03 December 2018

Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk.

Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk. | Assalamualaikum wbt. Hai korang, Isnin dah hari ni kan. Hari ketiga bulan Disember. Cepatnya masa berlalu kan. Kalau hari isnin, mesti orang cakap Monday blues. Hehe. Ala, asyik Monday blues je. Chill ok. Semangat!

Dah sarapan ke korang? Sarapan apa tu? Pagi ni, cikla sarapan cucur manis viral. Sebenarnya, dah lama dah save resepi ni. Bukan apa, walaupun ia hanya sekadar cucur, tapi memang sedap weh... Apa yang best, dah sejuk pun cucur still lembut je...

Nak tau macam mana nak buat? Jom ikut resepi ni... Sebelum tu, terima kasih tuan punya resepi. Tapi, tak ingat cikla ambil di mana, mungkin di Facebook atau Google.

Resepi cucur manis viral. 

Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk.
Add caption


Sebelum itu, jom tengok bahan-bahannya dulu...


Bahan-bahannya :
2 cawan tepung gandum (Cikla guna cawan kopi). 
2 cawan air panas. 
3 sudu besar gula (Cikla kurangkan sikit, tak nak manis sangat). 
1/2 sudu teh garam (Cikla guna sudu kfc tu). 


Caranya :
Dalam mangkuk yang sesuai, campurkan tepung  gandum bersama gula dan garam ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Selepas itu, masukkan air panas dan kacau dengan menggunakan senduk sampai bahan-bahan itu sebati. Biarkan adunan sejuk sedikit.


Kemudian, panaskan minyak secukupnya. Guna kaedah minyak penuh, maknanya cucur tu tenggelam dalam minyak.

Berbalik kepada adunan tadi, bila adunan dah sejuk, ambil sedikit adunan dan bulatkan. Ikutkan bentuk saiz yang korang suka ikut kesukaan korang. Tapi, cikla suka buat kecil-kecil. Senang cakap macam kita buat cekodok pisang tu.

Bila minyak dah panas, perlahan kan sikit api kemudian masukkan cucur yang telah dibentuk ke dalam minyak. Goreng cucur sambil kacau-kacau, golek-golek cucur tu untuk dapatkan warna cucur yang sekata.

Dah masak, angkat dan toskan minyak. Sedia dinikmati. Inilah hasilnya. Kita close-up sikit. Hehe. Gebusss kan... 

Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk.
Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk. 

Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk.
Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk. 

Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk.
Cucur Manis Viral! Sedap dan lembut walaupun dah sejuk. 

Nak tau sedap ke tak, kenalah cuba sendiri. Selamat mencuba!

5 comments:

  1. macam sedap je. nak try! thank youuu for the recipe 😍

    ReplyDelete
  2. peberet en somi dan sofia kecik tu. tapi shu buat version, xletak air panas, shu letak air biasa, dan biarkan dalam 10 minit. kalau rajin baru letak air panas. sebab ada assistant yang rajin nak menolong.hee

    jom shu tag cikla :D https://www.shuhaidasaad.com/2018/12/mystery-boxes-giveaway-by-liyana-jasmi.html

    ReplyDelete
  3. Samalah. Kaella suka buat kecik2 gini sekali ngap je dekat mulut hehe

    ReplyDelete
  4. Owh.. pakai air panas sepenuhnya ye.. sedap nie kalau dihidangkan bersama kopi atau teh..

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.