• Home
  • Lifestyle
    • Ilmu
      • Agama
      • Muhasabah Diri
      • Petua
    • My Story
    • Info
    • Tips
    • Resepi
    • My Reviews
  • Awareness
    • Social
    • Thyroid
  • Collab
Ada orang kerja siang malam, kumpul duit banyak, rumah besar, kereta mewah, tapi hati tetap rasa kosong. Tidur pun tak lena, fikiran asyik serabut. Hakikatnya, harta sebenar yang paling mahal dalam hidup ni bukan emas, bukan duit, bukan pangkat tinggi pun, tapi ketenangan hati. Setuju tak korang?

Ketenangan ni benda yang susah nak cari, sebab dia bukan boleh dibeli. Tak ada kedai yang jual, tak ada bank yang boleh simpan. Ketenangan datang bila jiwa kita rasa cukup dengan apa yang ada, bila kita boleh lepaskan benda yang tak penting, dan bila kita belajar redha dengan apa yang jadi.

Kadang-kadang kita sangka bahagia tu datang bila kita capai sesuatu yang besar. Contohnya naik pangkat, beli rumah baru atau dapat gaji lebih tinggi. Memang betul benda tu bagi rasa seronok, tapi biasanya sekejap je. Lepas tu, kita mula kejar lagi benda lain. Akhirnya hidup jadi macam larian yang tak pernah habis.

Bayangkan macam ni, ada seorang pakcik jual nasi lemak tepi jalan. Hidup dia biasa-biasa je, rumah pun kecil, kereta pun bukan baru. Tapi kalau kita tengok muka dia setiap pagi, senyum je layan pelanggan. Lepas habis berniaga, dia balik rumah, duduk sembang dengan cucu-cucu. Hidup dia nampak simple, tapi hati dia tenang. 

Bandingkan dengan seorang eksekutif besar yang gaji berpuluh ribu, tapi hari-hari balik rumah muka tegang, fikir kerja tak habis, tidur pun susah. Dari situ kita boleh nampak, bahagia dan ketenangan tu bukan pada “banyaknya” harta, tapi pada “cukupnya” hati.

Ketenangan hati adalah kekayaan sebenar!

Ketenangan hati ni jugak buat kita nampak dunia dengan cara yang berbeza. Bila hati tenang, masalah besar pun terasa ringan. Bila hati tenang, kita boleh fikir dengan jelas, tak cepat marah, tak cepat melatah. Dan yang paling penting, bila hati tenang, kita lebih mudah rasa syukur.

Ramai orang ingat ketenangan datang bila kita dapat semua yang kita nak. Tapi sebenarnya, ketenangan tu datang bila kita belajar lepaskan benda yang tak perlu. Bila kita stop fikir apa yang orang cakap pasal kita, bila kita tak terlalu paksa diri untuk ikut kehendak orang lain, barulah hati jadi lapang.

Kalau kita renung balik, setiap orang ada cara masing-masing cari ketenangan. Ada yang jumpa melalui doa, solat dan dekatkan diri dengan Tuhan. Ada yang jumpa bila habiskan masa dengan keluarga. Ada yang rasa tenang bila duduk tepi pantai, dengar bunyi ombak atau sekadar hirup udara pagi. Apa pun caranya, semuanya balik pada satu perkara, hati yang reda dan tak memberontak.

Jadi, kalau nak ukur kaya atau miskin seseorang, bukan semata-mata pada berapa banyak duit dia ada. Tapi tengoklah pada senyuman ikhlas, pada cara dia hadap ujian hidup dan pada bagaimana dia boleh tidur lena tanpa risau berlebihan. Itu lah tanda orang yang betul-betul kaya.

Akhirnya, kita semua akan sedar satu perkara, kekayaan termahal dalam hidup ni adalah ketenangan hati. Bila hati tenang, hidup jadi lebih ringan. Dan bila hati tenang, itulah bahagia yang sebenar. Begitulah. 
Pernah tak kita rasa terlalu letakkan harapan pada seseorang? Contohnya, kita ada kawan baik yang kita percaya sepenuh hati. Kita selalu ada bila dia susah, tolong bila dia perlukan. Tapi bila tiba masa kita yang perlukan sokongan, tiba-tiba dia hilang. Rasa terkilan tu memang dalam. Kita mula fikir, “Kenapa aku selalu ada untuk dia, tapi bila aku susah, dia tak nampak pun?”

Hakikatnya, manusia memang macam tu. Kita pun kadang-kadang tanpa sedar buat perkara yang sama. Bukan sebab kita tak hargai orang, tapi sebab kita manusia yang serba kekurangan. Kita ada limit. Kita tak mampu nak jaga hati semua orang, tak mampu nak sentiasa ada untuk semua. Sebab tu kalau kita harap pada manusia, ujung-ujung kita yang akan kecewa.

Tapi bila kita belajar untuk letak harapan tu pada Allah, keadaan jadi lain. Contoh mudah, bila kita kerja keras cari rezeki. Kadang kita fikir, bos lah yang tentukan naik gaji atau tak. Kita mula harap pada manusia. 

Bila tak dapat, mulalah rasa sedih, kecil hati, malah ada yang rasa diri tak dihargai. Sedangkan rezeki tu datang dari Allah, bukan dari bos. Bos cuma perantara je. Bila kita yakin rezeki Allah luas, kita akan jadi lebih tenang. Tak naik gaji kat sini, mungkin Allah buka pintu rezeki kat tempat lain.

Jangan harap pada manusia, haraplah hanya pada Allah.

Atau dalam hal jodoh. Ramai orang yang terluka sebab terlalu berharap pada seseorang. Dah rasa itulah orangnya, dah bayang masa depan sama-sama, tapi akhirnya tak jadi. Bila kecewa, hidup rasa gelap, rasa macam tak ada harapan lagi. 

Tapi kalau dari awal kita serahkan urusan jodoh ni pada Allah, hati kita lebih kuat. Kita akan belajar redha sebab kita tahu Allah tak pernah silap dalam perancanganNya. Kalau bukan dia yang jadi milik kita, pasti ada yang lebih baik Allah simpan untuk masa depan.

Sebenarnya, bila kita latih hati untuk selalu bergantung pada Allah, kita akan rasa lebih ringan. Tak kisahlah dalam bab kerja, rezeki, kawan, keluarga atau jodoh sekalipun. Sebab kita percaya, apa saja yang berlaku, Allah tahu apa yang terbaik. 

Bila kita doa, bila kita usaha, selebihnya kita serahkan. Dan saat kita mula redha dengan apa yang Allah tentukan, masa itulah kita jumpa ketenangan yang sebenar.

Ingatlah, manusia boleh berubah. Hari ni ada, esok mungkin tiada. Hari ni sayang, esok mungkin berlalu. Tapi Allah, kasih sayangNya tak pernah berubah. Dia sentiasa ada, walau kita jatuh berkali-kali. Jadi, jangan sandarkan bahu pada manusia, sandarkan hati pada Dia. InshaAllah, bila kita serahkan semua pada Allah, yang baik-baik akan datang pada kita, kadang lebih dari apa yang kita minta.

Dalam hidup ni, kita memang tak boleh lari daripada kehilangan. Ada masa kita hilang sesuatu yang kita sayang, ada masa kita terlepas rezeki yang kita rasa memang dah jadi milik kita, ada masa kita kehilangan orang yang rapat dengan kita. Hati siapa yang tak sedih kan? Normal lah kalau kita rasa kecewa, down, ada sesetengah tu menangis sampai tak larat. Itu fitrah manusia.

Tapi dalam setiap kehilangan tu, sebenarnya ada satu janji Allah yang selalu kita lupa. Allah takkan ambil sesuatu daripada kita kecuali Dia nak ganti dengan sesuatu yang lebih baik. Cuma masalahnya, kita selalu nak nampak cepat, nak rasa ganti tu hari ni juga. Padahal Allah lebih tahu bila masa yang sesuai.

Bayangkan kalau kita hilang sesuatu sekarang, mungkin kita rasa itu benda paling berharga dalam hidup kita. Tapi sebenarnya, Allah nampak jauh ke depan. Allah tahu kalau kita simpan benda tu lama-lama, mungkin ia akan menyusahkan atau melukakan kita lebih teruk. Jadi, bila Allah tarik, bukan sebab Dia benci kita, tapi sebab Dia sayang. Dia nak bersihkan, nak kuatkan dan nak bagi sesuatu yang kita sendiri tak pernah terfikir.

Bersabar kerana Allah pasti ganti dengan yang lebih baik.

Kadang kita diuji dengan kehilangan kerja. Masa tu, kita rasa macam dunia dah gelap, tak tahu nak terus hidup macam mana. Tapi bila kita bersabar, usaha, doa, perlahan-lahan kita nampak Allah buka jalan lain. Dapat kerja baru yang lebih baik atau mungkin terbuka pintu rezeki melalui bisnes sendiri. Kalau kita tak pernah hilang kerja lama tu, mungkin sampai bila-bila kita takkan berani cuba benda baru.

Begitu juga dalam soal hati. Kita mungkin pernah ditinggalkan, dikecewakan atau cinta yang kita sangka kekal rupanya tak jadi. Masa tu memang rasa dunia nak runtuh. Tapi bertahun kemudian, bila Allah hadirkan seseorang yang lebih baik, yang lebih menghargai kita, baru kita sedar kenapa Allah “ambil” orang dulu tu. Sebab Allah nak bagi ruang untuk orang yang lebih sesuai hadir dalam hidup kita.

Ye betullah sabar tu memang susah, sebab ia bukan sekadar duduk diam tunggu masa berlalu. Sabar tu maksudnya tahan diri daripada putus asa, kuatkan hati walaupun tengah sakit dan percaya Allah tengah susun sesuatu untuk kita. Kadang kita rasa macam doa kita tak didengar, padahal Allah dah aturkan sesuatu yang lebih baik, cuma kita belum nampak lagi.

Jadi, bila kita rasa kehilangan, cuba ingat janji ni; "Allah takkan ambil kecuali Dia nak ganti dengan yang lebih baik." Pegang kuat-kuat kata ni dalam hati. Bersabarlah walaupun air mata masih jatuh. Percayalah, setiap kesabaran akan dibayar dengan sesuatu yang jauh lebih indah daripada apa yang pernah kita sangka.
Hari ini, kita mulakan untuk amalkan 10 hal ini bagi menghidup sunnah Rasulullah SAW.

1. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

2. Membersihkan mulut dan bersugi. Terutama setiap kali selepas makan dan sebelum menunaikan solat.

3. Mendoakan orang yang memberi makan kepada kita.

4. Mengamalkan madu dan habbatus sauda.

5. Minum air dengan beberapa kali tegukan, bukan minum tanpa henti.

6. Menarik nafas ketika mula minum.

7. Tidak bernafas ataupun meniup ke dalam bekas minuman.

8. Tidur mengiring ke kanan.

9. Ambil wudhu' setiap kali sebelum beribadah dan memastikan diri sentiasa bersih dan kemas.

10. Sentiasa bersabar, bertindak pantas dan tegas dalam membuat keputusan.

Rindunya kita pada Rasulullah SAW.

Kehebatan Rasulullah SAW bukan sahaja diperakui oleh kita semua, malahan tokoh barat juga mengangkat Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin paling berpengaruh dalam  peradaban dunia.

Kalian boleh buat carian mengenai Michael H. Hart yang telah menyenaraikan Baginda Rasulullah dalam buku tulisannya 100: Kedudukan Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah.

Rasulullah SAW dianalisis sebagai satu model manusia yang memiliki kesempurnaan dari segenap sudut keilmuan yang boleh dijadikan rujukan terperinci.

Sempena Maulidur Rasul hari ini, kita sambut dan raikannya dengan mengamalkan semua sunnah Rasulullah SAW. Kita ubah yang simple namun impaknya besar dalam hidup.

