Jom baca perkongsian menarik ni : Jangan suka marah-marah.

By Cikla Shahril - January 08, 2019

Jom baca perkongsian menarik ni. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. InshaAllah.

Jom baca perkongsian menarik ni : Jangan suka marah-marah.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Jom baca perkongsian menarik ni : Jangan suka marah-marah. 

Ulama berkata : "Siapa yang berpagi-pagi dalam keadaan (suka) marah-marah adalah golongan manusia yang tidak berpuas hati dengan takdir Allah SWT"

Allah beri ujian pagi-pagi hari sebagai kafarrah untuk menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan pada malam sebelumnya. 

Tapi sesetengah kita tak sedar, pagi-pagi dah marah-marah dan merosakkan kebahagiaan pagi kita (sedang Allah datangkan ujian di pagi hari untuk menghapus dosa yang tersisa).

Contohnya :
  • Marah-marah anak di pagi hari kerana sebab-sebab kecil.
  • Pagi-pagi lagi tidak berpuas hati dengan suami/isteri/anak-anak sampai terjadinya leteran dan marah-marah.
  • Marah-marah (atas perkara yang kecil) sepertinya bila tersangkut dalam traffic jam atau kelewatan.
  • Pagi-pagi lagi dah 'bad mood' dan suka marah-marah pekerja bawahan. Walaupun kesilapan yang dilakukan hanya layak ditegur saja.

Ulama menyebut : Manusia sebegini adalah dalam golongan manusia yang hati kecilnya tak dapat menerima atau tak berpuas hati dengan takdir Allah kepadanya.

Bahayanya: Kita tak sedar kesan marah-marah kita itu. Selalunya kita akui kita redha, tapi hakikatnya akhlak kita mempamerkan hal yang berlainan. 

Perangai kita tunjuk yang sebaliknya. Sebab apa yang kita cakap itu hanya pembohongan diri dan hakikatnya hati kita tak berpuas hati dengan Allah. 

Tahukah kita sebagai hambaNya wajib redha dengan ketentuan takdir Allah SWT kerana setiap apa yang ditetapkan Allah itu pasti ada sebabnya dan terbaik dariNya.

Cermin diri kita, perbaikilah hubungan kita dengan Allah dan jadilah orang-orang yang redha dan bersyukur. 

Redha dan terima apa saja ketetapan Allah kepada kita dengan hati terbuka. Pastinya ada hikmah di setiap apa yang Allah tetapkan kepada hambaNya. 

Ucapkan dan zikirkan Astaghfirullah hal azim, La hawlawala Quwwata illa billaah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Kredit WhatsApp group.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. Allah.. Padu perkongsian CikLa ini.. Kena positifkan diri setiap pagi dan jangan marah-marah..

    ReplyDelete
  2. Cuba kawal marah..moga lebih sabar..aamiin.

    ReplyDelete
  3. amin.. semoga hari ini lebih baik dari semalam :)

    ReplyDelete
  4. ya Allah.. dala selalu moody T.T tapi xdela x bersebab. memang nak kena improve emosi ni. terima kasih atas peringatan dan perkongsian..

    ReplyDelete
  5. Allahu.
    terusik hati aida dgn ni, cikla.
    sering juga tegur anak2 pagi2.
    aduhai :(

    ReplyDelete