29/08/2026

Segmen: Mencari Bloglist 2026 oleh Ejulz.

Lamanya cikla tak join segmen dan giveaway. Kalau dulu meriah je kan segmen giveaway ni semua sebab ramai rakan blogger yang buat. 

Bagus sebenarnya buat camni. Selain dari meng update list bloglist kita dengan blog sahabat yang masih aktif, dapat jugaklah rapatkan balik ukhwah dengan sahabat blogger dan saling support sesama kita. 

Segmen: Mencari Bloglist 2026 oleh Ejulz.
Segmen: Mencari Bloglist 2026 oleh Ejulz. 

So, korang yang belum join segmen ni jomlah join sama. Kita support ejulz dan kasi meriah happening satu kali ini segmen. Syarat-syaratnya pun mudah sangat. 

Syarat-syarat penyertaan:

  1. Buat entri baharu: Tajuk entri wajib: Segmen: Mencari Bloglist 2026 oleh Ejulz. 
  1. Tampal banner: Salin gambar banner di atas dan letakkan di dalam entri penyertaan anda.
  1. Follow & tinggal pautan: Follow blog ini dan tinggalkan pautan (link) entri penyertaan anda di ruangan komen di bawah.
  1. Tag Rakan Blogger: (Optional) Tag 2 atau 3 orang rakan blogger lain untuk sama-sama meriahkan segmen ini.

Senang giler kan syarat dia. So, demi memenuhi syarat keempat tu cikla dengan seronoknya nak ajak sahabat cikla ANIES, AIZAMIA3, dan RABIA untuk join sama. 

Korang yang tak ditag pun ayuhlah join. Selamat bersegmen semua. 

28/08/2026

Hadiah birthday paling bermakna...

Alhamdulillah…

Birthday cikla kali ini benar-benar lain rasanya. Kalau sebelum ini sambutan hari lahir mungkin sekadar ucapan, doa dan seketul kek, tapi kali ini cikla menerima sesuatu yang jauh lebih bermakna. Sesuatu yang mungkin nampak sederhana pada mata orang lain, tapi nilainya terlalu besar di hati seorang ibu.

Cikla dapat surprise gift daripada anak-anak cikla. Dan jujurnya, cikla betul-betul terharu. Tak sangka mereka boleh berpakat diam-diam, share duit sesama adik-beradik dan kumpulkan semuanya semata-mata untuk belikan hadiah untuk mama.

Hadiah birthday paling bermakna...
Hadiah birthday paling bermakna... 

Bila tahu mereka merancang semuanya bersama-sama, hati seorang mama ni terus rasa sebak.

Terbayang bagaimana mereka berbincang sesama sendiri. Siapa nak keluarkan berapa, nak beli apa, macam mana nak buat surprise untuk mama, semuanya dilakukan tanpa pengetahuan mama.

Rupanya dalam diam, anak-anak mama sedang merancang satu kejutan yang akhirnya menjadi antara kenangan paling manis dalam hidup mama.

Terima kasih Kak Long, Kak Ngah, Abang Lang, Lala dan Baby.

Terima kasih sebab sudi berpakat, berkongsi dan bersusah payah untuk memberikan mama hadiah birthday yang sangat bermakna.

Hadiah itu mungkin boleh disimpan di rumah. Tapi apa yang lebih mama simpan sebenarnya ialah kenangan di sebalik hadiah itu.

Kenangan bahawa suatu hari nanti, anak-anak mama yang mama besarkan dengan penuh kasih sayang, sudah mula memahami bagaimana untuk menggembirakan hati mama.

Dan percayalah, mama akan ingat sampai bila-bila. Setiap kali mama melihat hadiah itu, mama akan teringat bahawa pernah ada satu birthday di mana anak-anak mama berpakat ramai-ramai hanya untuk melihat mama tersenyum.

Itulah hadiah yang paling mahal nilainya bagi mama.

Bukan kerana harga hadiahnya. Tapi kerana ada kasih sayang, usaha, masa dan ingatan anak-anak mama di dalamnya.

Sebagai seorang ibu, mama tak pernah mengharapkan hadiah yang mahal. Cukuplah anak-anak mama sihat, bahagia, saling menyayangi dan sentiasa mengingati mama dalam setiap langkah kehidupan.

Kalau boleh mama minta satu perkara sahaja. Jangan pernah putus kasih sayang antara kita. Walau anak-anak mama nanti dah besar, dah ada keluarga sendiri, dah sibuk dengan kehidupan masing-masing, mama harap kita tetap rapat seperti hari ini.

Sebab bagi mama, anak-anak tetap anak-anak. Tak kira berapa pun umur kalian nanti, di mata mama kalian tetap anak-anak kecil yang pernah mama dukung, mama peluk, mama marah, mama pujuk dan mama doakan setiap hari.

Kak Long, Kak Ngah, Abang Lang, Lala dan Baby... 

Terima kasih untuk birthday surprise yang mama tak sangka-sangka ini.

Terima kasih kerana menghadiahkan mama satu kenangan yang akan mama simpan kemas dalam hati.

Mama mungkin tak mampu membalas segala kasih sayang kalian dengan apa yang sama nilainya. Tapi mama ada satu hadiah yang mama boleh berikan sampai bila-bila. 

DOA MAMA.

Semoga Allah jaga kalian satu persatu.

Semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan, kebahagiaan dan kehidupan yang penuh keberkatan.

Dan semoga kita sekeluarga sentiasa berada dalam kasih sayang Allah, bukan sahaja di dunia tapi juga di akhirat nanti.

Mama sayang semua anak-anak mama.bKak Long, Kak Ngah, Abang Lang, Lala dan Baby. Kalian semua adalah dunia mama.

Dan mama berdoa semoga kita sekeluarga terus bersama, saling menyayangi dan saling menjaga, di dunia sampai ke akhirat. 

Hadiah birthday paling bermakna...
Ni yang paling cantik. - Hadiah birthday paling bermakna... 

Terima kasih untuk birthday paling bermakna dalam hidup mama.

Kenangan ini mama tulis di sini supaya suatu hari nanti, bila kita semua sudah semakin dewasa dan masa sudah banyak berlalu kita boleh kembali membaca tulisan ini dan tersenyum mengenangkan hari di mana anak-anak mama pernah berpakat memberikan kejutan kecil yang membawa makna begitu besar dalam hati mama.

Alhamdulillah untuk anak-anak yang menjadi nikmat terindah dalam hidup mama. ❤️

Alhamdulillah, bertambah lagi usiaku...

