• Home
  • Lifestyle
    • Ilmu
      • Agama
      • Muhasabah Diri
      • Petua
    • My Story
    • Info
    • Tips
    • Resepi
    • My Reviews
  • Awareness
    • Social
    • Thyroid
  • Collab
Makanan dan minuman manis memang sedap kan. Kek, kuih muih, milo ais, sirap tiga layer semuanya sedap belaka. Itu belum lagi ice blended dengan teh tarik gelas besar. Huhu. 

Tapi, terfikir tak korang makanan dan minuman manis ni sebenarnya tak elok untuk kesihatan. 

Ada beberapa kesan yang utama kalau kita mengambil gula secara berlebihan. Korang mungkin dah tau kot. Tapi, pada yang belum tahu, jom baca apa yang cikla nak share ni.

Jom kurangkan manis demi kesihatan.
Jom kurangkan manis demi kesihatan. Sumber Google. 

Ada tiga kesan utama sebagai akibat pengambilan gula berlebihan. Antaranya adalah, kerosakan gigi yang serius. Keadaan ini disebabkan oleh bakteria yang ada dalam plak gigi  menghasilkan asid yang boleh merosakkan enamel gigi. 

Kalau korang nak tau, makanan manis inilah yang menjadi 'makanan' kepada bakteria tersebut. 

Biasanya, kalau korang makan makanan manis mesti ada makanan yang melekat pada gigi dan celahannya kan. So, kesannya inilah, akhirnya gigi pun akan rosak.

Kedua, penyakit kencing manis atau diabetis. Walaupun takde kajian yang mengatakan gula itu mempunyai kaitan secara langsung dengan penyakit ni, tapi untuk pengetahuan korang gula boleh menyebabkan obesiti berlaku, dan keadaan ni akan menggalakkan penyakit kencing manis terjadi. 

Semakin banyak korang mengambil gula, ia akan meningkatkan risiko obesiti dan seterusnya risiko terkena penyakit kencing manis juga turut meningkat.

Ketiga, risiko korang mengalami obesiti lebih cerah. Untuk pengetahuan korang, ada kajian yang dibuat menunjukkan lebih dari enam juta rakyat dewasa di Malaysia mengalami berat badan berlebihan dan obesiti. 

Walaupun penyebab obesiti itu adalah dari lemak dan kolesterol, tapi gula jugak boleh menjadi punca jugak disebabkan kalori daripadanya.

Sebagai contoh, kalau korang amik gula secara berlebihan tanpa nutrient lain dalam diet seharian korang, kalori dari gula yang berlebihan tersebut akan ditukarkan kepada lemak dan keadaan ini menjadikan korang semakin gemuk. 

Walau bagaimanapun, gula yang berlebihan itu jugak akan ditukarkan kepada glikogen sebagai sumber tenaga, atau ada jugak yang disimpan sebagai lemak.

Jom kurangkan manis demi kesihatan.
Jom kurangkan manis demi kesihatan. Sumber Google. 

Wah, memang banyak kesan tak baik kan kalau kita terlebih amik gula ni. Memanglah sweet gitu, tapi kesannya tak berapa nak sweet sangatlah. Huhu. 

So, apa kata start hari ni jom kita cuba untuk kurangkan gula dalam diet kita. Cikla faham, mesti kita tak boleh nak buat secara drastik kan, tapi takpe. Perlahan-lahan kita kurangkan. Nanti lama-kelamaan kita akan rasa senang nak amalkan.

Untuk itu, jom baca apakah langkah atau tips mudah untuk kurangkan atau turunkan gula dalam kehidupan seharian kita, iaitu ;

  1. Sudah tentu langkah pertama kita kena kurangkan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi gula yang tinggi. 
  2. Biasakan mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula yang rendah. 
  3. Kurangkan makanan yang diproses sebab kalau korang nak tau, makanan sebegini kebanyakan mengandungi kandungan gula yang tinggi. 
  4. Sebelum korang membeli makanan terutama makanan dalam tin, biasakan membaca kandungan gula pada label makanan tu. So, korang akan dapat mengira berapakah jumpa gula yang kita ambil bila memakan makanan tersebut. 
  5. Selalu bersenam supaya kalori daripada gula itu dapat dibakar. So, obesiti dapat di hindari. 
  6. Cuba gantikan minuman manis dengan jus buah yang asli tanpa penambahan gula lain di dalamnya. Pure juice kata orang. Memang healthy. 
  7. Cuba gantikan snek, junk food dan makanan ringan yang korang selalu makan tu dengan buah pulak. Tentu lebih sihat kan. Fresh and health. 
  8. Cuba kurangkan makanan yang manis perlahan-lahan. Contohnya, kalau korang biasa makan gula-gula sehari dua atau tiga biji sehari, apa kata korang cuba kurangkan kepada sebiji sehari. Lepas tu, cuba pula kurangkan kepada dua tiga hari sehari makan gula-gula.

