• Home
  • Lifestyle
    • Ilmu
      • Agama
      • Muhasabah Diri
      • Petua
    • My Story
    • Info
    • Tips
    • Resepi
    • My Reviews
  • Awareness
    • Social
    • Thyroid
  • Collab
Sekadar renungan kita semua.

Kuat....

Besi itu kuat, tapi api mampu meleburkannya. 
Api itu kuat, tapi air mampu memadamkannya. 
Air itu kuat, tapi awan mampu menyerapnya. 
Awan itu kuat, tapi angin mampu menolaknya. 
Angin itu kuat, tapi bukit mampu menghalangnya. 
Bukit itu kuat, tapi manusia mampu menghancurkannya. 
Manusia itu kuat, tapi nafsu mampu menundukkannya. 
Nafsu itu kuat, tapi iman mampu mengalahkannya. 
Tapi, bila iman kuat tiada apa yang mampu mengalahkannya. 

"Ya Allah, kuatkan iman kami di mana saja kami berada." Aamiin ya rabb.

Tapi, yang mengalahkan iman pula ujub.

Ujub ialah perasaan kagum atas diri sendiri, merasa diri hebat, bangga diri dan terpesona dengan kehebatan diri. 

Orang  yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya. 
Orang yang berilmu merasa kagun dengan ilmunya. 
Orang yang berjawatan tinggi merasa kagum dengan jawatannya. 
Orang yang petah berbicara merasa kagum dengan kepetahannya.
Orang yang berdakwah merasa kagum dengan dakwahnya.

Walhal, semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah yang diberikan kepada manusia. 

Semoga bermanfaat. 

Sumber dari WHATSAPP.
Sekadar perkongsian untuk ingatan kita semua.

Solat.....
Solat..... Kredit Google.

1. Orang yang tak solat akan ada banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain. - Ustaz Azhar Idrus.

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya. - Ustaz Kazim Elias.

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat. Insyallah bahagia." - Ustaz Don Daniyal.

4. Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda. - Datuk Ismail Kamus.

5.Kalau kita sakit jangan takut untuk solat, at least kalau mati, mati dalam solat. - Ustaz Haslin Baharin.

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun. - Al-Habib Ali Zainal.

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya. - TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya. - Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang. - Ustaz Dasuki Rani.

10. Jangan cakap: "Pergi solat. Kalau tak, masuk api neraka!". Tapi cakap: "Jom solat, nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya". InsyaAllah - TG Harun Din.

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah. - Ustaz Pahrol.

Akhir kata:

Rasulullah bersabda,

"Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala."

Sumber:  Whatsapp.
Hai korang, lum tidoq ke? Alahai, belum mengantuk lak mata ni walaupun dah kuyu-kuyu ala2 mata hero filem Rambo tu, hehe. Takpelah, boleh jugak curi masa update belog ni. 

Semenjak anak dah ramai ni, masa macam agak terhad sikit. Bila siang, biasanya busy dengan rutin harian. Bila malam plak, mata dah ngantuk and very tired you know. Dah tak nampak apa dah. Nampak bantal je, hehehe.

Oh tidak.....
Oh tidak..... *image from internet.

Tengok gambar kat atas tu. Rasa-rasanya realiti ada ke kes camtu? Hehe, kot kot ada rasanya kan. Tak mustahil, betul tak? Cian tengok kan. Dah nampak tak terurus mamanya. 

Tapi kan kalau cikla takdelah sampai macam tu. Keadaan masih boleh dikawal lagi. Hahaha, still under control bak kata orang putih. Kalau tak mau jadi macam incredible hulk kata ko, hihihi.

Nanti sambung lagilah. Kang termerepek melalut ke laut lak.

Anak oh anak. Cikla percaya siapa yang ada anak mesti kadang-kadang macam pening kepala mengadap kerenah anak yang berbagai-bagai corak. Ada yang begini, ada yang begitu. Yang kakak begitu, yang adik pulak begini. Haishhhh.

Kadang-kadang terfikir jugakkan mak abah kita dulu anak bukan seorang dua. Paling sikit pun 6 orang. Tu paling sikit tu. Diaorang steady je dalam menguruskan anak-anak mereka. Macam cikla sendiri, adik-beradik cikla pun ada enam. 

Memang tak dinafikan dikalangan kami adik-beradik macam2 kerenah kami. Alhamdullilah kami dibesarkan dengan baik sekali, cukup serba-serbi ilmu dunia dan akhirat.

Bagi cikla sebenarnya semuanya seharusnya dimulakan sedari kecil. Bak kata orang, melentur biarlah dari rebungnya. Tapi, rasanya cara orang dulu dengan orang sekarang mendidik anak-anak mereka berbeza. 

Ajarkan sedari kecil....
Ajarkan sedari kecil.... Kredit Google.

Cikla takdelah cakap yang cikla terror dalam bab didik-mendidik anak ni. Kadang-kadang cikla temper gak dengan kerenah anak-anak cikla (sabar jelah kan). Rasanya kita kena jugak jadikan guideline apa yang mak pak kita ajar masa kita kecil-kecil dulu.

Bagaimana cara menghormati orang lain, menghormati hak orang lain dan adab2 bila bertutur dengan orang yang lebih tua. 

Itu belum lagi tatacara menjaga batas pergaulan dan tingkah-laku bila terpaksa berdikari sendiri. Ni kes untuk anak-anak yang tinggal berjauhan dari keluarga.

Memang anak-anak cikla kecil-kecil lagi, tapi tak dinafikan kekadang cikla risau gak bila diaorang bergaul dengan budak-budak yang 'ligat' sikit. 

Bukan apa, takut terpengaruh. Lagipun, kanak-kanak macam ni mudah terikut-ikut. Tak kira yang baik atau sebaliknya. 

Ajarkan sedari kecil....
Ajarkan sedari kecil.... Kredit Google. 
 
Marilah sama-sama kita mendidik anak-anak kita (pada yang punya anak) supaya mereka membesar dalam suasana yang positif. Mudah-mudahan bila besar nanti mereka akan menjadi insan yang berguna. Aamiin.

Salam Jumaat yang penuh rahmat. Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya. Aamiin. 

Oklah, refer kepada gambar di atas, cewahhh mesti ramai yang tau apa bendanya kan? Yezzaa, tutup botol. 

Kalau kanak-kanak dulu-dulu memang familiar dengan benda ni. Tak silap cikla permainan popular kanak2 era 90-an. Ye ke? 

Kalau dulu kalau mak kita beli kicap mesti kita kutip tutupnya kan? La ni pun tutup botol kicap still guna penutup cenggini. Air botol macam air coca-cola dulu-dulu pun tutupnya macam ni gak. Biasa botol kaca guna penutup macam ni.

Nostalgia : Permainan tutup botol.
Nostalgia : Permainan tutup botol.

Sebenarnya tutup botol ni anak cikla yang punya. Dapat present masa beli air solivate. Diaorang bukan tau main pun. Saja simpan buat koleksi peribadi. Lagipun tengok macam cantik je, macam comel je, hehehe.

Hai semua, dah lunch ke? Cikla tengah me'landing'kan diri selepas bertungkus-lumus menyediakan juadah untuk keluarga tersayang, ececeh. Ayat tak boleh blah (bak kata bebudak sekarang). Eheheeeee. 

Oklah, sebenarnya cikla nak share sejenis gula2 yang cikla rasa mungkin ramai yang dah tau kot. Cuba tengok gambar yang kat atas tu. Sekali tengok macam batu kan? 

Jujur sejujur jujurnya cikla memang baru tau. Itu pun masa kenduri kawin adik sepupu cikla.

Eh... batu ke ni?
Eh... batu ke ni?


Eh... batu ke ni?
Eh... batu ke ni?

Tengok ni. Hahaa. Sebijik sejibon macam batu yang kat dalam akuarium tu. Rerupanya coklat. Memang kreatipp bebenor siapa yang membuatnya. Memang tertipu abis.

Eh... batu ke ni?
Eh... batu ke ni?

Yang ni pulak ole-ole yang cikla dapat masa majlis kawin adik sepupu cikla. Tapi, rasanya chocolate stone ada dua jenis kot. Satu jenis macam chewy tu, liat-liat sikit. Yang satu lagi memang coklat betul. Tu yang sedap tu. 

Hai, entah apa-apa entah kan? Setelah sekian lama baru nak introduce diri. Hehe, takpelah kan. 

Pertama sekali, korang boleh panggil saya Cikla. Dan itulah jugak gelaran anak-anak sedara pada diri saya. Umur saya 32 tahun (tua dah, hehe). 

Asal Selangor dan sekarang menetap di Banting bersama keluarga mertua. Saya seorang full housewife, wifey and mummy kepada 3 orang anak. 2 perempuan dan seorang lelaki. Saya suka membaca dan memasak. Hehe. 

Minat menulis tapi sekadar suka-suka je. Boleh dikatakan sebagai hobi. Saya seorang yang happy go lucky tapi macam agak sensitif jugak. Tegas dan garang sikit.

The blog owner...
The blog owner...

Ermm, lagi apa ek? Cikla rasa cukuplah tu kan? Nanti panjang-panjang mengantuklah korang membacanya, ye tak? Hehe.

Salam perkenalan.

Cuti sekolah dah mula kan? Mesti banyak program ibubapa nak bawak anak-anak menghabiskan masa dengan aktiviti berfaedah. Paling-paling koman pun balik bercuti kat kampung. Oklah, cikla saja nak share semalam cikla dan keluarga jalan-jalan ke karnival upin ipin, saja bawak anak-anak. Memang anak-anak cika minat dengan semua karakter dalam cerita tu. Kalau beli cd memang hari-hari lah diorang tengok. Belum lagi cite kat tv. Biasalah budak-budak. Ni cikla belanja gambar yang sempat kami posing-posing manja gitu. Hehehe.

Karnival Upin Ipin.

Karnival Upin Ipin.

Karnival Upin Ipin.

Orang memang takleh nak cakaplah ramainya. Memang crowded giler2 punya. Dah la dengan budak2 lagi, baby lagi. Tengok pun kesian jugaklah. Tapi kan pada pendapat cikla karnival macam ni sesuai buat kat tempat terbuka. Lebih selesa. Terutama untuk kanak2..

Untuk info korang klik link ni okay.
Older posts
Newer posts

Search Here

Disclamiers

SELAMAT DATANG KE BLOG NOTA CIKLA. Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Sebarang pertanyaan dan kolaborasi sila email ke ciklashahril82@gmail.com

Pageviews

Followers

Archive

Labels

beauty (141) bisnes (118) blog story (634) breastfeeding (6) cerita hiburan (124) cerpen (1) cinta dan rumahtangga (107) diy (3) gajet dan IT (20) health (347) idea kreatif (39) kata hikmah (9) parenthood (48) poem (12) pregnancy (8) wordless (17)
Facebook Twitter Instagram Pinterest Tumblr RSS

Created By SoraTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates