Advertisment

Apakah kesan detoksifikasi pada badan kita?

Assalamualaikum, hai semua.

Korang tau tak apakah itu detoksifikasi? Sebenarnya, proses detoksifikasi adalah satu proses di mana toksin dibuang dan disingkirkan dari badan kita. Ia proses yang penting sebab semua toksin yang berkumpul dalam badan akan memberi kemudaratan. Macam mana toksin boleh terkumpul dalam badan kita ye?

Ada banyak sebab sebenarnya. Antaranya, pencemaran alam sekitar, asap rokok, makanan yang tercemar, stress, ubat preskripsi dan sebagainya. So, ada sesetengah orang suka berdiet melalui proses detoksifikasi iaitu dengan cara menyingkirkan toksin dari badan. Kalau korang nak tau, badan akan menyingkirkan toksin dan memproses toksin tersebut melalui hati, buah panggang dan usus besar sebelum ia dikeluarkan dalam bentuk peluh, najis dan air kencing. Memang bagus detoksifikasi ni dan banyak kelebihannya. Nak tau? Jom baca sampai habis...

Apakah kesan detoksifikasi pada badan kita?
Apakah kesan detoksifikasi pada badan kita? Sumber Google. 

Detoksifikasi akan menjadikan badan kita lebih bertenaga sebab kita akan menyingkirkan bahan yang menyebabkan kita memerlukan detoksifikasi pada mulanya. Bila pengambilan gula, kafein dan lemak dikurangkan, dan kita ganti pulak dengan buahan serta sayuran, so tenaga semulajadi akan dirangsang. Selain itu, bahan yang 'tak diperlukan' oleh badan dapat disingkirkan.

Dengan proses detoksifikasi jugak dapat membantu mengurangkan berat badan dalam jangka masa yang singkat. Ia juga turut mewujudkan tabiat pemakanan yang baik dalam tempoh jangka masa panjang. Tapi, dalam masa yang sama korang kena jugak menggantikan makanan yang tak sihat itu dengan makanan yang sihat serta jangan lupa bersenam.

Di samping itu, proses detoksifikasi boleh menguatkan sistem imun sebab zat dapat diserap dengan lebih baik lagi. Detoksifikasi jugak boleh membantu memperbaiki kulit melalui penyingkiran toksin dalam bentuk peluh. Kalau korang rajin, pergi ahe bersauna. Hihi. Untuk pengetahuan korang, proses ini jugak boleh menjadikan nafas lebih segar kerana sistem pencernaan berfungsi dengan baik dihebahkan toksin yang tersingkir melalui pembersihan usus besar.

Proses detoksifikasi jugak boleh membantu kita mengubah corak dan tabiat pemakanan kita menjadi lebih baik sebab ia berusaha untuk mengelak dari mengambil makanan bergoreng, berlemak, gula tinggi dan berkafein. Hasilnya, badan akan menjadi lebih ringan.

Semoga bermanfaat. Selamat berdetok ye! 

Sumber Ruangan Kelab Diet.

Post a Comment

0 Comments