Breaking

30 June 2018

June 30, 2018

Segmen Bloglist Julai hingga September 2018 ciklapunyabelog.blogspot.my.

Segmen Bloglist Julai hingga September 2018 ciklapunyabelog.blogspot.my. | *this is sticky post until 8 pm on 30 June 2018. Sila scroll ke bawah untuk baca entri terbaru. TQ!  

Assalamualaikum wbt. Kini tiba masanya cikla mencari 10 lagi blog yang bertuah untuk dimasukkan ke dalam bloglist ciklapunyabelog.blogspot.my bagi bulan Julai hingga September yang akan datang ni.

Apa lagi, jom kita tengok syarat-syaratnya. Jangan risau, mudah je syaratnya.

Segmen Bloglist Julai hingga September 2018 ciklapunyabelog.blogspot.my.

Segmen Bloglist Julai hingga September 2018 ciklapunyabelog.blogspot.my.
Segmen Bloglist Julai hingga September 2018 ciklapunyabelog.blogspot.my.

8 syarat penyerapan yang sangat senang adalah seperti berikut;

  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback
  2. Follow g+ di SINI.
  3. Follow twitter di SINI
  4. Follow Instagram di SINI
  5. Like fb page di SINI
  6. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Segmen Bloglist Julai hingga September 2018 ciklapunyabelog.blogspot.my.' Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. 
  7. Tinggalkan link entri korang di ruangan komen. 
  8. Siap.

Segmen berlangsung dari 7 Jun hingga 30 Jun pukul 8 malam. 

Cikla akan pilih 10 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist selama tiga bulan. Lama kan... Tapi, kalau penyertaan kurang dari 10, automatik semua akan masuk dalam bloglist. 

Pemilihan akan dibuat secara rawak menggunakan khidmat random.org dan korang sangat digalakkan blogwalking sesama sendiri jugak. 

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, cikla lancarkan segmen ni sekarang. So, apa lagi. Jemput join semua. Kita kasi kababooommmm ini segmen. Haha.

Selamat bersegmen korang. Terima kasih kerana menyokong saya! Hihi... 

13 June 2018

June 13, 2018

Marjerin dengan mentega : Ingat sama, tapi sebenarnya lain tau!

Marjerin dengan mentega : Ingat sama, tapi sebenarnya lain tau! | Assalamualaikum wbt. Bila tiba musim nak raya ni, masing-masing sibuk nak buat kuih kan. Betul tak? Itupun pada yang tak belilah. Macam cikla, setiap tahun memang cikla beli je kuih. Bukan tak nak buat, tapi bila mengenangkan terpaksa berperang dengan askar-askar cinonet cikla tu, rasa macam bercinta sangat nak buat.

Cumanya, dulu masa tahun pertama kahwin je semangat lain macam nak buat kuih raya sendiri bersama encik suami. Hehe...

Ok, dah! Stop cerita pasal ni....

Cikla agak, mesti korang tau yang marjerin atau mentega adalah 'watak' utama dalam penghasilan sesuatu kuih atau biskut raya itu. Korang tau tau yang kedua-duanya sebenarnya tak sama!

Iye, bila tengok pada perkataan 'nama' dah terang-terang tak samalah kan. Tapi, dari segi ciri dan sifatnya pun berlainan. Walaupun bila sekali pandang nampak macam sama.

Aduhhhh... Confius sudah!

Marjerin dengan mentega : Ingat sama, tapi sebenarnya lain tau! 

Marjerin dengan mentega : Ingat sama, tapi sebenarnya lain tau!
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Macam yang cikla dok bebel-bebelkan sebelum ni, bila korang tengok keduanya sekali zasss, memang nampak macam takde bezanya pun. Tapi, hakikat yang korang kena terima *haha, haaa kau, mereka ini memang mempunyai perbezaan.

So, kalau sesuatu resepi itu menggunakan marjerin, korang tak digalakkan untuk menggantikannya dengan mentega dan begitulah sebaliknya sebab ia akan menghasilkan hasil dan rasa yang sangat tak sama.

Jom tengok apakah yang membezakan marjerin dan mentega, iaitu :

Marjerin.
  1. Dihasilkan daripada kombinasi atau gabungan lemak haiwan dan lemak sayuran. 
  2. Mempunyai warna yang lebih kuning berbanding mentega.
  3. Ia boleh dibiarkan agak lama pada suhu bilik tanpa mengalami perubahan teksturnya.
  4. Mengandungi kurang vitamin berbanding mentega.
  5. Boleh disimpan di luar tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  6. Sangat sesuai digabungkan bersama mentega untuk menghasilkan nasi tumis yang enak, membuat biskut, kek-kek tradisional, kuih muih dan lain-lain. 

Mentega (butter)
  1. Diperbuat daripada lemak haiwan iaitu lemak susu.
  2. Berwarna lebih pucat jika dibandingkan dengan marjerin.
  3. Mempunyai tekstur yang lebih mudah lembut dan cair pada suhu bilik.
  4. Mempunyai kandungan vitamin yang lebih tinggi seperti Vitamin A, E, K yang tidak larut dalam air.
  5. Ia perlu disimpan di dalam peti sejuk .
  6. Sesuai digunakan untuk memasak makanan barat, menumis sup pekat, membuat kek, pastri dan sebagainya.

Ohh... Cikla pun baru tau!

Kredit SINI

12 June 2018

June 12, 2018

GIVEAWAY SUKA SUKA BY SHFYQHAZHR.COM.

GIVEAWAY SUKA SUKA BY SHFYQHAZHR.COM. Assalamualaikum wbt. Join giveaway lagi. Hihi. Manalah tau ada rezeki menang kan. Boleh bergaya dengan sling bag bling bling. Korang nak join. jom klik banner berikut.

GIVEAWAY SUKA SUKA BY SHFYQHAZHR.COM.
GIVEAWAY SUKA SUKA BY SHFYQHAZHR.COM.

Giveaway berlangsung sehingga 24 Jun 2018.Pemilihan pemenang pulak, Sha akan pilih pemenang yang paling nampak paling aktif komen, like gambar kat ig ke ataupun yang bagi komen mengenai blog Sha yang paling best.

Ok Sha, Insha Allah, cikla akan lakukan itu. Hihi...

Komen cikla mengenai blog Sha :

Bagi cikla, blog Sha ni dah ok dah. Tak berserabut sangat, dan yang paling penting blog laju je nak bukak. Tak perlu nak tunggu lama-lama.

Good luck korang. Jangan lupa join tau!


June 12, 2018

COMEBACK GIVEAWAY by BYZURA HALIFAH.

COMEBACK GIVEAWAY by BYZURA HALIFAH. Assalamualaikum wbt. Jom join giveaway ni. Nak join? Klik banner di bawah.

COMEBACK GIVEAWAY by BYZURA HALIFAH.
COMEBACK GIVEAWAY by BYZURA HALIFAH.




Giveaway berlangsung sehingga 7 Julai 2018. So, cikla nak tag mereka-mereka yang comel ini untuk join sama.


Korang yang tak di tag pun boleh join gak. Mana tau dapat bertuah dapat hadiah. Cikla tengok hadiah pun best. Good luck korang!

11 June 2018

June 11, 2018

Rendang ikan paling simple.

Rendang ikan paling simple. | Assalamualaikum wbt. Cikla percaya, di penghujung Ramadhan ni, nafsu makan pun macam makin merundum je kan. Kalau cikla, time berbuka tu memang cikla tak makan nasi terus. Cikla just makan kurma, sikit kuih, minum air je. Lepas tu, solat Maghrib.

Memang tak dinafikan, sebagai seorang suri rumah sepenuh masa kadang kala blur nak masak apa. Kalau hari-hari lauk ayam pun, jemu jugak kan. Betul tak?

Apa kata korang try resepi ni pulak. Manalah tau kena dengan tekak tu kan. Bolehlah buat lagi. Haha...

Rendang ikan paling simple. 

Rendang ikan paling simple.
Rendang ikan paling simple. 


Bahan-bahan :
3 ekor ikan mambung (dibersihkan dan dipotong dua). 
1 labu bawang besar *
3-4 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
2-3 sudu besar cili lumat *
4-5 batang serai *
1/2 sudu kecil serbuk kunyit *

(Bahan yang bertanda * dikisar sehingga halus).

3-4 sudu kerisik. 
1/2 kotak santan pekat. 
1 keping asam keping (asam gelugor). 
1 helai daun kunyit (dihiris halus). 
1-2 helai daun limau purut (dihiris halus). 
Minyak untuk menumis, garam dan sedikit madu lebah.

Cara nak membuatnya. 

Rendang ikan paling simple.
Rendang ikan paling simple. 

Langkah demi langkah adalah seperti berikut :
  1. Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Selepas itu, goreng ikan tersebut dan ketepikan.
  2. Kurang sedikit minyak gorengan ikan tadi dan tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak. 
  3. Selepas itu, masukkan santan dan sedikit air, kemudian biarkan sehingga kuah memekat.
  4. Bila kuah dah nampak pekat, masukkan kerisik, madu, asam gelugor dan garam. Sesuaikan rasa. 
  5. Last sekali, masukkan ikan, daun kunyit dan daun limau purut. Gaul rata. 
  6. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Rendang ikan paling simple.
Rendang ikan paling simple. 

Rendang ikan paling simple.
Rendang ikan paling simple. 

Senang je kan. Caranya sama macam kita masak rendang ayam dan daging tu, tapi cuma kali ni kita tukar selera sikit. Ganti dengan ikan. Hehe...

Ikan tu pulak, korang boleh guna ikan lain yang sesuai dan ikut selera korang lah.

Selamat mencuba!






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.