Alhamdulillah, hari ini genap lagi setahun perjalanan hidup yang Allah izinkan untuk cikla lalui. Terima kasih mak kerana melahirkan diri ini ke dunia. 

Bila usia semakin bertambah, semakin banyak perkara yang membuatkan cikla belajar tentang kehidupan. Ada hari yang dipenuhi kegembiraan, ada waktu yang hadir bersama kesedihan dan ada juga ujian yang pada awalnya terasa berat, tapi akhirnya mengajar cikla jadi lebih kuat.

Setiap apa yang berlaku, cikla percaya semuanya bukan kebetulan. Ada hikmah di sebalik setiap perkara yang Allah susun. Ada sesuatu yang perlu cikla pelajari daripada setiap ujian, ada kenangan yang perlu cikla hargai dan ada perkara yang perlu cikla lepaskan dengan hati yang ikhlas.

Dulu mungkin cikla terlalu memikirkan tentang apa yang belum cikla miliki. Tapi semakin meningkat usia, cikla mula belajar untuk melihat dan menghargai apa yang sudah ada di depan mata.

Kesihatan, keluarga, sahabat, rezeki, ketenangan dan setiap momen kecil yang membahagiakan sebenarnya adalah nikmat yang sangat besar.

Alhamdulillah, bertambah lagi usiaku...
Alhamdulillah, bertambah lagi usiaku... 

Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar sesuatu sehingga terlupa untuk berhenti seketika dan mengucapkan, “Alhamdulillah, sebenarnya banyak yang Allah telah berikan.”

Terima kasih Ya Allah untuk setiap ujian yang pernah hadir.

Terima kasih untuk air mata yang pernah jatuh kerana daripadanya cikla belajar tentang sabar.

Terima kasih untuk kesedihan yang pernah singgah kerana daripadanya cikla belajar untuk lebih menghargai kebahagiaan.

Terima kasih untuk setiap kekecewaan, kerana ia mengajar cikla bahawa tak semua yang cikla inginkan adalah yang terbaik untuk diri ini. 

Dan terima kasih untuk setiap kegembiraan serta momen-momen indah yang Kau titipkan. Semuanya menjadi sebahagian daripada cerita hidup yang akan sentiasa cikla kenang.

Di usia yang baru ini, cikla tak minta kehidupan yang sempurna. Cukuplah kiranya Allah memberikan ketenangan dalam hati, kesihatan yang baik, rezeki yang diberkati, orang-orang yang baik di sekeliling cikla serta kekuatan untuk menghadapi apa sahaja yang mendatang.

Semoga setiap langkah selepas ini sentiasa berada dalam rahmat dan petunjukNya.

Semoga cikla menjadi insan yang lebih baik daripada semalam, lebih banyak bersyukur, lebih sabar menerima ketentuan dan lebih menghargai setiap nikmat yang diberikan.

Ya Allah, panjangkanlah umurku dalam kebaikan, berkatilah setiap perjalanan hidupku dan jangan pernah biarkan hatiku jauh daripadaMu. Aamiin yra. 

Untuk segala yang telah berlalu, cikla lepaskan dengan penuh syukur. Untuk hari ini, cikla nikmati dengan penuh rasa menghargai.

Dan untuk hari-hari yang akan datang, cikla serahkan semuanya kepadaMu. Semoga perjalanan selepas ini lebih tenang, lebih indah dan sentiasa dalam rahmat Allah. 

#todayismybirthday
#28ogos

25/08/2026

Kisah Bilal bin Rabah selepas wafatnya Rasullullah...

Selepas wafatnya Rasulullah, Bilal bin Rabah telah meminta izin dari khalifah Abu Bakar untuk meninggalkan Madinah. Abu Bakar telah memberi izin kepada Bilal untuk meninggalkan Madinah.

Sebelum meninggalkan Madinah ditatapinya buat kali terakhir Kota Madinah di mana satu masa dulu dia dan Rasulullah berkongsi suka dan duka.

Bilal menetap bersama keluarganya di Syria, sungguh sukar bagi Bilal untuk melupakan kenangan bersama Rasulullah. Sekian lamanya Bilal menetap di Syria.

Kisah Bilal bin Rabah selepas wafatnya Rasullullah...

Satu hari Rasulullah muncul di dalam mimpinya, "Wahai Bilal keras sungguh hatimu,kenapa engkau tidak menziarahi aku". Lantas Bilal terjaga dari tidurnya dengan deraian air mata sehingga seluruh keluarganya terbangun.

Bilal menceritakan kepada ahli keluarganya apa yang terjadi, ahli keluarganya menyuruh Bilal menziarahi makam Rasulullah.

Semasa Bilal dalam perjalanan menuju Madinah, air matanya tidak henti-henti mengalir. Dia tidak berhenti di mana-mana agar cepat sampai di Madinah.

Setelah beberapa hari, Bilal sampai di makam Rasulullah lantas memberi salam, "Asalamualaika ya Rasulullah..."Air matanya terus mengalir.

Tiba-tiba datang Amirul Mukminin Syaidina Abu Bakar memeluk Bilal dari belakang untuk menenangkan Bilal, sehingga reda tangisan Bilal.

"Bilal, alang-alang kamu sudah berada di sini laungkanlah azan untuk kami," rayu Amirul Mukminin. "Tidak, wahai amirul mukminin," jawab Bilal.

"Laungkanlah azan, kami rindu akan suara kamu," pinta Syadina Umar. Bilal mengelangkan kepala.

Tiba-tiba datanglah dua orang cucu kesayangan Rasulullah iaitu Hassan dan Husin,"Pakcik Bilal, laungkanlah azan sebagaimana pakcik laungkannya di masa datuk kami masih ada."

Dipeluknya kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah itu lantas diciumnya. "Sebentar tadi aku baru menolak permintaan Khalifah dan permintaan Syadina umar, aku takut untuk menolak permintaan kamu berdua, aku takut nanti Rasulullah akan menolak permintaan aku."

Bilal naik ke atas menara, ditatapinya satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah sambil air matanya mengalir laju.

"Allahuakbar, Allahuakbar... "

Terdiam seluruh penduduk Kota Madinah mendengar alunan suara azan tersebut. Suasana penduduk Kota Madinah masa itu sangat terkejut.

"Asyhadu ala ila haa illallah.. "

"Abu I'sa Rasulullah. Apakah Rasulullah dibangkitkan semula?", bisik mereka.

"Asyhadu ala ila haa illallah... "

Tangisan penduduk Kota Madinah kian pilu, mereka terkenangkan saat mereka bersama Rasulullah. Syadina Abu Bakar, Umar dan penduduk Madinah menitiskan air mata. Kerinduan pada suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yang tercatat sebagai sejarah buat umat akhir zaman.

"Asyhadu anna Muhammad Rasulullah... "

Terus Bilal tersungkur tak dapat meneruskan azannya lagi, lantas disambut oleh Syadina Abu Bakar dan Syadina Umar, "Mengapa Bilal?"

"Waktu tengah azan tadi sehingga aku menyebut nama kekasihku,aku seakan-akan terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita."

"Aku rindu Rasulullah."
"Aku rindu Rasulullah."
"Aku rindu Rasulullah."

Berlenangan air mata para sahabat dan penduduk Kota Madinah apabila tukang azan Rasulullah pulang ke Kota Madinah untuk mengubati kerinduannya kepada Junjungan Besar Muhammad S.A.W.

Kisah Bilal bin Rabah selepas wafatnya Rasullullah...

Rindukah kita kepada Rasulullah?

Jangan lupa atau skip hari ini berselawat pada kekasih Allah sekurang kurangnya 3,10,100 kali,

Salam Maulidur Rasul. 

Kredit : Arman Yusuf

21/08/2026

Thyroid Myopathy: Apabila hormon tiroid menjejaskan kekuatan otot.

Kebanyakan mereka yang ada masalah tiroid mesti pernah mengalami keadaan badan yang terasa lemah, cepat letih, lenguh atau sakit otot. Ada yang susah nak naik tangga, susah nak bangun daripada kerusi, mudah kena krem dan rasa macam satu badan tak bertenaga.

Namun, tak semua sedar yang keadaan ni mungkin disebabkan oleh thyroid myopathy, iaitu gangguan atau kelemahan otot yang berlaku akibat ketakseimbangan hormon tiroid.

Orang yang mengalami hipertiroid, iaitu bila hormon tiroid terlalu tinggi, otot boleh jadi cepat letih dan lemah. Kelemahan ini biasanya lebih ketara pada otot kat bahagian peha, lengan atas, bahu dan punggung. 

Aktiviti harian yang sebelum ini mudah dilakukan seperti menaiki tangga, bangun daripada kerusi atau mengangkat barang ringan boleh terasa sangat mencabar. Ada juga yang alami keadaan tangan yang menggeletar atau shaking di samping rasa lenguh atau ketakselesaan pada tapak kaki dan kaki.

Sebaliknya, bagi mereka yang alami hipotiroid, bila hormon tiroid terlalu rendah, otot boleh jadi lebih kaku dan mereka mudah alami kekejangan. Sendi jugak mungkin terasa berat, tegang dan seolah-olah jammed. Badan terasa lenguh dan letih walaupun tak melakukan aktiviti yang terlalu berat.

Keadaan ini bukan bermaksud seseorang itu malas thormon tiroid boleh menjejaskan tenaga dan fungsi otot, so ia akan menyebabkan aktiviti harian terasa lebih susah daripada biasa. Sebab itulah penting untuk kita tak mengabaikan simptom yang dialami.

Walau bagaimanapun, kita juga tak boleh terus cari alasan dan salahkan hormon tiroid untuk setiap kelemahan yang kita rasa. 

Langkah pertama ialah usaha untuk kawal hormon tiroid dengan rawatan yang diberikan oleh doktor. Bila hormon in control, simptom  otot biasanya boleh bertambah baik, walaupun tahap pemulihan setiap individu adalah berbeza dan mungkin ambil masa.

Pengambilan protein yang cukup juga penting untuk sokong kekuatan dan pemulihan otot. Pada masa yang sama, kalau sakit otot atau kekejangan berterusan, berbincanglah dengan doktor tentang kemungkinan melakukan ujian darah untuk memeriksa tahap kalsium dan vitamin D, sebab kekurangan nutrien tertentu juga boleh memburukkan masalah otot dan tulang. 

Pergerakan ringan tetap boleh membantu. Tak perlu terus melakukan senaman yang berat. Mula dengan walk slowly di dalam rumah dan tingkatkan aktiviti secara beransur-ansur mengikut kemampuan badan. 

Kalau berkesempatan, berjalan-jalan sambil brisk walk di kedai pun boleh menjadi salah satu cara untuk terus aktif. Banyak ribu langkah juga boleh dikumpul tanpa kita sedari.

Thyroid Myopathy: Apabila hormon tiroid menjejaskan kekuatan otot.

Dalam masa yang sama, berehatlah bila badan perlukannya. Tuaman air suam atau urutan ringan mungkin dapat membantu mengurangkan ketiakselesaan bagi sesetengah individu. 

Yang penting ialah belajar mengenali kemampuan badan sendiri dan tak memaksa diri sehingga keadaan menjadi lebih teruk.

Namun, ada simptom yang tak boleh dipandang ringan. Kalau kelemahan otot itu akan menyebabkan seseorang mudah jatuh, mengalami kesukaran menelan atau sesak nafas, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Thyroid myopathy bukan semestinya keadaan yang kekal. Dengan kawalan hormon yang baik, rawatan yang sesuai dan masa, fungsi serta kekuatan otot boleh bertambah baik. 

Mungkin ada yang pulih hampir sepenuhnya dan ada juga yang masih mengalami sedikit simptom, tapi itu tak bermaksud kehidupan sudah terhenti.

Kalau tak dapat pulih sepenuhnya pun tak mengapa. Selagi kita masih mampu menjalani rutin kehidupan dengan baik dan terus bergerak mengikut kemampuan, itu juga satu nikmat yang besar untuk disyukuri.

Jangan abaikan simptom. Jangan terus menyalahkan diri sendiri. Fahami tubuh, teruskan rawatan dan terus berusaha untuk bergerak. InsyaaAllah, perlahan-lahan ada jalan untuk kembali menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Kredit : Grup FB Tiroid dan Anda (ORI). 

20/08/2026

5 cara, tenangkan hari bila diuji.

Setiap orang pasti akan melalui ujian dalam hidup. Itu lumrah kita sebagai manusia biasa. Sedangkan para Nabi dan Rasul pun diberi ujian oleh Allah, inikan pulak kita sebagai hambaNya yang pendosa. Mungkin kita akan diuji dengan pekerjaan, kesihatan, hubungan, kehilangan orang yang disayangi atau perkara yang langsung tak pernah kita jangka.

