15 March 2019

Tips bersihkan hati.

March 15, 2019 0 Comments
Tips bersihkan hati. | Assalamualaikum wbt. Seriously, membaca 'sesuatu' itu memang senang yakmat kann. Tapi nak buat apa yang ditulis tu kadang-kadang payah nauu. Betul?

Ada yang paling sadisss, bila baca langsung harammm tak rasa apa punn. Baca pun macam, angin lalu membawa diriku. Sepintas lalu ku terkenangkan mu.

Ehh, ternyanyi pulak. Haha. 

Apa kata lepas ni kita cuba buat, salah satu walaupun tak dapat nakk buat semua kann. At least, adaa laa 'sesuatu' kann dari takde. Kehh.

Tips hati bersih hidup​ ​bahagia.

Tips bersihkan hati.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Tips bersihkan hati.

⏭️ Jangan sibuk nak cari salah orang, sebab salah sendiri banyak kitaa bukan sedo pun. 
⏭️ Jangan nak hina orang, sebab Allah tak penah pun hina kitaa kann.
⏭️ Jangan bukak aib orang, sebab Allah simpan aib kita sampai hari akhirat. Allahu. 
⏭️ Jangan sesuka nak perlekehkan orang, sebab Allah akan hargai setiap usaha hambaNya. 
⏭️ Jangan dokk mengutuk mengataa orang, sebab manalah taw  kann orang yang kita dokk kutuk tu laa yang tolong kita masa kita susah. Karma! 
⏭️ Jangan nak sakitkan hati orang, sebab doa orang yang teraniaya itu makbul taww. 
⏭️ Janganlaa dokk bangga sangat dengan amal ibadah kita, sebab Allah je yang taww amalan tu diterima ke idokkk. 
⏭️ Jangan nakk sombong eksen taik hidung masin  dengan apa yang kita ada, sebab Allah boleh tarik nikmat harta benda kitaa ni sekelip mata je. Bebila pun yang Dia nakk. Kun fa yakun. 
⏭️ Jangan bandingkan rezeki orang lain dengan kita, sebab Allah bagi rezeki tu lelain untuk setiap hambaNya. Rezeki tak kan salah alamat! 
⏭️ Jangan laa dok sedih, meratap, sesal tak sudah dengan kekurangan kita. Sebab, Allah taww apa yang terbaik untuk hambaNya. Bersangka baik dan ikhlas. InshaAllah semuanya baik-baik aje.

Sila #SHARE supaya orang lain juga mendapat manfaat dan sama-sama mempraktikkannya. 

Kredit tips : Bahagian Dakwah, JAKIM.

12 March 2019

Korang yang suka makan ulam raja mesti baca ni.

March 12, 2019 4 Comments
Korang yang suka makan ulam raja mesti baca ni. | Assalamualaikum wbt. Peminat ulaman wajib menjadi ulam sebagai menu wajib setiap kali mereka makan. Macam cikla, dulu memang agak memilih ulam. Tapi, sekarang semua ulam cikla telan. Kecuali, jeringlah. Kalau yang tu tak pernah cuba lagi.

Rupanya, makan ulam ni memang bahyak manfaatnya. Ini telah dibuktikan oleh 'orang lama' yang sememangnya menjadikan ulam ini sebagai menu utama mereka. Itu sebab kita tengok atuk nenek kita amat jarang jatuh sakit kan. Sebabnya, inilah amalan mereka.

Okeh, salah satu ulam yang popular dan biasa kita jumpa adalah ulam raja. Betul? 

Jom kita check apakah kelebihan ulam raja ini kepada diri kita, khasnya penggemar ulam ini.

Kelebihan ulam raja.

Korang yang suka makan ulam raja mesti baca ni.
Gambar telah diubahsuai dari carian Google. Korang yang suka makan ulam raja mesti baca ni. 

Untuk pengetahuan korang, ulam raja dikatakan dapat membantu me naikkan selera makan. Caranya, ambil 100 gm daun ulam raja yang fresh, then bersihkan. Lepas tu, makan je macam tu ataupun makan dengan nasi.

Next, ulam raja untuk halau serangga?

Wow, baca macam tipu je kan. Nak percaya ke tak ni. Haha. Tapi, memang betul ni. Ulam raja boleh bantu halau serangga. Caranya pun senang je, just ambil daun ulam raja dan tumbuk sehingga halus. Lepas tu, letakkan kat tempat-tempat yang serangga selalu lalu. Senang cakap, pot dia laa.

Lagi, kelebihan ulam raja. Untuk awet muda. Wow, ni sudah bagus. Senyumlahhh tu si wanita kan. Nak awet muda, makan ulam raja je. Hehe. Sihat dapat, cantik pun dapat.

Seterusnya, ulam raja boleh bantu hilangkan bau mulut. Senang je, korang amalkan je makan ulam raja hari-hari, InshaAllah ia dapat mengatasi masalah ni. Ohh ye, dalam ulam raja pun banyak kalsium. So, nak tulang kuat dan sihat, makan banyak sikit ulam raja ye. Hehe.

