Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga.

By Cikla Shahril - December 03, 2018

Semalam mak, abah dan adik-adik cikla datang berkunjung ke rumah. Biasalah mak abah, kalau lama je cikla sekeluarga tak balik ke kampung, kalau ada kesempatan mak abah mesti singgah sini. Kebetulan semalam, mak abah pergi ke rumah atuk sedara cikla, berdekatan dengan rumah. So, dah alang-alang lalu tu, mereka singgah lagi. 

Bila tahu ada tetamu nak datang, seboleh-bolehnya cikla nak masak something untuk me jamu mereka. Iyelah, kata orang tetamu yang datang itu pembawa rezeki. Apa salahnya sesekali jamu mereka kan. Dengan air tangan anak mereka sendiri pulak tu. Hehe. Gigih tau cikla cari resepi nasi tomato yang senang dan cepat. Akhirnya ke temu jua.

Sebenarnya, nyaris-nyaris tak jadi nasi tomato cikla ni. Gigih juga godek-godek nasi tu bagi jadi. Haha, alhamdullilah, menjadi. Dan, rasanya pun tak mengecewakan. Jom, cikla share dengan korang macam mana nak masak nasi tomato senang dan sedap! Sejujurnya, ini pertama kali cikla memasak nasi tomato ni. Alhamdulillah, menjadi.

Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga.
Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga.


Bahan-bahannya yang cikla guna ni ikut sukatan beras yang cikla guna. Resepi asal guna 2 cawan beras).

Bahan-bahannya :

4  pot beras (kalau nak sedap gunalah beras Basmathi). 
4 sudu besar minyak sapi (Cikla guna planta/marjerin je). 
2 biji bawang besar (tumbuk). 
6 ulas bawang putih (tumbuk). 
Rempah 4 sekawan (bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga). 
1 helai daun pandan (simpul).
1 tin kecil tomato puri (boleh juga nak guna sos tomato, tapi lebihkan sedikit). 
2 biji tomato (potong dadu). 
3/4 susu cair. 
Garam dan air secukupnya.

Caranya :

Basuh beras sebersihnya, toskan dan ketepikan. Dalam periuk nasi, panaskan planta/marjerin. Kemudian, tumis bahan ditumbuk bersama rempah 4 sekawan (bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis) sehingga kekuningan dan naik bau.

Selepas itu, masukkan daun pandan, tomato puri dan tomato yang dipotong dadu. Kacau sekejap dengan rata. Next, masukkan susu cair dan air secukupnya (ikut sukatan beras yang digunakan sebab lain beras lain had airnya) bersama garam secukupnya. Biarkan mendidih. Sesudah itu, masukkan beras dan gaul rata. Masak nasi macam biasa. So, inilah hasilnya, nyumm!

Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga.
Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga.

Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga.
Nasi tomato mudah dimasak. Menu mudah untuk jamu seisi keluarga.

Bila nasi dah masak, serih nasi untuk gembur-gemburkan dia. Sedia untuk dinikmati. Nasi tomato sedap dimakan bersama ayam sambal tomato dan acar timun. Nanti cikla share dua resepi ni di entri yang berasingan ye. Nak tau sedap ke tak, kenalah cuba sendiri. Cuba jangan tak cuba. Hehe!

Kredit resepi SINI

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. tetiba rasa nak makan nasi tomato..hihi

    ReplyDelete
  2. nampak sedapnya nasi tomato lama tak makan ni..teringin pulak lepas tgk resepi cikla ni hehe

    ReplyDelete
  3. Fuyoo.. mengancam sungguh nasi tomatonya..

    ReplyDelete