Macam dah lama cikla tak share resepi kan? Kali ni cikla nak share kek kukus moist yang senang gila. Cikla rasa kalau dah basic nya coklat tak kiralah kuih ke, biskut ke, kek ke, memang semuanya mesti sedap dan menjadi kegemaran semua orang tak kira tua ke muda, kanak-kanak lebihlah lagi kan. Favourite mereka.
Nak dijadikan cerita, minggu lepas masa mak cikla stay dekat rumah cikla, mak cikla ajar cikla buat kek kukus yang sangat senang. Tak perlu guna mixer dan oven. Tapi, korang kena ada pengukus. Dah namanya kek kukus kan.
So, disebabkan terlalu excited nak tau, cikla dengan pantasnya pergi ke kedai mencari bahan yang diperlukan. Mujurlah semua bahan ada. Dah tu, apa lagi. Mari kita mulakan operasi.
Sebenarnya, resepi kek yang super duper senang dan sedap ni mak cikla ambil dari iresipi.com. Thanks pada yang share resepi kek yang sedap banget ni.
Untuk pengetahuan korang, tempoh masa nak buat kek ni takdelah lama sangat sebab masa penyediaan bahan dianggarkan dalam 30 minit dan tempoh memasak kek pula adalah 40 minit. So, jom kita tengok dulu bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek moist ni. Ada bahan yang mak cikla tambah sendiri (derhaka resepi, hehe).
Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum.
1 cawan serbuk koko.
1 cawan gula perang.
1 cawan susu coklat Dutch Lady. (guna brand lain pun boleh. Janji susu coklat. Cikla guna susu coklat brand Goodday).
1 cawan minyak masak.
1/2 cawan susu pekat manis.
1 sudu kecil soda bikarbonat.
1 sudu kecil serbuk penaik.
3 biji telur.
Sedikit coklat masakan, serbuk koko, marjerin dan coklat rice (untuk hiasan topping).
Cara untuk kek :
- Langkah pertama, panaskan dulu pengukus.
- Tepung gandum diayak bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik. Ketepikan.
- Kemudian, masukkan serbuk koko, gula perang, susu coklat, minyak dan susu pekat ke dalam periuk dan kacau campuran tersebut di atas api yang perlahan sehingga semua bahan melarut. Dah siap, tutup api.
- Dalam bekas yang berlainan, pecahkan telur dan pukul sehingga kembang, kemudian masukkan ke dalam periuk (dalam langkah 3).
- Selepas itu, masukkan tepung yang telah siap diayak ke dalam bancuhan tadi, dan kacau sebati.
- Setelah siap, sapukan marjerin atau mentega pada loyang sebelum adunan tadi dimasukkan ke dalamnya. Kemudian, masukkan loyang tersebut ke dalam pengukus dan kukus adunan tersebut selama 1 jam atau sehingga kek masak.
Tip untuk tau kek sudah masak ke belum, bila dah cukup 1 jam, ambil lidi yang bersih atau garfu, cucuk pada kek. Kalau takde kesan kek melekat pada lidi atau garfu, maknanya kek dah masak. Kalau sebaliknya, lanjutkan masa mengukus sehingga kek betul-betul masak.
![]() |
Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut. |
Cara untuk buat topping :
Bab kek dah settle. Sekarang kita buat topping pulak. Dalam bekas yang sesuai, cairkan 2 sudu marjerin, kemudian tambahkan 1 sudu serbuk koko dan 3 sudu susu pekat mengikut selera masing-masing. Kacau campuran sehingga sebati.
Macam mak cikla, kek yang siap dikukus, dikeluarkan daripada loyang dan diletakkan di dalam dulang kecil atau bekas yang sesuai supaya senang kita nak letak topping tu nanti.
Bila kek dah sejuk sikit, sagatkan coklat masakkan dan taburkan ke atas kek. Lagi penuh coklat yang ditabur lagi sedap. Biarkan coklat tu meresap masuk ke dalam kek. Nanti bila kita gigit kek tu, terasa 'kerangupan' coklat tu dan mencair kat dalam mulut. Uiii sedapnya.
![]() |
Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut. |
![]() |
Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut. |
![]() |
Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut. |
Lepas dah settle tabur coklat masakan yang disagat tu, baru tuangkan topping ke atas kek. Tuang sampai habis biar sampai meleleh-leleh mengelilingi kek. Selepas itu, baru taburkan coklat rice di atasnya. Dah siap hias semua, masukkan kek ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Tapi cikla tak dan nak tunggu semalaman. Adalah dalam 3 jam gitu, dah potong. Mana taknya, budak-budak asyik sibuk tanya bila boleh makan kek. Adoiii.
![]() |
Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut. |
![]() |
Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut. |
Tapi, memang sedap kek ni. Rasanya lembut, moist dan yang paling penting kaya dengan rasa coklat. Lembut dan cair di dalam mulut. Korang patut cuba. Anak-anak korang mesti suka punyanya. Sekali rasa, nanti hari-hari mereka suruh ibu buat. Haha...
![]() |
Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut. |
![]() |
Kek kukus coklat moist yang cair di dalam mulut. |
Selamat mencuba!
Since cikla follow lah jugak drama Kelip-kelip di Kota London ni, cikla terminat pulak dengan heroin drama tu, Hanna Aqeela. Sebelum ni, ada jugaklah cikla pernah tengok dia ni berlakon dalam beberapa drama, tapi rasanya bila dia berlakon drama ni, dia lebih dikenali.
Selain dari drama ni, Hanna Aqeela ni pernah berlakon watak utama dalam drama Love You, Mr. Arang. Drama tu sekarang di ulang siarannya setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang. Bagi cikla, Hanna Aqeela ni antara pelakon wanita yang semakin dikenali dan berbakat. Walaupun sekarang ni kita tengok memang ramai pelakon baru, *ada yang cikla tak kenal pun, Hanna Aqeela ni adalah antara yang menyerlah bakatnya.
Cantik pun cantik kan. Manis je cikla tengok dia dalam drama Kelip-kelip di Kota London tu. Sweet sangat bertudung. Ayu gitu. Orang cakap, kalau dah minat semua pasal artis kesukaannya mesti dia tau kan. Apa kata kita baca sikit profil ringkas pelakon Hanna Aqeela ni. Sebaya adik cikla dia ni, graduate UKM pulak tu. Samalah kita, hihi.
Nama sebenar : Hanna Aqeela binti Mohd. Rosni.
Nama pentas : Hanna Aqeela.
Tarikh lahir/ tempat lahir : 27 Februari 1990, Kuala Lumpur (Malaysia).
Kerjaya : Pelakon, Freelance Model.
Pendidikan : Ijazah Sains Pemakanan, Pusat Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tahun mula aktif : 2013 hingga kini.
Nama pentas : Hanna Aqeela.
Tarikh lahir/ tempat lahir : 27 Februari 1990, Kuala Lumpur (Malaysia).
Kerjaya : Pelakon, Freelance Model.
Pendidikan : Ijazah Sains Pemakanan, Pusat Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tahun mula aktif : 2013 hingga kini.
Drama yang dilakonkan olehnya :
Bila Hati Berbicara (2014), Suami Sebelah Rumah (2015), Dawai Asmara (2016), Mr Tanda Soal (2016), Love You Mr. Arang (2016), Bilo Nogori Jupo Klate (2017), Kelip-Kelip Di Kota London (2018).
Bila Hati Berbicara (2014), Suami Sebelah Rumah (2015), Dawai Asmara (2016), Mr Tanda Soal (2016), Love You Mr. Arang (2016), Bilo Nogori Jupo Klate (2017), Kelip-Kelip Di Kota London (2018).
Telefilem : Syah Syahdu (2014), Aku Bukan Buaya (2013), Mr. Tanda Soal (2016), Syukur Syawal (2017).
Program TV : Perang Bibir (2017).
Iklan TV : Safi, Salonpas.
Kisah perjalanan seni :
Sebelum melibatkan diri dalam bidang lakonan, Hanna Aqeela aktif sebagai model iklan tv. Kisah perjalanan seni lakonannya bermula telefilem Aku Bukan Buaya untuk Cerekarama TV3 arahan Amie Maziah Abdul Rahman sebagai pelakon tambahan.
Bakat Hanna Aqeela mula disedari selepas beliau membintangi drama Bila Hati Berbicara, slot Akasia TV3, iaitu sebuah drama adaptasi novel yang popular. Kemuncak penglibatannya dalam bidang lakonan apabila dia dipilih melakonkan watak utama dalam drama Dawai Asmara di TV9.
![]() |
14 gambar comel pelakon Hanna Aqeela, heroin drama Kelip-kelip di Kota London, slot Zehra TV3. |
![]() |
14 gambar comel pelakon Hanna Aqeela, heroin drama Kelip-kelip di Kota London, slot Zehra TV3. |
![]() |
14 gambar comel pelakon Hanna Aqeela, heroin drama Kelip-kelip di Kota London, slot Zehra TV3. |
![]() |
14 gambar comel pelakon Hanna Aqeela, heroin drama Kelip-kelip di Kota London, slot Zehra TV3. |
![]() |
14 gambar comel pelakon Hanna Aqeela, heroin drama Kelip-kelip di Kota London, slot Zehra TV3. |
![]() |
14 gambar comel pelakon Hanna Aqeela, heroin drama Kelip-kelip di Kota London, slot Zehra TV3. |
![]() |
14 gambar comel pelakon Hanna Aqeela, heroin drama Kelip-kelip di Kota London, slot Zehra TV3. |
![]() |
14 gambar comel pelakon Hanna Aqeela, heroin drama Kelip-kelip di Kota London, slot Zehra TV3. |
![]() |
14 gambar comel pelakon Hanna Aqeela, heroin drama Kelip-kelip di Kota London, slot Zehra TV3. |
![]() |
14 gambar comel pelakon Hanna Aqeela, heroin drama Kelip-kelip di Kota London, slot Zehra TV3. |
![]() |
14 gambar comel pelakon Hanna Aqeela, heroin drama Kelip-kelip di Kota London, slot Zehra TV3. |
![]() |
14 gambar comel pelakon Hanna Aqeela, heroin drama Kelip-kelip di Kota London, slot Zehra TV3. |
![]() |
14 gambar comel pelakon Hanna Aqeela, heroin drama Kelip-kelip di Kota London, slot Zehra TV3. |
"For Hanna Aqeela, wish you good luck in whatever you do especially in your career."
Tingkatkan prestasi, hindari kontroversi. Minggu ni drama Kelip-kelip di Kota London minggu akhir tau. Biasalah kan, drama melayu, mesti happy ending punyalah.
Walau apapun, jangan lepaskan peluang menonton pengakhiran kisah Shaufiq dan Insyirah ni. Lagu OST drama ni pun best, Kisah Ku Inginkan, nyanyian duet Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan Judika.
Kredit gambar IG Hanna Aqeela, Kredit info SINI
Cikla memang peminat tegar buah kedondong ni. Boleh dikatakanlah, kalau cikla pergi pasar lepas tu nampak buah ni, memang terus beli tanpa berfikir dua belas kali. Hehe. Tengok punyalah minat, sampai macam tu sekali kan.
Tapi, kalau yang jenis jeruk tu cikla kurang sikit lagi-lagi kalau jeruk yang 'ubatnya' kuat sangat. Kalau jeruk Pak Ali ke atau jeruk buat sendiri tu cikla tak tolak. Mesti nak rasa walaupun sikit.
Rasanya buah kedondong ni senang nak cari kot, dan dia bukanlah buah bermusim. Kalau dia nak berbuah, yeee dia berbuah. Tak tentu, ikut mood dia. Hehe.
Untuk pengetahuan korang, buah kedondong atau nama saintifiknya Spondias cytherea merupakan sebahagian daripada buah-buahan tropika dari keluarga Anacardiaceae.
Cara nak tanam pokok ni adalah dengan menggunakan kaedah biji, keratan, tut dan benih cantuman.
Nak tanam pokok kedondong ni takdelah sesusah mana, sebab dikatakan biji buah kedondong akan cepat bercambah iaitu kurang dari satu bulan.
Nak tanam pokok kedondong ni takdelah sesusah mana, sebab dikatakan biji buah kedondong akan cepat bercambah iaitu kurang dari satu bulan.
Manakala, pokok dari benih tut pulak boleh menghasilkan buah dalam masa setahun, dan benih dari bijinya pulak kira-kira 4 tahun.
Rasanya semua orang tahu yang buah kedondong adalah berbentuk seperti bola ataupun berbentuk bulat lonjong panjang. Ia berwarna hijau masa muda dan bertukar menjadi kekuningan ataupun oren bila dah masak.
Masa muda, rasanya sudah tentu masam dengan isi yang agak keras tapi rangup, manakala bila sudah masak ia lebih kepada rasa masam-masam manis dengan biji yang keras, berduri dan berserabut.
Rasanya semua buah sudah tentu ada khasiatnya yang tersendiri terutama untuk kesihatan dan kecantikan. Nak tau tak? Jom baca perkongsian menarik berikut :
Bagi mereka yang mengalami masalah batuk yang susah nak sembuh, apa kata korang cuba makan buah kedondong kerana ia dipercayai mampu menyembuhkan dan melegakan batuk.
Kalau nak lebih berkesan, makan buah kedondong dengan garam pink himalaya. Dulu, cikla pun suka makan macam ni, tapi guna garam biasa je. Sedap!
Orang mengandung kalau nampak buah ni, lepas tu tak dapat makan memang ngenceslah (bak kata orang jowo) babynya nanti. Haha. Sampai begitu sekali penangan buah ni kan.
Orang mengandung kalau nampak buah ni, lepas tu tak dapat makan memang ngenceslah (bak kata orang jowo) babynya nanti. Haha. Sampai begitu sekali penangan buah ni kan.
Kalau nampak, memang automatik terus teringin nak makan. Kecur liur terus tau. Kalau buat jeruk, pastikan gunakan bahan semulajadi seperti cuka buah supaya lebih sihat.
Kalau yang ni pun cikla suka, campur buah kedondong dalam rojak buah. Ya Allah, sedapnya. Tengah tulis ni, terus teringin. Ada orang suka buat kerabu atau salad.
Tapi, yang bab kerabu tu cikla tak pernah rasa. Mungkin rasanya macam kita makan kerabu mangga tu kot. Masam-masam, manis, pedas.. Semua ada. Yummy. I like!
Buah kedondong dikatakan mampu melancarkan sistem pencernaan badan dan ia mempunyai kandungan serat dalam anggaran 0.83-3.60 mg untuk 100 gram. So, ia teramat bagus untuk korang yang kurang mengambil makanan berkhasiat.
Buah kedondong juga digunakan sebagai ubat sakit perut. Dengar macam pelik kan, sebab kalau ikut logik kan buah kedondong ni masam.
Kalau dah masam, mesti boleh cetuskan sakit perut. Betul tak? Tapi, tunggu dulu. Korang kena cuba, baru tau betul ke tak.
Caranya pun senang je. Korang rebus buah kedondong yang dibersihkan dan dipotong dua dengan 2 cawan air bertapis selama lebih kurang 15 minit bersih.
Kemudian, air rebusan ini 2 kali sehari. Jangan lupa suamkan dulu. InshaAllah, ia mungkin dapat membantu masalah yang korang hadapi.
![]() |
Buah kedondong : Tengok pun dah kecur liur! |
![]() |
Buah kedondong : Tengok pun dah kecur liur! |
Buah kedondong kaya dengan zat besi dan sumber antioksidan yang tinggi selain ia mengandungi vitamin A yang bagus untuk kesihatan mata korang.
Selain itu, buah ini amat baik untuk kesihatan jantung dan kaya dengan zat galian yang lain sekaligus ia membantu mempercepatkan penyembuhan luka.
Dengan adanya vitamin C di dalam buah kedondong ini jugak dapat membantu mencantikkan kulit muka dan badan korang.
Kandungan vitamin B1 di dalam buah kedondong boleh membantu sel darah merah dan oksigen di dalam tubuh.
So, korang yang mempunyai masalah kurang darah elok consume buah ni, selain mereka yang mempunyai masalah kandungan kolesterol tinggi. Akhir sekali, buah ini dikatakan dapat mengurangkan penyakit sariawan atau ulser.
Yang cikla beli ni muda sikit, sebab tu bijinya tak bersabut dan boleh dikunyah sekali sebab lembut. So, apa lagi. Korang dah tau khasiat buah kedondong ni kan.
Jom makan buah kedondong.
Jom makan buah kedondong.
Mood join segmen is on. So, apa lagi, kalau sudah on jomlah bertindak sekarang. Kita join segmen anjuran blogger comel lagi popular ni. Dengar-dengar ada hadiah misteri jugak. Cikla tak boleh dengar kalau ada hadiah ni. Mesti teruja nak join walaupun tak semestinya menang. Haha, tak apalah. Cikla support.
Nak join klik banner di bawah.
Segmen berlangsung agak lama jugak iaitu sebulan, dari 3 April hingga 3 Mei 2018. Memang sempat sangat kalau nak join. No excuses hokey! Lagipun, tiada pemilihan blog dilakukan sebab semua yang join akam dimasukkan dalam bloglist dan akan berada di siti selama setahun. Wow. Setahun tu. Manyak lamaaa oooo. So, apa lagi, silalah join ye. Selamat bersegmen korang.
Pin pon pin pon. Perhatian untuk para pemenang mini giveaway yang belum memberi detail kepada cikla. Cikla harap sangat kerjasama dari korang. Silalah bagi detail anda secepat mungkin. Bukan apa, kesian pada yang dah bagi tu, nak tunggu lama kan. Cikla nak poskan sekali hadiah tu semua, bukan apa nak jimatkan masa dan tenaga jugak kan...
So, cikla bagi seminggu lagi untuk korang bagi detail. Cikla faham, mungkin korang sibuk atau terlepas pandang yang korang menang. I understand that, tu sebab cikla bagi mesej peringatan tu.
Pemenang hadiah topup dah settle. Tinggal 5 lagi pemenang tak settle. Kalau still takde respon jugak, pemenang yang tak hantar detail mereka, cikla akan pilih pemenang lain.Tapi guna khidnat random.org ajelah.
Korang jangan lupa tau! Ke, korang tak sudi dengan hadiah ku itu... ~sob sob sob~
Kalau sebelum ni kita pernah membaca cerita mengenai seorang budak yang menemui ajal sebab terhempap kerusi yang dibaling dari tingkat atas sebuah pangsapuri, kali ni timbul lagi cerita pasal baling membaling ni.
Kali ni baling tv pulak. Mak aiii, tv tu. Baling tingkat 13 pulak, kalau kena kepala, bocor. Kejadian berlaku di pangsapuri Ampang Jaya.
Memang terkejut betul cikla baca berita pasal ni pagi tadi. Hairan pun ada. Macam manalah diaorang sesuka hati je nak buang barang dari tingkat atas.
Korang bayangkanlah, tv 10 kg dibaling dari tingkat 13. Gigih pulak dipembaling tu mengangkat tv berat tu semata-mata nak campak ke bawah. Teruk betullah.
'Balingan tepat' tu telah menyebabkan sebuah kereta Perodua Myvi rosak. Kesian dekat pemilik kereta, tak pasal-pasal kena keluar duit nak repair kereta dek kerana sikap orang yang tak bertanggungjawab.
Lagi satu, macam nak naya orang je kan. Tak fikir kot kat bawah tu punya banyak kereta parking.
Teringat cikla, suatu ketika dulu cikla sekeluarga pun hampir menjadi mangsa 'kejahilan' dan 'ketaktamadunan' golongon suka campak barang ni.
Masa tu kami berkunjung ke rumah mak andak cikla di pangsapuri area Kepong. Dah la baling botol kaca, memang sipi-sipi nak kena kita orang. Kalau kena, memang koyaklah kepala. Entah tangan ghaib mana tah yang mencampaknnya. Kalau dapat, kerat je. *geram.
Macam mana kita nak describe 'golongan' sebegini? Buang sampah merata-rata satu hal. Baling objek sampai mencederakan orang lagi satu hal.
Mental problem maybe?
Semua orang tau, buah pinggang atau ginjal merupakan salah satu organ yang sangat penting dalam badan seseorang. Fungsi buah pinggang amnya adalah untuk menapis kira-kira 120-150 quarts darah setiap hari, selain dari mengekalkan kestabilan darah, mencegah pengumpulan sisa dab cecair dalam badan dan sebagainya.
Jika seseorang mengalami masalah buah pinggang, dikhuatiri akan menyebabkan komplikasi yang besar. So, adalah sangat penting untuk mengetahui tanda-tanda kerosakan buah pinggang supaya masalah kesihatan ini dalam diatasi sebaiknya.
- Bengkak (swelling) - Buah pinggang yang bermasalah dan rosak biasanya menyebabkan pembengkakan di dalam badan, terutamanya pada kaki, buku lali, tangan, muka, dan kaki. Ini kerana, badan tak boleh menyingkirkan sisa dan cecair yang terkumpul. So, sebab itulah ia bengkak.
- Keletihan (fatigue) - Bagi mereka yang sihat, buah pinggang akan menghasilkan hormon EPO (erythropoietin), yang mana ia akan membentuk sel darah merah. Sel-sel ini amat penting sebagai medium pengangkutan oksigen ke seluruh badan. So, kalau sel darah merah yang terhasil berkurangan, mereka akan mengalami simptom seperti kerosakan otot, anemia, keletihan, dan kerosakan otak.
- Kulit mengalami kegatalan (rashes).
Antara tanda-tanda awal lain kerosakan buah pinggang adalah seperti berikut :
- Perubahan urin (jumlah air kencing yang dikurangkan).
- Perubahan warna air kencing kepada warna pucat, di samping kerap, dan dalam jumlah besar.
- Air kencing berbuih.
- Perubahan warna air kencing kepada lebih gelap, tapi kurang kencing dan dalam jumlah yang kecil.
- Mengalami masalah membuang air kencing.
- Kerap membuang air kecil pada waktu malam.
Marilah sama-sama kita menjadi buah pinggang kita, kerana sekali ia bermasalah selamanya ia begitu. Lagi memburukkan, ia turut memberi kesan kepada sistem badan yang lain...
Semoga bermanfaat.
Kredit SINI
Alhamdullilah, berakhir sudah segmen plus mini giveaway cikla 2 hari lepas. Maaflah, cikla lambat sikit announce pemenang sebab hujung minggu lepas agak sibuk dengan kenduri kawin. So, kini tibalah masanya cikla nak umumkan pemenang yang berjaya dipilih memenangi hadiah yang ditawarkan. Cara pemilihan kali ni cikla tak guna khidmat random.org lagi. Kali ni cikla nak guna teknik pilih secara 'siapa yang kena'. Amboi, kemain lagi. Siap teknik bagai. Haha.
Jom kita tengok video di bawah untuk melihat siapa yang kenaaaaa. Sebelum tu, cikla nak bagitau korang, katakanlah korang terpilih untuk segmen bloglist, lepas tu terpilih pulak untuk mini giveaway, cikla akan pilih salah satu je iaitu pemilihan yang pertama. Kesianlah dekat orang lain, kita bagi can dekat orang lain merasa menang.
Seramai 10 orang akan dipilih, iaitu :
![]() |
Keputusan pemenang Segmen Bloglist April hingga Jun + Mini Giveaway. |
Seramai 5 orang pemenang akan dipilih yang akan menerima satu wallet wanita, sehelai instant shawl dan 3 helai shawl dari ZALORA setiap seorang.
![]() |
Keputusan pemenang Segmen Bloglist April hingga Jun + Mini Giveaway. |
Pemenang wallet wanita :
Pemenang istant shawl :
Pemenang shawl dari ZALORA :
Seperti yang cikla janjikan, kalau peserta lebih dari 30 yang join, cikla nak bagi extra hadiah. So, cikla pilh sorang lagi pemenang untuk menerima topup RM10, iaitu :
Pemenang extra gift :
![]() |
Keputusan pemenang Segmen Bloglist April hingga Jun + Mini Giveaway. |
Itulah dia senarai pemenang yang dipilih. Tahniah korang. Oh ye, bagi perserta giveaway sila wasap nama dan alamat korang ke 017-3815843 ye. Guna wasap cepat sikit urusan. Kalau email lambat pulak responnya nanti. Yang dapat hadiah topup tu, just wasap cikla di no yang sama ye. Just taip MENANG TOPUP.
Kepada yang tak terpilih, jangan risau. InshaAllah kalau ada rezeki lebih, cikla buat giveaway lagi. Walau apapun, terima kasih banyak-banyak sebab support cikla. Thanks korang!