Day 8. Still in warded. Nampaknya baby ammar dah tunjuk perubahan positif. Syukur padaMu ya Allah.
Baby Ammar tak lagi guna tiub besar. Walaupun masih lagi diberi bantuan oksigen, tapi taklah seteruk yang awal. Guna tiub pun tiub kecik je.
![]() |
Syukurlah.... Kredit Google. |
Baby Ammar minum susu pun dah tak guna tiub susu. Cikla dah boleh breastfeeding baby Ammar.
Baby Ammar nampak lebih selesa dari hari sebelum. Cikla harap baby cepat sembuh. Aamiin.
Orang kata pengalaman mendewasakan. Cikla rasa memang betul. Pengalaman yang cikla rasakan kali ni memang cikla tak kan lupa sampai bila2.
Sebelum ni cikla hanya dengar cerita orang, tanpa melaluinya sendiri. Sekarang baru cikla tau macam mana perasaan ibu-ibu yang ada anak yang alami masalah. Terpaksa berpantang di hospital.
Dalam keadaan yang baru melahirkan (walaupun dah masuk hari ke-7). Tapi, ibu akan kuat demimu anak. Apa yang penting baby boo ibu cepat sembuh. Ok.
Belum lagi dengan berperang dengan perasaan sendiri yang risau dan sedih tengok anak macam tu. Berwayar sana-sini. Jari yang kecik halus di cucuk jarum untuk ambil darah dan masukkan ubat. Kadang-kadang menangis sebab tak selesa.
![]() |
Memang betul... Kredit Google. |
Tapi, percayalah anakku. Semua ini demi kesembuhanmu. Sabar dan kuat ye sayang. Ibu sentiasa ada denganmu. DOA IBU SENTIASA UNTUKMU SUPAYA KAU LEKAS BAIK.
Cikla sekadar ingin meluahkan apa yang terpendam. Alhamdullilah cikla sihat. Dan sentiasa positif hadapi ujian ini.
Cikla sekadar ingin meluahkan apa yang terpendam. Alhamdullilah cikla sihat. Dan sentiasa positif hadapi ujian ini.
Biarpun sejuta kali pun cikla minta jasa baik kalian mendoakan boboi cikla. Hanya ucapan terima kasih yang cikla mampu balaskan.
#ahmadammarrizqie
#ahmadammarrizqie
Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke-6 cikla kat sini. Still belum boleh
discharge lagi. So far, baby macam dah ok sikit cuma pernafasannya masih
belum stabil. Baby masih belum boleh survive bernafas sendiri, still
kena guna bantuan oksigen.
![]() |
Day 6: I'm still here... |
![]() |
Day 6: I'm still here... |
Walau apapun syukurlah baby dah minum susu badan walaupun menggunakan tiub. Cikla pun belum lagi boleh direct feeding baby dan belum berkesempatan nak peluk cium baby.
Jujur, memang rasa sedih sangat. Lebih-lebih lagi dalam keadaan cikla berpantang. Pengalaman pertama setelah berumur 32 tahun. Cikla stay kat hospital. Inilah pengalaman yang cikla tak kan lupa sampai bila-bila.
![]() |
Day 6: I'm still here... |
![]() |
Day 6: I'm still here... |
Tapi, cikla redha. Mungkin Allah mahu menguji cikla dan suami. Cikla ikhlas dan kuat demi baby. Hati ibu mana yang tak sedih bila tengok baby macam tu.
Tapi, bila cikla fikirkan balik. Ada orang lain yang lebih teruji dari cikla. Kalau kita rasa kita susah, ada orang lain yang lebih susah. Bersangka baik, sebab cikla percaya semua yang berlaku ada hikmahnya.
Oklah, tetiba nak "tersayu" lak. Korang doakan baby cikla cepat sembuh. Dan cepat-cepat dapat discharge. Ibunya dah take sabar nak keluar ni.