Ehh jap. Selain dimakan macam tu je atau makan mentah, ulam raja ni sedap gak kalau buat kerabu. Tapi, kalau makan gitu je lawan dia sambal belacan. Adehh, kecur liur terus. nyumm. Jom makan ulam raja untuk cantik dan sihat. Yesss.

Kredit Group Telegram PetuaDanKesihatan.

11 March 2019

Rahsia isteri sentiasa macam anak dara. Para isteri mesti baca!

March 11, 2019 4 Comments
Rahsia isteri sentiasa macam anak dara. Para isteri mesti baca! | Assalamualaikum wbt. Wah wahh wahh, mesti berbunga-bunga je hati kan bila encik suami asyik puji isteri dia kan. Yang paling best bila, encik suami cakap isterinya sama macam anak dara masa Baru-baru berkenalan dulu.

Mak aii, rasa nak lompat bintang dua puluh kali je kan. Haha.

Sebenarnya, benda ni semua kita bukan boleh dapat macam tu je tau. Semuanya kena ada usaha dan amalan yang boleh kita buat. Salah satunya, haa inilah dia.

Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra untuk para isteri sentiasa kelihatan cantik macam anak dara. 

Rahsia isteri sentiasa macam anak dara. Para isteri mesti baca!
Gambar diubahsuai dari carian Google. Rahsia isteri sentiasa macam anak dara. Para isteri mesti baca! 

Dr. Fatimah Az-Zahra telah menurunkan petua untuk para isteri dan ibu dalam menjaga diri supaya selalu jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. Kalau korang nak tau, 'Abqaro' ni maksudnya perawan yang sentiasa menjadi perawan. Wow!

So, ayat ni memang elok sangat diamalkan setiap hari oleh kaum ibu dan isteri demi menjaga kesihatan dan kecantikan luar dalam.

Macam mana caranya tu? 

Sangat mudah.

Selepas solat Isyak, ambil air segelas kemudian baca surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Kemudian, tiup dalam air tersebut dan minum. Niatlah dekat dalam hati tu untuk  menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga.

Oh ye, untuk pengetahuan korang, makna surah Al-Waqiah ayat 35-38 adalah seperti berikut:

  • (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. 
  • (56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh).
  • (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. 
  • (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Jom amalkan. InshaAllah.

Kredit Group telegram PetuaDanKesihatan.

05 March 2019

Mahukan kipas siling yang menarik dengan rekabentuk terkini? Jom terjah Crestar Fans, korang pasti teruja!

March 05, 2019 5 Comments
Mahukan kipas siling yang menarik dengan rekabentuk terkini? Jom terjah Crestar Fans, korang pasti teruja! | Assalamualaikum wbt. Hi readers. What's up! Cikla harap korang sihat-sihatlah ye. Maklumlah, cuaca sekarang memang sangat tak menentu. Kejap panas lit lit, kejap hujan. Tapi, hujan memang jaranglah. Yang selalunya, panas. Sampai ke petang pulak tu.

Walau apa pun, kenalah bersyukur kan. Nikmat Allah bagi. Alhamdullilah.

Cikla faham, bila time siang memang kita rasa bahang, panas, hangat walaupun kita duk dalam rumah. Pendek kata, macam-macam la. Perasaan bercampur baur gitu.

So, memang tak dinafikan setiap rumah dekat Malaysia ni mesti ada kipas kan, tak kiralah kipas siling ke atau kipas meja. Kalau yang jenis berduit sikit, bolehlah pasang aircond. Tapi, kena standby lah duit lebih nak bayar bil elektrik cukup bulan nanti. Hehe.

Bagi peminat kipas siling, lebih-lebih lagi kipas yang design dia sangatlah owsem, cikla ada something interesting nak share dengan korang pasal kipas ni.

Nak tahu? Kenalah baca sampai habis kan kan kan. Hihi.

Crestar Fans? Apakah dia? 

Mahukan kipas siling yang menarik dengan rekabentuk terkini? Jom terjah Crestar Fans, korang pasti teruja!
Mahukan kipas siling yang menarik dengan rekabentuk terkini? Jom terjah Crestar Fans, korang pasti teruja!

Cikla agak, warga Singapore mesti dah familiar sangat dah dengan brand ni kan? Crestar Fans, adalah kipas siling terbaik dan popular di Singapore. Kalau korang nak tau, syarikat pengeluar kipas Crestar ni  established pada tahun 2004 dengan nama syarikat Crestar Fans Enterprise.

Sejak penubuhannya, ia telah berkembang pesat dan mempunyai reputasi yang sangat mantap di kalangan pelanggan. So, lima tahun kemudian, ia telah me langkah setapak lagi mengorak langkah menjadi Crestar Fans Pte Ltd. Wow!

Apa yang menarik di Crestar Fans ni? 

