Konflik cinta tiga segi : Jom tonton drama terbaru slot Akasia TV3, Seribu rindu.

By Cikla Shahril - November 16, 2018

Drama Villa Ghazara dah habis dah. Endingnya cikla tak dan tengok pun. Tapi, rasanya happy ending lah kan. Haris kawin dengan Yana. Habis cerita. Hehe. So, cerita baru dah ditayangkan pun. Rasanya macam dah lama kan tak tengok hero Malaya, siapa lagi kalau bukan Zul Ariffin berlakon drama kan. Ke, cikla yang tak perasan, haha. Last cikla tengok dia berlaku drama rindu awk 200% dengan Ayda Jebat. Drama ni dah mula ditayangkan sejak minggu lepas lagi. Tapi, cikla takde tengok sangat episod awal drama ni.

Bila baca sinopsis drama ni agak menarik juga walaupun jalan cerita mungkin lebih kurang sama dengan drama-drama sebelum ni. Kisah konflik cinta, persahabatan, perebutan harta dan kuasa menjadi plot penting kebanyakan drama slot ni. Tapi, bagi cikla dalam setiap drama pasti ada tarikannya yang tersendiri bukan semata-mata para pelakonnya.

Untuk pengetahuan peminat slot Akasia, drama 28 episod dibintangi oleh barisan pelakon yang mantap-mantap belaka seperti Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Mona Allen, Ku Fridah, Fadlan Fadzil, Julia Farhana Marin, Harris Baba, Ainul Aishah dan ramai lagi.

Sinopsis:

Seribu rindu mengisahkan tentang cinta 3 segi antara Irfan lakonan Zul Ariffin, Maisarah lakonan Azira Shafinaz dan Dr. Ariel lakonan Fadlan Fadzil. Irfan dan Maisarah adalah teman rapat sejak kecil lagi. Bila dewasa, Irfan yang merupakan seorang chef sebenarnya sudah lama menyimpan perasaan suka terhadap Maisarah. Perasaan ini tersimpan lama sejak mereka berdua masih kecil lagi kerana Irfan sering berulang alik ke rumah Tok Ma iaitu nenek Maisarah kerana belajar memasak. 

Konflik cinta tiga segi : jom tonton drama terbaru slot Akasia TV3, Seribu rindu.
Konflik cinta tiga segi : jom tonton drama terbaru slot Akasia TV3, Seribu rindu. Zul Ariffin sebagai Irfan. Kredit Google. 

Akan tetapi, Maisarah pula menjalinkan hubungan cinta dengan teman seuniversitinya iaitu Airel. Akan tetapi, cinta mereka ditentang oleh Datuk Muiz iaitu bapa Airel kerana perbezaan darjat antara mereka. Selain itu, bapa Airel juga mahu menjodohkan Airel dengan Damia, anak rakan perniagaannya.

Kecewa dengan hal itu, Maisarah membawa diri dan pulang kampung halamannya. Maisarah merasakan dirinya dipermainkan oleh Airel, dan Airel pula mempersoalkan tindakan bapanya yang langsung tidak berbincang dulu dengannya mengenai hal itu. Begitu juga dengan Damia yang tidak setuju dengan tindakan bapanya, Datuk Sri Johari kerana dia mahu mencari calon suami yang sama dalam bidang kerjayanya.

Konflik cinta tiga segi : jom tonton drama terbaru slot Akasia TV3, Seribu rindu.
Konflik cinta tiga segi : jom tonton drama terbaru slot Akasia TV3, Seribu rindu. Azira Shafinaz sebagai Maisarah. Kredit Google. 

Maka, perpisahan Airel dan Maisarah adalah kerana desakan ibu Airel dan dalam terpaksa Maisarah terpaksa pula menerima Irfan dalam hidupnya dan belajar mencintai lelaki itu. Apakah kemuncak kepada konflik ini? Dapatkan Maisarah melupakan Airel dan menerima Irfan dalam hidupnya. Siapakah cinta sejati Maisarah? 

Kalau nak tau, kenalah tengok drama ni kan. Betul tak? So, jangan lupa duduk depan TV korang tu setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam. Tengok, tengok juga. Tapi solat Maghrib jangan lupa tau!

Kredit ruangan HIBURAN@sinar.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Ada tgk sikit2 tpi msh awal, belum terjebak 😊

    ReplyDelete
  2. Aien tengok tiap kali balik rumah MIL je. haha nak tunggu part best je...

    ReplyDelete
  3. Ala.. tak minat zul ariffin.. huhuhu

    ReplyDelete