Bila ujian datang bertubi-tubi, paling tak kita mungkin akan tertanya-tanya pada diri, 

"Kenapa aku?"
"Sampai bila semua ini nak berakhir?"
"Aku dah tak kuat..."

Sebenarnya, tak salah pun kalau kita nak rasa sedih, penat atau kecewa. Kita ni kan manusia. Kita ada hati dan perasaan.

Namun, dalam keadaan hati sedang berat itulah kita perlu belajar untuk kembali kepada Allah. Bukan lari daripada Allah ketika diuji, tapi semakin dekat kepadaNya.

1. Tenangkan diri dan banyak mengingati Allah.

Perkara pertama yang boleh kita lakukan ketika berdepan ujian ialah cuba tenangkan diri.

Jangan terus membuat keputusan ketika emosi sedang memuncak. Tarik nafas perlahan-lahan dan ingat bahawa apa yang sedang berlaku bukanlah sesuatu yang berada di luar pengetahuan Allah.

Allah tahu apa yang kita lalui.
Allah tahu air mata yang kita sembunyikan.
Allah tahu betapa penatnya kita cuba bertahan.

Dalam keadaan hati yang tak tenang, cuba banyakkan zikir dan mengingati Allah. Sebutlah nama Allah perlahan-lahan. Istighfar, selawat dan bacalah ayat-ayat Al-Quran.

Kadang-kadang masalah kita belum selesai, tapi hati kita sudah mula terasa lebih tenang.

Itulah salah satu kekuatan bila kita mengingati Allah.

2. Sabar, walaupun rasanya sangat berat.

Sabar bukan bermaksud kita tak boleh nak sedih, tak boleh menangis.

Sabar juga bukan bermaksud kita kena berpura-pura kuat sepanjang masa.

Sabar ialah terus bertahan dan tak berputus asa daripada rahmat Allah walaupun hati sedang sakit.

Allah mengingatkan bahawa Dia bersama orang-orang yang sabar.

Jadi, kalau hari ini kita sedang melalui sesuatu yang sangat berat, cuba pujuk diri sendiri:

"Aku mungkin tak nampak jalan keluarnya sekarang, tapi Allah nampak."
"Aku mungkin tak faham kenapa ini berlaku, tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untukku."

Kita tak perlu menyelesaikan semuanya dalam satu hari. Ambil satu langkah pada satu masa.

3. Jangan tinggalkan solat.

Walau berat macam mana pun kehidupan kita, jangan tinggalkan solat.

Ketika hati sedang hancur, sujudlah.
Ketika fikiran sedang serabut, sujudlah.
Ketika kita tak tahu kepada siapa hendak mengadu, sujudlah kepada Allah.

Ada perkara yang kita tak mampu nak ceritakan kepada manusia. Tapi kita boleh luahkan semuanya kepada Allah dalam doa.

Selepas solat, ambillah sedikit masa untuk berdoa. Tiak perlu ayat yang terlalu panjang atau susah.

Cakap sahaja kepada Allah dengan hati yang jujur.

"Ya Allah, aku penat."
"Ya Allah, aku tak tahu nak buat apa."
"Ya Allah, tolong kuatkan hati aku."

Allah mendengar.

Dan kadang-kadang, apa yang kita perlukan bukanlah masalah itu hilang sekelip mata, tapi hati yang diberikan kekuatan untuk menghadapinya.

4. Belajar bersyukur dalam ujian. 

Bersyukur masa senang memang mudah.

Tapi bersyukur masa sedang diuji adalah sesuatu yang memerlukan hati yang sangat kuat.

Bukan bermaksud kita kena bersyukur sebab mendapat kesusahan. Tapi kita boleh bersyukur kerana masih mempunyai Allah sebagai tempat bergantung.

Mungkin ujian itu membuatkan kita lebih banyak berdoa.

Mungkin ia membuatkan kita kembali mendirikan solat dengan lebih baik.

Mungkin ia mengajar kita tentang kehidupan.
Mungkin ia menjauhkan kita daripada sesuatu yang sebenarnya tak baik untuk kita.

Dan mungkin juga, ujian itu menjadi jalan untuk kita lebih dekat dengan Allah.

Kita mungkin belum nampak hikmahnya sekarang. Tetapi percayalah, Allah tak pernah melakukan sesuatu dengan sia-sia.

5. Percayalah bahawa Allah ada jalan keluar.

Bila sedang diuji, kita mudah rasa seolah-olah hidup kita sudah tak mempunyai jalan keluar.

Tapi jangan lupa, apa yang nampak buntu bagi kita tak pernah buntu bagi Allah.

Allah tahu jalan yang kita tak tahu.
Allah tahu masa yang kita tak tahu.
Allah tahu apa yang kita perlukan walaupun kita sendiri tak tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

Sebab itu, teruskan berdoa.
Teruskan berusaha.
Teruskan bersabar.
Dan teruskan berharap kepada Allah.

Mungkin jawapan kepada doa kita bukan datang dalam bentuk yang kita bayangkan. Tapi yakinlah bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

5 cara, tenangkan hari bila diuji.

Bila ujian datang, kembalilah kepada Allah. 

Ujian dalam hidup memang tak mudah. Ada hari kita rasa kuat. Ada hari kita rasa sangat lemah. Ada masa kita mampu tersenyum di hadapan orang lain, tapi bila bersendirian, air mata jatuh tanpa mampu ditahan.

Takpe.

Menangislah kalau perlu.

Berehatlah kalau penat.

Tapi, jangan berhenti berharap kepada Allah.

Tenangkan diri. Banyakkan zikir. Bersabar. Jaga solat. Bersyukur dan terus percaya kepada Allah.

Kadang-kadang, ujian bukan datang untuk menghancurkan kita.

Sebaliknya, ujian mungkin jadi jalan untuk kita kembali kepada Allah dengan hati yang lebih dekat, lebih rendah diri dan lebih kuat.

Percayalah, selepas kesusahan ada kemudahan.

Mungkin hari ini kita belum nampak jalan penyelesaiannya.

Tapi teruskan melangkah.

Kerana Allah sentiasa ada.

Dan bila kita kembali kepada Allah ketika diuji, in syaa Allah hati akan menjadi lebih lapang dan kita akan dipimpin untuk menemukan jalan keluar yang terbaik.

Jangan berputus asa. Allah tahu apa yang sedang kita lalui. Dan Allah tahu bila masa yang terbaik untuk mengubah keadaan kita.

19/08/2026

Cara berpakaian untuk wanita 40 tahun ke atas supaya nampak lebih muda.

Kebanyakan wanita bila masuk usia 40 tahun ke atas mula rasa sedikit keliru dan hilang arah tentang cara berpakaian. Ada yang main taram je asal sedap matanya memandang. Semua nak nampak kemas dan matang, tapi dalam masa yang sama tak nak nampak terlalu tua.

Sebenarnya, umur bukan penghalang untuk tampil cantik, bergaya dan nampak lebih muda. Yang penting ialah bagaimana kita memilih pakaian dan menggayakannya.

Untuk wanita 40 tahun ke atas, tak perlu pun pakai fesyen yang terlalu muda atau mengikut semua trend terkini. Cukup dengan memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk badan, warna yang menaikkan seri wajah dan gaya yang nampak moden. 

Hasilnya, penampilan akan nampak lebih fresh tanpa kelihatan seperti cuba terlalu keras untuk nampak muda. Salah satu cara paling mudah ialah bermain dengan warna. Warna seperti dusty pink, soft blue, sage green, lilac, peach lembut, cream dan beige boleh memberikan wajah nampak lebih lembut dan berseri. 

Kalau suka warna gelap seperti hitam, navy atau coklat, boleh juga dipakai, tapi cuba padankan dengan tudung atau aksesori dalam warna yang lebih cerah supaya keseluruhan penampilan tak nampak terlalu berat.

Dari segi potongan pula, jangan terlalu fokus kepada pakaian yang ketat. Pada usia 40 tahun ke atas, pakaian yang sedikit longgar tapi masih mempunyai bentuk biasanya nampak jauh lebih cantik. 

Kurung moden potongan A-line, blouse yang jatuh cantik, kemeja regular fit, palazzo dan wide-leg pants antara pilihan yang mudah digayakan. 

Cuma satu perkara yang perlu diingat, pakaian longgar tak semestinya terlalu besar. Pilih saiz yang selesa tapi masih nampak kemas pada badan.

Ramai juga yang fikir wanita 40 tahun ke atas perlu mengelakkan pakaian bercorak. Sebenarnya tak begitu. Corak batik moden, floral bersaiz sederhana, corak geometrik atau jacquard dengan motif yang tak terlalu sarat boleh membuatkan penampilan nampak lebih menarik. 

Malah, batik moden sangat sesuai untuk wanita matang sebab ia memberikan sentuhan feminin, anggun dan eksklusif tanpa nampak terlalu formal.

Cara berpakaian untuk wanita 40 tahun ke atas supaya nampak lebih muda.

Pemilihan tudung juga boleh mengubah keseluruhan penampilan. Kalau mahu nampak lebih fresh, cuba pilih tudung plain dalam warna yang sesuai dengan tona pakaian. 

Gaya tudung yang ringkas dan kemas biasanya nampak lebih moden berbanding lilitan yang terlalu banyak. Biarkan tudung jatuh lembut di bahu dan elakkan terlalu banyak kerutan di sekitar wajah.

Begitu juga dengan kasut. Tak semestinya perlu memakai kasut bertumit tinggi untuk nampak bergaya. Flat shoes yang sleek, loafers, low heels atau sneakers putih pun boleh menghasilkan penampilan yang moden. 

Padankan dengan handbag yang mempunyai bentuk kemas dan tidak terlalu sarat dengan aksesori. Kadang-kadang perubahan kecil pada kasut dan beg sahaja sudah boleh membuatkan outfit nampak lebih muda.

Untuk makeup pula, konsep yang paling sesuai ialah ringkas dan natural. Base yang ringan, kening yang kemas, sedikit blush dan warna lipstick yang lembut seperti rosy atau peach sudah cukup untuk memberikan wajah nampak segar. 

Makeup yang terlalu tebal kadang-kadang boleh membuatkan wajah nampak lebih matang daripada usia sebenar.

Paling penting, jangan terlalu risau tentang nombor pada usia. Wanita 40 tahun ke atas sebenarnya berada pada fasa yang sangat cantik sebab sudah tahu apa yang sesuai dengan diri sendiri. Tak perlu ikut semua trend dan tak perlu pakai sesuatu hanya sebab orang lain nampak cantik memakainya.

Cukuplah pilih pakaian yang membuatkan kita rasa selesa, yakin dan cantik bila melihat diri sendiri di cermin. Bila pakaian kemas, warna sesuai, tudung tersusun dan gaya keseluruhan nampak fresh, aura muda itu akan datang dengan sendiri.

So, kalau usia sudah 40 tahun ke atas, jangan takut untuk bergaya. Kita bukan mahu nampak seperti umur 20an. Kita cuma mahu nampak lebih fresh, moden, anggun dan yakin dengan usia sendiri. Itulah sebenarnya gaya yang paling cantik.

13/08/2026

Bohong tetap bohong, besar atau kecil ia tetap merosakkan kepercayaan.

“Alah, bohong kecil je…”

Pernah tak kita dengar ayat macam ni? Atau mungkin tanpa sedar, kita sendiri pernah menggunakannya untuk membenarkan sesuatu yang kita tahu sebenarnya tak benar. Hurmm.... 

Ramai orang anggap penipuan hanya salah bila ia melibatkan perkara besar. Kalau sekadar menyembunyikan perkara kecil, ubah sikit cerita atau bagi alasan yang tak tepat, ia dianggap tak begitu serius. Tapi hakikatnya, besar atau kecil sesuatu hal itu, bohong tetap bohong.

Sebab yang membuatkan sesuatu penipuan itu menyakitkan bukan semata-mata tentang apa yang dibohongkan. Yang lebih berat ialah bila kepercayaan seseorang terhadap kita dipermainkan.

Bayangkan seseorang yang selama ini kita percaya. Kita percaya kata-katanya, kita percaya penjelasannya dan kita percaya bahawa dia akan bercakap benar dengan kita. Kemudian kita tahu yang selama ini ada perkara yang disembunyikan atau tak diceritakan dengan jujur.

Mungkin perkara itu nampak kecil pada orang yang berbohong. Tapi bagi orang yang ditipu, persoalannya bukan lagi tentang perkara kecil tersebut.

Persoalannya ialah, “Kalau yang ini pun sanggup dibohongkan, apa lagi yang aku tak tahu?” Di situlah kepercayaan mula retak.

Kepercayaan sebenarnya dibina daripada perkara-perkara kecil. Cara kita bercakap, cara kita menepati janji, cara kita mengakui kesilapan dan yang paling penting, keberanian kita untuk berkata benar walaupun kebenaran itu mungkin tak menyenangkan.

Begitu juga dengan penipuan. Ia mungkin bermula dengan perkara kecil. “Tak nak dia marah.” “Tak nak gaduh.” “Benda kecil je.” “Nanti aku cerita.” 

Tapi bila perkara seperti ini jadi kebiasaan, lama-kelamaan seseorang akan mula tertanya-tanya, “Mana satu yang boleh aku percaya?”

Dan bila kepercayaan sudah hilang, meminta maaf sahaja kadang-kadang tak cukup untuk mengembalikannya seperti dahulu.

Bukan bermaksud kita semua perlu sempurna dan tak pernah melakukan kesilapan. Kita manusia. Kita boleh tersilap, terlupa atau membuat keputusan yang tak tepat. Tapi ada perbezaan besar antara melakukan kesilapan dan memilih untuk menipu.

Kalau tersilap, akui. Kalau terlupa, beritahu. Kalau takut untuk berkata benar, cari keberanian untuk menghadapinya. Mungkin kejujuran itu menyakitkan pada awalnya, tapi sekurang-kurangnya kita tak menambah satu lagi luka dengan penipuan.  Kadang-kadang kita terlalu takut kehilangan seseorang sehingga pilih untuk berbohong. Ironinya, penipuan itulah yang akhirnya boleh menyebabkan kita kehilangan mereka.  Jadi, sebelum kita berkata, “Bohong kecil je…”, fikir semula.  Mungkin bagi kita ia kecil. Tapi bagi seseorang yang meletakkan kepercayaan kepada kita, kesannya mungkin jauh lebih besar daripada yang kita sangka.

Kalau tersilap, akui. Kalau terlupa, beritahu. Kalau takut untuk berkata benar, cari keberanian untuk menghadapinya. Mungkin kejujuran itu menyakitkan pada awalnya, tapi sekurang-kurangnya kita tak menambah satu lagi luka dengan penipuan.

Kadang-kadang kita terlalu takut kehilangan seseorang sehingga pilih untuk berbohong. Ironinya, penipuan itulah yang akhirnya boleh menyebabkan kita kehilangan mereka.

Jadi, sebelum kita berkata, “Bohong kecil je…”, fikir semula.

Mungkin bagi kita ia kecil. Tapi bagi seseorang yang meletakkan kepercayaan kepada kita, kesannya mungkin jauh lebih besar daripada yang kita sangka.

Big or small, lies are lies.

Kerana dalam hubungan apa pun, keluarga, persahabatan, pasangan atau tempat kerja kejujuran mungkin tak menjadikan semuanya sempurna.

Tapi tanpa kejujuran, bagaimana kita mahu membina kepercayaan yang benar-benar kukuh? Jujur mungkin sakit sekejap. Tapi penipuan boleh meninggalkan luka yang lama. 

10/08/2026

Pasti ada…

Kadang-kadang kita tengok seseorang itu selalu ceria. Senyum tak pernah lekang, suka bergurau dan nampak macam hidupnya baik-baik sahaja. Tapi kita tak pernah tahu apa yang sebenarnya berlaku di sebalik senyuman itu.

Ada orang yang nampak sangat bahagia... 

Tapi sebenarnya sedang menyembunyikan rasa sakit. Dia mungkin ketawa bersama kawan-kawan, aktif di media sosial dan nampak macam takde masalah. Namun bila dia bersendirian, mungkin ada perkara yang sedang dia fikirkan dan tanggung seorang diri.

Begitu juga dengan orang yang nampak diam.

Jangan cepat anggap dia sombong atau tak nak berkawan. Mungkin sebenarnya ada terlalu banyak perkara yang dia nak luahkan, tapi dia sendiri tak tahu macam mana nak mengatakannya. Kadang-kadang, diam itu bukan sebab takde cerita. Tapi sebab terlalu banyak yang tersimpan.

Yang selalu menguatkan orang lain pun boleh rasa lemah. 

Kita mungkin pernah kenal seseorang yang selalu memberikan kata-kata semangat. Bila orang lain ada masalah, dialah yang akan berkata:

"Sabar, semuanya akan baik-baik saja."
"Jangan putus asa."
"Kena kuat."

Tapi kita terlupa bahawa orang yang selalu menyuruh orang lain supaya kuat juga seorang manusia.

Dia pun boleh penat.
Dia pun boleh kecewa.
Dia pun ada masa rasa tidak mampu.

Kadang-kadang dia terlalu biasa jadi tempat orang lain bersandar sampai tak tahu kepada siapa pula dia boleh bersandar bila dirinya sendiri sedang lemah.

Orang yang suka menghiburkan orang lain juga mungkin sedang bersedih. 

Ada orang yang kehadirannya sentiasa buat orang lain ketawa. Dia suka buat lawak, suka menceriakan suasana dan sentiasa cuba memastikan orang di sekelilingnya tidak berasa sedih.

Tapi mungkin di sebalik semua itu, dia sedang menyimpan kesedihan yang sangat dalam. Bukan semua kesedihan perlu ditunjukkan dengan air mata.

Ada kesedihan yang disembunyikan melalui senyuman.
Ada luka yang ditutup dengan gurauan.

Dan ada rasa penat yang hanya diketahui oleh dirinya sendiri.

Pasti ada…

Jadi, jangan terlalu cepat menilai seseorang. 

Kita hanya melihat sebahagian kecil daripada kehidupan seseorang. Kita tak tahu apa yang dia lalui sebelum bertemu dengan kita, apa yang sedang dia fikirkan selepas berpisah dengan kita atau apa yang dia simpan jauh di dalam hati.

Sebab itu, berbuat baiklah walaupun kita tak tahu seseorang itu sedang melalui apa.

Tanya khabar.
Dengar bila mereka mahu bercerita.
Jangan cepat menghukum.

Dan yang paling penting, jangan anggap seseorang sentiasa baik-baik saja hanya kerana dia kelihatan ceria.

Kadang-kadang satu soalan ringkas seperti, “Awak okay ke?” boleh membuatkan seseorang rasa bahawa masih ada orang yang mengambil berat tentang dirinya.

