26/09/2026

Bila terkenang zaman sekolah...

Best betul bila teringat balik zaman sekolah dulu. Rasa macam nak pi je ke zaman sana tu. Zaman kita terlupa bawa buku latihan, duit belanja tak cukup atau kena marah cikgu sebab tak siap kerja sekolah. Haha, best betul bila dikenang balik. Lawak pun ada. 

Bagi cikla kan, sebenarnya yang paling kita rindu bukanlah sekolah itu. Tapi, kawan-kawan. Kawan yang dulu setiap hari kita jumpa, sekarang mungkin setahun sekali pun belum tentu. 

Dulu nak jumpa tak perlu plan pun. Hari-hari ada. Pagi masuk kelas sama-sama. Rehat sama-sama. Kena marah cikgu pun sama-sama. Haha. Balik sekolah pun sama-sama. Tapi, sekarang. Lepas tamat sekolah semua hilang. Bawak haluan masing-masing. Lost contact terus. 

Bila terkenang zaman sekolah...

Bila difikir itulah aturan hidup kan. Zaman kanak-kanak, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan umiversiti semuaa dah tinggal kenangan. 

Kalau diberi peluang kembali balik ke zaman sekolah, kita cuma nak duduk balik di tempat yang sama. Pakai uniform yang sama. Dengar bunyi loceng yang sama. Kemudian tengok kawan-kawan yang dulu dan berkata dalam hati, “Kalaulah aku tahu waktu tu akan jadi kenangan, mesti aku hargai lebih banyak.” Betul tak? 

19/09/2026

Otak carca marba?

Hakikatnya ada banyak benda dalam kepala kita ni kan?Setiap hari celik mata, ada je benda nak fikir.  Dan dalam masa yang sama, kita jugak nak cuba kekal tenang dan kuat walaupun ada hari-hari kita rasa penat. 

Orang kata jangan overthinking. Tapi kalau dah namanya manusia, mana mungkin kita boleh kosongkan fikiran setiap masa.

Ada masa kita risau tentang masa depan. Ada masa kita tertanya-tanya sama ada keputusan yang kita buat sekarang betul atau tak. Ada masa kita fikir, "Cukup ke usaha aku ni?"

Namun apa yang penting be yourself, itu sudah cukup baik. Simple kan? 

Ada hari kita boleh produktif. Ada hari kita cuma mampu buat perkara yang paling asas. Ada hari kita ceria. Ada hari kita nak menyendiri. Ada hari kita penuh dengan idea dan semangat. Ada juga hari kita rasa macam nak berhenti sekejap daripada segala-galanya.

Dan semuanya itu normal. Yang penting, jangan berhenti terlalu lama. Rehatlah kalau penat. Menangislah kalau perlu. Ambillah masa untuk diri sendiri. Pergilah tengok langit, dengar bunyi hujan, baca buku, ambil gambar benda yang kita suka atau sekadar duduk diam sambil minum kopi.

Otak carca marba?
Otak carca marba? 

Kadang-kadang ketenangan tak datang daripada menyelesaikan semua masalah. Ketenangan datang apabila kita belajar menerima bahawa tak semua perkara perlu diselesaikan hari ini.

Hidup pun kita jalani satu hari pada satu masa. Dan dalam perjalanan itu, jangan lupa untuk terus belajar. Sebab ilmu bukan hanya tentang belajar untuk kerjaya. 

Kita belajar tentang kehidupan. Belajar memahami manusia. Belajar menjaga kesihatan. Belajar mengurus kewangan. Belajar menjadi lebih sabar. Belajar mengenali diri sendiri.

Makin kita belajar, makin kita sedar sebenarnya banyak lagi yang kita tak tahu. Dan itu bukan sesuatu yang perlu dimalukan. Itulah yang membuatkan hidup sentiasa menarik.

Dalam masa yang sama, jagalah hati. Sebab hati yang lembut bukan bermaksud kita lemah. Peduli pada keluarga, sayang pada orang sekeliling, kasih pada haiwan dan mudah tersentuh dengan perkara kecil bukan bermaksud kita terlalu sensitif. Itu tanda kita masih punya rasa.

Cuma jangan sampai terlalu menjaga hati orang lain sehingga kita lupa menjaga hati sendiri. Dan kalau hari ini kita sedang mempunyai impian yang besar, teruskanlah percaya. Cepat atau lambat ia pasti tercapai jugak. 

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!

Baru-baru ni tadika dak Aaira buat sambutan hari kemerdekaan. Meriah jugak majlisnya walaupun sambutannya sederhana je. 

Sambutan macam ni kiranya dah jadi aktiviti wajib setiap tahun di tadika. Mesti buat walaupun tak besar-besaran.
Bagi cikla, bagus jugak kan aktiviti macam ni. 

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Dari kecil lagi anak-anak kita dah didedahkan dengan sambutan kemerdekaan. Kita boleh pupuk semangat cintakan negara dalam diri mereka seawal mereka di bangku tadika lagi.

Walaupun mungkin mereka belum faham sepenuhnya apa maksud kemerdekaan, sekurang-kurangnya mereka dapat kenal Jalur Gemilang, kenal lagu-lagu patriotik, belajar berbaris dan paling penting, mereka dapat rasa sendiri suasana sambutan merdeka. Dan yang paling best dapat cipta kenangan.
 
Perbarisan Merdeka.

Macam biasa, aktiviti dimulakan dengan acara perbarisan Merdeka. Tak jauh pun dorang jalan. Hihi. Start dari pintu masuk tadika, jalan sampai ke dewan sebelah sana, pastu patah balik semula ke tadika.

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Dekat je laluannya, tapi tengok anak-anak kecil ni berbaris dengan kawan-kawan sambil pegang bendera, comel sangat!

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Ada yang jalan penuh semangat, ada yang ikut je kawan depan, ada yang muka serius macam betul-betul masuk perbarisan rasmi. Tapi itulah seronoknya tengok gelagat budak-budak.

Nyanyian lagu patriotik dan bacaan ikrar.

Lepas selesai perbarisan, acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan juga lagu tadika KEMAS.

Kemudian, dak Aaira pula diberi tanggungjawab untuk mengetuai bacaan ikrar. Wahhh, mama pun tumpang bangga sekejap. Walaupun ada terlupa skrip sikit, tapi okeylah tu. Yang penting awak berani tampil ke depan.

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Bagi cikla, keberanian untuk berdiri di depan orang ramai tu pun dah cukup membanggakan. Tak kisahlah kalau tersasul atau terlupa sikit-sikit.

Namanya pun budak-budak kan. Hari ni lupa skrip, esok-esok mungkin dah boleh berdiri depan orang ramai dengan lebih yakin. Satu-satu pengalaman ni nanti akan jadi bekal untuk dia bila dah besar.

Pakaian beragam merdeka.

Next, acara pakaian beragam merdeka pula. Yang ni memang comel-comel semuanya! 

Masing-masing datang dengan pakaian bertemakan merdeka. Ada yang lengkap dengan aksesori, ada yang nampak macam betul-betul bersedia nak masuk pertandingan.

Dak Aaira? Macam biasalah. Nak dipakaikan aksesori pun tak nak. Stress mak. So, mama siapkan awak seadanya je lah ye. Tak menang pun tak apa. Janji awak dapat pengalaman. Janji awak dapat join sama-sama dengan kawan-kawan. Janji ada gambar untuk mama simpan. 

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Sebab tahun ni tahun terakhir awak di tadika. Lepas ni dah masuk sekolah rendah pula. Jadi, mama nak cipta sebanyak-banyaknya moment indah untuk awak. 

Benda yang kita rasa kecil hari ni, mungkin satu hari nanti akan jadi kenangan yang paling kita rindu.

Penyampaian hadiah. 

Last sekali, acara yang paling ditunggu-tunggu, penyampaian hadiah! Alhamdulillah, Aaira dapat jugak hadiah. Dapat tempat kedua acara mewarna kategori 6 tahun. Okeylah tu kan? Janji dapat! Hihi.

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Tahniah, sayang! Mama bangga dengan awak. Bukan sebab dapat nombor berapa, tapi sebab awak dah cuba dan berani sertai aktiviti yang dibuat.

Potong kek birthday pula!

Sebagai penutup majlis, ada pula acara potong kek untuk anak-anak yang menyambut birthday dari bulan Mei hingga Ogos.

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Dak Aaira termasuk jugalah sebab birthday dia bulan Julai. Seronok tengok anak-anak dapat sama-sama raikan birthday kawan-kawan. Walaupun kek tu dikongsi ramai-ramai, tapi mesti seronok bagi mereka.

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Budak-budak ni bukan perlukan benda yang mahal pun untuk rasa bahagia. Kadang-kadang cukup dengan sepotong kek, kawan-kawan di sekeliling dan suasana yang meriah. Itu pun dah boleh buat mereka tersenyum. 

Simpan semua kenangan di sini. 

So, macam biasalah kan. Cikla simpan lagi satu kenangan dak Aaira di sini. Satu lagi cerita zaman tadika yang nanti mungkin akan kami baca semula bila Aaira dah besar.

Perbarisan Merdeka. Nyanyian lagu patriotik. Bacaan ikrar. Pakaian beragam. Dapat tempat kedua acara mewarna. Dan akhirnya, potong kek birthday bersama kawan-kawan.

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Nampak macam aktiviti biasa je. Tapi bagi mama, semuanya ada nilai tersendiri. Sebab tahun ni tahun terakhir Aaira di tadika. Lepas ni, fasa baru pula akan bermula.

Tak lama lagi mama akan tengok awak pakai uniform sekolah rendah, bawa beg sekolah yang lebih besar dan mula melangkah ke dunia yang lebih luas.

Cepat betul masa berjalan kan? Sebab tu sementara masih ada waktu, kita cipta sebanyak-banyaknya kenangan. Biar banyak gambar tersimpan. Biar banyak cerita boleh dikenang. Biar nanti bila kita buka semula blog ni bertahun-tahun dari sekarang, mama boleh tersenyum sambil berkata, "Ohhh… ni rupanya zaman Aaira tadika dulu." 

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah!
Majlis sambutan hari kemerdekaan tadika dak Aaira meriah! 

Simpan sini ya, sayang. Satu lagi kenangan kecil untuk jadi sebahagian daripada cerita besar zaman kanak-kanak awak. Mama sayang awak.

18/09/2026

Jumaat datang lagi… Alhamdulillah.

