• Home
  • Lifestyle
    • Ilmu
      • Agama
      • Muhasabah Diri
      • Petua
    • My Story
    • Info
    • Tips
    • Resepi
    • My Reviews
  • Awareness
    • Social
    • Thyroid
  • Collab
Ada 3 pendapat dan kesemuanya adalah benar dan boleh diamalkan, maka tak perlu memeningkan kepala untuk mencari mana satu yang lebih 'rajih', jika anda bukan seorang yang berkemahiran untuk melakukan tarjih. 

Boleh ke puasa enam diniat sekali dengan ganti puasa?
Boleh ke puasa enam diniat sekali dengan ganti puasa?

1. Pendapat Pertama: Tetap mengedepankan Puasa Qada' terlebih dahulu dari puasa Sunat Syawal.

Dalilnya:

فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى
Dan hutang Allah itu terlebih berhak untuk dibayar (Riwayat Imam Al Bukhari)

Pendapat ini boleh diamalkan bagi mereka yang tak banyak jumlah puasa yang perlu diqada' dan yakin akan sempat melakukan kedua-duanya sebelum habis bulan Syawal.

2. Pendapat Kedua: Berpuasa Sunat Syawal terlebih dahulu daripada Puasa Qada'.

Dalilnya:

Berkata Sayyidatuna A'isyah رضي الله عنها و سلام الله عليها

كان يكون عليَّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجيء شعبان، لمكان النبي صلى الله عليه وسلم. متفق عليه.

Maksudnya: “Aku masih berhutang puasa Ramadan dan aku tidak dapat menggantikannya sehingga Sya’ban tiba dan itu kerana sibuk melayani Rasulullah صلى الله عليه و سلم (Muttafaqun 'Alaih).

Berdasarkan riwayat ini maka sebahagian ulama' menghukumkan harusnya bagi seseorang untuk menangguhkan qada' puasanya dan memberi isyarat bahawa qada' puasa, tidaklah seperti qada' solat yang mesti disegerakan sebaik  sahaja teringat.

Maka bagi sesiapa yang merasakan tak mungkin sempat menghabiskan puasa qada' terlebih dahulu kerana banyak jumlahnya tetapi tidak mahu terlepas dari kebaikan dan fadilat enam  hari Syawal, maka bolehlah dia beramal mengikut pendapat ini.

Namun di sisi ulama' Syafi'iyyah, ia makruh kerana di sisi ulama' Syafi'iyyah, mengedepankan yang wajib atas yang sunat itu lebih disukai.

3  Pendapat ketiga: Digabungkan kedua-duanya sekaligus berhasil pahala bagi kedua-duanya.

Ini merupakan fatwa sebahagian ulama' Syafi'iyyah, berdalilkan Qiyas terhadap Solat Wajib yang dikerjakan seseorang ketika masuk ke masjid telah pun menggugurkan kesunnahan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid keatas dirinya.

Ini merupakan fatwa Imam Ar-Ramli, Imam Ibn Hajar Al-Haitami dan Syaikhul Islam Zakariya Ansari.

Maka sesiapa  yang merasakan lebih selesa  dan kesuntukan masa untuk melakukan kedua-duanya secara berasingan  bolehlah melakukan sebegini, terutamanya untuk  kaum wanita yang mempunyai suami supaya  tak terhalang untuk puasa sunat dan dalam masa yang sama ingin berkhidmat kepada suami.

Waallahualam. 

Kredit : PONDOK HABIB
Alhamdullilah dah 2 Syawal dah hari ni. Syukur masih diberi peluang beraya walaupun dalam mood PKP. Cikla pun beraya kat umah jer. Nak pegi mana kan. Duduk rumah ajerlah, layan cite kat tv sambil makan kuih raya. 

Bergambar pun tak banyak, so inilah jer sebagai kenangan. Jadilah kan.

Walau raya PKP, raya tetap raya.
Walau raya PKP, raya tetap raya.

Walau raya PKP, raya tetap raya.
Walau raya PKP, raya tetap raya.

So, cikla nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri pada sahabat blog ini. Ehh, ada ke yang masih follow blog ni ehh rasanya dah lama bersawang. Huhu. 

