Di awal kata semoga kita semua berada di bawah lindungan taufiq dan hidayahNya. Cikla harap semua sahabat cikla sihat. Berubah, mengubah dan diubah, kata akar yang sama tapi makna berbeza.
Sesetengah orang memang senang je cakap, ala nanti aku berubahlah tapi tengok-tengok macam tu gak. Takde bezanya. Sebab apa agaknya ye?
Hmm. Sebenaqnya bila kita betul-betul nak berubah terutamanya ke arah yang lebih baik, kita kena tanamkan azam dan tekad yang tinggi, di samping keyakinan diri untuk berubah.
Lagi satu kita kena berani. Berani untuk berubah sebab salah satu hal yang buatkan kita susah nak berubah ialah rasa takut. Dah tu takut pun tak kena tempat dan terus menerus menghantui diri. Kan susah macam tu?
![]() |
Nak berubah: cakap senang, buat susah! Gambar hiasan. drmaza.com |
Faktor lain yang penting jika kita mahu berubah adalah keluar dari persekitaran yang tak membina. Jauhkan diri dari teman yang kita rasa mengajak kita ke arah keburukan. Jika kita rasa kita tak mampu nak nasihatkan mereka, keluarlah dari kelompok itu.
Tapi, jangan lupa mendoakan mereka supaya turut diberi hidayah untuk berubah.
Tapi, jangan lupa mendoakan mereka supaya turut diberi hidayah untuk berubah.
Bagi cikla, apa yang penting jangan cepat putus asa pada ujian yang datang. Anggaplah ia sebagai cabaran untuk kita dan ia akan menjadikan kita lebih cekal hati untuk melakukan perubahan. InsyaAllah.
Kreadit: Ruangan cermin diri oleh Idris Musa.
Nak minta maaf memang senang nak cakap. Tapi, untuk memberi kata maaf memang susah. Apatah lagi kalau hati kita ni memang betul-betul sakit dan terguris.
Itu belum lagi dengan kepercayaan yang selama ni kita beri kepada pasangan telah dirobek. Semuanya perlukan masa untuk mendapatkan kembali situasi asal sebelum semuanya terjadi.
Seriously, nak bina kembali kepercayaan pada pasangan memang susah.
Ececeh, nampak macam serius pulak cikla ni kan? Hehe. Saje je nak bagi gempak sikit intro camni. Ok ok, actually cikla nak share beberapa tips macam mana nak dapat balik rasa percaya yang hilang.
Sekurang-kurangnya ia juga boleh cikla jadikan panduan untuk diri cikla juga. Terlebih dahulu, cc to: www.facebook.com/GenY.HM for this superb good tips.
Pertama: Maafkan diri sendiri - bila kita salah guna kepercayaan orang pada kita, kita mungkin rasa bersalah dan amik masa nak maafkan diri sendiri. Kita kena ingat kita bukanlah sempurna, sebab sebagai manusia biasa kita tak kan terlepas dari buat silap. Apa yang penting kita berani mengaku salah kita dan maafkan diri sendiri.
Kedua: Jujur tanpa selidung - bila kita sedar kita dah buat silap, mengaku dan jujurlah pada mereka. Jangan berdolak-dalik sebab ia akan jadi keadaan lagi teruk. Walaupun mungkin penerimaan mereka kurang dari apa yang kita harap, sekurang-kurangnya kita berterus-terang dan jujur pada diri sendiri dan mereka juga.
Ketiga: Mengaku salah - jangan letak kesalahan kita pada orang lain. Ini bukan saja menampakkan diri kita tak serius, malah ego dan susah nak terima kenyataan. Kita bukan sahaja akan tetap mengulangi kesalahan yang sama dengan sikap amik mudah kita tu.
Keempat: Bersikap lebih terbuka - longgarkan sikit hal peribadi kita untuk bina kembali kepercayaan.
Kelima: Berani meminta maaf - realitinya, siapa yang bersalah kena minta maaf. Beranikan diri, jangan sombong dan buang rasa ego tu skit. Apa yang penting, minta maaf dengan bersungguh-sungguh dan bukan dengan sikap acuh tak acuh. Nampak sangat kita tak ikhlas kan?
So, cikla rasa apa yang penting adalah berani dan jangan ego. Pada yang mengkhianat, beranilah untuk mengaku dan minta maaf. Pada yang dikhianati pulak, buka hati dan cuba terima dan memaafkan. Sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan kita manusia biasa.
Sama-sama kita muhasabah diri.
Sama-sama kita muhasabah diri.
Orang kata bahasa mencerminkan keperibadian seseorang. Kadang-kadang, dengan kata atau bahasa yang kita gunakan, orang boleh menilai diri kita.
Tak kira apa jua keadaan, gunakanlah bahasa yang enak didengar walaupun pada masa tu kita dalam keadaan marah atau sebaliknya.
Sesetengah orang kalau bergaduh, mulalah bahasa yang keluar tu bertukar corak. Jadi kasar dan biadap. Hati tengah panas kan, bahasa pun jadi tak sopan asalkan hati puas.
Sebenarnya, tak elok macam gitu. Bukan apa, ini menunjukkan yang kita ni seperti kurang didikan moral terutamanya, dan yang pastinya orang akan menilai kita jauh lebih buruk. Nak ke camtu? Nauzubillah.
- Bahasa merendahkan - ada segelintir yang ada kelulusan atau pencapaian yang bagus suka merendah-rendahkan orang lain. Ye betul, memanglah dia lagi bijak pandai dari orang lain, tapi tu bukan modal untuk kita menghina.
- Bahasa tak peduli - ia selalu digunakan untuk menghukum orang lain dengan cara tak memberitahu jln penyelesaiannya. Apa lagi, terkapai-Kapaa lah kawan tu kan. Tak ke kesian?
- Bahasa menghina latar belakang - biasanya mereka akan menghina pendidikan, kerjaya dan yang paling teruk, mengenai keluarga.
- Bahasa menutup minda - biasanya dia nak tunjuk dia lebih bijak dari orang lain, dan nampak menarik. Lebih kurang macam bahasa berlagak la.
- Bahasa mengawal - lebih kurang macam bahasa memaksa. Paksa orang lain buat apa yang dia suruh.
Jadi, cikla rasa walau dalam apa pun situasi janganlah kita menggunakan bahasa-bahasa yang kurang elok sebab bukan buat orang suka kita malah makin meluat.
Sebolehnya, elakkan gaya bahasa kat atas nuuuuu supaya harmoni dan aman sentiasa. Jaga bahasa, InshaAllah orang suka!
Dengan kecanggihan teknologi la ni, tak dapat nak nafikan macam-macam fesyen atau jenis headphone dan earphone kat pasaran ni. Nak yang besar, kecil, colourful. Macam-macam ada. Tapi, apa yang kita terlepas pandang akan bahayanya gajet ni. Moh kita tengok apa kesan pengunaannya pada diri, bukan apa orang tua-tua kata cegah sebelum kena. Tak gitu? Dah-dah, moh kita.
![]() |
HEADPHONE dan EARPHONE, bahaya ke? Kredit Google. |
Pertama, boleh meningkatkan kadar bakteria dalam telinga sebab udara bersih di sekeliling kita tak dapat masuk dalam telinga. Mana taknye, ruang udara jadi pada padat dan kecil.
Kedua, muzik yang kuat boleh merosakkan gegendang telinga sekaligus menurunkan kekuatan daya pendengaran.
Kedua, muzik yang kuat boleh merosakkan gegendang telinga sekaligus menurunkan kekuatan daya pendengaran.
Ketiga, jangan pakai kedua gajet ni semasa memandu atau melancong. Sangat tak digalakkan. Bukan apa, kalau kita pakai masa memandu, kita tak akan dengar bunyi kenderaan di belakang atau di depan. Kan bahaya tu.
Keempat, beri kesan negatif pada kesihatan. Sesetengah orang akan merasa pening bila menggunakan gajet ni. Pastu, berkongsi pulak dengan orang lain, nah senanglah penyakit nak berjangkit. Sebaiknya bersihkan dulu gajet tu sebelum atau selepas berkongsi dengan orang lain.
Kesimpulannya, setiap perkara pasti ada baik dan buruk. Pandai-pandailah kita menilainya, jangan sebab nak cantik or nampak moden punya pasal, diri merana.
Tabiat buang air dan keadaan najis si manja kita seharusnya jangan amik ringan. Sebenarnya melalui tabiat inilah kita dapat tau samada si manja kita ni sihat atau tak. Sepatutnya seorang ibu perlu tau bahawa kekerapan dan ketetapan keadaan najis berbeza antara bayi sebab ia bergantung pada makanan yang diambil.
Jadi, jom kita semak jenis najis yang tak normal untuk menentukan tahap kesihatan si manja kita. Moh kita.
![]() |
Perubahan najis bayi tanda tidak sihat. Kredit Google. |
Pertama: Cirit-birit.
Gejalanya termasuklah najis yang sangat cair dalam jumlah yang lebih banyak dan kerap. Sebenarnya, bayi yang diberikan susu badan kurang risiko kena cirit-birit sebab susu badan dapat merencat mikroorganisma yang menjadi penyebab cirit-birit. Cirit-birit biasanya sembuh tanpa rawatan dalam tempoh 24jam, tapi kalau tak sembuh gak better pergi bawak jumpa doktor.
Kedua: Sembelit.
Gejalanya termasuklah susah buang air besar, bentuk najis seperti batu kecil dan keadaan kering, sakit perut, meragam dan kadang-kadang ada darah pada najis sebab rekahan dubur masa pengeluaran najis. Tapi, bayi yang minum susu badan jarang alami sembelit sebab susu badan ada semua nutrien yang baik untuk mengekalkan kelembutan najis si manja.
Ketiga: Najis berwarna hijau dan berbuih.
Mungkin si manja kita mengambil terlalu banyak laktosa. Ia berlaku bila bayi terlalu kerap menyusu menyusu tapi tak mengenyangkan dan tanda ada kuman dalam perut bayi.
Keempat: Kesan darah pada najis.
Palitan darah disebabkan luka kecil pada dubur bayi kerana sembelit.
Kesimpulannya, susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi kita sebab ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh si manja. Sama-samalah kita prihatin pada tahap kesihatan si manja supaya mereka kekal aktif dan membesar bagai johan.
Credit to: Akhbar Harian Metro.
Pe habaq semuanya? Sudah lunch ke belum? Cikla belum lagi. Tadi pagi lepas balik dari klinik check-up baby dalam perut. Cikla dah pekena nasi lemak sebungkus dengan karipap sebiji. Hehe. Oklah, sebenaqnya cikla nak story pasal buah markisa.
Honestly cikla tak pernah pun nengok buah ni sebelum ni. Ni pun pakcik depan umah cikla yang bagi. Memula tu cikla hingat buah delima.
Wahh, berbunga-bunga gak hati pasal dah lama tak makan buah delima. Dulu masa kecik-kecik je selalu makan sebab kat umah wan cikla ada pokoknya. La ni dah mati pun pokoknya.
Berbalik kepada cite buah markisa ni, cikla dengan confindentnye puleh la buah ni. Mak aii, keras giler. Hati pun heran. Ehh buah apa lak ni.
Last last cikla potong buah ni dengan pisau. Lagi sekali cikla kaget. Ada biji warna kuning-kuning kat dalamnya.
Tanya punya tanya, pak mertua cikla cakap buah markisa. Manalah cikla pernah tengok buahnya. Adoiii, ketinggalan sungguh teman ni.
Buahnya dah selamat cikla buat jus. Sedap gak. Rase masam-masam manis. Caranya mudah je. Potong buah tu pastu korek bijinya dengan sudu. Then, blend dengan air dan gula.
Pastu blend letak dalam gelas dengan ice. Wah sedapppp rupanyaa. Lagipun fresh dari ladang lagi. Yummmy.
![]() |
Ohh... ni buah markisa ke? Kredit Google. |
Orang cakap buah ni banyak khasiatnya. Kalau korang nak tau pasal khasiat buah ni, korang search je kat Google, semua ada. Ok lah, jumpa lagi nanti.
EPAL – terbukti dapat meredakan rasa mual yang cepat. Perut juga akan rasa lebih selesa, tak resah dan nyaman.
KACANG – rasa mual mungkin disebabkan kekurangan protein. Kunyahlah kacang almond atau kacang tanah sekadar untuk mengurangkan rasa mual.
BISKUT KRAKER – tepung yang ada dalam biskut kraker akan membantu menyerap asid dalam perut tapi pilihlah biskut tanpa perasa.
Semoga bermanfaat.
Emmm, oklah kali ni cikla nak share dengan uols pasal makanan yang boleh kita amik untuk kekal cantik dan sihat.
Yogurt.
Mesti ada sesetengah orang tak suka makan yogurt kan. Yelah, rasanya yang masam-masam manis sikit. Tapi, bagi cikla ni memang favourite cikla. Cikla jugak kadang-ladang amik yogurt ni sebagai makanan untuk diet. Hehe.
![]() |
Yogurt Untuk CANTIK! Gambar dari Google. |
Oklah, sebenarnya yogurt ni memang banyak khasiatnya yang kita tak tau. Antaranya:-
- Jadikan kulit lebih halus mulus – Caranya hanya sapukan seluruh muka dengan yogurt dua atau tiga kali seminggu. Biarkan 15 minit, then bilas dengan air suam. Nah, muka akan lebih berseri, cerah dan lembut.
- Mengatasi kulit terbakar (sunburn) – Caranya campurkan yogurt dengan minyak pati bunga Chamomile, then gaul sebati dan sapu pada bahagian yang bermasalah.
- Mengecilkan jerawat – Emm, ni masalah memang dah biasa kita dengar kan. Cara nak atasi jerawat dengan menggunakan yogurt adalah memula bersihkan muka, then sapu yogurt (nipis je) pada bahagian yang berjerawat. Biar 30 minit dan bilas bersih. Selain ia mengecutkan jerawat, yogurt juga membantu menipiskan parut pada wajah.
- Menjadikan kulit lebih cerah sekata – Caranya adalah campuran yogurt dan pati lemon yang digaul sebati dan di sapu pada seluruh wajah dan leher. Buatlah tiga kali seminggu dan tengoklah hasilnya. Wow!
- Rahsia awet muda – Caranya dengan menyapu ke muka campuran minyak zaitun dan yogurt yang mana ia dijadikan macam masker. Buatlah tiga kali seminggu tau.
- Membuang sel kulit mati – Caranya, campuran timun yang diparut dengan yogurt disapu pada seluruh tubuh dan muka, biarkan dalam 15-20 minit, sambil tu gosok perlahan untuk menanggalkan sel kulit mati. Selepas tu, bilas muka, dan wah berserinya.
- Jadikan rambut lebih sihat dan bersinar – Caranya, lumurkan yogurt pada rambut, then balut kepala dengan tuala dan biar selama 10-15 minit. Lepas tu bilas bersih.
So, macam mana? Macam senang je kan nak buat apa yang kat atas tu. Modalnya pun murah je. Ala, yogurt tu berapa sen sangat kat kalau nak dibandingkan dengan hasil yang akan kita dapat nanti.
Tak salah belanja sikit untuk cantik dan sihat. Lagipun bukan untuk orang lain pun, untuk diri kita gak kan.