Jejari roti viral, senang sangat nak buat.

By Cikla Shahril - December 31, 2018

Bila ibu memasak makanan yang disukai oleh anak-anak, memang berbunga-bunga je hati kan bila tengok diaorang makan. Bertalu-talu makanan diambil dari pinggan, terus masuk mulut. Habis, ambil lagi. Siap berebut-berebut. Semalam, di kampung cikla try buat satu lagi resepi viral katanya. Jejari roti viral. Memang senang sangat nak buat. Senang gila. Jom tengok bahan dan cara nak buatnya. Jom!

Bahan-bahannya :

Roti gardinea atau wholemeal (any brand). 
Tepung KFC (any brand).
Sedikit air dan minyak untuk menggoreng.

Cara :
  1. Roti dibuang bahagian tepi dan potong panjang-panjang. Ketepikan.
  2. Selepas itu, dam bekas atau mangkuk yang sesuai bancuh tepung KFC dengan sedikit air. Korang agak-agaklah ye. Jangan cair sangat, jangan pekat sangat. Just nice bak kata orang putih. Dalam pinggan berasingan, letak tepung KFC kering. 
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian, celupkan roti yang dipotong tadi ke dalam tepung KFC yang telah dicairkan, selepas itu golek-golekkan atas tepung KFC kering.
  4. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak. Sedia dinikmati.

Taraaa, inilah hasilnya.

Jejari roti viral, senang sangat nak buat.
Jejari roti viral, senang sangat nak buat. 

Jejari roti viral, senang sangat nak buat.
Jejari roti viral, senang sangat nak buat. 

Jejari roti viral, senang sangat nak buat.
Jejari roti viral, senang sangat nak buat. 

Memang sedap jejari roti ni. Korang cicahlah dengan sos. Lagi mabelesss. Budak-budak pun suka makan. Kalah orang menggoreng. Mana taknya, elok angkat je, licin. Haha. Elok juga. Roti pun menu mengenyangkan kan. Nak tau sedap ke idok kenalah try sendiri ya. Ateee, cubalah nanti!

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. lapar pula pagi2 ni. hehe

    ReplyDelete
  2. Tak pernah rasa so mcm curious rasa dia.. Macam keropok lekor pon ada macam pisang goreng pon ada haha.

    ReplyDelete
  3. wah. aida ada jer tu baki roti skit.
    ada jugak tepung goreng ayam bestari.
    kena tak ekk? mcm menarik, cikla...

    ReplyDelete