7 fakta mengenai Linda Onn yang mungkin korang tak tahu.

By Cikla Shahril - March 06, 2018

Linda Onn, rasanya semua orang kenal kot. Nama sebenar Linda Onn adalah Rozlinda Onn merupakan bekas penyampai radio Era FM, Sinar FM dan Suria FM. Kalau korang nak tau, dia memulakan kerjayanya ini dari tahun 2000 dan sekarang ni pun dia masih aktif lagi. 

Wah, dah 18 tahun tu. Lama kan. Cayalah! Selain itu, dia juga aktif sebagai pengacara program tv dan rancangan hiburan.

Jom baca 7 fakta mengenai Linda Onn yang mungkin korang tak tahu. Seriously, memang ada beberapa fakta yang memang cikla baru tahu.

7 fakta mengenai Linda Onn yang mungkin korang tak tahu.
7 fakta mengenai Linda Onn yang mungkin korang tak tahu. Sumber SINI 

  1. Pernah melibatkan diri dalam bidang nyanyian iaitu berduet dengan KRU, Ruffedge, dan kolaborasi bersama penyampai radio Era (Nana, Nila Kurnia dan Fara Fauzana). 
  2. Pernah dinobatkan sebagai Penyampai Radio Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular selama 6 tahun berturut-turut iaitu dari tahun 2001 hingga 2006.
  3. Pernah melibatkan diri dalam bidang lakonan dengan membintangi 4 buah filem iaitu Soal Hati (2000), Soalnya Siapa (2002), Gila Bola (2003), dan Biar Betul (2004), termasuklah 2 buah drama (Datin Diaries dan Dilema Wanita). 
  4. Hobi menunggang motosikal berkuasa besar. 
  5. Memiliki restoran My Mum Chicken Rice dan My Asam Pedas yang mempunyai beberapa cawangan di lembah Klang. 
  6. Telah berkahwin dengan Ungku Azhar Muhammad Maznan pada Disember 2013.
  7. Baru je menimang cahaya mata pertama pada 24 Januari 2018 lepas.

Seriuosly, cikla memang baru tau yang Linda Onn ni dah kahwin. By the way, tahniah sebab baru dapat baby kan. Alhamdullillah.

Kredit Trivia Selebriti, Sinar Harian.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. aida tau lama dah dia da kawin.
    masa tu kan jadik isu, wartawan merajuk.
    aida tgk la lePaknil. linda inform, pihak asben yg tak nak show off wedding.
    so linda ikot kan ajer. asben dia low profile. tak minat glamer.
    and yes. akhirnya da ada baby. alhamdulillah.
    minat linda di radio. dari memula dulu aida start dgr radio, suka dgr dia dan halim othman :)

    ReplyDelete