang dan penahan sakit.

Selepas itu, doktor akan mengulangi ujian X-ray selepas prosedur CMR bagi memastikan ia telah kembali ke tempat asal. Anak juga akan dipakaikan anduh selama 1 hingga 2 minggu bagi membolehkan tisu yang koyak sembuh seperti sediakala.

Kalau anak tak segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebab mungkin si bapa tak menganggap takde kecederaan serius berlaku, keadaan ia boleh menyebabkan beberapa risiko, iaitu:

  • Kelewatan sendi dimasukkan kembali boleh menyebabkan pergerakan sendi siku jadi terbatas, bentuk siku membengkok dan tulang tertonjol.
  • Berisiko mendapat kecederaan pada saraf Posterior Interosseous Nerve (PIN) yang boleh menyebabkan keadaan ‘finger drop’. Finger drop ialah keadaan dimana pesakit tidak akan mampu mengangkat dan meluruskan jari-jari beliau akibat kerosakan saraf PIN ini. Kebarangkali sembuh bagi kerosakan saraf PIN adalah agak rendah.
  • Sendi akan menjadi longgar, dan lebih memburukkan keadaan lagi kalau anak kita mendapat radang sendi siku atau Osteoarthritis akibat kelewatan ini.

Sebagai ibu bapa yang prihatin kepada kesihatan anaknya, kita perlulah peka kepada 3 perkara berikut, iaitu:

  • Elakkan daripada suka menghayan anak-anak.
  • Elakkan daripada menyentap atau menarik tangan anak dengan keras.
  • Kalau kita nak mengangkat atau mendukung anak, sentiasa angkatnya dengan cara memegang badan atau pada bahagian ketiak mereka. Elakkan cara mengangkat anak dari pembaringan dengan menarik tangan mereka.

Semoga info ini memberi manfaat kepada kita. Bak kata pepatah, 'mencegah lebih baik dari mengubati.' Kata sayang anak.

Kredit : Majalahpama

Budak-budak ni, kalau nampak je air mesti excited gila. Macam kerasukan pun ada. Kenapa pulak cikla cakap macam tu? Sebab, anak-anak cikla macam tu lah. Haha. 

Kalau nampak air, sampai kena berlerai. Duduk berendam dalam kolam tu  berjam-jam pun ok je. Menyambung cerita percutian pendek cikla dan keluarga ke Melaka baru-baru ni, kami sekeluarga sempat berkunjung ke Melaka Wonderland. Ini kali pertama kali ke sini.

Sebenarnya, masa cikla ke Zoo Melaka awal bulan ni, memang kami dah singgah dah ke sini. Tapi, sebab kami datang dah lewat petang, so tempat ni dah nak tutup. Sudahnya, merengeklah budak bertiga tu sebab tak dapat nak masuk dalam main air. 

Belum lagi cuti sekolah diaorang dah memujuk encik suami bawak mereka ke situ. Biasalah, Budak-budak kan, selagi tak dapat itulah yang direngeknya. Dah dapat, senyap. Senyum sampai ke telinga.

Awal pagi lagi kami gerak dari rumah dan balik ke kampung dulu sebab nak amik mak dengan abah cikla. Lepas tu, kami terus bertolak ke Melaka dan destinasi pertama kami bila sampai ke sini adalah Melaka Wonderland. 

Apa lagi, terkinja-kinjalah budak-budak tu. Memang nampak sangat terujanya, tak terkecuali adik Zara.

Apa yang menarik di Melaka Wonderland Theme Park ni? 

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.
Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park. 

Untuk pengetahuan korang, Melaka Wonderland adalah taman tema dan resort yang terletak di Ayer Keroh Melaka, yang mana ia menjadi salah satu destinasi percutian yang paling popular di Malaysia. Ini kerana, ia dikunjungi oleh pelbagai pelancong tak kira pelancong tempatan atau luar negara. 

Apa yang pasti, setiap pengunjung pasti akan teruja dengan keseronokan bermain dengan gelongsor air bekelajuan tinggi termasuklah Tornado Chaser yang pertama di Malaysia. 

Di sekitar kawasan taman tema pula dihiasi dengan kehijauan hutan semulajadi yang sememangnya memberikan kita ketenangan dan fresh.

Berikut merupakan senarai harga tiket untuk masuk ke Melaka Wonderland.

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.
Kredit SINI 

Untuk pengetahuan korang, harga tersebut sudah termasuk cukai hiburan dan GST. Melaka Wonderland dibuka setiap hari termasuk cuti sekolah dan cuti am kecuali setiap Isnin. 

Selain itu, tiket dikenakan kepada kanak-kanak yang mempunyai ketinggian melebihi 90 cm hingga 12 tahun, manakala bagi kanak-kanak mempunyai ketinggian 3 kaki ke bawah adalah percuma.

Bagi cikla, taman tema air ini sama je kot dengan taman tema air yang lain. Tapi, sebenarnya ia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, salah satunya adalah ia mempunyai gelongsor air giant yang pastinya akan memberikan korang pengalaman yang mendebarkan. 

Selepas korang melepasi gate di bahagian hadapan, korang terpaksa berjalan kaki (tapi jangan risau, jalan tar. Memang cantiklah) ke bangunan 'Changing'. 

Di situ adanya tandas dan tempat untuk menukar pakaian. Kalau korang nak simpan barang-barang korang pun boleh sebab ada disedikan locker jugak di situ. 

Tapi, locker tu dikenakan sewa RM10 kalau tak silap cikla. Kawasan tandasnya dan tempat menukar baju memang luas dan selesa. Surau pun ada disediakan jugak. 

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.
Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park. 

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.
Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park. 

Disebabakan makanan luar tak dibenarkan dibawa nasukmke dalam kawasan taman teman, terdapat cafe yang menjual makanan dan minuman. Tapi, harganya agak mahal jugaklah. Biasalah kan. Selain itu, kalau korang nak sewa pelampung pun boleh. 

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.
Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park. 

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.
Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park. 

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.
Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park. 

Sebenarnya, ada 3 tempat untuk bermain air.  Yang dekat dalam gambar ni kawasan bawah sekali. Takde gelongsor bagai. 

Kawasan kedua dan ketiga ada gelongsor, tempat luncur air dan macam-macam lagi yang menarik (cikla tak ambil gambarnya banyak pulak, satu je tu). 

Masa cikla datang tu dah tengah hari, cuaca memang panas yang amat. Sekejap je dah burn kulit. Haha. Memang berbelanglah.

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.
Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park. 

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.
Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park. 

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.
Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park. 

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.
Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park. 

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.
Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park. 

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.
Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park. 

Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park.
Sejukkan badan dan main air di Melaka Wonderland Theme Park. 

Gambar kat atas tu, mak, abah dengan anak-anak cikla berposing di hadapan replika berhampiran dengan changing building. 

Tapi, sebelum balik, korang jangan lupa membeli cenderahati kenang-kenangan di kedai cenderahati yang terdapat di situ. Cikla tak beli pun. Hehe.

Untuk info lebih banyak lagi termasuklah promosi tiket dan pembelian tiket secara online, korang bolehlah ke SINI.
Semua orang tahu, merokok sememangnya akan memudaratkan kesihatan, tak kiralah bagi mereka yang menghidap dan mereka yang menghidu asapnya. 

Tapi, mengapa agaknya orang masih menghisap rokok walaupun tahu ia membahayakan? Jawapannya hanya ada pada tuan empunya diri, sebab mungkin mereka mempunyai pendapat atau alasan yang tersendiri. 

Khas untuk lelaki : Mahu berhenti merokok? Cuba petua ini...
Khas untuk lelaki : Mahu berhenti merokok? Cuba petua ini... 

Bagi mereka yang berazam untuk berhenti merokok, ini juga merupakan satu cabaran yang 'dashyat' bagi mereka. Kenapa cikla kata 'dashyat'? Sebab memang amat susah untuk ubah apa yang kita telah lama lakukan. Orang kata dah jadi habit kan. Memang memerlukan pengorbanan dan hati mesti kena kental.

Dalam keluarga cikla sendiri, hampir semua dalam keluarga cikla (of course lelakilah) memang seorang perokok. Abah cikla, adik-adik lelaki cikla dan encik suami pun merokok juga. 

Tapi, encik suami bukanlah seorang perokok tegar. Dia merokok bila dengan kawan-kawan dia je. Bila dengan cikla dan berada di rumah, memang dia tak pernah merokok pun.

So, kepada abang-abang yang bertekad nak berhenti merokok, meh baca petua yang cikla nak share dengan korang ni. Bak kata orang tua-tua, tak boleh buat semua dapat buat satu dua jadilah kan. Janji ada inisiatif di situ. Hehe.

Khas untuk lelaki : Mahu berhenti merokok? Cuba petua ini...
Khas untuk lelaki : Mahu berhenti merokok? Cuba petua ini... 

  • Melengah-lengah - Maknanya, melengahkan tindak balas ke atas keinginan korang untuk merokok, contohnya jorang saja je melambat-lambatkan mencari rokok. Kalaulah rokok dah ada di tangan pulak, janganlah korang nyalakan terus. Korang tunggulah agak-agak 5 minit camtu. Katakan pada diri korang, "Aku boleh berhenti merokok." setiap kali korang mahu merokok.
  • Menarik nafas panjang - Tarik nafas korang dengan panjang sekurang-kurangnya 3 kali dengan perlahan-lahan.
  • Amalkan meminum air dengan banyak -  Kita memang sangat digalakkan untuk meminum air dengan banyak. Air yang terbaik untuk diminum adalah air galian atau air masak suam. Korang kena elakkan dari meminum air berkafein seperti kopi atau teh, sebab ia akan membuatkan korang ingin merokok selepas meminumnya.
  • Melakukan aktiviti sihat - Isikan masa terluang korang dengan aktiviti yang berfaedah dan lakukan apa aje asalkan ia boleh mengalihkan fikiran korang daripada rokok. Bila korang 'leka' melakukan aktiviti korang tu, insha'Allah lama-kelamaan keinginan korang untuk merokok akan hilang. 
  • Menguyah sesuatu -  Bagi cikla kalau bab kunyah-kunyah ni, yang paling senang nak dikunyah adalah chewing gum. Tapi, itu macam kurang sihat pulak kan. Apa kata korang tukar kepada snek sihat seperti buahan-buahan, salad dan sebagainya. Lagipun, chewing gum tu manis kan. So, kalau boleh kena elakkanlah. Nanti penyakit lain pulak mendapatnya. Huhu. Mandi atau basuh tangan sekerapnya - Cikla tak pasti apakah reasonnya, tapi itulah yang disarankan kepada mereka yang hendak berhenti merokok. Kalau korang berada di rumah, mandilah sekerapnya atau korang basuhlah tangan korang tu setiap kali korang terasa nak merokok. 
  • Melakukan senaman regangan - Kalau korang rasa mengantuk, korang boleh buat senaman regangan setiap. 
  • Memohon doa -  Cikla rasa, inilah terpenting. Bukan apa, sebagai manusia kita hanya merancang tapi Allah menentukan. Jangan lupa memohon doa kepadaNya supaya dipermudahkan azam dan usaha korang untuk berhenti merokok. Ingat, jangan jemu meminta.

Ada satu tip lagi cikla nak tambah. Elakkan dari melepak dengan orang-orang yang merokok. Kalau korang lepak dengan mereka, tak mustahil korang akan terikut merokok sama. Iyelah, mesti ada kawan-kawan yang offer rokok kan. 

Biasalah tu, dah tau dah. Semoga tips dan petua ini dapat membantu mereka yang tekad untuk berhenti merokok. Jiwa kena kuat ye.

Kredit : Telegram.me/PetuaDanKesihatan

Older posts
Newer posts

Search Here

Disclamiers

SELAMAT DATANG KE BLOG NOTA CIKLA. Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Sebarang pertanyaan dan kolaborasi sila email ke ciklashahril82@gmail.com

Pageviews

Followers

Archive

Labels

beauty (141) bisnes (118) blog story (634) breastfeeding (6) cerita hiburan (124) cerpen (1) cinta dan rumahtangga (107) diy (3) gajet dan IT (20) health (347) idea kreatif (39) kata hikmah (9) parenthood (48) poem (12) pregnancy (8) wordless (17)
Facebook Twitter Instagram Pinterest Tumblr RSS

Created By SoraTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates