'santai tapi sampai'

Hormon tiroid adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid dan memainkan peranan penting dalam mengawal metabolisme, pertumbuhan dan p...

Hormon tiroid.

Hormon tiroid adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid dan memainkan peranan penting dalam mengawal metabolisme, pertumbuhan dan perkembangan badan manusia. Hormon utama yang dihasilkan ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3).  

Tugas hormon tiroid ialah mengawal suhu badan, mengawal cara badan menggunakan tenaga, mempengaruhi kadar denyutan jantung, pencernaan, fungsi otot, perkembangan otak dan maintenance tulang. Gangguan seperti hipotiroidism iaitu paras hormon rendah atau hipertiroidisme iaitu paras hormon yang berlebihan boleh memberi kesan yang ketara kepada kesihatan dan memerlukan perhatian perubatan.

Hormon tiroid.
Hormon tiroid. Image kredit fineart America

Panduan untuk membaca result darah TFT:

  • HYPERTIROID : TSH jadi lebih RENDAH manakala T4 jadi lebih TINGGI atau NORMAL berbanding range normal.
  • HYPOTIROID : TSH menjadi lebih TINGGI manakala T4 lebih rendah daripada range normal.
*TSH adalah thyroid-stimulating hormone yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari.

Kredit : Group Facebook Tiroid dan Anda Ori.

0 comments: