Senarai menu khas untuk mereka yang perlu berpantang low diet iodine untuk rawatan RAI (kanser tiroid).
Esok, tempoh berpantang low diet iodine untuk cikla pun bermula dan ia berlangsung selama 2 minggu. Dulu, masa first RAI memang blur jugak sebab tak tau nak makan apa. Iyelah kan, pertama kali. Lepas tu, kurang pendedahan dan ilmu pulak tu.
Bukan apa, takut terlanggar pantang, dah tak boleh nak proceed RAI. Kena tukar date lain pulak. Lagi satu, takut RAI tak berkesan jugak nanti. Tak kiralah dos tinggi atau rendah, syarat sebelum RAI tetap sama.
Sebelum tu, cikla nak share dengan korang apa yang perlu dielakkan semasa menjalani tempoh low diet iodine, antaranya:
- Makanan laut termasuklah ikan, pelbagai seafood, kerang, dan rumpai laut.
- Garam beriodin dan makanan bergaram tinggi yang mengandungi iodin. Gunalah garam tanpa iodin.
- Makanan dalam tin/makanan diproses.
- Makanan diawet, seperti ikan masin, ikan pekasam, belacan, budu, cencaluk dan sebagainya.
- Kicap dan makanan yang mengandungi pewarna merah seperti sos cili dan tomato.
- Roti komersial seperti pizza dan roti bergaram tinggi.
- Semua hasil tenusu termasuklah susu, krim masam, keju, yogurt, mentega dan aiskrim.
- Coklat dan gula-gula.
- Sayur bayam.
- Kuninv telur.
- Produk soya, mee kuning, sayur hijau, madu, kacang, kopi (minum air putih ajelah... Selamat).
- Kentang goreng dan makanan yang mengandungi kulit ubi kentang.
- Vitamin.
- Ubat batuk yang mengandungi iodin.
So, lepas ni kita kena buka sikit minda kita sebab apa yang kita tak tau, sebenarnya menu yang kita boleh makan sepanjang tempoh berpantang ni ada pelbagai.
Cuma dengan syarat, dalam menu tersebut kenalah elakkan bahan yang dilarang pengambilannya seperti yang cikla share kat atas tu.
Korang nak tau tak apa senarai menu yang korang boleh cuba sepanjang tempoh berpantang makan ni. Jom semak.
![]() |
Gambar diubahsuai dari carian Google. |
Berikut adalah senarainya. Cara masak sama je macam korang masak sebelum ni, tapi macam cikla cakap kena elakkan dari 'bahan larangan' lah.
- Ayam masak lemak kuning dengan rempah ketumbar.
- Kari ayam.
- Ayam masak merah (tapi jangan letak sos. Guna bahan asas je, cili kering, bawang merah, putih, halia).
- Ayam kukus cicah cili api cuka. Kalau korang nak tukar cuka dengan air asam jawa pun sedap jugak.
- Ayam panggang/goreng. (Caranya : Buat gula hangus pastu didihkan dengan air yang ditambah dengan serai, bawang putih dan daun pandan. Lepas tu, masukkan ayam (seekor). Then, rebus ayam sampai warna ayam tu jadi gelap sekata. Kemudian, barulah ayam itu dipanggang atau digoreng. Memang sedap dan lembut berjus je).
- Pais ayam. Yang ni macam kita buat pais ikan tu. Cuma ikan ditukar dengan ayam je.
- Ayam masak ungkep.
- Ayam masak halia.
- Asam pedas ayam.
- Ayam goreng kunyit.
- Ayam masak serai.
- Ayam masak dengan asam jawa.
- Rendang ayam.
- Sup ayam.
- Ayam goreng berempah.
Ini adalah sebahagian saja, pun dah banyak dah kan. Kiranya, cukuplah nak tukar-tukar menu sampai nak RAI nanti.
Pokoknya, malas dengan rajin je. Kalau malas, buat ayam goreng kunyit sudah. Hehe.
Walaupun kebanyakan menunya berasaskan ayam, tapi sesekali boleh je kalau korang nak tukar dengan daging (pendek kata asalkan bukan ikan dan seafood). Telur pun boleh, tapi putih telur je tau kuning tak boleh.
Apa yang penting, lepas ni korang bolehlah menjalani tempoh berpantang ini dengan hati yang gembira tanpa stress nak fikir apalah nak makan kan. Takdelah asyik biskut roti biskut roti je. Hehe.
40 التعليقات
Gituuu. Sorry cikla, asalnya tak tahu kenapa kena low iodine diet dalam previous post.
ردحذفMoga dipermudahkan semuanya
Semoga dipermudahkan segala urusan cikla
ردحذفBaguslah perkongsian cikla ini.. Semoga dipermudahkan urusan cikla ye..
ردحذفsemoga terus kuat cikla...suka baca kisah cikla...simpati jugak..bgus la share supaya semua tahu...dan kuat sperti cikla jugak !
ردحذفroti putih leh makan ke cikla
ردحذفBoleh, sebab masa dlm ward sblm wbs pernah dpt roti. Tp roti kosong lah. Roti bergaram tinggi macam donut, roti pizza, dan sewaktu dgnnya tak boleh.
حذفMaksudnya kalau roti gardenia yg putih yg biasa tu blh la?
حذفYe. Tp hadkan sehari 2 keping saja sbb dlm roti kan ada yis
حذفBaru jumpa blog ni. Hari tu stress la jga sbb xtau apa yg bole dimkn.. jadi trima kasih sbb kongsi menu. Sy start pantang iodin hari ni.. TQ ya
ردحذفSama2 Zaza. Pertama kali ke? Btw, semoga dipermudahkan ye...
حذفAssalam cikla..sy nk tnya..garam beriodin tu mksd nya garam yg mcm mna? N garam mcm mana yg kita blh ambil?
ردحذفWaalaikumsalam. Sebenarnya masalah garam ni timbul bila kita berpantang LOW DIET IODINE 2 minggu sebelum kita jalani rawatan RAI.
حذفKalau kita tak buat rai, boleh je nak guna garam beriodine atau tak untuk masakan kita. Saya sendiri guna garam bukit yg warna pink tu utk masak. Cuma kalau nak rai je sana guna garam biasa tu.
Garam beriodine biasanya ada di tulis di luar pek. Garam bukit, garam buluh adalah conto garam beriodin.
Garam biasa yg kita guna untuk masak tu, biasa yang murah tu mmg ada iodin tp ia semulajadi dan bkn ditambah semasa pemprosesannya. Tp apa yang terbaik guna sesederhana mungkin...
Assalam cikla..sy nk tnya..garam yg beriodin ni garam yg mcm mana ye? N garam tanpa iodin tu yg mcm mana yg kita blh ambil?
ردحذفDi pasaran memang ada dijual garam tanpa iodin tapi nak jumpanya memang agak sukar sebab bukan semua kedai jual. So, nak senang dan drpd pening2 fikir, guna garam biasa yang murah tu je... Senang!
حذفOuhhh macam tu..faham2..tq cikla😘
حذفSama2. Awk kena rai ke?
حذفAah..bulan 11 thun lepas dh kena minum sekali yg dos tinggi..bulan 7 ni kena minum lg sekali tp yg dos kecil je
حذفTerima kasih..byk membantu
ردحذفBiskut boleh makan ker
ردحذفBoleh lemak cth biskut hupseng . Tp kalo roti had kan sehari 2 keping jek, sbb dlm roti kan ada ragi/yis
حذفassalam sis.. nak tanye.. lpas buat RAI tu kna pntang mkn jgk ke?
ردحذفWaalaikumsalam. Kalau rai kanser, lepas wbs dah boleh makan mcm biasa. Tapi, seafood kenalah hold dulu.
حذفKalau rai hyper slps dua jam minum dah boleh mkn mcm biasa. Cuma digalakkan utk elakkan seafood sampai habis rai. Lama sikit pun tak pe.. Biar lebih berkesan rai yg kita buat tu
assalam... nak tanye.. slps buat RAI tu still kna pntg makan jgk ke?
ردحذفDah habis rai, dan lepas WBS dah bole mkn mcm biasa dh. Sebab dh on thyroxine kan
حذفTime kasih atas perkongsiaan yg bermanafaat nie..
ردحذفTq atas perkongsian. Mmg sgt bermanfaat.pening juga fikir nk mkn apa dlm pantang RAI ni.
ردحذفSama2
حذفTerima kaseh atas perkongsian.boleh sy tahu buah ataw minuman yg boleh dmkm sblum rawatan RAI
ردحذفAssalam cikla..sy nk tnya..sy kurang jelas yg psl xblh makan benda berwarna merah tu..mksdnya yg xblh tu klau mmggunakan pewarna merah je ke atau semua makanan yg brwarna merah mcm cili merah, tembikai ape semua tu?
ردحذفWaalaikumsalam aini sorry lmbt reply. Bz sikit lately.
حذفMkn Yg ada pewarna merah mcm Sos cili, sos tomato.. Sbb pewarna tu ada iodine.
Kalau sos tomato buat sendiri.. Bolehlah.. Tomato blend.. Cili blend.
Pewarna dan pengawet ada kandungan Iodine.
Xpe cikla faham hehe..ouhhh mcm tu faham2 terima kasih😊
حذفTq cikla atas perkongsian.. entri yg sgt2 berguna bagi pesakit2 tiroid.. semoga Allah memberkati cikla.. aaamin...
ردحذفSlm cikla saya nk tnya santan blih guna tk dlm masakn
ردحذفBuburkacang hijau bolih mkn
Lps buat rai saya pernh dibgi mkn buburkcg
Terima kasih Cik La atas info di atas. Sedang buat LID. Tapi memang tak de selera nak makan nasi. Baru nak tanya biskut lemak Jacob tu boleh tak makan. Alhamdulillah dah terjawab. RAI awal bulan depan. Plan nak spend time baca blog cikla masa isolation.
ردحذفAssalamualaikum cik la nk Tanya. Roti yg mcm mne ye, boleh mkn?
ردحذفroti putih gardenia tu boleh. tp kena hadkan sehari amik 2 keping sebab dlm roti kan ada yis.
حذفAssalamualaikum...nak tanya buah dan sayur apa kita boleh makan
ردحذفWaalaikumsalam.
حذفPantang UTK RAI KANSER :
(RAI Hypertiroid pun boleh ikut jugak)
- SEBARANG MAKANAN YANG MENGANDUNGI GARAM LAUT YANG MEMPUNYAI IODINE ( garam yang tidak mengandungi iodine boleh digunakan )
- PRODUK TENUSU (susu,keju,krim,yogurt,mentega,marjerin, ais kerim,coklat dan sebagainya)
- KUNING TELUR (putih telur dibenarkan)
- MEE KUNING
- MAKANAN LAUT ( ikan ,kerang,rumpai laut,udang,ketam)
- MAKANAN YG MENGANDUNGI BAHAN PENGAWET YG BERASASKAN MAKANAN LAUT ( jelly,agar-agar,karagenan,algin)
- MAKANAN YANG DIAWET DENGAN GARAM LAUT TAIRU ( susu masam ) dan MAKANAN RINGAN.
- MAKANAN SEGERA (ham-is a pork, lox- fillet of brined salmon, sosej,daging kornet- corned beef, cip kentang.)
- PRODUK ROTI KOMMERSIAL yang mengandungi doh iodate (donut,semua jenis roti dan kek)
- MOLASSES -gula merah,madu,gula perang atau gula melaka.
- PRODUK SOYA ( kicap soya,susu soya,taufu)
- KEKACANG ( kacang tanah,kacang merah,kacang hijau dan sebagainya.
- KOPI.
- SAYUR-SAYUR HIJAU.
- KULIT KENTANG ( kentang yg telah dikupas kulit dibenarkan)
- KOBIS,SAYUR SADERI,BUNGA KOBIS.
- UBAT MULTIVITAMIN ( dibenarkan mengambil vit D dan pil kalsium sahaja)
- UBAT BATUK.
- UBAT HERBA TRADISIONAL ATAU UBAT-UBATAN HERBA. (Jika ada)
Sumber: Risalah Hospital
Selain dr yg takde dlm list kat atas, boleh.
Nk tya.. kalo kentang tak boleh ke
ردحذفKalau kentang yang dikupas kulit, boleh.
حذف