Mesti kebanyakan wanita tahu dan pernah dengar pasal ujian ni kan. Tak dinafikan jugak, tak semua wanita berani nak buat ujian ni, termasuklah cikla sendiri. Sebenarnya, ia amat baik untuk kita juga. Ada pepatah mengatakan "mencegah lebih baik dari mengubati". Ujian ni penting untuk kita mengesan kanser servik. Jom kita tengok apa dia Ujian Pap Smear ni dan info-info yang berkaitan dengannya.
UJIAN PAP SMEAR, pentingkah? |
APA DIA PAP SMEAR?
Dikenali sebagai Papanicolaou iaitu ujian yang dilakukan dengan cara mengambil sedikit tisu dari pangkal servik. Ia juga boleh mengesan perubahan sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser.
BILA PATUT BUAT UJIAN INI?
Amat disarankan bila dah mencapai umur 26 tahun sampailah mencecah 70 tahun.
APA PERLU BUAT?
Ujian ni tak boleh dibuat semasa datang haid sebab sel yang diambil biasanya tak tepat. Waktu paling baik adalah selepas hari ke-7 hingga ke-10 tamat haid. Sebelum ujian, tak dibenarkan melakukan hubungan kelamin, menyembur kawasan vagina, menggunakan tampon dan membersihkan vagina guna krim/cecair pembersih.
APA PROSEDUR PEMERIKSAAN?
Baring atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan. Spekulum sepanjang 4 inci akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka. Kemudian, spatula dimasukkan untuk ambil sample sel dari servik. Sample akan disebarkan atas slaid dan disembur dengan alkohol. Selepas itu, sample dihantar kelab untuk pemeriksaan.
APA KEPUTUSAN UJIAN?
Ia dikeluarkan dalam tempoh seminggu. Kalau keputusan abnormal, kita diminta jalani ujian ulangan dan sesi bersama doktor.
Apa yang penting cikla sarankan pada wanita2 supaya sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat. Jangan takut jumpa doktor atau membuat pemeriksaan kalau ada kita mengalami kelainan pada diri kita. Pemeriksaan awal akan dapat menyelamatkan nyawa kita. Tahukah anda ujian ini dapat mengurangkan risiko seseorang wanita mendapat kanser serviks sehingga 90%?
Sumber info: RAPImagazine.
selamat pagi cikla..memang bagus wanita menjalani ujian ini kerana dapat mengesan dan mencegah dari awal kerana kanser pembunuh utama di dunia..
ReplyDeleteSlmt pg anajingga... Mencegah lebih baik dr mgubati kan...
Deletesalam..jemput join Ga ni ye :) http://dnialicious.blogspot.com/2014/06/ketuk-ketuk-aidilfitri-giveaways-by.html
ReplyDeleteInsyaAllah.. Tp kita x pandai nk join Ga ni. Kdg2 teringin gak... ^_^
Deletesy tak buat lg cikla...lpas nih memg kne buat la
ReplyDeleteKita pun lum buat lg... Lepas bsalin anak kedua takdan nk buat dah pregnant lagi. InsyaAllah pas bsalin ni kena buat gak.. Tp mcm seram pn ada. Maklumlah kita ni penakut skit... Heheheheeeee
Delete