Kita mungkin tak mampu menyelesaikan masalah orang lain. Tapi kita boleh jadi seseorang yang membuatkan mereka rasa mereka tak perlu menghadapi semuanya seorang diri.

Kerana hakikatnya, setiap orang sedang berjuang dengan sesuatu yang mungkin tidak kita nampak.

Jadi, kalau hari ini kita nampak seseorang tersenyum, doakan dia. Kalau nampak seseorang diam, jangan terus menghukum. Kalau ada seseorang yang selalu menguatkan kita, sesekali tanyakan pula keadaan dirinya.

“Kau sendiri macam mana? Betul-betul okay ke?”

Mungkin soalan yang nampak kecil itu sebenarnya sangat bermakna. 

06/08/2026

Salah ke seorang isteri cemburu?

"Kalau sayang, mestilah cemburu..."

Ayat ini memang selalu kita dengar. Ramai yang anggap cemburu itu bukti kasih sayang. Sebenarnya, perasaan cemburu benda normal je. Lebih-lebih lagi bila kita sangat menghargai seseorang atau pasangan kita dalam hidup. 

Seorang isteri yang cemburu bukan bermaksud dia lemah, mengongkong atau tak matang. Dia cuma takut kehilangan orang yang paling dia sayang.

Namun, tak semua cemburu itu membawa kebaikan. Ada cemburu yang membuatkan hubungan jadi lagi erat sebab masing-masing lebih menghargai pasangan. 

Tapi ada juga cemburu yang kalau dibiarkan tanpa kawalan boleh bertukar jadi syak wasangka, pergaduhan dan akhirnya merosakkan kebahagiaan rumah tangga.

Hakikatnya, seorang isteri juga mempunyai hati dan perasaan. Bila suaminya terlalu mesra dengan wanita lain, selalu menyembunyikan sesuatu atau kurang beri perhatian, dah tentu akan timbul rasa tak selesa. 

Perasaan itu tak salah. Yang penting ialah bagaimana perasaan tersebut diuruskan. Daripada terus memendam atau membuat andaian sendiri, lebih baik berbincang secara baik dengan pasangan. 

Luahkan apa yang dirasai tanpa meninggikan suara atau menuduh. Kadang-kadang suami sendiri pun tak sedar yang tindakannya telah membuatkan isteri rasa tak dihargai.

Pada masa yang sama, seorang isteri perlu bagi ruang pada suami untuk menjelaskan keadaan. Jangan terlalu cepat percaya khabar angin atau terus buat kesimpulan tanpa bukti yang kukuh. 

Salah ke seorang isteri cemburu?

Kepercayaan adalah asas yang sangat penting dalam sesebuah perkahwinan. Kalau kepercayaan mula hilang, hubungan akan jadi semakin sukar untuk dipulihkan.

Suami jugak perlu memainkan peranan besar dalam menjaga hati isteri. Perkara yang mungkin dianggap kecil seperti memberitahu ke mana hendak pergi, menjaga batas pergaulan dengan wanita lain dan sentiasa menghargai isteri sebenarnya mampu memberikan rasa tenang dalam hati seorang isteri. 

Kadang-kadang, seorang isteri bukan mahukan hadiah yang mahal. Dia hanya mahu rasa dihargai, diyakini dan diberi keutamaan.

Cemburu yang lahir kerana sayang bukanlah satu kesalahan. Ia akan mula jadi masalah bila rasa cemburu itu menguasai fikiran sehingga menyebabkan pergaduhan yang berpanjangan, mengawal setiap pergerakan pasangan atau sentiasa hidup dalam syak wasangka.

Rumah tangga yang bahagia bukan bermaksud takde rasa cemburu. Sebaliknya, pasangan yang bahagia ialah pasangan yang tahu bagaimana mengurus emosi, saling memahami dan sentiasa memilih untuk berkomunikasi daripada terus menyimpan rasa.

So, kalau hari ini seorang isteri berasa cemburu, jangan terus menghukum dirinya. Tanya dahulu apa yang menyebabkan perasaan itu muncul. Adakah kerana kurang perhatian, kurang komunikasi atau sekadar salah faham yang boleh diselesaikan dengan berbincang dari hati ke hati?

Cemburu itu mungkin tanda sayang. Tapi kasih sayang yang sebenar bukan hanya diukur melalui rasa cemburu. Ia lebih terserlah melalui kepercayaan, kejujuran, saling menghormati dan usaha untuk menjaga hati pasangan setiap hari.

Bila semua itu ada, insyaaAllah rumah tangga akan lebih tenang, lebih bahagia dan lebih diberkati.

Apa pendapat korang pulak? 

05/08/2026

Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS.

Semalam Aaira join pertandingan netball untuk Alpha Gen Talent KEMAS. Dulu kita kenal sebagai Hari Potensi je. Sekarang dah bertukar jadi Alpha Gen Talent. Biasalah... zaman sekarang semua benda kena bunyi canggih sikit. Kalau tak ada perkataan "Gen", "Talent" atau "AI", macam tak up to date pulak kan.  Hihi.

Sebelum diorang main, diorang join perbarisan untuk kontijen dun Banting. Tema mangosteen, memang meriah dengan purple pink di sana sini. Maskot pun kemain comel. Cikgu, atlet dan ppms semua join. Ramai jugak yang join kali ni. Dari kontijen dun Banting je dah 80 lebih orang. 

Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS.
Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS. 

Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS.
Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS. 

Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS.
Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS. 

Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS.
Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS. 

Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS.
Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS. 

Berbalik kepada game netball yang Aaira join ni, Aaira masih kekal di posisi kegemaran dia iaitu center (C). Sama macam masa dia wakil team PASTI dulu. 

So, bab peraturan permainan tu memang dah tak ada masalah. Boleh kata dah hafal dan tau dah siapa boleh masuk mana, siapa kena jaga siapa.

Cuma entah kenapa, kali ni nampak dia macam kurang semangat sikit. Mungkin penat kot atau mungkin masih tengah cari mood. 

Biasalah budak-budak, ada hari diorang bersemangat, ada hari semua benda tak nak buat, ada hari diorang lebih tenang. Yang penting dia tetap habiskan permainan sampai tamat.

Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS.
Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS. 

Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS.
Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS. 

Rezeki kali ni belum berpihak pada team Aaira. Diorang tak berjaya bawa pulang hadiah utama dan sekadar menerima hadiah saguhati. Takpe, bagi cikla itu bukanlah perkara yang paling penting.

Bagi seorang ibu, pengalaman yang anak-anak dapat sepanjang menyertai pertandingan macam ni jauh lebih berharga. 