Setiap benda mesti ada keistimewaannya yang tersendiri kan. Betul? Macam tu gak dengan Crestar Fans.

Mahukan kipas siling yang menarik dengan rekabentuk terkini? Jom terjah Crestar Fans, korang pasti teruja!
Mahukan kipas siling yang menarik dengan rekabentuk terkini? Jom terjah Crestar Fans, korang pasti teruja!

Mahukan kipas siling yang menarik dengan rekabentuk terkini? Jom terjah Crestar Fans, korang pasti teruja!
Mahukan kipas siling yang menarik dengan rekabentuk terkini? Jom terjah Crestar Fans, korang pasti teruja!

Antara keistimewaannya adalah :

  1. Mempunyai 6 pilihan warna yang menarik. 
  2. Mempunyai 3 saiz kipas yang berbeza iaitu 32 hingga 55 inci, dan dengan atau tanpa lampu LED. 
  3. Design atau rekabentuk kipasnya yang berbeza dan ergonomik. Moden dan up to date. 
  4. Mempunyai ketahanan paling tinggi. Tahan lama dengan Alumi Motor ™ (AC & DC). 
  5. Didatangkan dengan aksesori asal seperti remote control. Original gitu.

Gambar kipas siling Crestar Fans.

Mahukan kipas siling yang menarik dengan rekabentuk terkini? Jom terjah Crestar Fans, korang pasti teruja!
Mahukan kipas siling yang menarik dengan rekabentuk terkini? Jom terjah Crestar Fans, korang pasti teruja!

Mahukan kipas siling yang menarik dengan rekabentuk terkini? Jom terjah Crestar Fans, korang pasti teruja!
Mahukan kipas siling yang menarik dengan rekabentuk terkini? Jom terjah Crestar Fans, korang pasti teruja!

Mahukan kipas siling yang menarik dengan rekabentuk terkini? Jom terjah Crestar Fans, korang pasti teruja!
Mahukan kipas siling yang menarik dengan rekabentuk terkini? Jom terjah Crestar Fans, korang pasti teruja!

Testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan Crestar Fans.

So, kalau korang berminat boleh terjah ke link berikut. Bolehlah usha kot kot ada promosi ke kan dan tengok design terbaru.

Facebook : CRESTAR FANS 
Instagram : CRESTAR FANS 

Mahukan kipas siling yang menarik dengan rekabentuk terkini? Jom terjah Crestar Fans, korang pasti teruja!
Mahukan kipas siling yang menarik dengan rekabentuk terkini? Jom terjah Crestar Fans, korang pasti teruja!
Mahukan kipas siling yang menarik dengan rekabentuk terkini? Jom terjah Crestar Fans, korang pasti teruja!

Mahukan kipas siling yang menarik dengan rekabentuk terkini? Jom terjah Crestar Fans, korang pasti teruja!
Mahukan kipas siling yang menarik dengan rekabentuk terkini? Jom terjah Crestar Fans, korang pasti teruja!

Oh ye, mereka juga mempunyai perkhidmatan Online Warranty dengan Online Service Booking. So, lagi senang kan. Mudah dan cepat! Just klik, tunggu je kipas siling Crestar Fans mendarat depan rumah korang. Hihi. Yang penting siapkan wangnya saja. Settle.

Mahukan kipas siling yang menarik dengan rekabentuk terkini? Jom terjah Crestar Fans, korang pasti teruja!
Mahukan kipas siling yang menarik dengan rekabentuk terkini? Jom terjah Crestar Fans, korang pasti teruja!

Jom sejukkan diri dengan Crestar Fans!

Kredit gambar SINI

01 March 2019

Top commentator pilihan cikla untuk bulan Februari 2019.

March 01, 2019 6 Comments
Top commentator pilihan cikla untuk bulan Februari 2019. | Assalamualaikum wbt. Alhamdullilah, kita dah pun masuk bulan Mac 2019. Pejam celik pejam celik dah masuk 3 bulan kita di tahun 2019 kan. Syukurlah kita masih diberi kesempatan menikmati rezeki sihat dariNya.

Top commentator pilihan cikla untuk bulan Februari 2019.
Top commentator pilihan cikla untuk bulan Februari 2019. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

So, macam biasa habis je bulan cikla akan pilih top commentator yang akan menerima cenderahati dari cikla. Kali ni cikla nak pilih 2 orang yang bertuah sebagai tanda menghargai kesudian korang singgah nak tinggalkan komen di entri cikla.

Sebelum tu, jom kita tengok top 10 mereka yang rajin singgah sini. Check it out!

Top commentator pilihan cikla untuk bulan Februari 2019.
Top commentator pilihan cikla untuk bulan Februari 2019.

Top commentator pilihan cikla untuk bulan Februari 2019.

Dengan menggunakan khidmat random.org cikla akan pilih dua orang pemenang. Memula kita pilihan untuk hadian topup Rm10 ye. Jom kita tengok siapa yang kena.

Top commentator pilihan cikla untuk bulan Februari 2019.
Top commentator pilihan cikla untuk bulan Februari 2019.

