My pregnancy story : Alhamdullillah, rezeki....

By Cikla Shahril - December 30, 2015

Rasanya macam terlalu awal pulak cikla nak share 'cerita' ni kat korang semua. Tapi, tak salah kot sebab cerita gembira kan. Korang agak-agak apa ceritanya ye? Hehehe. 

Setakat ni keluarga cikla (emak abah dan adik beradik dah tau cerita ni). Suami cikla bising jugak, dia kata awal lagi, tak payah nak heboh-heboh dulu. Nanti jadi macam dato CT. Ala, itu semua, rezeki kan. Semua Allah dah tentukan. Apa yang penting kita doakan yang baik baik aje. Aamiin.

Ermmm, sebenarnya cikla rasa cikla pregnant lagi. Kalau ada rezeki, ini permata hati yang keempat. Memang sebelum ni cikla lewat period seminggu lebih dan rasa macam tak sedap badan. 

Badan macam demam tak demam, and tekak rasa mual. Sometimes. Tekak ni, merayau nak makan macam-macam. Semua teringin. Tapi bila dah dapat, makan sikit je. Sabor jelah.

My pregnancy story : Alhamdullillah, rezeki....
My pregnancy story : Alhamdullillah, rezeki....

Nampak macam satu clear satu tak clear kan dekat pregnancy test tu. Tapi dulu, masa first check mengandung adik ammar pun macam tu jugak. Double check, alhamdullilah ada. 

Masa memula tu cikla agak-agak je. Sebab, kalau ikutkan memang tak rancang pun. Kalau Allah nak bagi, cikla dan suami terima aje. Anak kan rezeki, betul tak? 

Hari ni memang rasa down sangat. Badan lemah, dan rasa nak demam. Anak cikla kakak Damia dengan adik Ammar pun demam sama. Mungkin berjangkit dengan ibu dia ni ha. 

Walau apapun, korang doakanlah yang terbaik ye. Nanti cikla update lagi 'cerita' selanjutnya.

  • Share:

You Might Also Like

7 Comments

  1. alhamdulillah dan tahniah cikla.

    ReplyDelete
  2. tahniah kalau betul cikla...sama la kita. Isnin baru nak ke klinik untuk pengesahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks shila.. mudah mudahan.. amin... take care ye.. nanti boleh share share cerita.. hehe

      Delete
  3. Tahniah sis <3
    http://www.unlimitedbeautysecret.com/

    ReplyDelete