Hulu Terengganu diserang cacing?

By يناير 16, 2017

Alhamdullilah, negeri-negeri yang terlibat dengan bencana banjir nampaknya semakin membaik. Semua mangsa banjir sudah pun dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Bila dah surut banjir, lain pulak 'cerita' yang timbul. 

Orang cakap, tetamu yang tak diundang pulak datang. Terbaru, penduduk di Hulu Terengganu dikejutkan dengan 'serangan' jutaan cacing gelang di SK Kuala Ping. Apa? Diserang cacing? Apa pulak lagi ni kan? MasyaAllah.

Cacing tu dikatakan keluar dari celahan rumput di padang sekolah secara bergumpal sebelum ia bergerak masuk ke dalam longkang. 

Mungkin kaki-kaki pancing suka akan keadaan ni, mana taknya cacing tu kan boleh dibuat umpan. Walaupun cacing bukanlah binatang yang membahayakan disebabkan kelebihannya untuk menyuburkan tanah, tapi kalau dah terlalu banyak, naik geli pulak kan.

Aishh, macam-macam. Bagi cikla, kita hendaklah sentiasa bersangka baik. Mungkin Allah nak menguji, dan yang pasti Allah mahu menunjukkan kekuasaanNya. Kun fa ya kun! Waallahualam.

Sumber KOSMO! 

You Might Also Like

14 التعليقات

  1. Ada tengok kt berita baru ni. Geli pulak bila tngok banyak2 dieorg pegang. Huhu

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau sekor dua xpe lah kan.. ni dah byk bergumpal2... mcm geli pun ada...

      حذف
  2. cacing je, takda apa insyaallahh

    ردحذف
  3. Baguslah cacing banyak. Tanah pun subur kan 😃
    .
    Baja semulajadi. Terowong cacing baiki pengudaraan tanah
    .
    😃

    ردحذف
    الردود
    1. Tp dh terlalu byk mcm dh lain mcm pulak rasanya... Hihi

      حذف
  4. kalau jumpa seekor dua ok lagi kot..kalau dah banyak banyak tu dah jadi geli dan takut.

    ردحذف
  5. Allahu Ju geli geleman tgk apa jenis pun haiwan xbtulang ni adoii

    ردحذف
  6. Rasa geli pula kalau dah banyak-bayank gitu kan..

    ردحذف
  7. kalau x silap cacing tu berbeza sket sbb die punya kulit licin sgt.

    ردحذف