Tahniah pada pokcik WARISAN PETANI kerana terpilih. Nanti wasap cikla ye kat no 017 3815843 dengan menaip SAYA MENANG TOPUP untuk tebus hadiah.

Okeh, sekarang kita nak pilih pemenang yang akan menerima hadiah cenderahati pulak. Jom kita tengok siapa yang bertuah tu. Jeng jeng jeng.

Top commentator pilihan cikla untuk bulan Februari 2019.
Top commentator pilihan cikla untuk bulan Februari 2019.

Yeayyy, tahniah pada blogger CIK CAPPUCCINO LATTE sebab terpilih ya. So, cepat-cepat WhatsApp cikla di yang sama di atas dengan menaip SAYA MENANG HADIAH CENDERAHATI.

Tahniah sekali kali pada kedua-dua pemenang yang terpilih. Pada yang tak terpilih jangan sedih, InshaAllah lepas ni rezeki korang pulak kan. Jangan serik singgah sini ya.

A million thanks again.

28 February 2019

Nak tau petua hilangkan serak dan batuk? Meh baca ini.

February 28, 2019 0 Comments
Nak tau petua hilangkan serak dan batuk? Meh baca ini. | Assalamualaikum wbt. Ada orang suka mengamalkan petua sebab bagi mereka yang menggunakan bahan semulajadi itu lebih selamat. Betul?

Yup, betullah tu kan. 

Keadaan cuaca sekarang memang tak menentukan. Kejap panas lit lit, kejap hujan. Walau apapun, bersyukurlah dengan nikmat yang Allah bagi kan. Panas itu nikmat, hujan pun nikmat gak.

Tapi, kalau orang jenis yang tak tahan dengan perubahan cuaca macam ni mesti mudah kena sakit kan. Paling tak pun, demam selsema dan batuk.

Kalau batuk tu, siap pakej sakit tekak dengan ulser penuh satu mulut. Adehhh. 

So, korang yang suka dengan petua lama meh baca ni, cikla share petua atau tips nak hilangkan serak dan batuk selain dari korang makan ubat tu.

Nak tau petua hilangkan serak dan batuk? Meh baca ini. 

Nak tau petua hilangkan serak dan batuk? Meh baca ini.
Nak tau petua hilangkan serak dan batuk? Meh baca ini.  Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Senang je petua dia. 

Korang amik sebuku asam jawa, pas tu rendam dan ramaskan kat dalam air. Dah siap tu, korang campurkan 'hasil ramasan' tu dengan segelas air sejuk, then embunkan nak senang lagi korang  masukkan je dalam ice box.

Korang minum air tu dua kali sehari, amalkan sampai serak korang tu hilang. InshaAllah, bila serak hilang batuk pun akan beransur sembuh.
Tapi, korang kena banyakkan minum air putih gaklah kann. Sebab tak nak bagi tekak tu perit.

Sesambil korang amalkan petua tu, korang boleh gak topup dengan mengamalkan minyak urut moden MMG yang bersifat waterbased ni.

Nak tau petua hilangkan serak dan batuk? Meh baca ini.
Nak tau petua hilangkan serak dan batuk? Meh baca ini. 

Korang just sapu je MMG ni pada bahagian dada dan belakang badan serta leher secara kerap. InshaAllah, ia boleh membantu melegakan batuk korang tu.

Nak tau petua hilangkan serak dan batuk? Meh baca ini.
Nak tau petua hilangkan serak dan batuk? Meh baca ini. 

Nak tau petua hilangkan serak dan batuk? Meh baca ini.
Nak tau petua hilangkan serak dan batuk? Meh baca ini. 

Cubalah ya. 😊

27 February 2019

Blog dah bersawanggg wehhh.

February 27, 2019 1 Comments
Blog dah bersawanggg wehhh. | Assalamualaikum wbt. Hai korang. Ya Allah, rindu betul nak menulis, celoteh celoteh, sharing dekat blog ni. Sejujurnya, sebulan kebelakangan cikla macam agak bizi dengan hal lain.

Kalau dulu, boleh jugaklah curik sikit masa nak update dekat sini, tapi sekarang ni macam tak sempat aje.

Blog dah bersawanggg wehhh.
Blog dah bersawanggg wehhh. Kredit Google. 

Memang dah set dah bila malam, nak buat draft blog, tapi pepahamlah kan bila dah malam badan otak semua letih. Dapat bantal, bummm terus lena di ulit intan. 

Tetau je dah subuh dah. Adehh.

Mujurlah pageview harian masih oklah. Around 1k ke 2k sehari. Bagi cikla itu pun dah cukup bagus.

InshaAllah start  bulan depan lusa ni, cikla nak mantain balik tulis blog. At least satu entri pun dah fuhhh, alhamdullilah.

Lagipun banyak yang cikla nak sharing nih. 

Jumpa lagi nanti ya.

08 February 2019

Makan ulam kalau nak awet muda? Wow, bestnya.