Moga pengorbanan yang kita lakukan ini akan memberi kita kemanisan akhirnya. Doakan juga saudara seagama kita yang sedang dizalimi di Palestine sana. Allah sentiasa bersama mereka. 

Walau raya PKP, raya tetap raya.
Walau raya PKP, raya tetap raya.

Take care semua!
Cikla agak korang mesti pernah dengar pasal solat sunat tahajjud ni kan? Dan ada sesetengahnya dah jadikan solat ni sebagai amalan kemestian seharian dia. 

Kalau korang nak tau, Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, yang mana ia lebih afdal dikerjakan secara bersendirian pada waktu selepas tengah malam. 

Jom jadikan amalan solat sunat tahajjud.
Jom jadikan amalan solat sunat tahajjud. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Sebenarnya, solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat pun tak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka. Allahu. Firman Allah SWT :

“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)

Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad).

Solat ini mempunyai beberapa 'tujuan' kenapa kita digalakkan melakukannya, iaitu;

1.Tanda perhambaan kita kepada Allah SWT.
2.Dekatkan seorang hamba dengan Penciptanya.
3.Tanda kesyukuran manusia atas nikmat yang Allah SW beri.
4.Kuatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
5.Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Jom jadikan amalan solat sunat tahajjud.
Jom jadikan amalan solat sunat tahajjud. Sumber Islampos.

Solat Tahajjud dilakukan takde had rakaatnya. Ia mengikut kesanggupan dan kemampuan korang, dengan setiap dua rakaat satu salam. 

Kalau rasa cam berat je nak buat banyak-banyak, buat dua rakaat pun ok je tapi dibuat secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda :  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan Bukhari dan Muslim dari Aisyah). 

So, niat solat adalah seperti berikut :

'Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala'.

Maksudnya, "Sahaja aku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala."

Bacaan surah selepas membaca Al-Fatihah adalah pada rakaat pertama bacalah Surah Al-Kaafirun, dan pada rakaat kedua baca pula Surah Al-Ikhlas. 

Ataupun, 

Pada rakaat pertama membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 7 kali, dan pada rakaat kedua baca Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali. 

Ataupun, korang boleh baca baca mana-mana surah yang korang hafal dan sukai. 

Untuk pengetahuan korang takde doa yang khas atau khusus sesudah selesai menunaikan solat Tahajjud. 

So, korang boleh je baca apa-apa doa dan korang bebas menentukan doa apa yang korang ingin munajatkan kepada Allah SWT.

Jom jadikan amalan solat sunat tahajjud.
Jom jadikan amalan solat sunat tahajjud. Sumber VerlisaMuslimah.

Antara kelebihan dan manfaat solat Tahajjud adalah, 

1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
2. Doa dimakbulkan Allah.
3. Memperolehi ketenangan jiwa.
4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
14. Orang bersolat Tahajjud menjadi kesayangan Allah SWT.
15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
18. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah SWT.
19. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal Mustaqim.

Moga bermanfaat dan kita istiqamah mengerjakannya. Aamiin, inshaAllah. 

Kredit sumber : Tanyalah Ustaz.
Apa khabar semua. Lamanya tak mencoret kan sini. Rindu pulak. Hihi. Alhamdullilah, hari ni dah masuk 5 hari kita berpuasa. Kejap je masa berjalan kan. Apa pun moga kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dan diterima olehNya. 

Tahun ni masuk tahun keempat cikla berpuasa sebagai seorang pesakit tiroid. Alhamdullilah, terima kasih Allah sebab Kau berikan aku kesempatan ini. Keadaan cikla macam biasa jer, setakat lima hari ini masih ok. Cuma rutin makan ubat kena awalkan sikit dari biasa. Nak dapatkan 2 jam sebelum makan tu cikla ambil ubat pukul 3 pagi. Nanti pukul 5 baru makan sahur.

Selamat berpuasa semua.
Selamat berpuasa semua. Kredit Google. 

Puasa tahun ni rasanya ok sikitlah dari tahun lepas kan. Iyelah, tahun lepas kita berpuasa dalam keadaan pandemik covid19 yang mengganas dan terpaksa PKP. Takde bazaar, takde berbuka puasa kat luar. Gitulah. 

Moga tahun ni dapatlah kita jalani ibadah puasa dengan tenang ya. Papepun, jaga diri sebab kes covid19 belum berakhir lagi. 

Take care ya, and Salam Ramadan Kareem buat semua. 
Korang pernah makan kuih sagu tak? Cikla ada jugak makan sebelum ni, tapi ni kali kedua kot cikla buat sendiri. Senang sangat nak buat kuih ni tau. Sekejap jer dah siap. Jom cikla tunjuk cara cikla. 

Bahan dia :

Biji sagu.
Gula. 
Daun pandan.
Pewarna kegemaran (ikut suka warna dia)
Air secukupnya.
Kelapa parut (yang digaul dengan sedikit garam)

Kuih sagu, kuih paling senang nak buat.
Kuih sagu, kuih paling senang nak buat.

Kuih sagu, kuih paling senang nak buat.
Kuih sagu, kuih paling senang nak buat.

Cara nak buat : 

Masukkan biji sagu yang telah dibersihkan dalam periuk yang sesuai bersama gula, daun pandan, warna dan air secukupnya. Kacau sagu secara kerap. Masak sampai sagu jadi likat dan berkilat. Selepas itu, masukkan sagu yang dah masak dalam loyang atau bekas yang sesuai. Sedap di makan dengan kelapa parut. Hurmm, sedapnyaa lahaii. 

Nak try? Silakanlah. 
Ada orang, dia dah ada semuanya. Duit banyak, keperluan hidup cukup, malah berlebih-lebih lagi. Tapi, hati dia masih tak tenang. Rasa macam ada je yang kurang. Kenapa agaknya ye? 

Pendapat cikla, ada beberapa hal dan 'sesuatu' yang mungkin kita terlepas pandang, dan menganggap ia hal remeh padahal benda tersangatlah pentingnya. 

Pertama, tak menjaga solat. Sibuk macam manapun, kewajipan yang satu ni mestilah dibuat sebab ia adalah rahsia kepada ketenangan hidup. Sudahlah solat tak jaga, Al-Quran pulak lagilah jarang teramat membacanya. Hurmm. 

Lagi satu, rahsia yang bukan lagi rahsia kepada rezeki yang murah adalah menjaga sebaiknya 'kunci syurga' yang diamanahkan pada kita. Kunci syurga tu ibu bapak kitalah. Hormat, ingat dan amik berat pasal mereka. 

Hati tak tenang? Kenapa agaknya ye.
Hati tak tenang? Kenapa agaknya ye. Kredit Google. 

Last, kurang beristighfar. Kita semua adalah pendosa gaiss. So, memang sangat digalakkan untuk kita sentiasa membasahkan lidah kita dengan istighfar, mudah-mudahan segala dosa kita diampunkan olehNya. Moga kita istiqamah berubah menjadi lebih baik. Aamin. 

Sampai bila nak berada di takuk lama? Just my two cents.
Hari ni dah 27 Rejab. Maknanya tak lama lagi kita dah nak masuk bulan Ramadan. Moga kita semua diberi kesempatan menjalani ibadah puasa pada tahun ni. Aamiin.

Salam Israk Mikraj 2021.
Salam Israk Mikraj 2021. Image kredit Google.

Berbalik kepada kisah Israk Mikraj, perjalanan Nabi Muhammad SAW dari kota mekah ke Masjid Al-Aqsa yang jaraknya hampir 1250 km dalam masa satu malam. Jika difikirkan tak masuk akal kan.

Namun, tidak ada yang mustahil bagi Allah bahkan semua yang Allah kehendaki jika Dia mengatakan jadi maka akan terjadi.

Salam israk mikraj buat semua sahabat. 
Untuk entri pertama bulan mac ni, cikla nak share resepilah. Bihun sup sambal kicap berapi nama dia. Haha. Resepi ni cikla buat bulan lepas kot, saja snap snap gambar boleh share dekat blog kan. 

Cikla taulah ramai je kot yang reti buat bihun sup ni, tapi sebab excited sangat first time buat and jadi. Tu yang nak share sini, di samping untuk simpanan cikla jugak. Manalah tau ada yang first time buat dan tercari-cari kekdah yang paling senang? Haa, inilah dia. Tak nak membebel panjang, jom kita tengok bahan-bahan dia. 

Bahan-bahan untuk sup, adalah seperti berikut:

1 ekor ayam potong kecil.
1 biji bawang merah dihiris. 
3 ulas bawang putih diketuk. 
1/2 inci halia diketuk.
Bunga lawang dan kulit kayu manis (untuk menumis).
Sedikit lada hitam (tumbuk kasar).
Fish ball dan fish kek. (Salah satu pun boleh).
Sup bunjut ADABI.
Minyak, garam dan perasa (pilihan). 

Bahan lain.

1 peket bihun FAIZA (lembutkan). 
Daun sup dihiris.
Bawang goreng. 
Taugeh (celur).
Sawi (celur).

Cara nak masak.

Ada orang kalau buat sup main lebur je semua kan. Tapi, cikla sebenarnya lagi suka tumis dulu. Ni bila mood rajin lah jugak. Kalau kurang rajin tu main lebur gak. Haha. 

Panaskan minyak, lepas tu tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis sampai naik bau. Then, masukkan ayam dan air. Air ni korang agaklah. Tapi better lebihkan sikit kan sebab nanti masa nak makan dengan bihun sedap sikit. Banjir gitu. Tutup periuk sampai ayam masak dan kuah mendidih. 

Lepas tu, masukkan fish kek, fish ball, garam, lada hitam dan perasa. Kacau rata, sesuaikan rasa gitu. Dah ok semua, masukkan daun sup dan bawang goreng (ikut suka nak letak, letaklah. Tak nak pun takpe). 

Dah siap dah sup nye. 

Masa nak makan tu, masukkan bihun dalam mangkuk pastu letaklah taugeh dengan sawi yang dah dicelur pastu curah sup. Nak perah limau masa makan pun leh. Lagi sodap. 

Bihun sup sambal kicap first time buat.
Bihun sup sambal kicap first time buat.

Bihun sup sambal kicap first time buat.
Bihun sup sambal kicap first time buat.

Sebenarnya, apa yang cikla paling excited buat bihun ni adalah cikla berjaya buat sambal kicap dia. Pada tekak cikla, inilah yang paling ok yang cikla pernah buat. Ececeh, puji diri sendiri pulak ye. Haha. 

Resepi ni cikla tiruvasi dari blog AzieKitchen kalau tak silaplah. Tengok macam senang je kan. Bahan dia bawang putih, cili padi dengan kicap manis. Pastu, perasa dia garam dengan perahan limau. Cikla guna lemon je. 

Cara dia, goreng bawang putih dengan cili api dengan sedikit minyak. Goreang sampai cili macam tukar warna. Macam masak la. Pastu angkat, tumbuk dua dua tu sampai lumat. Tapi cikla buat kasar kasar je, takde la sampai lumat sangat. Then, masukkan dalam bekas pastu campurkan kicap manis, garam dan perahan limau secukupnya. Korang agaknya la rasa dia eh, cukup semua. Ok dah tu. 

Bihun sup sambal kicap first time buat.
Sambal kicap.

Masa nak makan bihun sup tu nanti, letaklah sambal kicap ni sekali. Sedap oo, barulah kena kan. Silap silap haribulan 3 mangkuk boleh licin. Haha. Oklah, selamat mencuba. 
Older posts
Newer posts

Search Here

Disclamiers

SELAMAT DATANG KE BLOG NOTA CIKLA. Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Sebarang pertanyaan dan kolaborasi sila email ke ciklashahril82@gmail.com

Pageviews

Followers

Archive

Labels

beauty (141) bisnes (118) blog story (634) breastfeeding (6) cerita hiburan (124) cerpen (1) cinta dan rumahtangga (107) diy (3) gajet dan IT (20) health (347) idea kreatif (39) kata hikmah (9) parenthood (48) poem (12) pregnancy (8) wordless (17)
Facebook Twitter Instagram Pinterest Tumblr RSS

Created By SoraTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates