Roti telur cheese paling senang di dunia.

Cikla nak share resepi paling senang di dunia. Hihi. Kebetulan ada lebihan cheese ritu, teringin plak nak makan roti telur cheese. Cikla buat ni yang paling senang gilalah. Nak kata malas lagi, memang kena seligi jap lagi. Senang je nak buat, guna 3 bahan je. Ada roti, cheese dengan telur, dah boleh buat dah.

Roti telur cheese paling senang di dunia.
Roti telur cheese paling senang di dunia. 

Cara :
  1. Pecah telur dalam bekas yang sesuai, letak la garam sikit ke (tak letak pun takpe sebab cheese dah masin kan. Pastu korang nak tabur black pepper ke apa ke suka hati korang la. Pukul telur tu dengan penuh kasih sayang. 
  2. Panaskan kuali leper. Takde kuali rope gitu, kuali biasa pun takpe. Letak sikit minyak zaitun. Minyak biasa pun ok. Biar panas sekejap.
  3. Ambil 2 keping roti, letak cheese lepas tu celup ke, golek golek ke, guling guling ke roti tu kat dalam telur tadi.
  4. Pastu, masukkan dalam kuali tadi. Balik balik kan sampai warna dia cun kekuningan. Kalau korang suka garing, biarkan lama sikit. Tapi, janganlah sampai rentung pulak.

Roti telur cheese paling senang di dunia.
Roti telur cheese paling senang di dunia. 

Dah siap! Angkat. Sedap di makan begitu saja satu cicah dengan sos kegemaran. Yang satu tu cikla letak extra cheese. Tu yang meleleh tu. Yummy. 

3 comments:

  1. Memang senang bangat tu!! Bolehlah cuba nanti..

    ReplyDelete
  2. perghh cheese dia tu meleleh. Nampak sangat sedap ๐Ÿ˜‹. Boleh cuba ni

    ReplyDelete
  3. Selalu buat roti telor je belum pernah letak cheese.
    Lain kali boleh cuba

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews