Kita sering kali terlupa bahawa rezeki bukan sekadar wang ringgit, harta benda atau kemewahan duniawi. Rezeki yang paling indah adalah bila kita masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bangun dari tidur setiap pagi dan bernafas. Ini adalah anugerah yang tak ternilai dan perlu kita syukuri setiap hari.
Setiap nafas yang dihembus adalah tanda bahawa Allah masih memberi kita peluang untuk memperbaiki diri, menambah amal kebaikan dan membaiki hubungan dengan sesama manusia. Hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan. Kita tak tahu berapa lama lagi kita akan terus diberi peluang untuk melihat matahari terbit setiap pagi.
Dalam kesibukan mengejar impian duniawi, kita kadang-kadang terlupa untuk menghargai nikmat-nikmat kecil ini. Padahal, setiap detik yang diberikan kepada kita adalah rezeki yang paling berharga. Rezeki untuk terus menjalani kehidupan, memperbaiki kesilapan dan memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik-baiknya.
Jadi, marilah kita sentiasa bersyukur atas setiap nafas yang diizinkan olehNya. Mulakan hari dengan doa dan niat yang baik kerana setiap pagi adalah peluang baru yang dianugerahkan kepada kita.
Hargai setiap saat dan jangan sia-siakan kesempatan yang diberikan kerana tak semua orang bernasib baik untuk bangun dan menikmati hari yang baru. Setiap pagi adalah rezeki, dan rezeki ini adalah yang paling indah.
Terimakasih sharingnya kak. Pengingat sangat bagi saya utk selalu memperbaiki diri. Ajal maut tak ada yg tahu kan. Jgn sampai kita meninggal di saat tak baik
ReplyDelete