Alhamdulillah, Jumaat datang lagi. 

Rasa macam baru saja mula minggu, tapi tau-tau hari ini dah Jumaat. Cuma cikla rasa entah kenapa minggu ni rasa macam lama betul nak habis. Hari Isnin rasa macam panjang, Selasa pun terasa lambat, Rabu dan Khamis pulak macam ada saja benda yang perlu dibuat.

Kadang-kadang kita tengok kalendar pun rasa, “Lambatnya nak sampai hujung minggu…" Tapi akhirnya, sampailah juga Jumaat.

Bila Jumaat datang, rasa macam ada satu ruang untuk kita tarik nafas sekejap. Berhenti daripada terlalu sibuk dengan macam-macam perkara dan cuba tenangkan hati. Sebab dalam kita mengejar urusan harian, kadang-kadang kita terlupa yang hati pun perlukan perhatian.

Ada masa kita terlalu fikirkan kerja. Ada masa fikir tentang keluarga. Tentang duit, tentang masa depan, tentang perkara yang belum selesai. Sampai kepala penuh dan hati pun penat.

Jadi, bila Jumaat datang, cikla suka ambil sedikit masa untuk mengingatkan diri sendiri kita ini sebenarnya tak pernah bersendirian. Ada Allah yang sentiasa ada.

Apa saja yang sedang kita fikirkan, Allah tahu. Apa saja yang kita pendam dalam hati, Allah tahu. Bahkan doa yang belum sempat kita luahkan dengan kata-kata pun Allah tahu.

Mungkin sebab itu Jumaat terasa istimewa. Ia mengingatkan kita untuk kembali kepada Allah, walaupun mungkin sepanjang minggu kita terlalu sibuk dengan dunia.

Jumaat datang Lagi… Alhamdulillah.

Semoga Jumaat kali ini membawa sedikit ketenangan kepada hati kita. Kalau ada yang sedang penat, semoga Allah beri kekuatan. Kalau ada yang sedang risau, semoga Allah tenangkan. Kalau ada yang sedang menunggu sesuatu, semoga Allah berikan jawapan pada waktu yang paling baik.

Dan kalau ada doa yang masih belum dimakbulkan, jangan cepat berputus asa. Teruskan berdoa. Teruskan berharap. Teruskan percaya bahawa aturan Allah itu lebih baik daripada apa yang kita rancangkan.

Hari Jumaat juga jangan lupa untuk perbanyakkan selawat. Tak perlu tunggu masa lapang yang sempurna. Selawatlah sambil buat kerja, sambil memandu, sambil memasak atau ketika duduk berehat.

Biar lidah kita ringan berselawat dan hati kita sentiasa mengingati Nabi Muhammad SAW.

"Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad."

Moga cikla dan kalian semua sentiasa berada dalam lindungan Allah. Moga langkah kita dipermudahkan, rezeki kita dilapangkan, hati kita ditenangkan dan segala urusan yang sedang kita hadapi dipermudahkan satu persatu.

Alhamdulillah untuk satu lagi Jumaat. Masih diberi umur. Masih diberi kesempatan. Masih diberi peluang untuk memperbaiki diri.

Jom selawat. Semoga Jumaat kita hari ini lebih tenang, lebih bermakna dan dipenuhi keberkatan.

Salam Jumaat dan selamat pagi. 

08/09/2026

Bila Allah beri ujian...

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, kenapa hidup kita diuji macam-macam? Kenapa ada je hal yang datang menguji hati, emosi dan kesabaran kita?

Sedangkan kita tengok orang lain macam senang je hidupnya. Tak ada masalah besar, rezeki pun ada, sihat, hidup selesa. Kita pulak, satu-satu ujian datang. Belum sempat nak tarik nafas lega, datang pulak ujian yang lain.

Sebenarnya, antara tanda Allah nak tunjukkan bahawa Dia sayang kepada seseorang manusia adalah dengan memberikan ujian kepada mereka. 

Ya, ujian.

Benda yang kita selalu rasa berat, susah dan kadang-kadang sampai buat kita tertanya-tanya, "Kenapa aku yang kena?"

Sedangkan boleh jadi, ujian itulah sebenarnya cara Allah nak dekatkan kita kembali kepadaNya.

Kalau takde ujian langsung dalam hidup seseorang, boleh jadi itu tanda murka Allah. Walaupun hidupnya senang. Walaupun dia kaya. Walaupun dia sihat.

Kita boleh lihat kisah Firaun sebagai contoh. Dia sihat. Bahkan seperti yang disebutkan para ulama, dia bukan saja tak pernah bersin, malah tak pernah sakit dan menguap pun tak pernah.

Kenapa?

Sebab Allah tak tengok langsung pada dia. Kerana itu Allah tak bagi dia ujian. Berbeza dengan kita. Kadang-kadang Allah hadirkan ujian dalam hidup kita supaya kita kembali kepadaNya. 

Bila Allah beri ujian...

Dengan ujian, ramai orang akhirnya kembali mengingati Allah. Ramai yang mula berdoa bersungguh-sungguh. Ramai yang mula sujud dengan penuh pengharapan. Ramai yang mula sedar bahawa sebenarnya kita ini terlalu bergantung kepada Allah.

Sebab bila kita senang, mungkin kita mudah terlupa.bTapi bila datang ujian, waktu itulah kita mula mencari Allah. Waktu itulah kita mula mengangkat tangan dan berdoa. Waktu itulah kita mula menyebut nama Allah berkali-kali.

Jadi, jangan cepat menganggap ujian sebagai tanda Allah tak sayang kepada kita. Boleh jadi sebaliknya. Ujian itu adalah petanda yang cukup besar bahawa Allah sayang kita. Allah nak kita kembali kepadaNya. Allah nak kita dekat denganNya dan tak terus hanyut dengan dunia. Sebab akhirnya, dunia ini bukan tempat kita tinggal selama-lamanya.

Kita semua akan kembali kepada Allah dan hidup selama-lamanya di hari akhirat. Jadi, kalau hari ini kita sedang diuji, mungkin ada hikmah besar yang kita belum nampak. Mungkin Allah sedang tarik kita perlahan-lahan supaya kembali kepadaNya.

Bersabarlah. Teruskan berdoa. Teruskan berharap. Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah.

Semoga setiap ujian yang kita lalui menjadi sebab kita semakin dekat dengan Allah, semakin kuat dan akhirnya mendapat kehidupan yang kekal di akhirat kelak.
In syaa Allah.

Kredit :  Al Fadhil Ustaz Wadi Annuar. 

04/09/2026

Adab dulu, baru ilmu...

Betul jugak orang kata, adab dulu baru ilmu.

Baru-baru ni viral satu kisah pergaduhan mulut antara seorang wanita dengan seorang lelaki yang dikatakan berpunca daripada isu potong barisan.

Kita yang tengok dari luar ni pun tahu, benda macam ni memang boleh buat orang rasa tak puas hati. Yelah, masing-masing dah beratur elok-elok, tiba-tiba ada yang potong barisan. Memang boleh buat darah naik ooo, haha. 

Namun, yang jadi perhatian bukanlah semata-mata tentang isu potong barisan tu. Sebaliknya tentang cara kita bertindak bila ditegur. Daripada apa yang dikongsikan, wanita tersebut dikatakan melenting bila ditegur sampai mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar. 

Tapi difahamkan juga, perselisihan faham tersebut akhirnya dah diselesaikan dan permohonan maaf juga telah dibuat. Kalau betullah semuanya dah selesai, Alhamdulillah.

Sebab bagi Cikla, manusia ni memang tak lari daripada buat silap. Kita bukan malaikat. Ada masa kita boleh bersabar, ada masa kita boleh terlepas cakap. Ada masa emosi menguasai diri sampai kita buat sesuatu yang bila difikirkan balik, kita sendiri rasa, “Eh, kenapalah aku buat macam tu tadi?” Kan?

Adab dulu, baru ilmu...

Sebab tu dalam hidup ni, kita bukan hanya perlu belajar apa yang betul, tapi kita juga kena belajar camne nak sampaikan dan pertahankan sesuatu yang betul dengan cara yang betul.

Tak guna kita tahu banyak benda kalau bila ditegur sikit, terus melenting. Tak guna kita rasa diri kita betul kalau cara kita bercakap dengan orang lain sampai menyakitkan hati.

Dan tak guna juga kita nak menegur orang kalau teguran kita pula penuh dengan penghinaan dan kata-kata yang boleh memburukkan keadaan.

Adab tu penting.

Adab ketika bercakap. Adab ketika menegur.
Adab ketika ditegur. Malah, adab ketika kita sedang marah. Yang terakhir tu sebenarnya paling susah. Sebab masa kita tenang, memang mudah nak cakap, “Saya akan kawal emosi. Saya takkan marah.”

Tapi bila dah berdepan dengan situasi sebenar, bila ego tercuit, bila rasa kita diperlakukan tak adil, masa tu baru kita tahu sejauh mana kita mampu mengawal diri. Kadang-kadang perkara kecik pun boleh jadi besar hanya sebab memasing tak nak mengalah.

Yang asalnya cuma isu barisan, akhirnya jadi pertengkaran. Yang asalnya boleh settle dengan satu dua ayat, akhirnya jadi panjang sebab masing-masing nak membuktikan diri masing-masing betul. Padahal, tak semua perkara dalam hidup ni kita kena menang.

Ada masa mengalah bukan bermaksud kita kalah. Diam bukan bermaksud kita lemah. Minta maaf pulak bukan bermaksud maruah kita jatuh. Sebaliknya, mampu mengakui kesilapan dan meminta maaf itu menunjukkan kita cukup matang untuk mengenepikan ego.

Dan kalau kita berada di pihak yang menegur pula, tegurlah dengan cara yang baik.

Tak perlu jerit-jerit. Tak perlu memalukan orang. Tak perlu gunakan kata-kata yang boleh membuatkan keadaan bertambah panas.

Sebab tujuan menegur sepatutnya untuk memperbetulkan keadaan, bukannya untuk tunjuk yang kita lebih pandai, lebih baik atau lebih betul daripada orang lain.

Dalam masa yang sama, kita sebagai orang luar pun kena belajar sesuatu. Bila sesuatu perkara viral, mudah sangat kita nak jadi hakim. Tengok satu video, baca beberapa komen, lepas tu terus buat kesimpulan tentang seseorang.

