Tips macam mana nak jaga jeans.

By سبتمبر 19, 2014

Cikla percaya rata-rata orang suka pakai seluar jeans kan? Tapi rasanya jeans ni lebih akrab dengan kaum lelaki. Betul tak? Kalau nak cakap pasal brand memang macam-macam ada di pasaran. Antara yang top Levis, Wrangler, Lee, dan lain-lain. Harganya pun kalau yang ori memang boleh tahan gak mahalnya. Tapi kan, memang sayang kan kalau kita beli seluar jeans mahal-mahal tapi tak tahu macam mana nak jaga dengan betul supaya boleh dipakai lama. So, kat sini cikla nak share beberapa tips untuk kita menjaga kualiti seluar jeans kita.

Tip macam mana nak jaga jeans.
Tips macam mana nak jaga jeans. Sumber Google.

  1. Sebelum kita cuci seluar jeans, terbalikkannya. 
  2. Kalau kita cuci seluar jeans guna washing machine, seeloknya jangan campurkan dengan pakaian yang lain. ia dapat kekalkan warna dan ciri jeans tersebut. 
  3. Guna air pada suhu biasa atau suam bila mencuci seluar jeans. elakkan guna air yang terlalu sejuk atau terlalu panas sebab ia akan halang kotoran dari tertanggal dan susah nak dibersihkan. 
  4. Lagi elok guna cucian tangan dan sabun yang sesuai bila mencuci seluar jeans.
  5. Kalau seluar jeans kita terkena air laut, guna air mendidih dan wapkan pada bahagian yang terkena air masin untuk pastikan kotoran yang melekat tertanggal. 
  6. Lepas mencuci, gantung seluar jeans pada tempat yang teduh dan jangan dedahkan terus pada pancaran sinaran matahari terik. 
  7. Jangan guna bahan kimia masa mencuci seluar jeans, macam clorox. guna je sabun biasa supaya warna seluar jeans tak mudah luntur.

Cikla harap tips kat atas bergunalah ye. Bukan apa, sayang kat duit dan seluar tu sendiri sebab beli mahal-mahal tapi cepat rosak dan tak boleh pakai lama.

Sumber tips kredit to Majalah Wanita/Keterampilan.

You Might Also Like

18 التعليقات

  1. hehe, xpernh tau pun ada tips klau nk jga kain jeans eh..timm mmg hentam je..xmmpu lgi nk beli branded jeans..haha!

    ردحذف
    الردود
    1. Sblm ni yg cikla pernah dgr kalau nk jeans tahan warnanya jgn masuk dlm washing machine dan jgn jemur directly kt cahaya matahari. Yg lain tu baru tau. Tu yg cikla nk share tu.. Sharing is caring.. Kan kan kan..

      حذف
  2. Ehehehe..ana bukan pemakai jeans. Dari dulu x suka seluar jeans. ^_^ btw thanks atas tip2 ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Hehe... Mana tau ana boleh share kat org lain. Sharing is caring...

      حذف
  3. terbaik...memang ada azie buat mcm nie..tapi ikut mood jugak..klu nak cepat belasah jer basuh...ahaks

    ردحذف
    الردود
    1. Tau xpe.... Kalau tiba time mls lagilah main cmpur je dlm washing machine kan kan.. Tul x?

      حذف
  4. Ok gak kan Cik La, tips berguna utk anak2 kak ana yg minat pakai jeans, kak ana Tag Cik La hari ni :)

    ردحذف
    الردود
    1. Tq Kak ana tag saya. Nanti ada masa saya jawab ye...

      حذف
  5. Ish baru tau ni... Sebelum ni belasah je basuh campur dgn baju-baju lain... Hehe

    Salam perkenalan :)

    ردحذف
    الردود
    1. Tau xpe... Cikla pn ada yg baru tau sstgh tips tu... Tu yg excited nk share tu... Hehe Slm kenal jugak... Happy holiday dear..

      حذف
  6. Cik G singgah :))

    ada jugak tip2 nak cuci sluar jeans ni hehe

    ~ http://zianaeunos.blogspot.com

    ردحذف
    الردود
    1. Tq sudi singgah... Nnti cikla singgah sana lak ye.. ^_^ salam kenal

      حذف
  7. Aii... dah lama tak pakai seluar jeans. Asyik pakai cargo pants je sbb kerja hardcore berat. Adeh.

    Shafrizal,
    http://serbaalah.blogspot.com/

    ردحذف
    الردود
    1. Hehe.... Btw tq sbb singgah sini.. Nanti ada masa kita singgah sana...

      حذف
  8. Assalamualaikum. Terima kasih kerana memberikan URL kpd Abe Kie di Kelab Blogger Ben Ashaari. Jadi Abe Kie dtg sini untuk follow blog awak. Jemput terjah blog Abe Kie bila ada masa.

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumsalam. Tq sbb singgah. Nanti ada masa kita singgah sana pulak...

      حذف
  9. CikLa, ana dah jawab Liebster Awards cikLa tau.

    http://annaputri20.blogspot.com/2014/09/liebster-awards-part-2.html

    ردحذف
    الردود
    1. OK... Nnti cikla baca... Tq ana sudi jwb.... Peace!

      حذف