#ahmadammarrizqie
#youAREaSTRONGboy
Kalau kita rasa kita diduga begitu berat, ada orang lain yang lebih berat dugaannya. Kalau kita rasa kita diuji begitu hebat, ada orang lain yang lebih hebat ujiannya.
Mungkin Allah mahu jadikan kita lebih sabar dan tabah. Sebab mungkin sebelum ni kita tak pernah diuji dan diduga begini.
![]() |
Sabar hadapi dugaan.... Kredit Google. |
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk aku menghadapi ujianMu. Aku kuat keranaMu.. Kerana anakku. Semoga boboi ibu cepat sihat. Rindunya ibu nak peluk cium budak bambam sorang ni.
Doakan anak cikla ye. Aamiin aamiin aamiin.
Tanggal 21 hb 9 2014 pukul 2.03 pagi cikla selamat melahirkan seorang baby boy seberat 3.7 kg. Tapi, baby still lagi belum discharge wad sebab ada masalah dengan pernafasan. Walau apapun, syukurlah semuanya selamat. Doakan baby cikla tau. Sedih tengok baby.
![]() |
Alhamdullilah.... |
Moga anak ibu cepat baik. Tak sabar nak peluk cium baby.
Cikla percaya rata-rata orang suka pakai seluar jeans kan? Tapi rasanya jeans ni lebih akrab dengan kaum lelaki. Betul tak? Kalau nak cakap pasal brand memang macam-macam ada di pasaran. Antara yang top Levis, Wrangler, Lee, dan lain-lain. Harganya pun kalau yang ori memang boleh tahan gak mahalnya. Tapi kan, memang sayang kan kalau kita beli seluar jeans mahal-mahal tapi tak tahu macam mana nak jaga dengan betul supaya boleh dipakai lama. So, kat sini cikla nak share beberapa tips untuk kita menjaga kualiti seluar jeans kita.
![]() |
Tips macam mana nak jaga jeans. Sumber Google. |
- Sebelum kita cuci seluar jeans, terbalikkannya.
- Kalau kita cuci seluar jeans guna washing machine, seeloknya jangan campurkan dengan pakaian yang lain. ia dapat kekalkan warna dan ciri jeans tersebut.
- Guna air pada suhu biasa atau suam bila mencuci seluar jeans. elakkan guna air yang terlalu sejuk atau terlalu panas sebab ia akan halang kotoran dari tertanggal dan susah nak dibersihkan.
- Lagi elok guna cucian tangan dan sabun yang sesuai bila mencuci seluar jeans.
- Kalau seluar jeans kita terkena air laut, guna air mendidih dan wapkan pada bahagian yang terkena air masin untuk pastikan kotoran yang melekat tertanggal.
- Lepas mencuci, gantung seluar jeans pada tempat yang teduh dan jangan dedahkan terus pada pancaran sinaran matahari terik.
- Jangan guna bahan kimia masa mencuci seluar jeans, macam clorox. guna je sabun biasa supaya warna seluar jeans tak mudah luntur.
Cikla harap tips kat atas bergunalah ye. Bukan apa, sayang kat duit dan seluar tu sendiri sebab beli mahal-mahal tapi cepat rosak dan tak boleh pakai lama.
Sumber tips kredit to Majalah Wanita/Keterampilan.
Waduh-waduh, macam tak caya je cikla telah di'tag' untuk Liebstar Award ni. Selalu cikla baca je. Tapi, kali ni cikla lak di'tag'. Macam excited la plak.. hehehehe. Sebab tak sangka ada gak yang sudi meng'tag blog cikla yang tak berapa nak comel dan baru setahun jagung ni, hehehe. Btw, tq so much pada adik manis Isabella Idura sebab sudi meng'tag' akak. Thanks dear. Salam kenal.
![]() |
LIEBSTAR AWARD!! 1ST TIME NIH... |
Oklah, ni cikla cubalah nak menjawab apa yang ditanya. Semoga berpuas hati dengan jawapanku ini, hehehe.