Kita tak berada di tempat kejadian. Kita tak tahu apa yang berlaku sebelum dan selepas kejadian. Jadi, kalau perkara tersebut sudah diselesaikan, mungkin kita pun tak perlulah terus memanjangkan cerita atau menghukum orang tersebut berkali-kali.

Ambillah pengajaran. Itu lebih baik. Sebab mungkin hari ni kita nampak orang lain tersilap, tapi kita tak tahu bila pula kita akan berada dalam situasi yang sama.

Cuma bentuknya mungkin berbeza.

Mungkin bukan isu potong barisan. Mungkin dengan anak-anak. Mungkin dengan pasangan. Mungkin dengan kawan sekerja. Mungkin dengan orang yang tak dikenali. Dan mungkin juga dengan orang yang menegur kita tentang sesuatu yang memang kita buat salah.

Masa tu, mampukah kita terima teguran dengan hati terbuka? Atau kita akan terus melenting sebab ego tak membenarkan kita mengaku silap? Itulah yang patut kita fikirkan.

Sebenarnya, adab bukan hanya ketika kita berhadapan dengan orang yang kita suka. Adab kita paling jelas apabila kita berhadapan dengan orang yang kita tak setuju, orang yang menegur kita atau orang yang membuatkan kita marah.

Di situlah adab kita diuji. Dan cikla pun sama. 

Kita semua masih belajar. Masih belajar untuk lebih sabar. Masih belajar untuk fikir sebelum bercakap. Masih belajar untuk menerima teguran. Masih belajar untuk mengawal emosi. Dan masih belajar untuk berkata “maaf” bila kita sedar kita dah tersilap.

So, daripada kita sibuk mencari siapa yang salah dan siapa yang betul dalam kisah yang viral ni, lebih baik kita jadikan ia sebagai cermin untuk diri sendiri.

Kalau aku berada dalam situasi tu, macam mana aku akan bertindak? Itu yang lebih penting. Sebab akhirnya, orang mungkin tak ingat apa ilmu yang kita ada. Orang mungkin tak ingat berapa banyak hujah yang kita keluarkan.

Tapi cara kita bercakap dengan mereka, cara kita melayan mereka dan cara kita mengawal diri ketika berdepan dengan konflik, benda tu mungkin mereka ingat lama.

Sebab tu orang kata, adab dulu, baru ilmu. Ilmu boleh membuatkan kita nampak bijak. Tapi adab yang baik membuatkan kita dihormati.

Semoga kita semua sentiasa belajar untuk menjaga tutur kata, mengawal emosi dan menghormati orang lain walaupun kita sedang tak bersetuju.

Dan kalau tersilap, jangan malu untuk mengaku. Sebab tak ada siapa yang rugi kerana meminta maaf. Kadang-kadang, satu perkataan maaf tu bukan tanda kita kalah. Tapi tanda kita cukup besar hati untuk memilih berdamai daripada terus mempertahankan ego. 

SEGMEN REFRESH BLOGLIST SEPTEMBER 2026.

Jom join segmen pulak. Bagi cikla best oo join segmen macam ni sebab dapat bertukar link blog boleh follow each other dan support. Circle kita ni bukan besar sangat pun kan lagilah sekarang dah semakin kurang blogger yang aktif. Cara camni boleh refresh balik ukhwah dulu-dulu di samping tambahkan ilmu dan baca pengalaman kawan-kawan. 

SEGMEN REFRESH BLOGLIST SEPTEMBER 2026.
SEGMEN REFRESH BLOGLIST SEPTEMBER 2026.

Berbalik pada segmen, syarat pun mudah je. 

1. Follow blog penganjur untuk yang belum follow.
2. Buat 1 entry tentang segmen ni.
3 Letak gambar banner di atas dekat entry tu dengan backlink ke entry blog penganjur. 
4. Letak link post korang dekat komen entry segmen tersebut.

Senang kan? Moh lerr join. Selamat bersegmen semua. 

Giveaway Wedding Anniversary SA & Suami Yang Ke 3 Tahun.

Skrol skrol reading list, ternampak pulak ada giveaway anjuran kak SA. Alhamdullilah dan tahniah SA dan suami for korang punya anniversarry yang ke-3. Pejam celik jap je dah 3 tahun kan? Moga ikatan kasih sayang antara korang sentiasa utuh dan mewangi serta kekal ke akhir hayat. 

Giveaway Wedding Anniversary SA & Suami Yang Ke 3 Tahun.
Klik SINI

Korang yang nak join jugak klik link kat atas tu. Jomlah join kita bagi meriah giveway kak SA ni.  Syarat-syarat giveaway ada kat poster atas tu. 

Apa pun good luck jugak untuk korang yang join giveaway ni. Moga ada rezeki kita kan, Aamiin. 

03/09/2026

Biar betul! 13K lebih view dalam sehari? OMG!

Biar betul wey!

Mula-mula cikla tengok angka tu macam tak percaya pulak. Ehh ehh, tengok sekali, 13,408. Tengok lagi. Lepas tu zoom skrin, kot-kot mata dah rabun sebab usia. Haha. 

Biar betul! 13K lebih view dalam sehari? OMG!
Biar betul! 13K lebih view dalam sehari? OMG! 

Tapi memang betul rupanya gais. 13K lebih views untuk semalam sahaja! 