Salam Maulidur Rasul  buat semua.

Kredit : Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
Ada sebuah kisah kecil tetapi sarat dengan pengajaran. Seorang pakcik menegur seorang hamba Allah tentang kuku kakinya yang panjang. Katanya, kuku panjang itu tempat syaitan duduk. Teguran itu dibuat secara terbuka, di hadapan orang lain, tanpa ada ruang peribadi untuk si empunya diri menelan kata-kata tersebut. Mungkin ada setuju dan mungkin ada yang tak. 

Tapi, cuba bayangkan perasaan orang yang ditegur. Bukan saja terkejut, bahkan mungkin terasa malu sebab ditegur di hadapan khalayak. Walaupun niat pakcik itu baik, tapi cara penyampaiannya mungkin tak kena pada tempat. Sedangkan dalam hidup bermasyarakat, menjaga hati dan perasaan orang lain itu juga adalah sebahagian daripada akhlak mulia. Tak dinafikan, Islam sangat menekankan budaya saling menasihati. 

Menegurlah dengan hikmah.

Firman Allah dalam Surah Al-Asr, Allah menyebut bahawa orang beriman itu ialah mereka yang “saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.” Ayat ini jelas menunjukkan pentingnya nasihat dan teguran, tapi dalam masa yang sama, ia mesti disertai dengan kesabaran dan hikmah.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis ini mengingatkan kita bahawa kata-kata yang keluar dari mulut mesti membawa kebaikan. Kalau tak, lebih baik memilih diam. 

Menegur adalah kata-kata kebaikan, tapi cara menyampaikannya boleh menentukan sama ada ia diterima dengan lapang dada atau sebaliknya ditolak dengan hati yang terluka.

Menegur di hadapan ramai orang mungkin membuat kita rasa sudah menunaikan tanggungjawab, tapi bagi orang yang ditegur, ia boleh jadi bad moment to her/him. Malu, tercalar maruah, bahkan mungkin timbul rasa kecil hati. 

Sedangkan tujuan asal teguran adalah untuk membawa kepada perubahan yang lebih baik, bukannya untuk menjatuhkan atau memperlekehkan.

Lebih indah kalau teguran dibuat dengan cara peribadi. Tariklah perlahan orang itu ke tepi, berbicara dengan suara lembut dan mulakan dengan kata-kata yang menenangkan. 

Misalnya, “Maaf ya, saya perasan kuku awak agak panjang. Dalam Islam ada disebut tentang kebersihan kuku, mungkin boleh dipotong untuk kebaikan bersama.” Cara begini lebih mudah menyentuh hati sebab ia menunjukkan kita prihatin tanpa menjatuhkan air muka.

Menegurlah dengan hikmah.

Kisah ini mungkin nampak kecil, tapi sebenarnya ia membuka ruang kesedaran untuk kita semua. Dalam kehidupan seharian, kita mesti selalu berjumpa situasi di mana kita rasa terpanggil untuk menegur. 

Sama ada tentang pakaian, adab atau hal-hal kecil seperti kebersihan. Apa pun bentuk teguran, biarlah ia disampaikan dengan kasih sayang. Kata-kata yang lembut boleh menenangkan hati, manakala kata-kata yang kasar boleh melukakan.

So, kita perlu ingat bahawa menegur adalah sebahagian daripada ibadah dan ibadah itu tak akan sempurna tanpa adab. Niat baik akan lebih bermakna bila ia disampaikan dengan cara yang baik. 

Semoga kita semua belajar untuk menegur dengan hikmah sebab setiap perkataan yang kita ucapkan mungkin menjadi sebab orang semakin dekat dengan kebaikan atau sebaliknya menjauh. Begitulah. 
Pernah tak korang dengar orang cakap, “Senyuman tu pengubat hati”? Memang ada betulnya kan! Kadang-kadang kita tak perasan, dengan hanya sekuntum senyuman, hidup boleh jadi lebih ceria, hati jadi lebih tenang dan orang sekeliling pun rasa bahagia. Senyum ni percuma je, tapi kesannya luar biasa sangat.

Nak tahu kenapa senyum tu power sangat? Meh baca sampai habis.

Jom senyum, jom bahagia!
Jom senyum, jom bahagia! Kredit image to Pinterest.com

1. Senyum buat kita nampak lebih menarik.
Tak perlu filter pun, dengan senyum je muka kita automatik nampak berseri. Orang pun lebih selesa nak dekat.

2. Senyum boleh ubah mood.
Walaupun tengah stress, cuba senyum depan cermin. Perlahan-lahan mood tu akan jadi lebih baik. Macam reset button untuk hati.

3. Senyum tu berjangkit.
Pernah nampak orang senyum kat kita, tiba-tiba kita pun terikut sama? Haa, senyuman ni memang ada aura dia.

4. Senyum kurangkan tekanan.
Bila kita senyum, badan kita release hormon yang buat kita lebih relax. Automatik rasa lega.

5. Senyum boost sistem imun.
Orang yang selalu senyum biasanya lebih sihat. Sebab tu penting untuk kita happy, badan pun ikut happy.

6. Senyum turunkan tekanan darah.
Cuba ambil nafas dalam, lepas tu senyum. Badan akan rasa lebih tenang dan rileks.

7. Senyum release hormon gembira.
Endorfin, serotonin semua tu keluar bila kita senyum. Hasilnya, sakit berkurang, hati rasa bahagia.

8. Senyum buat kita nampak muda.
Bila otot muka diregangkan dengan senyuman, wajah kita jadi lebih fresh dan berseri. Awet muda tanpa botox!

9. Senyum buat kita nampak berjaya.
Orang yang senyum nampak lebih yakin dan positif. Senang je orang percaya dan hormat kita.

10. Senyum bantu kita berfikiran positif.
Bila kita biasakan diri senyum, otak pun terlatih untuk cari yang baik-baik dalam hidup.

Sebenarnya, tak rugi pun kalau kita senyum. Malah, kita yang untung lebih banyak. Jadi, lepas ni kalau ada masalah ke, penat ke, jangan lupa senyum. Mana tahu, senyuman tu bukan saja ubah mood kita, tapi juga hari orang lain. So, jom senyum sama-sama! 
Mary Mallon, seorang gadis Ireland sederhana, merantau ke Amerika pada usia remaja. Dia ditempatkan sebagai tukang masak di rumah-rumah berada New York. Masakannya sedap, reputasinya melonjak tetapi sayangnya, ia datang bersama penyakit tersembunyi.

Mary kelihatan sihat pipinya merah, langkahnya laju, tidak pernah rebah dengan demam. Tetapi di dalam tubuhnya, tersembunyi rahsia yang lebih dahsyat daripada senjata mana-mana penjahat.

Pundi hempedu Mary ibarat sebuah dapur kecil untuk kuman. Di situlah Salmonella typhi bersembunyi, beranak-pinak dalam senyap. 

Mary tidak merasa apa-apa tiada sakit kepala, tiada cirit-birit. Sistem imunnya menahan gejala, tetapi tidak pernah berjaya menghapuskan musuh itu.

Setiap kali Mary ke tandas, bakteria itu keluar bersama najisnya. Dan kerana dia jarang mencuci tangan, kuman itu berpindah diam-diam ke senduk, ke adunan, ke salad segar dan aiskrim buatan tangan yang disajikan di meja makan.

Typhoid Mary. Wanita yang sihat di mata manusia, tetapi membawa maut dalam diam.

Jejak Kematian Rumah-Rumah yang Dihantui Penyakit.

Tahun 1906, Dr. George Soper menjejaki satu wabak pelik. Tifoid biasanya menyerang orang miskin, tetapi kali ini menular di kalangan orang berada.

Dr. George Soper mengesan corak menakutkan: di antara 8 keluarga yang diupah Mary bekerja, 7 mengalami wabak tifoid tidak lama selepas kehadirannya, dan sekurang-kurangnya 3 kematian disahkan akibat tifoid

Di Mamaroneck, hanya dua minggu selepas Mary mula memasak, seisi rumah jatuh demam. Di Manhattan, seorang pembantu rumah meninggal. Di Oyster Bay, enam daripada sebelas orang terbaring sakit. Corak aneh berulang: Mary datang, keluarga jatuh sakit, ada yang mati

Penyiasatan Dr. Soper.

Doktor George Soper, seperti detektif tanpa pistol, mengesan Mary. Peta kes tifoid di New York menunjukkan namanya berulang di alamat-alamat berbeza.

Dr. Soper: “Mary, saya perlukan sampel najis awak untuk ujian.”

Mary: “Apa?! Saya sihat! Awak tuduh saya bawa penyakit?!”

Dr. Soper: “Ini penting. Nyawa ramai orang terancam.”

Mary: (menghunus pisau daging) “Berambus! Saya takkan bagi apa-apa!”

Namun Mary berkeras.

Mary: “Saya bukan pembawa penyakit! Ini semua fitnah kerajaan!”

Beberapa hari kemudian, dengan bantuan polis dan jururawat, sampel Mary diambil. Ujian makmal mengesahkan pundi hempedunya dipenuhi Salmonella typhi.

Di sinilah rahsia Mary terbongkar.

Mary ialah pembawa sihat (asymptomatic carrier). Sistem imunnya cukup kuat untuk menahan demam dan sawan, tetapi tidak mampu memusnahkan bakteria. Kuman itu memilih bersembunyi di pundi hempedu, membiak dalam senyap, keluar bersama najis setiap hari.

Kerana Mary jarang membasuh tangan, bakteria itu berpindah ke senduk, ke salad segar, ke aiskrim buatan tangan. Mary tidak pernah sakit, tetapi masakannya menjadi racun.

Penjara Tanpa Jeruji Pengasingan dan “Pelepasan” yang Berbahaya.

Setelah dijadikan tertuduh utama, Mary dipenjara di North Brother Island. Namun, pada 1910, dia dilepaskan dengan syarat: jangan lagi memasak dan patuhi kebersihan. Tapi cinta terhadap dapur lebih kuat dia tukar nama, 
kembali memasak.

Hospital Wanita Sloane, 1915: Mary memasak di sana secara sembunyi. 

Akibatnya, 25 pesakit dijangkiti, dan jelas: 1 kematian disahkan secara langsung daripadanya  . Setelah dijumpai, dia dikurung semula selama 23 tahun hingga akhir hayat.

Akhirnya, Mary dikurung seumur hidup di sebuah pulau.

Sendirian. Terasing.

Tahun 1938, dia meninggal akibat radang paru-paru.

Bedah siasat mendedahkan rahsia terakhir: bakteria masih hidup segar dalam tubuhnya.
Mary tidak pernah benar-benar bebas.

Typhoid Mary.

Wanita yang sihat di mata manusia, tetapi membawa maut dalam diam.

Kisahnya jadi amaran: kadang kala, bahaya datang dari mereka yang kelihatan paling sihat.

Hari ini kita ada pilihan.

1.  Suntikan tifoid untuk pengendali makanan.
2. Basuh tangan sebelum menyentuh makanan.
3. Jaga kebersihan dapur.

Kerana sekali kita lalai, bukan hanya pelanggan yang sakit. Mungkin anak kecil yang menanti kita di rumah, suami atau isteri yang percaya pada kita, ibu ayah yang sudah tua.

Setitis kuman boleh meragut nyawa, tapi secalit usaha menjaga kebersihan mampu menyelamatkan banyak jiwa.

Ambillah suntikan tifoid. Basuhlah tangan. Jagalah dapur. Kerana kasih sayang kita pada keluarga bermula dari makanan yang selamat. 

Kredit : Facebook Public Health Malaysia.
Kadang-kadang kita tak sedar, mulut ni lebih laju daripada akal. Bila nampak orang buat silap, cepat je kita nak komen. Bila dengar cerita daripada orang lain, laju je kita jatuh hukum. Padahal, kita tak tahu pun apa kisah sebenar yang berlaku di sebalik apa yang kita lihat atau dengar.

Zaman sekarang, mengata orang dah jadi perkara biasa. Kadang bukan depan-depan, tapi di media sosial. Satu gambar, satu status, dah cukup untuk kita mula menilai hidup seseorang. Kita kata, “Eh, kenapa dia macam tu?”, “Patutlah jadi macam ni,” atau “Kalau aku, aku takkan buat macam tu.” Sedangkan hakikatnya, kita tak berada pun dalam kasut dia. Kita tak rasa apa yang dia rasa.

Mengata dan menghukum orang ni sebenarnya boleh jadi beban untuk diri kita sendiri. Kita mungkin rasa puas bila dapat lepaskan kata-kata, tapi dalam masa yang sama hati jadi semakin keras tanpa kita sedar. Lagi parah bila apa yang kita kata tu jadi doa yang berbalik semula pada diri kita. Hari ni kita mengata orang, esok lusa kita pula diuji dengan benda yang sama. Nauzubillah. 

Hakikatnya, manusia memang tak pernah lari daripada salah silap. Kita pun sama. Ada kelemahan, ada kekurangan. Bezanya, ada orang nampak salah kita, ada orang tak nampak. Kadang kita pun pernah buat salah tapi orang sekeliling pilih untuk diam, pilih untuk tutup aib kita. Jadi, kenapa kita pula mudah sangat nak buka aib dan jatuhkan hukum pada orang lain? 

Hati-hati bila nak mengata dan menghukum orang!

Allah sendiri sudah ingatkan dalam Al-Quran: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain." (Surah Al-Hujurat, ayat 12).

Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda: "Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat." (Hadis riwayat Muslim).

Kalau kita betul-betul fikir sejenak, kita akan sedar satu perkara. Setiap orang ada cerita hidupnya sendiri. Apa yang kita nampak mungkin cuma satu bab kecil daripada keseluruhan kisah dia. Boleh jadi dia tengah melalui ujian yang berat, yang kita sendiri tak sanggup hadap kalau berada di tempat dia. Boleh jadi juga, apa yang kita dengar daripada orang lain langsung tak sama dengan realiti.

Sebab tu, lebih baik kita pilih untuk doakan daripada terus mengata. Doa tu ringan di mulut, tapi besar kesannya di sisi Allah. Kalau kita tak mampu nak bantu atau betulkan keadaan, cukuplah dengan diam. Kadang-kadang, diam tu lebih selamat daripada kata-kata yang menyakitkan hati orang lain.

Kadang-kadang bila kita nampak kelemahan orang lain, sebenarnya itu cara Allah nak ingatkan kita tentang kelemahan diri sendiri. Hari ini kita nampak salah orang, esok lusa mungkin orang nampak salah kita pula. Jadi lebih baik kita jaga hati, jaga lidah. Biarlah orang kenal kita sebagai seorang yang menenangkan, bukan yang melukakan.

Akhirnya, hidup ni bukan tentang siapa paling pandai menilai orang lain, tapi tentang siapa paling pandai menjaga hati sendiri. Semoga kita semua jadi hamba yang sentiasa berusaha lembut lidahnya, bersih hatinya dan cuba jadi lebih baik hari demi hari. InshaAllah.
Older posts
Newer posts

Search Here

Disclamiers

SELAMAT DATANG KE BLOG NOTA CIKLA. Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Sebarang pertanyaan dan kolaborasi sila email ke ciklashahril82@gmail.com

Pageviews

Followers

Archive

Labels

beauty (141) bisnes (118) blog story (634) breastfeeding (6) cerita hiburan (124) cerpen (1) cinta dan rumahtangga (107) diy (3) gajet dan IT (20) health (347) idea kreatif (39) kata hikmah (9) parenthood (48) poem (12) pregnancy (8) wordless (17)
Facebook Twitter Instagram Pinterest Tumblr RSS

Created By SoraTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates