Apa khabar semuanya? Cikla harap sihat la hendaknya ye. Cikla pulak kat sini sihat alhamdullillah. Biasanya, rutin harian sebagai seorang ibu dan suri rumah tangga. Macam-macam kerja dibuat dan tak pernah abis. Hehehe.
Rasanya macam dah lama je cikla tak menulis kat belog ni. Bukannya apa, macam takde idea je nak tulis apa. Lagipun, busy dengan tugas seharian.
So, cikla nak share something pasal wanita. Ini lebih kepada kata-kata hikmah mengenai wanita. Tetibe lak idea datang.
Sekeras-keras wanita, pasti akan lembut juga jika pasangannya pandai memujuk.
Seorang wanita tetap boleh menerima seorang lelaki itu walaupun lelaki itu berkali-kali menyakiti hatinya.
Kepercayaan seorang wanita kepada pasangannya tidak akan berbelah bagi
sehinggalah kepercayaannya itu dirobek oleh lelaki itu sendiri.
Seorang wanita boleh memaafkan semua kesalahan pasangannya terhadap
dirinya, tapi untuk melupakan kesalahan itu amat payah dan perlukan
waktu.
Seorang wanita bergelar ibu rela mengorbankan seluruh jiwa raga untuk
anak-abadan orang yang disayangi bahkan kebahagiaannya sendiri.
Wanita kurang bijak dalam menyembunyikan emosinya berbanding lelaki.
Wanita yang hebat tahu membawa dirinya walau dimanapun dia berada dan pandai menjaga maruah serta tingkah-lakunya.
Emmm, macam mana? Cikla harap semua kata-kata di atas dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada kita dan diri cikla juga. Waallahualam.
Kali ni cikla nak share pasal sahabat. Ya, sahabat diibaratkan sebagai hadiah abadi malah mereka dianggap guru hati yang selalu mengingatkan kita apa yang telah, sedang dan akan berlaku.
Sahabat sejati amat payah di cari, kerana ia umpama satu dalam seribu. Orang ada cakap, kawan ketawa senang nak cari, kawan menangis payah sekali.
Mana taknya, bila senang ramai yang nak dekati. Bukan kawan pun mengaku kawan. Tapi, bila kita ditimpa kesusahan, kawan yang sebelum ni baik dengan kita hilang lesap tanpa jejak.
Hahaha, masa ni la kita baru tau mana kawan sebenar dan mana kawan halimunan. Faham kan maksud cikla?
![]() |
Sahabat Yang Membahagiakan. Kredit Google |
Jomlah kita tengak 6 jenis sahabat yang dapat membuatkan kita bahagia.
- A lifelong friend, mempunyai sahabat yang sentiasa mengingatkan kita dalam banyak perkara dan boleh memberikan kita aura positif dalam diri kita.
- A spiritual friend, Duke University Medical Center mengatakan mereka yang selalu menghadiri ceramah agama mempunyai peluang untuk hidup lebih lama.
- A new friend, sahabat baru akan memberikan kita suasana yang baru dalam kehidupan. Ia merangkumi aspek pemikiran dan ruang lingkup persahabatan yang lebih luas.
- A friend who can empathize, bersahabat dengan orang ketika kita menghadapi masalah tak salah. Ini kerana sokongan dari sahabat dapat memberi kesedaran bahawa masih ada orang yang sanggup bersama kita dalam apa jua keadaan.
- A workout friend, ada kajian mengatakan motivasi trrbaik untuk mereka melakukan senaman adalah dari orang yang terdekat iaitu sahabat yang punya komitmen yang sama untuk melakukan senaman.
- A younger friend, bersahabat dengan orang yang lebih muda memberikan perspektif dan pengalaman yang berbeza dalam menikmati kehidupan. Hidup akan lebih bermakna kerana semangat yang tinggi lahir dari hati yang sentiasa gembira.
So, macam mana? Semua orang mesti nakkan sahabatnya sentiasa ada di sisi mereka masa susah mahupun senang, kan? Sahabat yang selalu mengajak kita ke arah kebaikan.
Marilah kita sama-sama scan dan review adakah sahabat kita sekarang termasuk dalam senarai sahabat sejati yang kita idam-idamkan. Waallahualam.
(Sumber: Majalah RAPI 2011)
Percaya, trust, believe memang penting.
Sebenarnya, rasa percaya ni amat penting tak kira dalam apa jua hubungan samada hubungan kekeluargaan, percintaan, persahabatan bahkan hubungan manusia dengan Yang Maha Pencipta.
'Percaya' seringkali dijadikan topik utama dalam sesebuah lirik lagu.
Haa, betapa pentingnya kepercayaan ini sehinggakan dalam apa jua bentuk pun orangg gunapakai supaya manusia tak kan lupa betapa pentingnya ia.
![]() |
Pentingnya Kepercayaan... Gambar hiasan. |
Tapi, apa yang harus kita ingat kadang-kadang orang merasakan membina kepercayaan orang pada kita memang senang. Tapi, memusnahkan kepercayaan pula sebenarnya lebih senang lagi.
Jadi, jagalah kepercayaan yang telah
diberikan pada kita sebaiknya, kerana sekali kepercayaan dirobek takkan
sama dengan sebelumnya.
Dan untuk mendapatkan kembali kepercayaan itu
amatlah payah jika perasaan ragu masih menguasai diri.
Kesimpulannya, peliharalah kepercayaan sebaiknya kerana itu asas kukuhnya sesebuah perhubungan. Waallahualam....
Cikla nak share info dan tips cantik mudah dgn semua. Makan oh makan. Semua org suka makan. Lagi-lagi kan Malaysia, orang kata syurga makanan. Macam-macam ada. Hehe. Tapi, kalau tak makan rugi.
Oklah, info ni cikla baca dari sebuah majalah kesihatan. Jom kita baca apa makanan yg kita kena kurangkan pengambilannya. Bukan tak boleh makan langsung, tapi sikit-sikit.
Garam.
Kita memang dah tau garam ni kalau diambil berlebihan, akan memudaratkan. Boleh kena darah tinggi ooo.
Jadi, kurang-kurangkanlah ye. Selain itu, garam berlebihan juga boleh melemahkan kulit (menyerang kolegan) dan menyebabkan bengkak dibawah mata.
Gula.
Haaa, ni lagi satu. Kalau amik berlebihan pun bahaya gak. Kencing manis confirm kena. Ada sumber yang mengatakan, gula boleh menambahkan laluan insulin yang akan memberi kesan pada salur darah dan mempercepatkan proses penuaan.
Kalau kita kurangkan gula, kulit akan lebih segar dan berseri dan kesannya terlihat dlm masa 1 week. Wow, macam tak percaya kan. Cubalah sendiri!
![]() |
Makanan cepatkan penuaan, awas ye! Sumber Google. |
Kopi.
Emmm, sedapnya kopi panaskan. Lebih-lebih lagi kalau pekena dengan goreng pisang panas atau nasi lemak. Perghh, terangkat habis kan. Tapi, tu lah. Amik lebih-lebih pun tak elok gak. Selain kopi akan meninggalkan kesan pada gigi, ia juga akan mengeringkan tubuh.
![]() |
Makanan cepatkan penuaan, awas ye! Sumber Google. |
Makanan pedas.
Ada orang kalau makan mesti nak pedas. Kalau tak, tak best. Boleh dikatakan pembuka selera dan penyedap rasa.
Sebenarnya, makanan pedas mmg terbaik utk metabolisme tapi tak baik untuk kulit (untuk sesetengah orang).
Ia boleh mengembangkan salur darah terutama bagi orang yang mengalami rosacea atau mengalami menopaus. Kapilari inilah yang membuatkan kulit kelihatan tua dan kusam.
![]() |
Makanan cepatkan penuaan, awas ye! Sumber Google. |
Jadi, macam mane? Boleh dikatakan hampir semua menjadi kegemaran kita kan? Hehe. Tak apelah kalau tak boleh berhenti secara drastik, tapi kurangkan secara perlahan-lahan. Mari kita mulakan sama-sama. ye!
(Sumber: Majalah RAPI 2013)
PHD. Jangan salah anggap lak. Ni bukannya kelulusan tertinggi dari universiti tapi sejenis penyakit. Haha, penyakit hati. Serius tau. Dengki ni kan, mula-mula timbul bila si polan ni iri hati atau cemburu dengan seseorang.
Apa yang orang lain ada, dia dengki. Orang lain berjaya, dia dengki. Pendek kata, orang lain tak boleh lebih dari dia. Dengki aje kerjanya.
Penyakit iri hati atau cemburu ni kalau tak diubati, ia akan menjadi kepada sifat dengki dan dendam.
Maka, ia akan mendorong kepada mengkhianati orang lain. Mengapa wujud hasad dengki ni? Mudah aje. Sebab sikap manusia tak
pernah puas dengan apa yang dia miliki. Orang macam memang ni tak tahu nak bersyukur.
![]() |
PHD - Perasaan Hasad Dengki... oh bahayanya! Sumber Google. |
Kalau nak tau orang dengki ni, senang je. Antaranya, mereka tak gembira dengan apa yang orang lain miliki. Lebih-lebih lagi kalau apa yang orang lain ada melebihi dia.
Mulalah dia tak senang duduk. Ish ishh, bahaya orang cam gini. Pastu, mereka ni rasa gembira kalau tengok orang lain ditimpa musibah, walhal orang itu tak pernah mencampuri urusan dia. Memang tak patut kan?
Dengki satu hal, pastu hasut pulak supaya membenci. Pendek kata, boikot dan melaga-lagakan sampai bergaduh.
Lagi, dia selalu memberi komen negatif pada orang yang didengkinya. Padahal orang lain tengok ok je. Tapi, pada dia ada aje yang tak kena. Itulah inilah, memang obvious kan?
Selain itu, dia rasa cemburu dengan kelebihan orang lain dan mula mengadu domba atau menabur fitnah.
Selain itu, dia rasa cemburu dengan kelebihan orang lain dan mula mengadu domba atau menabur fitnah.
Kalau cam ginilah gayanya, mesti jiwanya tak tenang dan tak tenteram sebab asyik memikirkan orang yang dia cemburu atau dengkikan tu.
Sebenarnya, perkara begini boleh dielakkan. Semua bermula dari diri kita. Bak kata pepatah, tepuk dada, tanya diri.
Antaranya adalah sentiasa berlapang dada dan bersyukur dengan apa yang kita punya. Kita sentiasa melihat orang yang kita dengkikan tu dari sudut positif supaya aura negatif yang ada dapat diganti dengan aura positif.
Selalu beristighfar dan memohon keampunan Allah supaya hati yang kotor dapat dibersihkan.
Selalu beristighfar dan memohon keampunan Allah supaya hati yang kotor dapat dibersihkan.
Dan yang paling penting adalah DOA. Banyakkan berdoa supaya kita dijauhkan dari sikap sikap sebegini. Jadi semua, marilah kita sama sama muhasabah diri kita.
Jangan berPHD sebab ia sangat buruk perangainya dan mendekatkan kita kepada neraka Allah SWT. Waallahualam.
(Sumber: Motivasi, Majalah RAPI 2013)
Emmm, sambil-sambal layan tv dan bersantai-santai, cikla tergerak lak nak share something. Sebenarnya lebih kepada nak meluahkan pendapat. Hehe. Maklumlah, anak-anak dah tidoq. Apa lagi landing time. Yeahhhh.
Berbalik kepada cerita yang cikla nak suarakan, ia boleh dikatakan betapa penting SIKAP MENGHORMATI.
Tak kiralah, muda sesama muda, muda sesama tua dan tua sesama tua. Rasa hormat memang terlalu penting dalam kehidupan. Ini menunjukkan keperibadian kita dan persepsi orang terhadap kita. Penting sangat-sangat tau!
Menyentuh mengenai isu ni, cikla ada terbaca mengenai isteri seorang pemain bola sepak negara yang bersikap kurang ajar.
Walau apapun status kita, kita perlu hormati pada orang lain terutama orang yang lebih tua daripada kita.
Sebagai orang timur, sepatutnya sikap kita lebih ketimuran. Bukan cikla nak kata kebaratan itu tak baik, tapi Allah dah kurniakan kita akal fikiran yang baik untuk kita menilai mana yang baik dan buruknya. Apa yang dilihat dan diterima janganlah kita ambil bulat-bulat.
Walaupun kita tak bersependapat dgn org lain, tapi janganlah sampai menghina, mencaci, mengherdik, dan merendah-rendahkan orang lain.
Banyak cara yang kita boleh buat untuk menyuarakan ketidakpuasan hati kita. Jaga maruah kita, maruah keluarga dan maruah suami (bagi yang dah berkawin la). Jangan buat malu sendiri.
Konsep cikla senang je. Kalau kita hormat orang, orang pasti akan menghormati kita. Ingat tu, bukan susah pun kan? Waallahualam.
Hujung minggu memang waktu yang dinanti-nantikan oleh semua. Yelah, masa untuk santai-santai. Lepak-lepak. Hanging out dengan kawan-kawan. Best best best. Release tension sikit.
Cikla ni bukanlah seorang yang cerewet. Keras hati. Banyak songeh. Pada siapa yang kenal baik dgn cikla ni taulah who I am! Very simple and easygoing.
Berbalik pada title entri cikla kat atas ni, ucapan maaf. Setiap orang menafsirkan maaf dalam view yang berbeza-beza.
Ada yang senang je nak cakap I'm sorry dan mudah memaafkan. Dan ada pula sebaliknya. Betapa kerasnya hati, kan?
![]() |
MAAF... Mudah ke nak ucapkan kata maaf? Gambar hiasan. |
Orang kata kalau mudah sangat memaafkan orang akan mudah buat apa aje kat kita. Ye la, orang buat salah, pastu say sorry. Kita pulak ok, I forgive u.
Emm, sebenarnya itu semua hak masing-masing. Ada pulak kata pujangga cakap, maafkanlah bukan semua manusia sempurna.
Tak ada manusia yang lepas dari buat silap. Pasti ada kesilapan yang kita buat tanpa kita sedar atau tak.
Kesimpulannya, semuanya terletak
pada tangan kita sendiri. Tepuk dada, tanya hati. Apa yang kita fikirkan,
itulah yang kita akan buat. Baik atau buruk, tanggungjawab kita!
Semua orang mesti nak kawin kan? Dan itu salah satu daripada sunnah Nabi SAW.
Orang kata kawin ni memang menyeronokkan. Tapi, pada siapa yang tahu menikmati dan melayari bahtera ni.
Pada yang hanya tahu 'kawin' aje, tanpa memahami apa itu sebenarnya TANGGUNGJAWAB. Memang payahlah.
Tanggungjawab oh tanggungjawab.
Tanggungjawab suami pada isteri.
Tanggungjawab isteri pada suami.
Tanggungjawab suami dan isteri pada anak-anak dan keluarga.
Uishhh, kalau betul-betul memang berat ooo. Jangan nak amik ringan. Kalau terabai keluarga, dosalah yang kita dapat. Nauzubillah. Semua orang mesti mahukan yang terbaik dalam hidup tapi hakikatnya kita sering berhadapan dengan 1001 masalah, tak kiralah masalah kecil ke besar.
Sebenarnya, masalah memang sentiasa wujud dalam rumah tangga bahkan kehidupan kita, tapi apa yang membezakannya adalah cara kita menghadapinya.
Apa yang boleh dilakukan adalah beri ruang untuk berbincang dan selesaikan masalah.
Panduan 1:- TERIMALAH PASANGAN KITA SEADANYA. Jangan ubah pasangan ikut kemahuan kita, kerana pasangan yang kita cintai/kahwini itu adalah pilihan kita sendiri. Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan sebab tak ada manusia yang sempurna. Ingat tu!
Panduan 2:- KOMUNIKASI SECARA TERBUKA. Jangan asyik membuat andaian, sesekali apa salahnya meluahkan apa yang terbuku dihati. Ucapan sayang penting untuk menunjukkan betapa dalamnya perasaan kita terhadap pasangan. Cakap hari-hari pun tak pe. Lagi best!
Panduan 3:- TUNJUKKAN RASA CINTA. Banyak cara yang boleh kita lakukan antaranya ialah memberi sejambak bunga atau kad pada pasangan kita. Menyatakan rasa cinta berpanjangan akan mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.
Panduan 4:- KAWAL PERASAAN. Bila marah cuba untuk bertenang. Jangan menuduh secara melulu dan meninggikan suara kerana ia akan menimbulkan pergaduhan.
Panduan 5:- JANGAN MENGUNGKIT. Berhenti mengungkit hal yang dah lepas. Jangan jadikan kesilapan lalu sebagai senjata setiap kali bertengkar.
Panduan 6:- KURANGKAN RASA CEMBURU. Cemburu tak salah kalau kena pada tempatnya. Cemburu yang keterlaluan akan memburukkan lagi keadaan. Hubungan mesti dibina atas rasa percaya terhadap pasangan.
Panduan 7:- JAGA KOMITMEN MASING-MASING. Elakkan membuat janji yang tak mampu ditepati. Kalau ini berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita.
Panduan 8:- JUJUR. Jangan sesekali menipu kerana ia punca utama perpisahan. Jujur yang dimaksudkan adalah ungkapan perasaan terhadap pasangan. Jika cinta katakan cinta. Kan senang!
Panduan 9:- BERI LAYANAN TERBAIK. Layan pasangan sama seperti semasa bercinta atau sudah berkahwin.
Nah, tengok panduan ni semua macam senang je nak buat tapi hakikatnya memang payah. Apa yang penting jangan lupa berdoa kepada ALLAH SWT supaya sentiasa dirahmati dan diberkati olehNya.
Sumber: Majalah Metro, Harian Metro 2013.