Pada cikla, hal-hal macam ni 'tepuk dada, tanya selera' dan ikut kemahuan individu tu jugak. Ada orang, puas sudah kita nasihatkan supaya mengamalkan gaya hidup sihat, tapi kalau tuan punya badan buat derk pun tak guna jugak. Esok-esok kalau dah sakit, barulah menyesal tak amalkan sebelum ni.

Tapi, jangan sampai kurang gula sangat pulak, itu dah masalah lain pulak. Sederhana dan berpada-pada, sesuai dengan keperluan badan kita.

Apa yang penting adalah kesedaran dan usaha untuk sihat.

Say no to sugar! 

Sumber Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) menerusi Harian Metro.

Baru-baru ni adik Zara mengalami ruam lampin yang agak teruk jugak. Seingat cikla, ni first time dia alami ruam macam ni. Memang kesian tengok, habis merah-merah dia punya tut. Patutlah kalau cikla dukung dia, dia menangis dan kepitkan kaki dia. Dah tentu pedih kan. Budak tak pandai cakap lagi, kalau dah sakit apa lagi menangislah.

Cikla pun tak perasan bila dia kena, tapi yang cikla ingat semalam sebelum kejadian ni memang takde ruam pun. Entah bila entah merah-merah ni ada. Adakah aku seorang ibu yang tak alert? Huhu. Mula-mula tu buntu jugak nak letak apa kan sebab nak bagi kurang sikit 'kerengsaan' tu. Nak letak bedak, lagilah pedih kot nak-nak pulak kalau lampin tu basah. Bertambah-tambahlah pedihnya. So, apa yang cikla lakukan? Jom baca sampai habis.

Gel Aloe Gamat D'HERBS memang mujarab merawat ruam lampin.
Gel Aloe Gamat D'HERBS memang mujarab merawat ruam lampin. 

Sebelum tu, meh cikla cerita sikit pasal Gel Aloe Gamat D'HERBS ni. Rasanya korang dah tau kot gel ni keluaran syarikat yang gah sekarang ni milik Dato' Aliff Syukri, abang terlajak laris tu. Memang dah terlajak laris dah produk ni. Seingat cikla, reka bentuk botolnya dulu lain. Sekarang ni, dia buat dalam bentuk daun lidah buaya. Memang menarik. Tapi korang jangan risau, isi kandungannya tetap sama tau. Cuma bentuk je lain sikit. Marketing strategy barangkali.

Gel Aloe Gamat D'HERBS memang mujarab merawat ruam lampin.
Gel Aloe Gamat D'HERBS memang mujarab merawat ruam lampin. 

Antara kelebihan Gel Aloe Gamat D'HERBS ni adalah seperti berikut ;
  • Ia tak berminyak dan mudah meresap.
  • Ia sesuai digunakan seisi keluarga, termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak. 
  • Ia jugak sesuai untuk digunakan di wajah yang mempunyai masalah kulit kering. 
  • Ia sesuai untuk ibu lepas bersalin yang mempunyai masalah stretchmarks. 
  • Boleh digunakan berapa kali sehari pun yang korang nak. 
  • Sesuai untuk baby dan kanak-kanak yang mengalami masalah ruam dan kulit merah. 
  • Sesuai jugak digunakan sebagai pelindung sinaran UV. 
  • Untuk kegunaan luaran saja, jangan korang makan pulak. Hihi. 

Apa pulak kesan Gel Aloe Gamat D'HERBS pada kes ruam adik Zara ni?

Sebenarnya, Gel Aloe Gamat D'HERBS ni pak mertua cikla yang suka since dia terlantar kat atas katil untuk letak kat belakang badan dia kalau ada merah-merah. Sejujurnya, cikla tak tau pun yang Gel Aloe Gamat D'HERBS ni boleh apply untuk ruam lampin jugak.

So, dalam ks adik Zara ni, cikla try aje kot-kot serasi kat. Awalnya, risau jugak kalau letak lagi pedih kan. Tapi rupanya ok. Rasa sejuk je sebab bila cikla letak kat tangan cikla sendiri sebelum letak kat tut adik Zara. Cuba dulu lah kan kat diri sendiri. Kang buatnya panas ke apa ke, tak melolong pulak budak tu. 