1. Apa anda paling tak suka masa berblogging?
Yang paling cikla tensen dan tak suka masa berblogging ni bila internet slow giler. Nak update entry pun payah. Tu belum lagi nak blogwalking lagi, arghhhh.
2. Apa kesusahan anda masa berblogging?
Kesusahan? Ermm, bila nak kejar masa nak update blog. Maknanya kadang-kadang susah nak cari masa free, tu pasal blog pun dah naik bersawang sebab lama tak update. Al-maklumlah cikla kan surirumah tangga yang busy, hehe.
3. Apa yang paling mengembirakan anda masa berblogging?
Gumbira? Bila blog kita ramai orang menyinggah, dapat kawan baru boleh share info dan pengalaman memasing.
4. Jenis blog yang macam mana paling anda suka?
Simple, senang nak loading, tak terlalu banyak sangat iklan sebab susah nak baca post. Asyik-asyik kuar ads, huhu.
5. Berikan 3 blog favorite anda.
Blog favorite? Ala rahsia boleh? Nanti yang lain kecik ati lak, hehe.
6. Sape anda nak jadi?
Jadi diri sendiri ajelah.
7. Tempat paling best pernah anda pergi?
Ermm, entahlah. Genting Highland kot, hehe.
8. Comment ikhlas pasal blog Bella.
Blog Bella simple, senang nak loading, tak terlalu sarat sangat. Pendek kata terbaiklah. Ehh, pujian ikhlas ni tau bukan bodek-bodek tau.
9. Barang yang paling anda teringin nak beli.
Galaxy Tab 3.0.
10. Ceritakan pengalaman paling romantis anda.
Masa first anniversary (masa bercinta dulu) my bf (sekarang dah jadi suami) hadiahkan sejambak rose merah. Sweet sangat sebab depan orang ramai. pastu belanja makan pizza, hehe.
11. Tempat makan kegemaran anda di mana?
Cikla tak kisah mana-mana pun. tapi rasanya yang paling favorite restoran tomyam dan seafood.
Fuhh, selesai sudah menjawab. Berpeluh-peluh gak ni, hehe. Oklah, sekarang ni cikla pulak nak meng'tag' anda-anda yang bertuah. Jeng jeng jeng. Siapakah gerangannya itu.
Dan soklannya adalah, jeng jeng jeng.
- Sejak bila anda berblogging?
- Siapa blogger favorite anda? Bagi 3 orang.
- Apa tabiat pelik yang anda rasa anda tak boleh nak buang?
- Tempat paling jauh anda pernah travel?
- Apa filem pertama anda tengok kat panggung wayang?
- Apa tujuan anda berblogging?
- Siapa yang paling rapat dengan anda selain dari keluarga?
- Cerita sikit apa yang menarik pada diri anda?
- Apa makanan dan minuman favorite anda?
- Komen ikhlas pasal blog cikla.
- Siapa penyanyi dan pelakon favorite dan sebab apa suka bebenor dengan deme?
- Bila birthday date anda? Manalah tau tetibe cikla termurah hati nak bagi present, hehehe.
Haaa, amacam? Mencabar tak soklannya? Saja je cikla bagi extra satu soalan, hehehe. Pada yang di'tag, selamat menjawab.
Duit dan wang. Makna sama je. Orang kata duit bukan segalanya tapi pada zaman sekarang ni semua mahu duit. Kalau dulu nilai duit memang besar. Dengan RM50, macam-macam boleh beli. Tapi, sekarang, beli jajan anak pun dah habis RM50. Macam mana tu?
Bila fikir perbelanjaan harian yang makin meningkat, nak-nak kalau stay kat bandar lagilah tinggi kosnya. Nak bayar sewa rumah, ansuran bulanan kereta, perbelanjaan harian. Kalau anak ramai, lagi bertambah kosnya. Cuba fikir masa akan datang?