February 08, 2019 9 Comments
Makan ulam kalau nak awet muda? Wow, bestnya. | Assalamualaikum wbt. Cikla ni boleh dikatakan 'hantu' ulam gak laa. Kalau makan tu, sebolehnya mesti ada ulam. Baru selera bertambah. Hihi. Sesilap haribulan bertambah nasi berpinggan-pinggan. Keh.

Korang tau tak, ada orang cakap nak awet muda senang je. Makan ulam bebanyak. Betul ke tidak tu?

Tapi macam betul gak la. Sebab, tengok mak mak tok nek kita. Kebanyakan dari mereka menten muda, sihat lagi. Masih boleh buat kerja yang orang muda buat. Ada yang masih gagah perkasa lagi. Kalah orang muda. Hihi.

Cuba korang tanya rahsia diaorang yang dah berusia ni tapi nampak awet muda. Mesti salah satu jawapan diaorang adalah amalan mereka adalah suka makan ulam atau sayur. Betul tak?
Amalan mereka itu pulak bukan mereka buat sehari dua tau, tapi selalunya sejak zaman muda lagi. Zaman berzaman kata orang. Dah sebati dalam diri. Jadi kebiasaan dah.

Ulam ni sebenarnya bukan sekadar melancarkan proses penghadaman dan pencernaan kita je tau, tapi ia sangat berkat rapat dengan kesihatan serta kecantikan kulit wajah gak tau.

Kalau korang nak tau, kebanyakan sayur dan ulaman ni mengandungi vitamin C yang penting untuk penghasilan kolegan. Kolegan pulak penting untuk menjadikan kulit lebih elastik dan mengurangkan kedutan di wajah.

Selain itu, kebanyakan sayuran termasuk ulama jugak mengandungi karotenoid seperti beta karotin yang mana ia berfungsi melindungi kulit dari kesan sinar matahari dan radikal bebas. Kesan inilah yang menjadi punca berlakunya penuaan kulit.

Senarai ulaman yang boleh diamalkan untuk awet muda. Apa dia tu, jom baca. 

Makan ulam kalau nak awet muda? Wow, bestnya.
Makan ulam kalau nak awet muda? Wow, bestnya. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Pegaga adalah ulam yang paling mudah didapati dan diamalkan. Ia biasa dijadikan jus atau kerabu. Ada juga yang mengamalkan meminum rebusan pegaga yang dikatakan boleh menaikkan seri wajah. Makan me tah gitu pun boleh.

Ulam raja selalunya boleh terus dimakan mentah selepas dicuci bersih. Ada yang mengatakan ia sangat elok diamalkan oleh ibu berpantang. Antara khasiat ulam raja adalah ia dikatakan boleh membantu meremajakan kulit. Bestnya!

Jantung pisang, perlu dicelur atau direbus dulu sebelum dimakan. Tak boleh di makan mentah tau. Haha. Jangan korang bedal pulak mementah kang. Habis bergetah mulut. Keh. Jantung pisang dikatakan mengandungi serat yang tinggi dan boleh mengelakkan sembelit.

Daun selom ni rupa dia macam pegaga. Kalau dekat kedai makan banyak lah. Senang jumpa. Daun selom dikatakan kaya dengan pelbagai nutrien seperti kalsium dan vitamin C.

Kacang botor atau kelisa boleh dimakan mentah atau dimasak. Kalau cikla, lagi suka buat kerabu. Tapi, kena pilih yang muda lah sebab lebih fresh dan sedap. Ia jugak kaya dengan dengan protein dan mineral.

Timun. Kalau cikla sila lagi timun Jepun. Lagi sedap. Rangup. Kruupp krappp bila kunyah. Makan gitu pun sedap. Yang bestnya ia boleh dimakan dengan apa jugak menu. Timun dikatakan dapat mengatasi masalah sembelit dan gastrik.

Petai. Wah, ini antara ulam yang menjadi kegemaran ramai. Tak kisahlah bau petai tu agak kurang menyenangkan, tapi khasiatnya memang banyak. Antaranya, ia kaya dengan sumber antioksidan dan serat. Yang bestnya, ia boleh dimakan sama ada mentah, direbus atau dibakar tapi kalau nak sedap lagi, dimasak sambal. Wallaaaa.

Makan ulam kalau nak awet muda? Wow, bestnya.
Makan ulam kalau nak awet muda? Wow, bestnya. Kredit Google. 

Cekur, ulam yang selalu digunakan oleh mak dalam pantang sebab ia dikatakan boleh mengecutkan rahim dan membuang angin.

Bendi rebus, dikatakan boleh menguatkan ingatan dan kecergasan memori selain dari awet muda. Ia juga adalah sumber makanan yang baik untuk mereka yang mengalami masalah sembelit, merawat ulser, mengurangkan darah haid berlebihan, meningkatkan kesuburan, melegakan bengkak dan radang.

