26 August 2018

Biskut batik tanpa telur dan butter yang senang gila nak buat dan sedap sangat!

Biskut batik tanpa telur dan butter yang senang gila nak buat dan sedap sangat! | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa biskut batik ni ada banyak versi kot. Macam-macam resepi biskut batik ni. Tapi, kali ni cikla nak share biskut batik tanpa telur dan guna marjerin sebagai pengganti butter. Maklumlah, harga butter agak mahal dari marjerin. So, guna bolehlah guna marjerin kalau takde budget lebih kan.

Sumber resepi dari adik cikla. Thanks Makde share resepi.

Biskut batik tanpa telur dan butter yang senang gila nak buat dan sedap sangat!

Bahan-bahannya : 

1 peket biskut Marie (patahkan kepada 4 bahagian).
1 mangkuk kecil marjerin (kalau letak butter, 1 ketul butter)
1/2 cawan gula aising (kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan). 
1 cawan serbuk koko. 
1 peket kecil milo. 
1 tin susu pekat manis.

Cara nak buat :
  1. Mula-mula masukkan marjerin dan gula aising ke dalam mixer. Putar sampai kembang. 
  2. Setelah kembang, masukkan susu pekat manis dan putar sehingga rata. Kemudian, dengan kelajuan sederhana, masukkan serbuk koko dan milo. Putar sampai sebati. 
  3. Dengan menggunakan kuali yang sesuai, panaskan di atas dapur. Masukkan adunan tadi ke dalam kuali, dan kacau adunan sampai wujud gelembung-gelembung di atasnya. Guna api sederhana besar untuk elakkan adunan hangus.
  4. Selepas itu, masukkan biskut Marie dan kacau rata. Dah rata, padamkan api. 
  5. Kemudian, sapukan loyang dengan marjerin dan masukkan biskut Marie yang telah digaul dengan adunan coklat tadi ke dalam loyang. 
  6. Ratakan dan tekan-tekan biskut supaya jadi padat dalam loyang. Selepas itu, biarkan sekejap pada suhu bilik bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. 
  7. Bila dah keras, bolehlah dipotong. Sedia dinikmati.

Inilah hasilnya! Memang sedap dan rasa coklat memang pekat. Tak puas makan sekeping. Habis sekeping, nak lagi. 

Haha! 

Biskut batik tanpa telur dan butter yang senang gila nak buat dan sedap sangat!
Biskut batik tanpa telur dan butter yang senang gila nak buat dan sedap sangat! 

Biskut batik tanpa telur dan butter yang senang gila nak buat dan sedap sangat!
Biskut batik tanpa telur dan butter yang senang gila nak buat dan sedap sangat! 

Biskut batik tanpa telur dan butter yang senang gila nak buat dan sedap sangat!
Biskut batik tanpa telur dan butter yang senang gila nak buat dan sedap sangat! 

Kalau korang tak nak guna milo, korang boleh juga guna choco malt atau apa-apa yang seakan milo.

Selamat mencuba!

6 comments:

  1. Oh..kena pakai mixer pulok.selalu ak tgk xyah guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ko nk pukul secara manual pun boleh jugak. Takyah guna mixer.

      Delete
  2. haritu ada buat tapi tak jadi hahaha

    ReplyDelete
  3. Yummmmy. Rasa nak buat lagi. ��

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.