MasyaAllah, tabarakallah. Seriuslah, cikla happy dan excited sangat. Bukan apa, sejak decide nak aktif dan sharing balik dekat blog ni selepas lama menyepi suam-suam kuku, bukan senang sebenarnya nak dapatkan balik mood menulis tu.

Dulu macam-macam nak cerita. Sekarang kadang-kadang buka blog, tengok skrin kosong pastu menung, “Hari ni nak cerita pasal apa pulak ek?” 

Nak cari topik pun satu hal. Nak fikir apa yang orang nak baca pun satu hal. Tak kan nak cerita pasal kehidupan sendiri je setiap hari kan? Hari ni cerita cikla, esok cerita cikla, lusa cerita cikla lagi. Nanti orang cakap ehh asyik kisah dia je, takde orang lain dalam dunia ni ke? Hahaha!

Sebab tu bila lama tak menulis, nak mula balik memang perlukan sedikit usaha. Bukan setakat buka laptop dan taip. Otak pun kena warming up sekali. Jari memang dah ready nak zupp zapp zupp zap menaip, tapi otak masih loading. Jem jap. Haha

Kadang-kadang ada idea. Tapi tak tahu nak mula dengan ayat apa. Kadang-kadang ada tajuk. Tapi isi tak datang.
Kadang-kadang ada isi. Tapi mood pulak pergi holiday. Haishhh, manusia dan mood ni memang tak boleh dipisahkan kan. 

Tapi bila tengok angka 13K lebih tu, cikla rasa macam dapat satu suntikan semangat pulak. Naluri auto kata, “Nampak? Masih ada orang singgah baca blog kau.” Dan dalam hati cikla terdetik satu benda. Alhamdulillah, blog masih relevan rupanya di zaman AI ni. 

Zaman sekarang semua benda dah laju. Nak cari idea boleh tanya AI. Nak tulis boleh tanya AI. Nak ringkaskan artikel pun boleh. Macam-macam boleh dibuat dengan teknologi. Tapi mungkin sebab itulah cikla rasa tulisan manusia masih ada tempatnya. 

Sebab tulisan bukan sekadar tentang maklumat. Kadang-kadang orang membaca sebab nak rasa dekat dengan penulisnya.

Nak baca pengalaman orang. Nak tahu orang lain pun pernah lalui benda yang sama. Nak cari jawapan daripada pengalaman sebenar. Atau kadang-kadang saja nak baca sambil baring sebelum tidur. Dan cikla rasa, itulah seronoknya dunia blog.

Kita tulis apa yang kita tahu. Kita kongsi apa yang kita pernah lalui. Kita tinggalkan sedikit ilmu, sedikit pengalaman dan sedikit cerita daripada kehidupan kita.
Kita mungkin rasa tulisan kita biasa-biasa saja.

Tapi kita tak tahu siapa yang sedang membacanya. Mungkin ada seorang ibu yang sedang mencari jawapan. Mungkin ada seorang pelajar yang perlukan maklumat. Mungkin ada seseorang yang tengah pening fikir sesuatu, kemudian terjumpa tulisan kita dan berkata, 'Ohhh, rupanya macam ni.' Kalau sampai macam tu, dah cukup berharga sebenarnya.

Jadi, kepada korang yang masih ada secebis minat nak menulis, teruskanlah.  Tak kisahlah blog, Facebook, Instagram, Threads atau mana-mana ruang yang korang suka. Menulislah. Biarlah orang nak kata kita, blogger suam-suam kuku pun, teruskan passion kita. Sebarkan kebaikan dalam penulisan. 

Tak payah tunggu tulisan sempurna. Tak payah tunggu ramai pembaca. Tak payah tunggu artikel korang viral sampai jiran sebelah rumah pun tahu. Haha. 

Tulis saja apa yang bermanfaat. Sebab kita tak pernah tahu, mungkin tulisan yang kita taip hari ni akan terus dibaca bertahun-tahun kemudian. Dan yang paling cikla suka fikir, bila kita dah tak ada nanti, tulisan kita mungkin masih ada. Mungkin ada orang yang masih jumpa artikel kita. Masih baca pengalaman kita. Masih belajar daripada apa yang pernah kita kongsikan.

Dan kalau ada ilmu atau manfaat yang terus mengalir daripada tulisan itu selepas kita pergi, mudah-mudahan ia menjadi sedikit saham untuk kita di sana nanti.
InsyaAllah. 

Sebab akhirnya, bukan berapa banyak artikel yang kita berjaya tulis yang paling penting. Bukan juga berapa tinggi angka views yang kita dapat. Tapi apa yang kita tinggalkan. Hari ni kita mungkin nampak cuma angka 13,408 dekat skrin. Tapi bagi cikla, angka tu lebih daripada sekadar nombor. Ia macam satu suntikan semangat yang bagitau kecil yang bagi tahu, jangan berhenti menulis. Masih ada yang membaca.

Jadi kawan-kawan, jom kita cuba sambung balik perjalanan yang dah lama ditinggalkan ni. Perlahan-lahan pun tak apa. Asalkan jalan. Mana tahu, tulisan yang kita hasilkan hari ni jadi something yang masih memberi manfaat ketika kita sendiri sudah tiada lagi di dunia.

Dan kalau satu hari nanti nama kita dah tak siapa ingat pun, biarlah tulisan kita masih menjadi saksi bahawa kita pernah berkongsi sesuatu yang baik. Itu pun dah cukup.

Apa pun, masyaAllah tabarakallah. Alhamdulillah untuk 13K lebih views semalam. Terima kasih yang masih sudi singgah. Semoga setiap yang membaca mendapat manfaat dan semoga setiap perkongsian yang baik menjadi pahala buat yang menulis.

Kita tak tahu berapa lama kita akan hidup, tapi kita boleh tinggalkan sesuatu yang mungkin terus hidup selepas kita pergi. Keep writing and sharing ya. 

Hidup macam gelas?

Ada je ni, baru lepas breakfast, tiba-tiba terfikir pulak pasal kehidupan. Hihi. Ada beberapa gelas atas meja. Ada yang nampak macam dah habis diminum, ada yang tinggal sikit dan ada pulak yang masih ada isi. Yang paling jelas sekali, gelas air hitam kat sebelah tu macam masih penuh lagi. Sejuk pula tu, sampai berembun gelasnya.

Tapi yang gelas-gelas kosong ni pun ada cerita dia sendiri. Mungkin tadi penuh. Mungkin airnya sedap. Mungkin diminum perlahan-lahan sambil sembang dengan kawan. Mungkin juga sebab haus sangat, terus minum sampai licin. Korang yang tengok gambar ni mana tahu, kan? Betul tak? 

Hidup macam gelas?

Begitulah juga dengan hidup kita. Kadang-kadang kita terlalu sibuk tengok gelas orang lain. Tengok orang lain macam semuanya cukup. Kerja ada, duit ada, keluarga bahagia, bercuti sana sini, makan sedap-sedap. Tengok media sosial pula, makin rasa macam hidup kita ni yang paling tertinggal.

Kita pun mula bertanya dalam hati,

“Kenapa hidup aku tak macam dia?”
“Kenapa rezeki aku sikit?”
“Kenapa orang lain nampak senang, aku pula asyik kena kuat?”

Padahal kita cuma nampak 'gelas' orang, bukan perjalanan dia. Kita tak tahu berapa banyak air mata yang dia telan sebelum gelasnya nampak penuh. Kita tak tahu berapa kali dia hampir putus asa. Kita tak tahu berapa banyak benda yang terpaksa dia lepaskan untuk mendapatkan apa yang dia ada sekarang.

Sebab itu, mungkin kita kena belajar berhenti membandingkan isi gelas sendiri dengan gelas orang lain.

Kalau hari ni gelas kita cuma tinggal separuh, minumlah dengan tenang. Kalau tinggal sikit, nikmatilah yang sikit tu. Kalau kosong pula, jangan terus fikir semuanya dah berakhir.

Kadang-kadang gelas yang kosong bukan bermaksud rezeki kita sudah habis. Mungkin Tuhan sedang mengosongkannya supaya Dia boleh mengisinya semula dengan sesuatu yang lebih baik.
Dan kalau sekarang kita rasa penat, tak mengapa untuk berhenti sekejap.

Rehat.
Tarik nafas.
Minum air.
Makan kalau lapar. 
Kemudian sambung semula bila hati dah kuat sikit.

Sebab hidup ni bukan perlumbaan siapa paling cepat penuh gelasnya. Ada orang rezekinya datang awal, ada yang lambat. Ada yang penuh sekejap, kemudian diuji. Ada yang lama menunggu, akhirnya mendapat lebih daripada apa yang pernah dia bayangkan.

Kita cuma perlu percaya pada aturan Allah. Yang penting, jangan kerana nampak gelas orang lain lebih penuh, kita lupa mensyukuri apa yang masih ada dalam gelas sendiri.

Sebab boleh jadi, apa yang kita anggap sikit hari ini sebenarnya adalah sesuatu yang sedang didambakan oleh orang lain. Jadi, nikmatilah apa yang ada. Tak perlu tunggu hidup sempurna baru nak rasa bahagia.

Kadang-kadang secawan minuman sejuk, meja yang sederhana, orang-orang yang kita sayang dan hati yang masih mampu tersenyum pun sebenarnya sudah cukup menjadi tanda bahawa hidup ini masih baik-baik saja.

Dan kalau hari ini gelas kita kosong percayalah, cerita kita belum habis. Mungkin Allah cuma sedang berkata, “Tunggu sekejap. Aku nak isi semula gelas kamu dengan sesuatu yang lebih baik.” 

Selamat pagi korang. Semoga hari ini rezeki kita bukan saja memenuhi gelas, tapi juga memenuhi hati dengan ketenangan, kesyukuran dan rasa cukup. 

01/09/2026

September datang lagi, moga ada lebih banyak sebab untuk buat kita tersenyum.

Kejap je kan rasa?

Tup-tup dah habis bulan Ogos. Sedar tak sedar, malam ni pun dah masuk bulan September. Hari pertama September pun dah hampir nak melabuhkan tirai.

Cepat betul masa berjalan.

Semalam kita baru je sambut Merdeka yang ke-69. Tapi entahlah, suasana sambutan merdeka tahun ni kat tempat cikla rasa macam agak berbeza berbanding tahun lepas.

Kalau tengok orang pasang bendera, memang ramai. Meriah jugaklah bila nampak Jalur Gemilang berkibar sana sini. Malam merdeka pun ada jugak orang bakar bunga api.

Tapi feel dia macam kosong sikit. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab kita sendiri dah makin banyak fikir tentang macam-macam perkara. Bila umur makin bertambah, cara kita melihat sesuatu pun mungkin dah berubah.

Apapun, kita tetap bersyukur. 69 tahun Malaysia merdeka. Bebas daripada penjajahan. Dan bila fikir tentang perkataan merdeka tu, sebenarnya luas sangat maknanya. Bukan sekadar bebas daripada penjajah. Kadang-kadang kita sendiri pun masih terjajah dengan ideologi yang membelenggu fikiran, mindset yang susah nak berubah, attitude yang tak pernah nak diperbaiki dan mungkin juga ketakutan yang kita cipta sendiri.

Jadi, sempena kemerdekaan ni, moga kita semua bukan sekadar meraikan sebuah negara yang merdeka. Tapi berusaha juga untuk memerdekakan diri sendiri.

Merdeka fikiran. Merdeka daripada perkara yang toksik. Merdeka daripada terlalu memikirkan apa orang kata. Dan paling penting, merdeka untuk menjadi manusia yang lebih baik daripada diri kita semalam. 

September pula datang membawa cerita baru. 

September datang lagi, moga ada lebih banyak sebab untuk buat kita tersenyum.

Masuk September ni, automatik rasa macam...

“Eh, dah nak hujung tahun dah!”

Tinggal beberapa bulan je lagi sebelum kita melangkah ke tahun 2027. Macam baru je kita sambut tahun baru 2026. Sekarang dah sampai bulan kesembilan. Masa memang tak pernah tunggu kita.

Kebelakangan ni pun kehidupan cikla agak sibuk dengan urusan berulang-alik ke hospital. Appointment encik suami berselang-seli dengan appointment cikla sendiri.

Encik suami baru selesai menjalani pembedahan mata dan sekarang tengah dalam proses recovery. Jadi, memang banyak juga appointment susulan yang perlu pergi.

Cikla pulak macam biasalah, melayan sakit sendiri. Hihi. Appointment untuk tiroidlah, apa lagi. Kadang-kadang bila fikir balik, banyak juga masa dihabiskan di hospital. Pergi appointment, tunggu giliran, jumpa doktor, buat pemeriksaan dan macam-macam lagi.

Tapi cikla cuba tengok dari sudut yang lain. Walaupun pergi hospital sebab ada urusan kesihatan, ia tetap jadi macam satu bentuk terapi untuk cikla.

Yelah, asyik terperap kat rumah. Bila dapat keluar, walaupun destinasi cuma hospital, sekurang-kurangnya dapat tengok dunia luar sikit. Dapat keluar daripada rutin yang sama.. Kadang-kadang benda kecil macam tu pun dah cukup untuk buat kita rasa lega.

Kita tak boleh pilih semua yang berlaku dalam hidup. Ada masa hidup kita berjalan lancar. Ada masa pula macam-macam benda datang serentak. Belum selesai satu, datang pula satu lagi. Tapi mungkin itulah cara hidup mengajar kita. Kita tak boleh pilih semua ujian yang datang. Tapi kita masih boleh pilih macam mana kita nak menghadapinya.

Nak menangis, menangislah. Nak rasa penat, rehatlah. Nak mengeluh sekejap pun tak salah. Kita manusia. Takkanlah setiap hari nak kuat. Cuma selepas dah puas menangis dan mengeluh tu, kita bangun semula. Kita cuba lagi. Sebab kadang-kadang ujian yang kita rasa berat sangat hari ni, akhirnya menjadi sebab kita lebih kuat pada masa akan datang.

Setiap ujian mungkin ada asbabnya. Mungkin Allah nak ajar kita sesuatu. Mungkin Allah nak kita lebih menghargai sesuatu. Atau mungkin Allah sedang menyediakan kita untuk sesuatu yang kita sendiri belum tahu.

Jadi cikla nak pilih untuk happy-happy je. Tak mau sedih-sedih sangat. Bukan sebab hidup ni tak ada masalah. Tapi sebab kita tak nak masalah menguasai seluruh hidup kita. September, tolonglah jadi bulan yang lebih baik. 

Selamat datang September. Moga bulan ni membawa lebih banyak perkara baik. Moga urusan encik suami dipermudahkan dalam proses recovery dan appointment-appointment seterusnya. Moga urusan cikla sendiri pun Allah mudahkan. Moga kesihatan lebih baik. Moga hati lebih tenang. Moga kita semua diberikan kekuatan untuk melalui apa saja yang sedang menunggu di depan.

Dan kalau ada ujian yang datang, moga kita diberikan hati yang kuat untuk menerimanya. Tak perlu pun nak tahu apa yang akan berlaku esok. Kita jalan perlahan-lahan. Satu hari demi satu hari. Yang penting, jangan berhenti berharap. Sebab kita tak pernah tahu mungkin selepas hari yang paling sukar, ada hari yang jauh lebih indah sedang menunggu.

September datang lagi, moga ada lebih banyak sebab untuk buat kita tersenyum.

Bismillah untuk September. Moga September lebih baik daripada bulan-bulan sebelumnya. Moga Allah permudahkan segala urusan kita, lapangkan hati, kuatkan semangat dan kurniakan lebih banyak sebab untuk kita tersenyum.