First time letak tu, cikla tak pakaian dia pampers, tapi cikla pakaikan dia lampin kain supaya senang kalau dia kencing boleh terus tukar. Takdelah 'berendam' lama dengan air kencing punggungnya kan. Kurang sikit pedih. Ajaibnya, dua kali je cikla apply kulit dan berkurangan merah dan hari ketiga dah clean and clear. Bersih sebersih-bersihnya kulit dia. Macam tak pernah berlaku ruam di situ. Magik betul. Betul-betul kagum cikla tau.

Gel Aloe Gamat D'HERBS memang mujarab merawat ruam lampin.
Gel Aloe Gamat D'HERBS memang mujarab merawat ruam lampin. 

So, lepas ni Gel Aloe Gamat D'HERBS akan menjadi pilihan cikla kalau adik Zara mengalami masalah ruam lampin lagi. Memang bagus produk ni. Korang yang belum cuba, kena cuba tau. Harga pun ok hanya RM49.90. Masa guna pulak tak perlu picit banyak-banyak, sikit je pun dah cukup. Just ratakan ke tempat yang terlibat. Gel Aloe Gamat D'HERBS ni pun juga senang nak cari, korang pergi je ke kedai-kedai jadi. Farmasi pun ada jual tau. Selamat mencuba! 

Cikla percaya mak ayah zaman sekarang ni menghadapi cabaran yang agak besar dalam mendidik anak-anak. Betul tak? 

Dengan kemajuan teknologi, pengaruh luar tak kiralah pengaruh dari rakan sebaya anak macam agak payah kalau tak kena dengan caranya. 

Anak-anak ni pulak, banyak ragam dan kerenahnya. Ada yang bila kat depan mak ayah amboi kemain lagi sopan dan naif sungguh. Tapi, bila kat 'belakang' mak ayah, wah, "akulah raja."

Mintak dijauhkanlah anak-anak kita dari mempunyai sikap macam ni kan. Itu belum lagi dengan pengaruh media sosial, internet dan sebagai. Mak ayah memang kena sentiasa alert dan amik tau. 

Sebenarnya, ada beberapa tips yang cikla nak share kat mak ayah semua macam mana nak mendidik anak supaya tak degil. Kalau nak tau, jom baca yang seterusnya. Menarik tau.

Tips mendidik anak agar tak degil.
Tips mendidik anak agar tak degil. Sumber Google. 

Kalau korang nak tau, masa anak korang sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai untuk "mengajar" mereka terutamanya pada waktu 2/3 malam, sebab minda ‘bawah sedarnya’ berada pada keadaan paling optimum masa ini.

Hanya 'minda sedarnya' yang tidur. Apa yang perlu korang lakukan, korang sentuhkan ibu jari korang ke langit-langit dan sentuhlah dengan halus ibu jari korang tu ke ubun-ubun anak yang ingin korang nasihati.

Ketika ibu jari berada di atas ubun-ubun, berselawatlah ke atas Nabi dan baca surah Al Fatihah. Selepas itu, teruskan dengan berzikir (dalam hati) dan jangan putuskan zikir korang tu.

Kemudian, korang angkat ibu jari korang (sebolehnya) janganlah putus berzikir dalam hati. Bercakaplah menggunakan suara yang agak perlahan. Jangan pulak sampai anak korang tu terbangun. 

Beritahulah apa korang yang nak beritahunya. Berilah nasihat yang berguna seperti jadilah anak yang baik, anak yang mendengar cakap mak ayah, anak yang taat kepada Allah dan Rasullullah dan semua nasihat yang baik-baiklah.

Apa yang penting, sebaiknya jangan putuskan zikir korang tu sebab Insha Allah, zikir itu akan masuk bersama dengan nasihat korang. 

Apa yang 'menakjubkan' adalah, hasilnya nanti korang akan dapat tengok 'tindakbalas' dari anak korang yang dia sedang terima apa yang kita katakan tu, iaitu kelopak mata anak korang akan bergerak-gerak.

Insha Allah, korang akan berjaya dengan cara ini dengan izin Allah SWT jua.

Ada sebuah kisah semasa di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang ada bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?" Jawab bapanya, "Saya mendidik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Allah. Maksudnya, anaknya itu sudah dididik sejak dari dalam kandungan lagi.

Tips mendidik anak agar tak degil.
Tips mendidik anak agar tak degil. Sumber Google. 

Pendapat cikla, proses mendidik anak ni sebaiknya bermula sejak dari mereka kecik lagi. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

Apa yang mak ayah kita ingat, anak ni merupakan cermin kepada diri kita. Sebagaimana sikap dan didikan kita, begitulah sikap si anak kelak.

