Masa landing macam ginilah yang paling best. Sambil-sambil tengok kerenah anak dan layan vcd, tetiba lak cikla nak wrote something kat sini. Satu pengalaman yang cikla tak boleh lupa sampai bila-bila, iaitu pengalaman melahirkan! Sebenarnya hari ini cikla dapat anak buah baru.
Anyway, tahniah untuk adikku dan isteri, encik Khairis dan puan Ekin sebab baru aje menimang cahaya mata sulung diaorang. Baby boy, 3.2 kg dan namanya Khalish Aqeef.
Anyway, tahniah untuk adikku dan isteri, encik Khairis dan puan Ekin sebab baru aje menimang cahaya mata sulung diaorang. Baby boy, 3.2 kg dan namanya Khalish Aqeef.
Bila dah jadi mama dengan ayah, bertambahlah tanggungjawab espeacially si suami. Emmm, bila dengar orang sakit nak bersalin, automatik cikla teringat kenangan mase cikla bersalin puteri-puteri cikla.
Melahirkan dua anak, pengalaman memang berbeza. Masa melahirkan si kakak, NUR BATRISYIA ZULAIKHA memang obviously macam2 perasaan bercampur-aduk. Gembira, berdebar, takut. Semua ada.
Masa mengandungkan si kakak, cikla overdue, lewat seminggu dari tarikh bersalin. Apa lagi, kena induce ler. Sehari sebelum bersalin tu, tidur kat wad semalam. Lepas subuh keesokan hari, masuk labour room, doktor check dan dah bukak 2 cm, then doktor pecahkan air ketuban.
Lepas air ketuban pecah, memang tak sakit. Tapi, bila nurse induce ubat, serta-merta sakit. Kontraksinye memang tak dapat gambarkan camna rasanya. Yelah, baby first, pengalaman memanglah zero. Tak tahu apa pun. Nak push pun tak pandai.
Mujurlah, doktor dan nurse masa tu bagi sokongan dan teach me. Tq so much nurse dan doktor Hospital Banting. Malu memang dah tak boleh nak fikir dah.
Mujurlah, doktor dan nurse masa tu bagi sokongan dan teach me. Tq so much nurse dan doktor Hospital Banting. Malu memang dah tak boleh nak fikir dah.
Yang cikla fikir masa tu, nak cepat-cepat melahirkan dan excited nak tengok muka baby. Akhirnya, pukul 10.10 pagi, lahirlah baby cikla yang pertama. Berat 3.6 kg. Bila tengok muka baby, hilang semua rasa sakit. Itulah yang paling tak boleh lupa.
![]() |
Memang tak boleh lupa.... Kredit Google. |
Puteri cikla yang kedua pula, senang sikit masa bersalinkannya. Mungkin dah ada pengalaman masa melahirkan yang pertama. Yang kedua ni awal sikit dari due date.
Hihi, tak sabar nak tengok dunia agaknya. Sebelum bersalin, sempat lagi berjalan-jalan. Balik dari berjalan, rasa sakit dan hubby terus hantar pergi hospital.
Sampai-sampai terus masuk labour room, doktor check dah bukak 10 cm, memang time to deliver. Pecah aje air ketuban, terus rasa sakit dan kontraksi makin kuat. Pukul 6.10 petang, lahirlah puteri kedua cikla, NUR FARISYIA DAMIA.
Sebenarnya nikmat melahirkan ni memang indah. Sakit yang mengasyikkan. Lahirnya anak ke dunia umpama kain putih, kitalah sebagai mak pak yang mencorakkannya.
Anak juga adalah permata dan amanah yang dikurniakan untuk kita hargai dan sayangi. Suami pun hargailah pengorbanan isteri semasa melahirkan anak-anak anda. Memang tak ada tandingannya.
Salam 1 Malaysia! Hari ni hari isnin, 22hb April 2013. Ada lebih kurang seminggu lebih lagi kita akan mengundi. Sekarang ni pun, sana-sini sudah meriah dengan bendera-bendera, slogan-slogan dan macam-macam flyer parti-parti yang bertanding.
Hatta, sebelum penamaan calon lagi, sudah ada bendera-bendera parti diletak di sana sini untuk meraih sokongan. Kali pertama cikla mengundi tahun 2008!
Dan tahun 2013 ni, tahun kedua.
Syukur alhamdulillah, kerana Allah SWT memberikan kesempatan lagi untuk
cikla mengundi.
Bagi cikla, mengundi memang hak kita sebagai rakyat dan
negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Siapa yang akan
memerintah negara, semuanya ditentukan oleh rakyat.
Jadi, sebagai rakyat
yang bertanggungjawab buatlah pilihan yang bijak agar keharmonian
negara dapat dikekalkan.
