'Santai Tapi Sampai'

27 March 2014

Redakan rasa mual.

Kalau kita terlalu kenyang atau tak tahan menghidu bauan yang keterlaluan, ini boleh membuatkan kita rasa mual, loya atau nak muntah. Ambillah beberapa makanan ini untuk mengurangkan rasa mual ini.

Redakan rasa mual.
Redakan rasa mual. Kredit Google. 

EPAL – terbukti dapat meredakan rasa mual yang cepat. Perut juga akan rasa lebih selesa, tak resah dan nyaman.

KACANG – rasa mual mungkin disebabkan kekurangan protein. Kunyahlah kacang almond atau kacang tanah sekadar untuk mengurangkan rasa mual.

BISKUT KRAKER – tepung yang ada dalam biskut kraker akan membantu menyerap asid dalam perut tapi pilihlah biskut tanpa perasa.

Semoga bermanfaat.

Yogurt Untuk CANTIK!

Emmm, oklah kali ni cikla nak share dengan uols pasal makanan yang boleh kita amik untuk kekal cantik dan sihat. 

Yogurt. 

Mesti ada sesetengah orang tak suka makan yogurt kan. Yelah, rasanya yang masam-masam manis sikit. Tapi, bagi cikla ni memang favourite cikla. Cikla jugak kadang-ladang amik yogurt ni sebagai makanan untuk diet. Hehe. 

Yogurt Untuk CANTIK!
Yogurt Untuk CANTIK! Gambar dari Google.

Oklah, sebenarnya yogurt ni memang banyak khasiatnya yang kita tak tau. Antaranya:- 

  1. Jadikan kulit lebih halus mulus – Caranya hanya sapukan seluruh muka dengan yogurt dua atau tiga kali seminggu. Biarkan 15 minit, then bilas dengan air suam. Nah, muka akan lebih berseri, cerah dan lembut.
  2. Mengatasi kulit terbakar  (sunburn) – Caranya campurkan yogurt dengan minyak pati bunga Chamomile, then gaul sebati dan sapu pada bahagian yang bermasalah. 
  3. Mengecilkan jerawat – Emm, ni masalah memang dah biasa kita dengar kan. Cara nak atasi jerawat dengan menggunakan yogurt adalah memula bersihkan muka, then sapu yogurt (nipis je) pada bahagian yang berjerawat. Biar 30 minit dan bilas bersih. Selain ia mengecutkan jerawat, yogurt juga membantu menipiskan parut pada wajah. 
  4. Menjadikan kulit lebih cerah sekata – Caranya adalah campuran yogurt dan pati lemon yang digaul sebati dan di sapu pada seluruh wajah dan leher. Buatlah tiga kali seminggu dan tengoklah hasilnya. Wow! 
  5. Rahsia awet muda – Caranya dengan menyapu ke muka campuran minyak zaitun dan yogurt yang mana ia dijadikan macam masker. Buatlah tiga kali seminggu tau. 
  6. Membuang sel kulit mati – Caranya, campuran timun yang diparut dengan yogurt disapu pada seluruh tubuh dan muka, biarkan dalam 15-20 minit, sambil tu gosok perlahan untuk menanggalkan sel kulit mati. Selepas tu, bilas muka, dan wah berserinya. 
  7. Jadikan rambut lebih sihat dan bersinar – Caranya, lumurkan yogurt pada rambut, then balut kepala dengan tuala dan biar selama 10-15 minit. Lepas tu bilas bersih.

So, macam mana? Macam senang je kan nak buat apa yang kat atas tu. Modalnya pun murah je. Ala, yogurt tu berapa sen sangat kat kalau nak dibandingkan dengan hasil yang akan kita  dapat nanti. 

Tak salah belanja sikit untuk cantik dan sihat. Lagipun bukan untuk orang lain pun, untuk diri kita gak kan.