Semoga anak-anak kita membesar dan menjadi anak yang soleh dan solehah, penyejuk hati mak dan ayah.  Aamiin.

Sumber page Facebook Ragam Anak.

Rasanya macam dah lama kot cikla tak buat review kan? Ala, review sendiri je pun, review produk yang memang cikla guna. So, apa produk paling latest yang cikla guna ye? Haaa. Inilah yang cikla nak share ni. Sebenarnya, nak dijadikan cerita baru-baru ni cikla menjejakkan kaki kat Watson tu sebab nak cari krim BB yang baru. Sebelum ni cikla guna krim BB brand Maybelline. Masa kat sana, usha punya usha, tetiba ada promoter ni seorang auntie cina ni promote krim CC ni kat cikla. 

Wajah cantik berseri dengan krim CC SPF25PA++ Safi Balqis OxyWhite.
Wajah cantik berseri dengan krim CC SPF25PA++ Safi Balqis OxyWhite.

Ermmm, memula tu macam tak berminat sangat. Iyelah, mind set nak cari krim BB Maybelline kan. Tak bercadang pun nak usha yang lain. Baik punya promote auntie ni, akhirnya terjebak jugaklah cikla membelinya. Lagipun, harganya boleh tahan murah jugaklah. Sebelum cikla share lebih lagi pasal krim CC SPF25PA++ Safi Balqis OxyWhite ni, apa kita baca apakah ada perbezaaan antara krim CC dengan krim BB ni. 

Menurut sumber di SINI, krim CC bermaksud “Color Correction” atau “Color Control”. Krim CC dikatakan dapat membantu warna kulit nampak lebih sekata sekaligus menjadikan wajah nampak lebih segar, cerah dan flawless bercahaya walaupun kita tak gunakan makeup. Krim BB pulak adalah krim pelindung dari sinar UV yang mempunyai teksturnya lebih ringan dari foundation dan moisturizer. Ia akan menjadikan kulit wajah kita jadi lebih putih dan bersih dan ia elok digunakan di siang hari sebab adanya bantuan SPF dan antioksidan.

Dari segi teksturnya pulak, krim CC mempunyai tekstur yang lebih ringan dari krim BB. So, cirinya yang bersifat ringan ni menjadikan ia amat sesuai untuk orang yang sukakan 'light base' pada kulit wajah mereka. Walaupun fungsi krim CC lebih kurang sama je dengan krim BB tapi krim CC lebih tertumpu kepada 'pembetulan' warna kulit kita. Di samping itu, krim CC jugak mengandungi SPF25PA sebagai agen perlindungan dari sinaran UV yang berbahaya. So, untuk korang yang mempunyai masalah kulit kusam, bintik hitam, dan warna kulit pudar memang krim CC lah yang boleh membantu korang atasi tu semua.

Manakala, krim BB pulak menjadikan tekstur kulit wajah korang lebih lembut, tak terlalu berminyak dan amat sesuai dijadikan 'alas mekap' korang. Penggunaanya tak perlu dicampur dengan pelembap sebab dia dah ada moisturizer di dalamnya. Selain itu, krim BB biasanya didatangkan sekali dengan sunblock dan whitening, so ia menjadikan kulit lebih putih dan bersih.

Wajah cantik berseri dengan krim CC SPF25PA++ Safi Balqis OxyWhite.
Wajah cantik berseri dengan krim CC SPF25PA++ Safi Balqis OxyWhite.

Macam yang cikla bagitau kat atas tu, semua keistimewaan dan kelebihan yang ada pada krim CC jugak ada pada krim CC SPF25PA++ Safi Balqis OxyWhite. Krim ini diformulasikan dari gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite yang menjadikan ia sebagai bahan asas solekan yang baik. Ia jugak bertindak sebagai krim pelembap yang bertekstur ringan. Krim CC ni jugak adalah berasaskan air sekaligus menjadikan kulit lebih mulus serta menutup cela tanpa menyebabkan liang pori-pori tersumbat. Hasilnya, wajah akan lebih sihat dan cerah sempurna. 

Senang je nak guna krim CC SPF25PA++ Safi Balqis OxyWhite ni. Caranya adalah dengan meratakan krim ini pada muka dan leher. Sebaiknya, korang apply krim ni selepas korang guna pelembap muka Safi Balqis OxyWhite. Kalau cikla, cikla guna sebelum cikla pakai bedak muka. Cikla tak pakai pelembap pun. Hehe. Tapi, cikla rasa pakai krim ni pun dah ok dah. Memang muka nampak cerah sekata dan lebih fresh.

