Advertisment

Oh manjakani!

Assalamualaikum, hai korang. 

Cikla percaya ibu-ibu terutamanya ibu yang melahirkan anak mesti tau apa dia manjakani kan? Apa yang cikla tau, sejak zaman nenek moyang kita lagi, buah manjakani memang digunakan untuk memulihkan malah merawat masalah dalaman wanita. Boleh dikatakan herba ni hebatlah untuk mengembalikan 'kecantikan' dalaman wanita. Oklah, sebenarnya ada beberapa cara yang kita boleh buat dengan menggunakan herba hebat ini. Meh cikla bagitau.

Rebus 10 biji buah manjakani. Biarkan sehingga mendidih kemudian biarkan ia suam dan simpan dalam botol khas. Setiap kali mencuci vagina, gunalah air rebusan ini. Kelebihannya adalah ia dapat menghilangkan bau dan merawat masalah keputihan. Sebaiknya gunakan air rebusan ini tiga hari sahaja. Selepas itu buatlah air rebusan yang baru supaya khasiatnya terjamin.

Jadikan buah manjakani sebagai ulam. Caranya, ambil sebiji buah manjakani, masukkan dalam nasi yang sedang mendidih. Bila nasi kering, ambil buah itu dan potong kecil-kecil dan makan bersama nasi panas. Untuk pengetahuan, buah manjakani sangat pahit. Caranya, kepalkan nasi bersamanya dan kunyah perlahan-lahan.

Oh manjakani!
Oh manjakani! Image credited to google.

Untuk awet muda, rebus 2-3 biji buah manjakani dan biar sampai mendidih. Bila dah suam, minum cukup sekadar 1/2 cawan sahaja setiap pagi. Ia dapat memberikan tenaga dan membantu menguatkan otot vagina, selain melangsingkan badan dan awet muda.

Bagi menyembuhkan luka jahitan terutamanya luka selepas bersalin. Caranya ambil sebiji buah manjakani, kemudian asah menggunakan belakang pisau bersama dengan sedikit air. Sapukan pada bahagian luka. Luka akan cepat sembuh dan vagina kembali mantap. Sebenarnya yang last tu memang cikla buat setiap kali cikla bersalin. Memang betul, luka bersalin cepat kering dan elok.

Sumber tips dari Majalah Wanita/tipscantik.

Post a Comment

4 Comments

  1. memang terbukti khasiatnya untuk kaum wanita Cik La, kak ana sendiri masih mengamalkan minum rebusannya atau dibuat basuhan..:)

    ReplyDelete
  2. Wow! Mac mana nak dpt buah ni? Utk org bujang bagus ke? Tq for the info CikLa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala... kat kedai jamu banyak. Orang bujang pun boleh mkn... hehe.. preparation before married...

      Delete