Jadi, sebagai ibu bapa jom kita didik anak-anak kita menghargai duit iaitu dengan menabung. Orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nilai-nilai yang baik perlulah dipupuk dari kecil sebab mereka lebih mudah menerima apa yang kita ajarkan.
Cikla nak share beberapa cara yang boleh kita guna untuk ajar anak kita menghargai duit.
Pertama, sebaiknya hadkan pemberian duit saku pada anak. Maknanya jangan bagi banyak sangat. Cukuplah sekadar keperluan mereka. Memang kita nakkan yang terbaik untuk anak kita, tapi semuanya perlulah berpada-pada.
Pertama, sebaiknya hadkan pemberian duit saku pada anak. Maknanya jangan bagi banyak sangat. Cukuplah sekadar keperluan mereka. Memang kita nakkan yang terbaik untuk anak kita, tapi semuanya perlulah berpada-pada.
Kalau kita selalu memberi duit yang banyak, mereka akan fikir duit sentiasa ada. Mana taknya, bila mintak je ada, mintak je ada. Jadi, mereka tak pernah rasa macam mana susahnya kalau takde duit.
Kedua, kurangkan bagi duit yang banyak dan kurangkan kekerapan memberi duit. Adalah lebih baik bagi duit pada mereka pada waktu tertentu saja atau pada masa-masa yang mereka perlu sesangat.
Ketiga, ajar anak beli barang permainan kegemaran mereka dengan duit yang mereka simpan sendiri. Maknanya, kalau dia betul-betul nakkan apa yang dia mahukan, mesti dia bersungguh-sungguh menyimpan duit.
Kedua, kurangkan bagi duit yang banyak dan kurangkan kekerapan memberi duit. Adalah lebih baik bagi duit pada mereka pada waktu tertentu saja atau pada masa-masa yang mereka perlu sesangat.
Ketiga, ajar anak beli barang permainan kegemaran mereka dengan duit yang mereka simpan sendiri. Maknanya, kalau dia betul-betul nakkan apa yang dia mahukan, mesti dia bersungguh-sungguh menyimpan duit.
Tapi, kena jugak ingatkan anak kita gak bukan semua duit simpanan boleh digunakan untuk membeli barang permainan.
![]() |
Jom didik anak menghargai duit. Sumber Google. |
Keempat, galakkan anak menderma sebagai langkah pertama menunjukkan contoh yang baik pada mereka. Bukan apa, kita kena fahamkan mereka bahawa duit bukan hanya untuk puaskan 'nafsu' sendiri tapi untuk membantu orang lain jugak.
Bagitau mereka tentang konsep sedekah supaya mereka faham. Ia bukan saja dapat mengajar anak kita menghargai duit, tapi menjadi seorang yang prihatin terhadap kesusahan orang lain.
Kelima, bukakan anak anda buku akaun bank bila tiba masanya. Cakapkan mengenai kebaikan menyimpan dan faedah-faedah yang akan diperolehi. Bukan apa, ia dapat memupuk semangat mereka menyimpan duit dan bersungguh-sungguh untuk melihat hasilnya nanti.
Keenam, bila usia anak meningkat, perkenalkan mereka pada penyimpanan untuk pendidikan masa depan. Jelaskan sekali betapa pentingnya ilmu dan betapa perlunya menyimpan duit kalau mereka ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak.
Keenam, bila usia anak meningkat, perkenalkan mereka pada penyimpanan untuk pendidikan masa depan. Jelaskan sekali betapa pentingnya ilmu dan betapa perlunya menyimpan duit kalau mereka ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak.
Walau apapun, cikla rasa memang penting kalau kita mulakan segalanya sejak anak kita masih kecil. Bukan apa, mereka lebih senang menerima apa yang kita cakap dan kita juga senang nak mendidik mereka. Ia akan menjadi kebiasaan bagi mereka sampailah mereka besar nanti.
*Sumber Harian Metro (Ruangan Wang Anda oleh Irfan Khairi).