Sukar mengawal kemarahan? Meh cuba tip ini.

By Cikla Shahril - December 10, 2018

Bagi cikla, marah adalah sifat semulajadi manusia. Rasa marah memang sukar nak dielakkan, lebih-lebih lagi kalau mereka itu memang seorang yang pemarah. Sebenarnya, rasa marah ini boleh dikawal kalau kena dengan caranya. Bukan apa, kalau kita ikutkan rasa marah ini, akhirnya orang pun rasa jelek dengan kita. 

Mana taknya, sikit-sikit nak marah. Sikit-sikit nak marah. Pendek kata, asyik nak marah memanjang. Huhu. Lama-lama orang pun bosan dengan kita. Apa kata kita try tip berikut. Walaupun bukan semua, tapi cubalah separuh. At least, bermanfaat juga kan. Jom check!

Sukar mengawal kemarahan? Meh cuba tip ini.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Cuba korang tarik nafas panjang, kemudian lepaskan perlahan-lahan supaya oksigen mulai masuk ke kepala dan ini membuatkan anda akan mula berfikir dengan lebih mendalam serta rasional. Korang duduk dalam keadaan badan yang tegak, kemudian letakkan kedua tangan korang di atas peha dan genggam tangan dengan kemas. 

Selepas itu, buka dan genggam tangan korang dengan pantas sambil menarik nafas yang dalam. Kalau korang nak tau, ini akan membantu tubuh menjadi lebih relaks, sekaligus kemarahan juga akan semakin reda. Korang perlahankan atau hentikan pergerakan supaya kadar degupan jantung korang dapat diturunkan. Kendurkan dan regangkan otot-otot yang tegang akibat kemarahan melampau.

Sukar mengawal kemarahan? Meh cuba tip ini.
Sukar mengawal kemarahan? Meh cuba tip ini. Kredit Google. 

Sukar mengawal kemarahan? Meh cuba tip ini.
Sukar mengawal kemarahan? Meh cuba tip ini. Kredit Google. 

Berfikirlah secara rasional dan positif sebaik oksigen mulai masuk ke kepala. Berfikirlah dengan lebih membina dan kawallah kemarahan perlahan-lahan. Korang tahu tak, yang membuat sedikit lawak jenaka pastinya buat minda korang menjadi lebih terbuka dan relaks. Keadaan ini secara tak langsung akan menjadikan kemarahan juga makin reda.

Beralihlah dari persekitaran dan sumber yang menyumbangkan kepada perasaan marah korang, kalau perlulah. Tak salah kot korang keluar dari rumah, ataupun pergilah bercucuk tanam di luar rumah ke, tanam bunga ke, atau apa-apa sajalah. So, sudah pastinya buat mood korang akan menjadi semakin baik.

Kredit :  Majalah Keluarga.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. sha kalau marah sha tidur je haha bangun mesti dah ok

    ReplyDelete
  2. amarah sesuatu yang boleh buat kita hilang kawalan.

    ReplyDelete
  3. hahaha kalau stress pergi tengok pokok dekat luar.

    ReplyDelete