Risiko jika skip ubat tanpa arahan doktor untuk Hyporthyroid.

By Cikla Shahril - December 16, 2021

Jika ada rakan hypothyroid yang terlintas  untuk buat percubaan stop ubat sendiri tanpa pengawasan dari doktor, silakan. Silakan fikir sepuluh ribu juta kali. 

Sebenarnya korang membahayakan diri korang kalau tak ambil ubat atau saja-saja stop tanpa arahan doktor. 

Kalau korang seketul HYPOTHYROID sama ada disebabkan oleh Hashimoto, pembedahan tiroid atau hipotiroidisme kongenital, kalau gagal untuk mengambil  ubat tiroid iaitu, levothyroxine atau thyroxine atau lain-lain ubat penggantian hormon tiroid boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan korang.  

Risiko-risiko ini boleh termasuk yang berikut: 

1. Tekanan darah jadi tak menentu.
2. Suhu badan yang rendah, sentiasa berasa sejuk. 
3. Keletihan dan kemurungan. 
4. Mempunyai masalah memori atau brain fog. 
5. Kolesterol tinggi, rawatan tahap kolesterol tinggi.
6. Penambahan berat badan.
7. Ketidaksuburan, risiko keguguran , kematian pada kelahiran dan kelahiran pramatang. 
8. Datang haid yang tak menentu.
9. Kehilangan atau penurunan nafsu seks.
10. Kelemahan otot, sakit sendi atau otot.
11. Keguguran rambut.
12. Tangan bengkak, termasuk kaki dan muka.
13. Pertumbuhan nodul tiroid dan  meningkatkan saiz goiter. 
14. Peningkatan risiko penyakit jantung.
15. Peningkatan risiko jangkitan 
Myxedema, koma dan kematian.

Risiko jika skip ubat tanpa arahan doktor untuk Hyporthyroid.
Risiko jika skip ubat tanpa arahan doktor untuk Hyporthyroid. Kredit Google.

Apa itu Myxedema Coma? 

Keadaan yang teruk disebabkan oleh tahap hormon tiroid yang rendah di dalam darah (hypothyroidsm) ialah myxedema coma, iaitu kehilangan fungsi otak. 

Kalau korang nak tau, myxedema coma dikategorikan sebagai komplikasi yang boleh mengancam nyawa disebabkan oleh hypothyroidsm dan ia adalah lebih serius dari yang kita tahu tentang penyakit tiroid ini.

Apa yang boleh menyebabkan myxedema coma? 

Kebanyakan pesakit yang dapat myxedema coma ada sejarah hypothyroidsm, pembedahan tiroid atau mengambil radioaktif iodine (RAI) untuk tiroid. 

Namun, ia sangat jarang berlaku disebabkan oleh ketidakupayaan kelenjar tiroid mengeluarkan hormon tiroid. 

Tapi sebaliknya ia disebabkan oleh kegagalan kelenjar pituitary atau hypothalamus untuk memberi isyarat yang betul kepada kelenjar tiroid supaya melaksanakan tugasnya iaitu mengeluarkan hormon tiroid dengan betul. 

Dalam situasi ini, kelenjar tiroid dalam keadaan normal, tapi ia tidak menerima isyarat dari kelenjar pituitary atau hypothalamus bagi membuatkan Ia mampu menghasilkan hormon tiroid.

Apa pencetus (triggers) myxedema coma? 

Beberapa faktor mungkin tiba-tiba menjadi pencetus myxedema coma. Ia boleh berlaku kepada mereka yang tidak mengawal tahap hypothyroidsm. Ini termasuklah;

1. Pengambilan ubatan (drugs - terutamanya ubat sedatif, narcotics, anesthesia, lithium (Eskalith, Lithobid) dan amlodarone (Cordarone).
2. Jangkitan.
3. Stroke.
4. Trauma.
5. Kegagalan jantung.
6. Pendarahan gastrointestinal.
7. Hypothermia (suhu badan yang luar biasa rendah).
8. Gagal mengambil ubat tiroid seperti yang diarahkan.

Risiko jika skip ubat tanpa arahan doktor untuk Hyporthyroid.
Risiko jika skip ubat tanpa arahan doktor untuk Hyporthyroid. Kredit Google.

Apakah simptom-simptom myxedema coma?

1. Suhu badan akan jadi luar biasa rendah. Mungkin akan serendah 26.6 darjah C.
2. Gangguan mental yang teruk termasuklah berhalusinasi, disorientasi, sawan, dan akhirnya koma.
3. Pembengkakan di seluruh tubuh (edema) dengan mata juga bengkak dan lidah menjadi tebal.
4. Rambut kering, jarang dan kehilangan bulu kening.
5. Sukar untuk bernafas
6. Pengumpulan cecair di paru-paru dan jantung (pleural effusion and pericardial effussions).
6. Jantung mungkin perlahan (slow down) dan keupayaan mengepam darah merosot.
7. Saluran gastrointestinal tidak berfungsi dengan baik dan kadangkala ia menjadi lumpuh, oleh itu ia memerlukan pembedahan.
8. Kelainan dalam ujian darah adalah hasil daripada peningkatan cecair  dalam badan. Sebagai contoh, tahap sodium merudum disebabkan oleh pencairan, yang disebabkan oleh badan yang menyimpan air berlebihan.

Gangguan hormon tiroid yang ringan, boleh dikendalikan dibawah pengawasan Doktor. Manakala, myxedema coma pada umumnya dikendalikan oleh pakar tiroid (Endocrinologist) sebab rawatannya boleh jadi sangat rumit dan kritikal.

Bagaimana Myxedema coma boleh dicegah dari berlaku? 

Cara yang paling baik untuk menghalang keadaan ini  ialah dengan mencegahnya lebih awal. Individu dengan hypothyroidsm sepatutnya membuat rutin rawatan dan ujian darah untuk pastikan dos pil penggantian hormon tiroid adalah sesuai.

Sekiranya mempunyai simptom-simptm yang membimbangkan, tapi belum didiagnos sebagai pengidap hypothyroidsm, mereka sepatutnya segera ke hospital untuk menguji hormon tiroid mereka.

Kredit grup fb Tiroid dan Anda Ori 

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Uihhhh banyak kesan buruknya. Semoga peskit tiriod tak culas makan ubat

    ReplyDelete