Advertisement

Umbut kelapa masak gulai lemak cili api resepi mak. Wow pedas menyengat! 

UMBUT KELAPA MASAK GULAI LEMAK CILI API RESEPI MAK. WOW PEDAS MENYENGAT! Cikla agak, penggemar masakan kampung mesti tahu dan suka tentang menu ni kan, menu umbut kelapa. Umbut kelapa? Apa benda pulak tu umbut kelapa ye. Untuk pengetahuan korang, umbut kelapa adalah pangkal pucuk kelapa yang belum berkembang di puncak pokok. Biasanya orang kalau tebang pokok kelapa, memang inilah yang mereka cari-cari. Rasanya umbut batang pisang pun orang makan juga kan. Tapi, cikla tak pernah rasa pula! 

Macam mana cikla dapat umbut kelapa ni eh? Sebenarnya, nak dijadikan cerita kebetulan abang ipar cikla tebang pokok kelapa dekat depan rumah ni ha. Of course tebang pakai mesin maa. Ingat Badang je boleh main tolak-tolak je pokok kelapa tinggi menyaup tu. Haha. Kuat nauuu! 

So, rezeki nak merasa gulai umbut kelapa kan. Sejujurnya ini pertama kali cikla makan. Dan, memang sedap wehhh. Tapi, yang ni mak cikla yang masak. Tu yang jadi makin sedap tu, air tangan maklah katakan. Hehe! Jom check resepinya.

Umbut kelapa masak gulai lemak cili api resepi mak. Wow pedas menyengat! 

Umbut kelapa masak gulai lemak cili api resepi mak. Wow pedas menyengat! 
Umbut kelapa masak gulai lemak cili api resepi mak. Wow pedas menyengat! 

Bahan-bahannya :
Umbut kelapa (potong ikut saiz yang disukai dan dibersihkan). 
1 labu bawang merah (ditumbuk). 
2-3 ulas bawang putih (ditumbuk). 
1/2 inci halia (ditumbuk). 
8-10 biji cili api (ditumbuk). 
Sedikit ikan bilis atau udang kering (ditumbuk). 
Sedikit belacan (ditumbuk). 
1 kotak santan. 
Serbuk kunyit, garam. 

Cara nak masak :
Umbut dicelur dahulu sehingga lembut dan buang airnya. Selepas itu, letakkan semula dalam periuk dan tambahkan santan, bahan ditumbuk dan sedikit serbuk kunyit. Paling sedap guna pati santan, biar pekat sikit kuahnya. Bila dah mendidih, tambahkan garam dan serbuk perasa jika perlu. Untuk hiasan, letak cili merah di belah dua. Siap! 

Umbut kelapa masak gulai lemak cili api resepi mak. Wow pedas menyengat! 
Umbut kelapa masak gulai lemak cili api resepi mak. Wow pedas menyengat! 

Umbut kelapa masak gulai lemak cili api resepi mak. Wow pedas menyengat! 
Umbut kelapa masak gulai lemak cili api resepi mak. Wow pedas menyengat! 

So, inilah hasilnya. Memang sedap gulai umbut ni. Rasa manis, lembut, pedas, lemak. Semua ada! Makan dengan nasi panas, lawan pulak dengan ikan masin sambal belacan.. Perghhh. Terangkat! Tak sedar bertambah-tambah makan. Kalau cikla, ratah gitu je. Wow! 

Selamat mencuba! 

Post a Comment

20 Comments

  1. Sedapnya...ya Allah..bila tengok perkongsian CikLa ni..terasa nak makan...
    Umbut kelapa makan macam tu je pun nikmatkan...tapi kalau yang tak tahan cirit birit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikla pun first time makan ni. Memang sedap. Manis!

      Delete
  2. sedapnya..kalau belah trganu dicampur dengan gulai kawah kalau knduri..

    jemput ke blog saya..:) https://www.ohlawa.com/tips/cara-hilangkan-migrain-atau-sakit-kepala-ketika-mengandung/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, kalau lauk kenduri mesti lagi sedap...

      Delete
  3. Ni sup campur bwg putih dan ikan bilis je pun sedap. Yg umbut pisang tu masak dengan ayam tua campur serbuk kari sikit. Mabeles!😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, boleh try nanti. Tapi nak dpt umbut nya selalu mmg susah. Umbut pisang tak pernah rasa lg.

      Delete
  4. fav saya ni kakla! Nanti nak try masak lah. Thanks for the recipe :D

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Cikla pun first time mkn. Ratah mcm tu je, wow mmg best.

      Delete
  6. emm..sdp nih, nak kena tunggu org tebang pokok kelapa baru dpt makan umbut ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Nk dpt umbut tu bkn senang kan.. Masaknya tak susah mana pun.. Hehe

      Delete
  7. wah. aida x pernah makan masak lemak gini, cikla.
    makan umbut kelapa tu gitu ajer.
    umbut pisang yes, pernah masak kari.
    sodap nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. umbut pisang cikla tak pernah makan lagi

      Delete
  8. Biasanya kalau memasak rebung buluh memang perlu direbus dahulu dan buang airnya kerana air rebusan rebung berasa pahit. Sebaliknya UMBUT, dimakan mentah pun terasa lemak dan manis, adakah memang perlu direbus dan buang air dahulu?

    ReplyDelete