Sebenarnya kita kenalah pilih pemimpin yang boleh buat kerja, ataupun yang pandai cakap pandai buat. Jangan yang pandai cakap tak serupa bikin! Dari situlah rakyat menilai.
Sebenarnya kita kenalah pilih pemimpin yang boleh buat kerja, ataupun yang pandai cakap pandai buat. Jangan yang pandai cakap tak serupa bikin! Dari situlah rakyat menilai.
Kalau cikla, cikla perlukan seorang pemimpin yang berwibawa dan boleh menjadikan negara kita yang tercinta ini lebih maju dan gah di mata dunia.
Cikla sayangkan Malaysia ini. Selama ini cikla memang bersyukur sangat sebab dilahirkan di negara ini. Negara yang aman, damai, makmur dan sejahtera.
Bila dengar pergolakan dan perang yang berlaku di negara luar, cikla jadi seriau dan takut kebebasan yang kita ada sekarang ini mestilah kita hargai.
Wahai anda-anda di luar sana, buatlah pilihan yang bijak dan terbaik. Kita perlukan pemimpin yang boleh membela nasib rakyat dan sentiasa sedia mendengar semua masalah dan rintihan rakyat.
Ingat tu, pilih ikut akal fikiran yang waras, jangan ikut hati dan nafsu. Takut tersalah pilih, menyesal tak sudah.
SELAMAT MENGUNDI! Waallahualam.
Emm, petang-petang camni tengah santai-santai sambil tidurkan anak cikla rasa macam nak story somethin'. Mesti kawan-kawan dan family cikla macam tak caya yang cikla punya blog.
Sebenarnya cikla dah lama nak buat blog dan menulis, sejak zaman skool lagi. Tapi, disebabkan tak ada masa dan gajet-gajet canggih manggih tak ada pada masa tu, hasrat terkubur macam tu aje.
Cikla memang minat menulis, bermonolog tapi tu suka-suka aje. Then, bila masuk matrikulasi and universiti, tak ada masa pulak. Busy
dengan study, assingment, discussion, tutorial and presentation. Lepas
tu, get married dan jadi full house wife barulah ada kesempatan nak
berkarya.
Cewah.
Cewah.
![]() |
Dah lama dah! Kredit Google. |
Memula tu cam malu gak, yelah takut komen-komen orang yang baca entri kita. Tapi, tu semua tak penting. Selagi cikla ada idea yang nak ditulis dan dikongsi, cikla akan tulis. Biaq pi la orang nak kutuk ke, keji ke.
Walau apapun, cikla akan menulis bila ada masa dan topik best nak kongsi. Ini semua bukanlah nak tunjuk bagus tapi tak salah kalau kita nak berkongsi benda yang baik dengan orang lain kan?
***walaupun orang tak baca dan komen entri cikla, cikla akan terus menulis***
Dalam hubungan suami isteri, mesti si isteri nak suaminya mencintainya sepenuh hati, dan begitu juga dengan si suami yang kena belajar macam mana nak menyuburkan cinta supaya ia selalu segar dan tak bosan.
Cikla taklah nak cakap yang perkahwinan cikla ni perfect, tapi cikla bahagia sangat dengan suami dan anak-anak tersayang. Setiap hubungan pasti ada pasang surut dan dugaan. Itu lumrah! Walauapapun, cikla bersyukur.
- Hadapilah stress dengan bijak. Maknanya, janganlah tegang sangat kalau ada masalah yang datang. Cuba hadapi dan ubati dengan cara yang paling senang iatu buat pasangan kita ketawa. Senyuman memang ada magic yang buat orang panas menjadi sejuk dan orang bengang menjadi cool. Senyum tanda positif dan redha!
- Selalu ucap terima kasih. Jangan segan dan berat mulut. Apa salahnya kan, isteri kita dah masak penat2, kita just say "tq sayang". Tengok, isteri yang penat pun boleh senyum lebar bila dengar suaminya cakap camtu. Rasa dihargai. Lagi satu, jangan lupa ucap terima kasih pada Allah SWT, dengan bersyukur. Syukur tanda hargai semua pemberianNya.
- Selalu memaafkan. Bersihkan hati dari rasa dendam, marah dan geram. Ini semua bukannya tanda kita ni lemah dan orang boleh pijak kita. Tapi, dengan maaf orang akan respect kita dan ia dapat pelihara serta bersihkan hati kita. Kesannya, jiwa sentiasa tenang...
- Be +ve, jangan asyik bersangka buruk dan was-was dengan pasangan. Nak cemburu boleh, tapi biarlah berpada-pada dan kena pada tempat. Jangan sampai cemburu buta...
- Jauhi sikap kedekut. Apa salahnya sesekali tu rai cinta dengan kemewahan. Espeacially si suami. Ajak isteri sambut aniversarry perkahwinan atau birthday dekat restoran mahal ke. Tak pun hadiahkan isteri barang yang mewah ke. Sesekali tak apa kan? Harta yang ada dibelanjakan untuk isteri tercinta, memang dituntut. Tapi, janganlah over sangat. Biarlah di bawah kemampuan.
So, cikla harap tips ni dapat dimanfaatkan oleh kita khususnya yang dah kahwin. Walaupun kita dah kahwin bertahun-tahun, tak salah kita sentiasa berkelakuan macam kita cintan-cintun dolu-dolu.
*saya suka, saya suka*
Emm, cerita pasal maaf ni, teringat cikla dengan lirik lagu cerita Pendekar Bujang Lapok.. "maafkan kami, maafkan kami, maafkan kami. Berapa kali maaf daa". Hehe, kelakarkan cerita tu. Susahnya Lelaki Nak Minta Maaf. Betul ke?
Walaupun dah terang-terang dah dia yang salah. Bukan nak mengata kaum adam ni, tapi cikla rasa macam betul je. Lelaki susah nak minta maaf. Susah sangat nak keluarkan kata "i'm sorry", keluar dari mulut dema ni. Apa sebabnya ek?
Sebenarnya adalah sebab EGO, inilah penyebab kenapa susahnya lelaki nak minta maaf. Maaflah kalau statement cikla ni buat lelaki kat luar sana marah.
Rasanya ini betul kan? Ada yang kata, lelaki susah nak ketepikan ego diaorang espeacially berkaitan dengan maaf walaupun sedar salah sendiri. Sebab egonya lagi tinggi dari perempuan.
Tapi, ada juga sesetengahnya yang mudah melafazkan maaf, tak berat mulut!
Ermm, ada pulak yang cakap lelaki punya cara tersendiri nak minta maaf. Tak semestinya dengan kata-kata.
Contohnya, ajak makan, ajak tengok wayang dan belikan barangan untuk pasangan. Semua itu nak mengaburi kesalahan yang dilakukan. Betul atau tak, cikla pun tak pasti. Itu kena tanya lelaki, hehe.
Apapun, cikla rasa tak salah kalau lelaki minta maaf pada pasangan atau sesiapa pun, tapi biarlah kena pada tempat dan situasinya. Kadang-kadang lelaki buat camtu sebab nak bagi pengajaran pada pasangannya. Tapi janganlah kejam sangat.
Bukan luak pun nak cakap maaf. Just say "sayang, I'm sorry, please forgive me". Hati yang panas terus jadi sejuk bila dengar kalimah keramat tu.
Ucapan maaf bukan bererti kita mengalah dan lemah tapi menjadikan kita lebih kuat dan berhati-hati di masa depan!
Ehem, best tak title entry cikla kat atas nu? Mesti ada kaum-kaum adam yang tak setuju kan? Jangan nak nafikan ye, memang ada lelaki camni kat dunia ni.
Lagi manja dari perempuan pun ada tau! Kalau sebelum ni kita selalu dengar yang sikap natural seorang lelaki sejati itu adalah TEGAS, MELINDUNGI WANITA DAN BERPENDIRIAN TETAP. Tapi, tak semua yang ada sifat macam cikla tuliskan tadi.
Sebab apa? Sebab ada sesetengah kaum adam ni yang peelnya manja dan keanak-anakan. Hurmmm, jadi betullah lelaki manja merimaskan?
Bagi cikla, nak manja boleh aje. Tapi, janganlah keterlaluan sangat sampai merimaskan orang sekeliling. Orang pun jadi menyampah nak melayannya.
Kalau cikla sendiri pun, naik meluat lak menengoknya, hehehe. Ada yang cakap, lelaki manja ni pemalu orangnya. Tapi, biarlah kena pada tempatnya.
Rasullullah SAW sendiri manja dengan isteri tapi tak adalah sampai berlebih-lebihan. Emm, ada pula yang cakap anak bongsu ni manja.
Sebab kebanyakan mereka dibesarkan dengan penuh kemanjaan oleh mak pak dia. Apa nak semua dapat. Dah terbawa-bawa sampai ke besar. Agaknya nakkan perhatian kot.
![]() |
Betul ke lelaki manja merimaskan? Kredit Google. |
Tapi, rasanya, cikla tak boleh nak nafikan statement ni. Sebab, hubby cikla la pun anak bongsu. So, memang kadang-kadang 'he act like a kids.' tapi, sometimes je.
Ada juga yang cakap, lelaki jadi manja sebab pengaruh, espeacially dia anak bongsu dan kesemua adik-beradiknya perempuan.
Mungkin, dia terikut-ikut dan terbiasa di manja oleh kakak-kakaknya. Jadi, kemanjaannya terbawa-bawa bila dia dengan kawan-kawannya.
Kalau dah manja, mesti lelaki macam ni lebih sensitif dan teliti. So, agak susah nak berkomunikasi dengan golongan camni. Ye la, sikit-sikit merajuk.
Jadi, pasangannya kenalah pandai pujuk ye. Kalau tak, tak adalah boyfriendnya asyik muncung. Hehe. Emm, cikla rasa lelaki camni kenalah cari pasangan yang lebih matang dan sabar layan kerenah.
Tapi, kalau dah dapat pasangan yang sabar, awak tu janganlah over dan lebih-lebih pulak manjanya. Lama-lama orang pun boleh bosan.
Ingat tau!
Hari ni dah hari rabu. Kejap je masa berjalan. Pada yang leka, mesti tak sedar begitu cepatnya masa pergi meninggalkan kita. Masa yang dah pergi tak mungkin kita dapat ulang atau rasai lagi. Apa yang penting masa hadapan yang bakal dan akan kita tempuhi.
Ehem, kali ni rasanya cikla nak cerita pasal hal memberi dan menerima. Ada yang cakap "tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima." Rasanya macam betul je kata-kata tu.
Cikla ada terbaca satu artikel yang menulis mengenai ini. Dalam artikel tu ada tertulis satu hasil kajian mengenai kelebihan sikap pemurah akan memberi keceriaan dalam hidup kita.
Cikla ada terbaca satu artikel yang menulis mengenai ini. Dalam artikel tu ada tertulis satu hasil kajian mengenai kelebihan sikap pemurah akan memberi keceriaan dalam hidup kita.
Orang yang menderma tak kiralah menderma kepada orang lain sebagai hadiah atau amal akan lebih happy berbanding dengan orang yang menghabiskan wang untuk diri sendiri. Betul atau tak, cikla pun tak pasti. Tepuk dada, tanya hati!
"Satu kebaikan, dibalas sepuluh", itulah ganjaran yang diterima bagi orang yang suka memberi. Kalau kita kaya belum tentu bahagia dan miskin pula bukan ukuran miskin semuanya. Miskin harta tapi kaya hati. Itu lebih baik kan?
Ia melambangkan kekayaan hati sebab hanya mengharapkan redha Yang Maha Esa. Jadi, marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik.
Ia melambangkan kekayaan hati sebab hanya mengharapkan redha Yang Maha Esa. Jadi, marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik.
Bukan nak tunjuk baik, tapi sekurang-kurangnya kita ada niat nak jadi baik. Manfaat untuk diri cikla dan semua!
Waallahualam.
Eloo, salam isnin. Hehe, pejam celik, pejam celik sekejap je masa berjalan. Bulan April dah sampai setengah bulan dah. Cepatnya masa berlalu. Tengah-tengah duduk santai-santai ni, terasa macam nak update something kat sini. Emmm, sekarang ni cikla kat kampung. Dari kampung ke kampung.
Memang tak boleh nak nafikan suasana kampung memang mendamaikan. Tak macam kat bandar. Asyik sibuk je, riuh rendah dengan bunyi kenderaan dan dengan manusianya lagi, yang macam-macam ragam.
Hari tu, masa cikla nak balik kampung ni, cikla singgah kat satu shopping complex ni. Sambil-sambal tunggu encik suami menyetelkan kerjanya, cikla lepak-lepaklah dengan anak-anak cikla.
Saja nak tengok ragam manusia dan macam-macam fesyen yang digayakan. Macam-macam!
Ada sesetengahnya fesyen kira oklah. Tapi, ada pulak fesyennya entah apa-apa entah. Pelik dan kelakar.
Bukannya nak gelakkan or nak komen gaya orang, tapi kalau nak berfesyen tu biarlah kena gaya dan tempat. Jangan sampai jadi MANGSA FESYEN.
Buat diketawakan di orang aje. Cikla sendiri pun bukanlah pandai sangat nak jugde orang dan tak ada lah pandai sangat dalam fesyen-fester ni. Cikla pakai ikut sesuai dan cantik di badan. Tapi, janganlah sampai over pulak. Sentiasa ikut perkembangan ya'.
Buat diketawakan di orang aje. Cikla sendiri pun bukanlah pandai sangat nak jugde orang dan tak ada lah pandai sangat dalam fesyen-fester ni. Cikla pakai ikut sesuai dan cantik di badan. Tapi, janganlah sampai over pulak. Sentiasa ikut perkembangan ya'.
Waallahualam.