Banyak lagi sebenarnya ulaman yang lain yang boleh diamalkan. Tapi, apa yang penting sebaiknya dapatkan nasihat doktor dululah dan amalkan secara sederhana. Itu yang terbaik.

Kredit Group Telegram PetuaDanKesihatan.

06 February 2019

Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka!

February 06, 2019 5 Comments
Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka! | Assalamualaikum wbt. Baru-baru ni, masa cikla pergi beli barang dekat kedai runcit berdekatan rumah, terjumpa pulak orang jual jagung tongkol tu murah. So, rembatlah 3 bungkus sebab memula ingat nak buat bubur jagung je. Feberet aiii tu. Hehe.

Tapi, bila dah sampai rumah, time cit chat cit chat dengan encik suami, tetiba keluar cite pasal jagung rebus. Dah tu pulak, tetiba (aisehhh, tetiba lagi. Haha) teringat pernah tengok orang masak jagung rebus guna susu.

Usha punya usha dekat Google, jumpalah resepi mudah jagung rebus susu viral yang popular. Thanks sis Pieja Arshad share resepi owsem.

Jom tengok macam mana nak buat jagung rebus senang gila ni. Sedap pulak tu. Ajommm.

Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka! 

Bahan-bahannya : 
5-6 ketul jagung. 
1 tin susu cair. 
3-4 sudu besar susu pekat. 
2 sudu besar butter. 
1 sudu garam. 
1 cawan air masak.

Caranya :
Jagung direbus dahulu sampai empuk. Masukkan sedikit garam dalam air rebusan tu. Dah empuk, angkat toskan dan ketepikan.

Dalam kuali atau periuk yang sesuai, panaskan butter dan masukkan semua bahan lain. Biar kita-kira 10 minit dan sampai mendidih. Selepas itu, masukkan jagung yang dah direbus tadi.

Tutup api, dan bolehlah dihidangkan. So, inilah hasil yang cikla buat ritu. Hehe.

Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka!
Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka! 

Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka!
Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka! 

Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka!
Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap. Budak-budak mesti suka! 

Memang sedap. Anak-anak cikla semua suka. Maknya dapat makan sikit je. Haha. Best kan kalau anak-anak suka makan apa yang ibu masak. Lagi semangat nak masak. Kih kih kih.

Cubalah kalau nak tau sedap ke tidak. Selamat mencuba!

04 February 2019

Resepi spaghetti goreng simple.

February 04, 2019 4 Comments
Resepi spaghetti goreng simple. | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya, ini pertama kali cikla masak resepi ni. Sebelum ni pernahlah tengok orang up dekat fb. Biasalah, kalau dah selalu tengok tu, maka teringinlah pulak nak mencuba kan. Lumrah manusia biasa. Haha. Nak tau gak, sedap ke tidak. Haaa, gitu. 

Kebetulan, balik umah mak so kalau masak apa-apa oklah kan sebab ramai tukang makannya kalau dekat sini. Semangat nak masak pun mai. Haha.

Jom baca, cikla nak share cara nak masak spaghetti goreng cara cikla yang paling simple. Ajommm...

Resepi spaghetti goreng simple.

Bahan-bahannya :
1 peket spaghetti.
1 biji bawang besar (hiris). 
3 ulas bawang putih (hiris).
1 sudu besar cili giling. 
Sedikit ikan bilis (ditumbuk halus).
1 sudu besar sos cili. 
1 sudu besar kicap. 
2 pelepah sayur sawi. 
3 biji telur. 
Minyak untuk menumis, garam dan perasa (jika perlu).

Cara nak buat. 
Rebus spaghetti sampai empuk. Masukkan sedikit minyak untuk elakkan spaghetti melekat. Dah empuk, tos dan ketepikan.

Dalam kuali yang sesuai, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan dihiris dan ikan bilis sampai garing dan kekuningan. Selepas itu, masukkan cili giling dan tumis lagi sampai naik bau dan garing.

Bila dah garing, masukkan sos cili dan kicap. Kalau rata. Sesudah itu, pecahkan telur dan kacau sekejap sebelum dimasukkan spaghetti. Gaul rata.

Taburkan garam dan perasa. Sesuaikan rasa. Last, masukkan sayur dan gaul rata sampai sayur layu. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan.

Inilah hasilnya.

Resepi spaghetti goreng simple.
Resepi spaghetti goreng simple. 

Resepi spaghetti goreng simple.
Resepi spaghetti goreng simple. 

Sekali pandang nampak macam mee goreng kan. Haha. Tapi, bagi cikla ni sedap lagi dari mee goreng sebab tak lembik sangat. Dia kenyal je. Kalau mee kan kalau lebih masak kan dia jadi lembik. Tak sedap.

Cubalah kalau nak tau sedap ke tak. Buat sarapan, sesuai sangat ni. 

01 February 2019

Top commentator pilihan cikla untuk bulan Januari 2019.

February 01, 2019 9 Comments
Top commentator pilihan cikla untuk bulan Januari 2019. | Assalamualaikum wbt. Alhamdullilah, bulan Januari dah pun melabuhkan tirainya kan. Allahu, cepatnya masa berlalu. Bagi mereka yang selalu terleka, memang tak akan sedar. Ya Allah, hindarkanlah aku dari menjadi orang yang lalai. Aamin.

So, macam biasalah. Setiap kali habisnya bulan, cikla akan pilih seorang top commentator yang akan menerima cenderahati berupa topup rm10 ikut line memasing.

Cikla pilih guna random.org sebab untuk lebih adil. Mana taknya, kalau nak pilih mereka yang berada di tempat pertama, asyik orang yang sama je kan. Macam tak adil pulak pada yang lain. Dah la selalu singgah dan tinggalkan komen, tapi asyik miss dapat hadiah je. Hehe.

Top commentator pilihan cikla untuk bulan Januari 2019.

So, jom kita tengok dulu senarai top 10 mereka yang selalu rajin singgah blog picisan ni.

Top commentator pilihan cikla untuk bulan Januari 2019.
Top commentator pilihan cikla untuk bulan Januari 2019. 

Wah, nampaknya blogger Shahida berasa di tangga pertama. Tapi, untuk memenangi cenderahati, cikla akan buat undian guna random.org yang macam cikla cakapkan sebelum ini.

Jom kita tengok siapa yang kena.

Top commentator pilihan cikla untuk bulan Januari 2019.
Top commentator pilihan cikla untuk bulan Januari 2019. 

Yeayyy, tahniah pada SHAFYQAH AZAHAR sebab terpilih. So, nanti awak wasap cikla di 017 3815843 tulis top commentator Jan 2019, dan bagitau line telefon awakkk untuk diberi no topup nanti.

Pada yang tak terpilih, jangan aaa serik singgah dan tinggalkan komen kat blog cikla ye. Mungkin kali ni takde rezeki korang. Mana tau bulan depan korang pulak. Dan, rasanya bulan depan cikla macam nak pilih 2 orang la. Sorang dapat topup, sorang cikla nak bagi barang.

So, mai singgah selalu sini naaa kalau nak menang hadiah. Thanks semua sebab selalu  support cikla. Love you all.

28 January 2019

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.

January 28, 2019 8 Comments
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. | Assalamualaikum wbt. Bila tiba musim cuti sekolah, tak kisahlah cuti pendek ke panjang, kebanyakan parents mesti tercari-cari tempat best yang boleh dijadikan tempat menghabiskan masa terluang anak-anak.

Apa yang lagi best, bila pergi ke tempat tu semua aktiviti boleh dibuat. One stop center lah bak kata orang putih. Betul kan?

Haaa, kalau korang nak tau ada satu tempat yang mempunyai ciri-ciri yang cikla mention kat atas tu. Nak tau? Apa lagi, kenalah baca sampai habis tau. 

Melaka, negeri peninggalan sejarah yang patut dikunjungi. 

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. Kredit Google. 

Semua orang tau kot yang negeri Melaka sangat terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya. Tak kiralah tempat  seperti Kota A Famosa, Bukit Belanda serta tokoh-tokoh sejarah popular seperti Hang Tuah, Parameswara dan sebagainya.

Sejarah Melaka ini sememangnya amat penting untuk diketahui dan tak hairanlah kan kalau ia dimasukkan dalam silibius mata pelajaran yang diajar di sekolah kini.

Disebabkan oleh kisah sejarahnya yang tersendiri, thats why Melaka ni one of Malaysia tourist places yang terkenal dengan pelancong dari setiap pelusuk dunia. Kalau korang ke Melaka, confirm boleh jumpa pelbagai jenis orang yang datang dari negara lain.

Sebabnya? Sudah tentu diorang datang sini pasal nak tengok kesan peninggalan sejarah yang still ada.

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. 

Mereka yang selalu pergi ke Melaka mesti tau yang Melaka pun ada Theme Park. Apa lagi, tak lain tak bukan, Melaka Wonderland lah nama yang patut korang dengar dan pergi berkunjung ke sana bersama keluarga korang. Kalau korang nak angkut satu kampung' pun boleh aje. Hihi. 

Actually, cikla pernah juga  ke sini sekali masa cuti sekolah tahun lepas kalau tak silaplah. Tapi, cikla pergi yang taman air dia je. Memang best gilaaa. Anak-anak cikla time tu memang excited sangat. Maklumlah, water everywhere. Memang kesukaan budak-budaklah. Fun! 

Rupa-rupanya, di Melaka Wonderland ni ada satu tasik yang kita boleh naik bot kayuh tu. Pasangan suami isteri yang nak romantika di Tampoi boleh datang sini. Apa salahnya, honeymoon kali kedua kan kan kan. Hehe.

Selain itu, ada pedal boat dengan tube ride jugak, ala yang kita naik pelampung yang boleh muat 2 orang tu, lepas tu kayuh pakai dayung. Syok kan. Best jugak sekali sekali dapat mendayung. Dengan yang tersayang pulak tu. Sambil-sambil tu boleh bagi makan ikan.

Ouchh, so romanticcc mehhh.

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.

Lagipun, aktiviti macam ni boleh jadi salah satu Terapi diri untuk kita jugak. Maklumlah, asyik busy dengan tugas hakiki, sesekali santai rileks diri memang heaven sungguh aihh. Bagi mereka yang sukakan haiwan khasnya rabbit, ada section yang kita boleh bagi makan rabbit secara direct. Siap pakej boleh usap usap si rabbit tu lagi. Best kan?

Mereka yang suka ride pulak boleh sewa elektrik skuter. Korang sewalah secara berjemaah. Best sikit kan. Ramai-ramai, meriah. Kalau nak lagi best, korang bukak game racing je. Memang havoc. Haha, gurau je. Korang jangan buat betul-betul pulak ye. Cubit kang. Haha. 

Melaka Wonderland, tempat riadah menarik untuk seisi keluarga. 

Japp, sebenarnya tempat paling siyok gila kalau di Melaka Wonderland ni ialah taman tema air dia. Memang best, sebab cikla kan pernah pergi dulu. Kihkihkih.

Dekat sana, memang ada banyak gelungsur yang kita boleh try. Kalau nak rasa pusing-pusing pening kepala boleh try Tornado Chaser. Pusing-pusing kat bowl sampai masuk terowong yang terus ke pool. Dapat bayangkan tak?

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. Tornado Chaser. 

Kalau yang ni memang anak-anak cikla have fun sangat. Lagipun, bebudak ni kalau tengok air macam kerasukan. Haha. Berendam sehari suntuk pun tahan lagi tau. Sampai kecut-kecut jari semua.

Ohh ye, kalau korang nak racing sape sampai dulu dengan gelungsur pun boleh, apa lagi pilihlah Kamikaze racer yang ada 6 lanes. So, sekali naik, 6 orang terus dia tapau. Haha. So, bet aaa. Siapa yang sampai dulu dia kena belanja makan. Kah.

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. Kamikaze racer. 

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. Kamikaze racer. 

Naik ni, hati-hati tau. Bukan apa, jangan sangkut kat tengah-tengah sudah. Jenuh pulak nak tarik keluar kang. Hehe. 

Lepas tu ada pulak pool human made yang ada ombak, feel dia sudah tentu macam kita mandi kat laut. Best kan.

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. Pool yang besar siap ombak lagu. Like a real beach. 

Ehh, korang ingat tak kalau dulu masa korang kecik-kecik bila ombak datang je korang cuba lompat atas ombak tu. Ingat? Haha. Kalau korang tak pernah buat, korang patut try buat nanti. Memang sangat adventure tau.

Bila sebut pasal adventure, khas untuk bebudak ada satu tempat yang dipanggil Adventure Island. Tempat ni memang sangat adventure untuk bebudak. Orang tua jangan berangan pulak nak 'beraksi' kat sini ehh. Malu orang tengok, haha.

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland. Adventure Island. 

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.

So, untuk bebudak kalau ibu bapak nak train imaginasi dan kembangkan minda dorang, I recommend this place. Bak kata orang putih, 'this is is the right place'. Hiksss. Yang penting dorang enjoy!

Oh yee, pasal tiket pulak, korang kena beli at least 2 hari sebelum korang nak pergi sana. Tak boleh nak buat apalah, sebab itu memang syarat dorang. So, nak tak nak memang kena buat macam tu laaa.

Actually, senang je kan?

Kalau korang lapar time tengah syok main air tu, jangan risau. Dekat dalam ni pun  korang boleh beli makanan dan minuman. Macam-macam ada ooo, Nasi pun ada, lauk pauk yang sedap dan lain-lain.

Mengenai keselamatan dekat dalam ni pulak, korang jangan risau sebab management di sini sangat mementingkan safety. Apa yang penting korang patuhi je semua syarat yang dah ditetapkan.

InshaAllah, selamat.

Melaka Wonderland ni sebenarnya dekat je dengan bandar Melaka. Adalah kira-kira 15 minit gitulah. Kalau korang datang, keluar dari highway Air Keroh, memang dah dekat sangat dah tu.

Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland.

Korang boleh gak kalau nak check kat website dorang untuk exact location supaya korang tak tersesat or tak jumpa pula kan. Lebih-lebih lagi yang first time datang.

Tempat penginapan pun dekat gak dengan Melaka Wonderland ni seperti hotel Permaisuri. Dah nama negeri pelancongan kan, so kalau nak cari hotel tak payah nak risau takde sebab memang banyak gila bersepah. Senang nak jumpa. Siapkan wangnya aje!

So, apa lagi. Jom bawa family korang beriadah dan bersuka ria di Melaka Wonderland cuti sekolah nanti. Memang seronok sangat. Silap-silap haribulan anak korang tak balik oiii.

Harulah kalau macam tu. Bertabahlah!

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.