Korang yang berminat nak cuba boleh dapatkan krim CC SPF25PA++ Safi Balqis OxyWhite ni di Watson, Guardian dan supermarket. Rasanya, krim ni ada jugak dijual secara online di Lazada. Pendek kata, senang jugaklah nak dapatkan krim ni. Harganya pula dalam RM20++ kalau tak salahlah. Tapi, masa cikla beli ada promotion, so harga yg cikla dapat adalah RM17.30.

So, gambar kat bawah ni gambar cikla masa raya baru ni. Cikla guna krim CC SPF25PA++ Safi Balqis OxyWhite ni. Cikla takde guna camera trick or edit picture tau. Ni memang gambar original. Nampak cerah dan flawless kan. Hihi. Saya suka, saya suka. 

Wajah cantik berseri dengan krim CC SPF25PA++ Safi Balqis OxyWhite.
Wajah cantik berseri dengan krim CC SPF25PA++ Safi Balqis OxyWhite.

So, jangan lupa beli kalau nak rasa sendiri kelainannya. Apa yang penting krim ni halal dan selamat digunakan. Selamat mencuba.

Insha Allah dalam dua minggu lagi cikla kena buat rawatan radioaktif iodin (RAI) di Institut Kanser Negara, Putrajaya. First time weh, of course lah nervous. Tipulah kan kalau cikla cakap tak nervous. Huhu.

Sebelum buat rawatan ni, cikla kena berpantang ubat (off thyroxine) dan stop semua supplement selama sebulan sebelum rawatan. 

Lepas tu, dua minggu sebelum rawatan pulak cikla kena pantang seafood dan makanan yang berasaskan seafood macam keropok lekor, sos tiram, laksa, budu, belacan dan sebagainya.

Yang cikla boleh makan adalah ayam, daging, buah dan sayur je. Itu pun masak just rebus-rebus. Sebaiknya kurangkan minyak, santan, garam dan gula. 

Sebenarnya, bukan sebab nak minum tu buat cikla rasa nervous, tapi I'm curious apalah rasa iodin tu nanti ye. Ada yang cakap takde rasa. Ada yang cakap rasa masin sikit. Entahlah.

Tapi yang pasti, iodin tu memang tak berwarna. Macam air putih tu. So, sebelum cikla nak bercerita pasal pengalaman cikla minum radioaktif iodin tu nanti, eloklah kiranya cikla share dengan korang apakah dia rawatan radioaktif iodin (RAI) tu sebenarnya. Kalau korang nak tau, jom baca seterusnya.

Apakah dia rawatan radioaktif iodin (RAI) .
Apakah dia rawatan radioaktif iodin (RAI). Sumber Google. 

Hishh, dengar perkataan radioaktif je mesti macam ngeri je kan. Sebenarnya, rawatan radioaktif iodin (RAI) merupakan rawatan yang menggunakan cecair iodin yang beradioaktif bertujuan untuk menurunkan hormon tiroid yang tinggi bagi hipertiroid.

Selain itu, rawatan ni jugak adalah untuk mengecutkan bengkak tiroid tapi bengkak dari jenis yang tertentu saja, rawatan ni jugak untuk bagi pesakit yang mengambil ubat carbimazole (untuk yang hipertiroid) lebih dari dua tahun tapi hormon tiroid turun naik tak pernah stabil dan juga untuk mengesan, membunuh dan menghalang sel-sel kanser tiroid dari merebak.

Kalau korang nak tahu, bahan radioaktif iodin-131 adalah isotop radioaktif yang menghasilkan sinaran radioaktif untuk tujuan perubatan. 

Bila sedikit bahan radioaktif ini dimasukkan ke dalam badan sama ada secara minum atau telan, badan akan serap bahan itu  melalui kapilari darah di sepanjang saluran perkumuhan yang mana ia bertumpu ke arah kelenjar tiroid yang bertujuan untuk memusnahkan sel-sel kelenjar tersebut. Selain itu, bahan ini jugak digunakan sebagai agen pemusnah sel kanser.

Untuk pengetahuan korang jugak, iodin adalah dalam bentuk iodida radioaktif iodin yang biasa digunakan pada pesakit dengan penyakit tiroid: I-123 (tidak berbahaya untuk sel tiroid) dan I-131 (menghancurkan sel-sel tiroid). Radioaktif iodin (RAI) akan diberikan melalui mulut dalam bentuk pil atau cecair.

Walaupun rawatan radioaktif iodin (RAI) ni rawatan yang selamat, tapi rawatan ni tetap akan menghasilkan radiasi dan ada 'risiko-risiko' tertentu. 

So, pesakit mesti mengambil langkah tersebut supaya kesan radiasi dapat di elakkan dari orang yang berada di sekelilingnya terutama wanita hamil, baby dan kanak-kanak.

Akan tetapi, jumlah pendedahan radiasi secara ketara akan berkurangan bila jarak dari pesakit meningkat. Walaupun bagaimanapun, rawatan ni tak boleh dijalankan ke atas pesakit yang mengandung atau menyusukan anak. 

Penyusuan anak mesti dihentikan sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum rawatan  dan tak boleh dimulakan selepas RAI, tetapi boleh dilakukan dengan selamat selepas kehamilan akan datang.

Kehamilan perlu ditangguh  sekurang-kurangnya 6 - 12 bulan selepas RAI sebab ovari terdedah kepada radiasi selepas rawatan, di samping untuk memastikan tahap hormon tiroid adalah normal dan stabil sebelum mengandung. Namun, tak ada bukti jelas bahawa RAI membawa kepada kemandulan. 

Manakala, untuk lelaki yang menerima rawatan RAI bagi kanser tiroid pula 'mungkin' akan mengalami penurunan jumlah sperma dan ketidaksuburan sementara dalam tempoh kira-kira 2 tahun.

Apakah dia rawatan radioaktif iodin (RAI) .
Apakah dia rawatan radioaktif iodin (RAI). Sumber Google. 

Ada beberapa langkah keselamatan yang kita kena ambil kira selepas kita menjalani rawatan radioaktif iodin (RAI)  ni.

Antaranya adalah;

Semakin jauh jarak kita dengan ahli keluarga, semakin berkurangan kadar dedahan sinaran radioaktif yang diterima oleh mereka. Contohnya, bila kita berada jauh orang lain akan mengurangkan dos radioaktif sebanyak ¼ dari dedahan dos kita terima.

So, apa yang patut kita buat?

  • Tidur berseorangan. 
  • Duduk berseorangan di sofa atau di dalam kereta. 
  • Duduk sejauh yang mungkin dengan pemandu kereta.
  • Pesakit dilarang menggunakan kenderaan awam, dilarang menonton wayang dan dilarang menghadiri majlis keramahan. 
  • Tak boleh berkongsi pinggan, cawan dan apa saja dengan orang lain. Sebab tu kena kuarantin. Huhu. 
  • Walau bagaimanapun, kita boleh meluangkan masa bersama ahli keluarga sekurang-kurangnya dalam jarak 4 meter.

Sebaiknya, elak dari berada lebih dari 2 jam di samping wanita yang berkeupayaan mengandung atau kanak-kanak. Selain itu, elak dari berada berdekatan dengan baby lebih masa sebab ia akan meningkatkan lebih dos kepada mereka. 

Langkah ini amat penting terhadap kanak-kanak dan perempuan mengandung terutamanya dalam tempoh  7 hari selepas pesakit mendapat rawatan. Masa kita berada di sekeliling orang ramai, kita kena kurangkan masa seperti berikut;

  • 45 minit sehari sejauh 1 meter. 
  • 2 jam sehari sejauh 2 meter. 
  • 7 jam sehari sejauh 3 meter.

Dengan menjaga kebersihan juga boleh meminimumkan kadar kontaminasi yang ditinggalkan dari badan pesakit. Oleh kerana bahan radioaktif ini dikeluarkan melalui proses perkumuhan, jangan lupa bersihkan  tandas yang digunakan dengan segera. 

Selain itu, tangan dibasuh juga perlu dibersihkan di satu tempat dan dilap menggunakan tisu untuk mengelakkan kontaminasi berlaku.

Di samping itu, bilik air yang digunakan adalah kegunaan pesakit seorang sebab ia amat penting supaya perkongsian barangan peribadi seperti berus gigi, ubat gigi, tuala dan sebagainya di dalam tandas dapat dielakkan. 

Jangan lupa basuh tangan dengan sabun dan air yang banyak setiap kali menggunakan tandas dan mandi  sekurang-kurangnya sekali sehari.

Langkah-langkah lain adalah seperti berikut;

  • Jangan lupa bersihkan tandas selepas digunakan.
  • Pesakit lelaki disarankan supaya kencing sambil duduk sebab ia boleh mengelakkan air kencing bertaburan.
  • Jangan lupa pamkan tandas Sebanyak 3  kali setiap kali selepas digunakan.
  • Jangan lupa bersihkan sinki tandas, shower dan takungan mandi setiap kali selepas digunakan.
  • Lepas kita memberus gigi, kita  disarankan supaya meludah ke dalam mangkuk tandas, dan jangan lupa pamkannya sebanyak 2 kali.
  • Semua tisu muka yang telah digunakan jangan lupa dipam ke dalam mangkuk tandas.
  • Kita tak boleh memakan chewing gum.

Macam cikla, memang doktor akan suruh stay ward selama 5 hari (masuk 17/7 keluar 21/7) sebab dos tinggi. Pada  hari kelima tu, cikla akan melakukan WBS atau whole body scan untuk tengok result rawatan ni. Lepas tu, mungkin cikla akan sambung kuarantin lagi di rumah dalam dalam 3 hari lagi. 

Si kenit Zara dengan abang Ammar memang cikla nak 'pos' ke kampung mintak tolong mak jaga sementara cikla berada di ward. Kalau dos rendah, kuarantin kat rumah je.

Nanti cikla share lagi masa cikla dah buat rawatan tu ye. Korang doakan cikla ok. Amin.

Sumber; SINI. 

Kalau ada anak kecik ni, nak tak nak memang kena pakai lampin pakai buang kan. Tak kan nak guna lampin kain macam dulu-dulu. Jenuh pulak nak membasuhnya berampai-ampai. Huhu. Tapi, petua ni memang pertama kali cikla tau. Kena ramas dan perah lampin pakai buang tu sebelum kita pakaikan kat anak kita. Apa pulak rasionalnya ye? Mungkin ada yang dah tau kot. Tapi, kalau yang belum tau macam cikla ni jom baca perkongsian ni.

Kenapa kena ramas dan perah dulu lampin pakai buang anak sebelum dipakai?
Kenapa kena ramas dan perah dulu lampin pakai buang anak sebelum dipakai? Sumber Google. 

Sebelum ni memang cikla perasan kalau lampin pakai buang yang masih baru, lebih-lebih lagi yang kita baru keluarkan dari pek dia memang nampak macam keras je. Iyelah, lama duk dalam pek kan. So, sebab itulah kita kena ramas dan perah dulu lampin pakai buang tu sebab cara ni dapat 'melembutkan' struktur lampin pakai buang tu.

Lagipun, struktur permukaan lampin pakai buang yang keras tu jugak dikhuatiri mungkin akan menyebabkan kulit anak kita lebih sensitif. Kesannya, mungkin kulit punggung anak kita akan beruam dan timbul pulak gatal-gatal. Tak pasal-pasal lain pulak yang datang.

Menurut 'Alang Narita' lagi, cara ni boleh dilakukan untuk semua jenis lampin pakai buang yang ada kat pasaran. Katanya lagi, walaupun kita tau lampin pakai buang ni memang direka khas dengan permukaan yang cukup lembut dan sesuai dengan keadaan kulit punggung anak, tapi kalau kita ramas dan perah dulu permukaannya, spannya akan jadi lebih lembut. Ada jugak yang mengatakan lampin pakai buang jenis pants pun boleh jugak guna cara ni. Kalau lampin pakai buang untuk orang dewasa pun boleh jugak agaknya kan. Hihi.

Cikla terfikir jugak, kita dah ramas, perah renyuk bagai tak bocor ke lampin pakai buang tu? Jawapannya, TIDAK. Ini kerana biasanya lampin pakai buang memang dah direka tahan lasak. Tapi, janganlah ramas bagai tak mau sampai koyak pulak. Ramas-ramas manja gitu. So, lepas ni bolehlah try buat dekat lampin pakai buang anak-anak cikla ni.

Let's try. Selamat mencuba.

Sumber page Oh Trending.

Cikla rasa semua orang suka makan telur dadar kan, lebih-lebih lagi kalau makan dengan nasi panas. Ganding pulak dengan kicap pun dah cukup dah. Silap-silap haribulan berpinggan-pinggan pulak menambah nasi pulak dah. 

Tapi, kalau korang nak tau tak semua orang pandai nak masak telur dadar yang gebu gebas. Ada orang masak telur dadar bukan main nipis lagi. Ada pulak yang masak telur dadar teballah pulak. So, korang nak tau tak apakah 'rahsia' nak buat telur dadar korang tu menjadi gebu dan extra super duper sedap sehingga menjilat siku (amboi melampau sungguh)? 

Rahsia macam nak buat telur dadar gebu dan lazat.
Rahsia macam nak buat telur dadar gebu dan lazat. Sumber Google. 

