Persediaan ke hospital untuk pembedahan kelenjar tiroid.

By Cikla Shahril - November 12, 2021

Dulu masa cikla kena admit wad untuk opret tiroid, memang pengalaman pertama. Sebelum ni kalau admit pun untuk bersalin je, kali ni lain kisah dia. 

So, macam blur gak la apa nak bawa. Entri kali ni cikla nak share keperluan yang korang perlu bawa masa korang admit wad kelak. 

Persediaan ke hospital untuk pembedahan kelenjar tiroid.
Persediaan ke hospital untuk pembedahan kelenjar tiroid. Gambar kredit Google.

  • Bawa satu persalinan pakaian untuk balik. 
  • Berus gigi, ubat gigi, sabun, bedak dan yang sewaktu dengannya. Set-set skincare macam toner, serum, mosturizer, sunscreen tinggallah kat rumah. 
  • Kipas kecik pun boleh bawak.
  • Tisu kotak bawaklah sekotak dua. Lepas operate akan batuk dan berkahak.
  • Datang hospital pakailah kasut yang selesa. Jangan lupa bawak selipar Jepun (buatan China, beli di Malaysia haha) untuk ulang alik ke bilik air. Jangan pakai terompah. Bising.  Kih kih kih. 
  • Telekung dan sejadah.
  • Kain batik/kain pelekat, tuala mandi
  • Bekas simpan makanan dan minuman. Kadang-kadang tak nak makan lagi. Boleh simpan dalam bekas. 
  • Sudu dan mug/cawan plastik. Kalau nak bawak flask air pun boleh. 
  • Photostat ic (ic jangan lupa bawa) 
  • GL. Jangan lupa GL kalau penjawat awam. Kalau first class kosong, boleh minta first class. Bayar sikit je kalau gred bawah 44. RM15 semalaman. Nanti sediakan duit yang cukup kalau duk first class. Kalau gred 48, percuma.
  • Ubatan yang diambil jika ada penyakit lain. 
  • Kad alergic ubat atau bagitau doktor jika ada alergic dengan sebarang ubat. 
  • Baju sejuk kalau dok ward yang ada aircond.
  • Air mineral botol kecik dan straw. 

Persediaan ke hospital untuk pembedahan kelenjar tiroid.
Persediaan ke hospital untuk pembedahan kelenjar tiroid. Gambar kredit Google.

  • Susu Anlene kotak jika operate Total. Susu Ensure pun bagus. Minum selepas operation dan sepanjang ada di ward untuk bantu tahap kalsium agar tak drop.  Selagi tak ok tahap kalsium, selagi itulah jadi penunggu ward. Jika operate buang sebelah, bawaklah susu jenama apa pun. Tak ada masalah. Tak bawak susu pun tak apa. Sebab tak ada ganggu tahap kalsium jika buang sebelah. 
  • Makanan ringan lain tak perlu sangat bawak sebab hari ni masuk ward. Esok nak operate, malam dah puasa. Lepas operation makan bubur jer.
  • Pesanlah pada waris yang mana nak datang melawat tu. Jangan bawak makanan. Nanti penuh pulak almari kecik kat ward tu jadi pasar mini. Bukan boleh makan pun. Ambil bubur jer sehari dua. Kalau selit 'RM RM' ok jugak. Haha. 
  • Minyak angin. Yang jenis bila nak tido jer kena sapu minyak angin tu, bawaklah. Kalau boleh, janganlah bawak yang berbau kuat sangat. Atau sapulah sikit-sikit saja agar tak ganggu pernafasan pesakit lain. Nak mudah guna minyak urut moden MMG je. Wangi pun wangi.  Hihi. 
  • Bantal busyuk, kalau ada bawaklah sekali. Karang tak tenang pulak nak tido,  hihi. Bagi pakai sarung bantal elok sikit. Malu kat orang. Siap ada peta takut tak jumpa jalan balik.  Kihkihkih. 
  • Kalau bawak talipon, bawaklah power bank sekali. Janganlah cas telefon dalam ward jika duduk ward kelas 3. Gunalah telefon tu untuk baca Yassin ke, mengaji ke. Kemudahan dah ada. Kawal nada dering fon. Kalau boleh mute/bisukan. 
  • Jika kena giliran awal untuk operate, malam tu, serahkan dompet, telefon dan power bank kepada waris. Sebab kita akan tinggalkan katil untuk beberapa jam. Pernah berlaku kecurian di mana pelawat mengambil (curi) telefon milik pesakit yang ditinggalkan di bawah bantal. 
  • Barang kemas seperti cincin, rantai, subang semua bukak siap-siap. Tinggalkan di rumah. Kena keluarkan gigi palsu sebelum operation. Rambut palsu pun kena bukak jugak. Hihi. 
  • Kalau agak-agak macam nak datang bulan, beli siap-siap pad yang bergelung. Macam yang digunakan oleh mereka yang lepas bersalin. Boleh beli di farmasi. Tujuan? Tujuan gunakan pad bergelung supaya boleh ikat dengan tali pada pinggang. Masa operation, tak boleh pakai seluar dan baju dalam. Mengapa tak boleh pakai semua tu? Sebab, untuk elakkan kuman. Kita bukan dibasmi kuman pun. Oh ye, boleh guna seluar dalam pakai buang jika gunakan pad biasa. Sekarang susah nak jumpa pad bergelung. 
  • Yang mana ada bulu ketiak lebat. Silalah cukur ye. Sama mcm kes seluar dan baju dalam tadi. Sebab, elakkan kuman. Sama jugak macam bulu kemaluanlah yer. Untuk operation yang lebih lama. Kena pasang tiub kencing.
  • Bangun awal untuk mandi. Solat subuh dan berdoalah.

Sekian, moga bermanfaat.

Kredit : Grup fb Tiroid dan Anda (ORI). 

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments