Katakan tidak pada rambut gugur dengan 6 petua ini.

By Cikla Shahril - May 08, 2018

Bagi seorang wanita, mengalami masalah rambut gugur adalah satu hal yang amat merisaukan hati. Biasalah kan, orang cakap rambut adalah mahkota wanita, dan apa yang ditakuti kalau masalah ini tak dirawat dengan sewajarnya mungkin mereka akan menjadi botak. Eee, tak nak lah jadi sampai macam tu sekali kan. 

Macam cikla, sebelum didiagnosis dengan penyakit tiroid memang cikla mengalami masalah rambut gugur jugak. Lagipun, rambut gugur adalah salah satu simptom kepada masalah hormon tiroid jugak. 

Tapi, takdelah teruk sangat. Masih terkawal lagi. Terkawal-terkawal jugak, kadang-kadang risau jugaklah setiap kali sikap rambut mesti banyak rambut yang melekat pada sikit. Aduh, memang tak boleh dibiarkan ni. Lama-lama boleh botak ni. Arghhhh, tak nak lah!

Korang nak tau tak apa puncanya rambut gugur ni? Sebenarnya, masalah ini bermula dengan keadaan kulit kepala korang yang berminyak. So, bila kulit kepala berminyak inilah punca munculnya cik kelemumur. Kelemumur inilah menjadi penyebab utama masalah rambut gugur tu. 

Katakan tidak pada rambut gugur dengan 6 petua ini.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Orang cakap nak atasi masalah rambut ni, cari shampoo yang sesuai dengan kulit kepala dan rambut kita. Ye, betullah tu. Tapi, selain dari penggunaan shampoo, korang jugak boleh praktikkan beberapa tip atau petua yang mungkin dapat membantu dalam mengatasi masalah ini. 

So, jom baca perkongsian menarik mengenai masalah ini yang cikla baca di Ruangan Gen.Y sisipan akhbar Harian Metro. Jom baca.

Jangan ikat rambut!

Kalau korang nak tidur, jangan ikat rambut. Kalau yang ni memang cikla buatlah. Biarkan je rambut mayang mengurai korang tu lepas bebas. Dengan cara menarik rambut ke tepi leher, ia dikatakan dapat mengelakkan rambut daripada gugur dengan banyak. Rambut pun tak kusut bila korang bangun tidur pada keesokan harinya di samping kepala korang bebas dari tekanan.

Hentikan tabiat suka mewarnakan rambut.

Bagi mereka yang suka mewarnakan rambut, cikla nasihatkan better korang hentikanlah tabiat dan kesukaan korang tu, sebab kita tau kandungan yang ada dalam pewarna rambut biasanya terdiri dari bahan kimia yang boleh merosakkan tekstur rambut. 

Apa yang dirisaukan adalah, bahan kimia tadi boleh menyerah dan meresal ke dalam setiap helaian rambut sehingga lah ke akarnya. Korang tau tak yang tabiat mewarnakan rambut boleh menyebabkan rambut cepat beruban. Siapa aje yang nak jadi tua sebelum waktunya. Betul tak? 

Kalau ikat rambut jangan kuat sangat.

Bagi mereka yang suka mengikut rambut tak kiralah ikat ekor kuda, ikat siput nenek-nenek atau ikat tocang, korang jangan ikat kuat sangat. Sampai perit kulit kepala sebab ikat kuat sangat, huhu. 

Seeloknya korang gunalah getah yang lembut dan jarakkan ikatan daripada akar rambut supaya rambut tak gugur. Kalau korang nak tau, ikatan yang terlalu kuat akan menyebabkan akar rambut menjadi lemah seterusnya rambut akan selalu gugur. 

Katakan tidak pada rambut gugur dengan 6 petua ini.
Katakan tidak pada rambut gugur dengan 6 petua ini. Sumber Google. 

Bersikat menggunakan sikat bergigi jarang.

Penggunaan sikat yang bergigi jarang akan dapat mengelakkan rambut dari gugur sebab biasanya masa kita sikat rambut ia akan menarik rambut sepenuhnya dan tak stuck di bahagian tengah. So, kalau korang guna sikat bergigi rapat, rambut korang yang kusut itu akan menyebabkan akar rambut menegang dan rambut akan gugur. 

Elakkan dari menyikat rambut semasa basah.

Korang kena elakkan ini kalau tak nak rambut korang gugur. Pastikan korang keringkan rambut korang sebelum korang menyikat rambut korang. Kalau korang still menyikat rambut semasa rambut basah, ini akan membuatkan rambut lebih banyak gugur sebab pori kulit kepala terbuka dan lembut.

Elakkan dari menggunakan pengering rambut.

Haba yang terhasil dari pengering rambut akan membuatkan akar rambut menjadi lemah dan boleh mematahkan rambut. Apa yang terbaik, biarkan rambut korang tu kering sendiri dengan menggunakan udara semulajadi. 

Jom cuba sendiri kalau nak tau hasilnya jadi ke tak.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Gut info cikla.. rambut lea skrg ni gugur teruk...

    ReplyDelete
  2. terima kasih for the infos cikla !

    ReplyDelete
  3. tq cik la atas prkongsian. sikat ketika rambut basah tu mmg betul..

    ReplyDelete