  1. Masa korang pukul telur tu, pastikan korang pukul lama tau. Maknanya kat sini, korang memula pukul telur tu dulu. Kalau yang ni memang cikla buat. Memang betul. Nanti masa kita goreng telur tu dalam kuali, telur tu akan naik dan kembung cantik je. Lepas telur betul-betul kembang dengan jayanya, barulah korang masukkan apa yang orang suka. Biasanya orang akan tambah bawang besar, cili merah, dan dan bawang. Ikutlah apa yang korang suka.
  2. Masa korang pecahkan telur tu  kat dalam mangkuk, korang masukkan sedikit air. Lepas tu, baru korang pukul telur tu sampai kebamg sebelum korang nak goreng dia. 
  3. Tambahan satu sudu besar mayonis dalam bancuhan telur dadar, lepas tu pukul sampai sebati dan kembang. Petua ni cikla pernah buat jugak dulu. Memang betul, nanti telur akan jadi gebu, lembut, lemak dan bertambah sedap. 
  4. Bila korang dah siap pukul telur tu sampai kembang, korang tapiskan telur tu sebab nak tapis buih-buih yang ada pada telur. Lepas dah tapis tu, barulah korang masukkan bahan-bahan yang lain. 
  5. Masa korang memukul telur tu, korang tambahkan air perahan limau nipis dalam bancuhan tersebut sebelum dipukul rata dan sebati. 
  6. Masa nak goreng pulak, tunggu biar minyak betul-betul panas baru masukkan telur. 
  7. Masa nak tuang pun ada caranya tau. Caranya, korang tuang telur tu dari jarak yang agak tinggi. Jangan lupa kecilkan api dulu dan tunggu telur sampai masak sebelum korang terbalikkan telur. 
  8. Lagi satu, masa korang nak pukul telur tu korang tambahkan sedikit serbuk penaik kat dalam bancuhan tersebut sebelum dipukul sampai sebati. Cara ni dikatakan akan menjadikan telur dadar korang lebih sedap.

So, macam mana? Senang je kot petuanya kan. Bolehlah kita cuba lepas ni kan.

Sumber Facebook page Seminit Resepi.

Cikla selalu dengar orang cakap rezeki tak pernah salah alamat. Apa yang penting kita kena yakin dengan rezeki Allah. Apa kata kita baca kisah Nabi Sulaiman dengan seekor semut. Jom baca apakah kisahnya.

Tazkirah : Yakinlah rezeki milik Allah.
Tazkirah : Yakinlah rezeki milik Allah. Sumber Google. 

Nabi Sulaiman pernah bertanya seekor semut. "Wahai semut, berapa banyakkah makanan yang kamu perlukan untuk hidup selama setahun?" 

Maka semut itu menjawab "Wahai Nabi Allah Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir gula untuk hidup selama setahun."

Maka Nabi Sulaiman mengurung semut tersebut di dalam sebuah botol dan diletakkan sebutir gula untuk makanan semut itu. 

Selepas setahun Nabi Sulaiman membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh sahaja gula yang dimakan oleh semut itu. 

Lalu Nabi Sulaiman bertanya kepada semut tadi, "Wahai semut, mengapa hanya separuh sahaja gula yang kamu makan dalam setahun?"

Maka semut itu menjawab, "Jika diluar botol ini aku yakin Allah akan bagi rezeki yang cukup kepada aku untuk hidup, namun setelah kamu mengurung aku di dalam botol ini, aku tidak yakin manusia akan berikan aku rezeki yang cukup. Aku takut kamu terlupa untuk membuka tudung botol ini setelah setahun. Oleh itu aku terpaksa berjimat cermat."

Begitulah kisah seekor semut yang cukup yakin dengan rezeki Allah kepadanya. Manusia macam kita kalau tidak yakin dengan rezeki Allah maka lebih teruk daripada semut.

Yakinlah rezeki milik Allah, ianya milik Allah secara mutlak.

Sumber SINI

Older posts
Newer posts

Search Here

Disclamiers

SELAMAT DATANG KE BLOG NOTA CIKLA. Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Sebarang pertanyaan dan kolaborasi sila email ke ciklashahril82@gmail.com

Pageviews

Followers

Archive

Labels

beauty (141) bisnes (118) blog story (634) breastfeeding (6) cerita hiburan (124) cerpen (1) cinta dan rumahtangga (107) diy (3) gajet dan IT (20) health (347) idea kreatif (39) kata hikmah (9) parenthood (48) poem (12) pregnancy (8) wordless (17)
Facebook Twitter Instagram Pinterest Tumblr RSS

Created By SoraTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates