04 February 2019

Resepi spaghetti goreng simple.

Resepi spaghetti goreng simple. | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya, ini pertama kali cikla masak resepi ni. Sebelum ni pernahlah tengok orang up dekat fb. Biasalah, kalau dah selalu tengok tu, maka teringinlah pulak nak mencuba kan. Lumrah manusia biasa. Haha. Nak tau gak, sedap ke tidak. Haaa, gitu. 

Kebetulan, balik umah mak so kalau masak apa-apa oklah kan sebab ramai tukang makannya kalau dekat sini. Semangat nak masak pun mai. Haha.

Jom baca, cikla nak share cara nak masak spaghetti goreng cara cikla yang paling simple. Ajommm...

Resepi spaghetti goreng simple.

Bahan-bahannya :
1 peket spaghetti.
1 biji bawang besar (hiris). 
3 ulas bawang putih (hiris).
1 sudu besar cili giling. 
Sedikit ikan bilis (ditumbuk halus).
1 sudu besar sos cili. 
1 sudu besar kicap. 
2 pelepah sayur sawi. 
3 biji telur. 
Minyak untuk menumis, garam dan perasa (jika perlu).


Cara nak buat. 
Rebus spaghetti sampai empuk. Masukkan sedikit minyak untuk elakkan spaghetti melekat. Dah empuk, tos dan ketepikan.

Dalam kuali yang sesuai, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan dihiris dan ikan bilis sampai garing dan kekuningan. Selepas itu, masukkan cili giling dan tumis lagi sampai naik bau dan garing.

Bila dah garing, masukkan sos cili dan kicap. Kalau rata. Sesudah itu, pecahkan telur dan kacau sekejap sebelum dimasukkan spaghetti. Gaul rata.

Taburkan garam dan perasa. Sesuaikan rasa. Last, masukkan sayur dan gaul rata sampai sayur layu. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan.

Inilah hasilnya.

Resepi spaghetti goreng simple.
Resepi spaghetti goreng simple. 

Resepi spaghetti goreng simple.
Resepi spaghetti goreng simple. 

Sekali pandang nampak macam mee goreng kan. Haha. Tapi, bagi cikla ni sedap lagi dari mee goreng sebab tak lembik sangat. Dia kenyal je. Kalau mee kan kalau lebih masak kan dia jadi lembik. Tak sedap.

Cubalah kalau nak tau sedap ke tak. Buat sarapan, sesuai sangat ni. 

3 comments:

  1. sedap mcm goreng mee jugak. cuba try makaroni lagi next time. hihi.

    ReplyDelete
  2. bila nak buat lagi ? hehe nak pi ketuk pintu rumah =D

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.