Dari situ diorang belajar macam mana nak bekerjasama dalam satu pasukan, belajar terima kekalahan dengan hati terbuka dan paling penting belajar untuk terus bangkit serta cuba lagi.

Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS.
Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS. 

Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS.
Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS. 

Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS.
Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS. 

Menang memanglah seronok kan, tapi kalah pun sebenarnya satu proses pembelajaran. Manalah tahu, ada rezeki boleh join lain game macam ni lepas ni.  Yang penting terus berusaha dan jangan mudah putus asa.

Apa pun, cikla bangga dengan Aaira sebab berani mencuba dan beri yang terbaik. Harap lepas ni dia makin yakin, makin bersemangat dan terus mencipta banyak lagi kenangan manis sepanjang zaman sekolah dia. 

Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS.
Kisah Aaira di Alpha Gen Talent KEMAS. 

Setiap pengalaman hari ini, insyaaAllah akan jadi memori yang buat dia tersenyum bila dikenang nanti.

04/08/2026

Dari risau ke lega, alhamdulillah!

Dah lama betul cikla tak share kisah pasal thyroid kan. Hari ni rasa nak update sikit perjalanan cikla untuk korang yang mungkin tau, follow dan support dari dulu cikla mula sharing kat blog ni. Apa pun, thanks korang. 

Kisahnya, pagi tadi cikla ada appointment rutin dekat IKN. Pejam celik, pejam celik dah 9 tahun cikla ulang alik ke sini. Alhamdulillah sekarang ni dah tak perlu kerap sangat, appointment pun dah jadi setiap 4 bulan sekali. Next checkup bulan 12 nanti pula.

Dari risau ke lega, alhamdulillah!
Dari risau ke lega, alhamdulillah!

Apa yang buat cikla lega, doktor bagitahu setakat ni tak ada apa yang perlu dibimbangkan. Syukur sangat. Result thyroglobulin (TG) pun nampak trend makin menurun, dari 0.4 turun ke 0.2. Bacaan lain pun semua okay dan memuaskan. Dengar je doktor bagitau macam tu, rasa satu beban hilang dari bahu. Alhamdullilah. 

Masa jumpa doktor tadi, ada juga sembang pasal kemungkinan untuk ambil RAI (radioactive iodine). Ini sebab result ultrasound sebelum ni ada nampak macam ketulan kecil yang baru. Tapi kecil sangat.
 
PET scan pun dah buat sebelum ni dan tak ada apa-apa penemuan pelik di mana-mana bahagian badan lain. Itu pun satu kelegaan besar sebenarnya. Syukurlah. 

Cuma lately ni cikla perasan bahagian leher sebelah kiri rasa macam tak selesa sikit. Kadang sakit, kadang okay. Tapi bila check sendiri, tak ada pula rasa ketulan atau biji. 

Jadinya, cikla pun minta doktor setkan date ultrasound untuk double check. Doktor pun setuju dan dia kata nanti mereka akan tengok result terbaru nanti, compare dengan yang sebelum ni. 

Kalau ada perubahan yang tak best, kemungkinan akan proceed dengan rawatan RAI. Buat masa sekarang, cikla follow je plan doktor. Kita buat mana yang terbaik, selebihnya tawakal. 

Kadang-kadang memang akan rasa risau tu ada, tapi cikla cuba fokus pada benda yang positif. Korang doakan cikla ye. Support korang tu sebenarnya sangat bermakna untuk cikla terus kuat dan positif.

Dari risau ke lega, alhamdulillah!
Dari risau ke lega, alhamdulillah!

Lepas settle semua, macam biasalah… cikla reward diri sikit. Singgah layan kopi blended. Coffee lover memang tak boleh miss! Duduk sekejap, tenangkan fikiran, baru rasa lengkap hari tu.

Nanti cikla share lagi cerita lain ya. Babai. 

03/08/2026

Tak buat apa-apa, tapi dibenci?

Pernah tak korang rasa pelik bila ada orang tiba-tiba macam tak suka korang, padahal korang tak pernah buat apa-apa pun pada dia? 

Tak pernah bercakap, tak pernah bergaduh, tapi vibe dia memang lain macam. Rasa tak selesa, rasa macam korang ni ada buat salah, walhal sebenarnya tak pun. 

Soalan paling common: “Kenapa ya dia tak suka aku?”

Sebenarnya, benda ni memang wujud pun. Dan yang penting untuk korang faham, bukan semua yang orang rasa tentang korang tu datang daripada korang. 

Kadang-kadang, semuanya bermula dengan persepsi awal. Mungkin cara korang bercakap, gaya korang atau ekspresi muka korang tak kena dengan selera dia. First impression tu memang kuat, walaupun belum kenal pun lagi.

Tak buat apa-apa, tapi dibenci?

Ada juga situasi di mana perasaan tu datang daripada insecurity orang lain. Bila dia nampak kita happy, confident atau ada sesuatu yang dia rasa dia tak ada, secara tak sedar dia mula rasa tak selesa. 

Lepas tu, timbul rasa tak suka, bukan sebab kita buat salah, tapi sebab dia tengah struggle dengan perasaan dia sendiri.

Selain tu, salah faham kecil pun boleh jadi punca. Kadang korang tak perasan pun apa yang korang buat, tapi orang lain tafsir lain. 

Lagi satu yang ramai tak sedar ialah projection, iaitu bila seseorang pernah ada pengalaman buruk dengan orang lain, dia “tumpahkan” perasaan tu pada korang walaupun korang tak ada kena mengena.

Dan ya, ada juga benda yang paling simple: tak semua orang akan serasi dengan kita. Macam korang juga, bukan semua orang korang boleh klik. Itu normal.

Jadi kalau korang tengah lalui benda ni, jangan terus salahkan diri sendiri. Jangan overthink sampai rasa diri tak cukup baik. Kadang-kadang, korang tak perlu pun disukai oleh semua orang.

Apa yang lebih penting jaga cara korang layan orang, kekalkan sikap baik dan fokus pada orang yang hargai kehadiran korang.

Tak buat apa-apa, tapi dibenci?

Akhirnya, hidup ni bukan tentang buat semua orang suka korang. Tapi tentang jadi diri sendiri dan dikelilingi oleh orang yang betul-betul ikhlas. 

Kalau ada yang tak suka tanpa sebab? Tak apa, biarkan je. Itu mungkin cara hidup “menapis” siapa yang patut stay dalam circle korang. Begitulah.