02 December 2018

Tip menyediakan makanan bayi supaya bersih dan selamat.

Tip menyediakan makanan bayi supaya bersih dan selamat. | Assalamualaikum wbt. Penjagaan dalam penyediaan makanan terutama untuk bayi sememangnya memerlukan perhatian yang rapi. Bukan apa, perut bayi ni kan sensitif banyak, bukan sikit. Salah sikit, mulalah mereka merengek, meragam macam-macam lagilah. Kadang-kadang sampai buntu si ibu tak tau apa punca mereka meragam. 

Rupanya, dari apa yang mereka makan. 

So, untuk para ibu khasnya ibu yang pertama kali mempunyai bayi cikla nak share dengan korang semua tip macam mana untuk menyediakan makanan bayi supaya bersih dan selamat. Walaupun hal ni kita nampak remeh dan simple, tapi sebenarnya ia sangat penting demi kesihatan bayi kita. 

Jom check sama-sama! 

Tip menyediakan makanan bayi supaya bersih dan selamat. 

Tip menyediakan makanan bayi supaya bersih dan selamat.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Tip menyediakan makanan bayi supaya bersih dan selamat. 
  • Menggunakan ramuan atau bahan yang fresh. Sebaiknya, elak dari menggunakan bahan makanan dalam tin sebab ia mengandungi garam yang tinggi. Sememangnya, tak bagus untuk bayi. 
  • Elak atau jangan menambah garam, gula, kicap dan sewaktu dengannya ke dalam makanan bayi, terutama bayi yang berumur di bawah 1 tahun.
  • Sebaiknya, elakkan dari memberi putih telur kepada bayi terutama sebelum mereka berusia 1 tahun. Ini kerana, dikhuatiri bayi akan mengalami alahan. 
  • Kalau korang nak tau, makanan bayi boleh dicampurkan dengan susu ibu supaya ia dapat mengajar bayi lebih bersedia menerima makanan baru. Tambahan pula, makanannya akan menjadi lebih berkhasiat. 
  • Korang kena elakkan dari menggoreng makanan untuk bayi dalam minyak yang banyak. No no no, memang tak bagus sama sekali! 
  • Apa yang paling bagus, kukus sayur untuk mengekalkan kandungan nutriennya. Ini kerana, sayuran yang dikukus kemudian boleh dijadikan puri dan dicampurkan ke dalam bubur. 
  • Selain itu, korang boleh melenyek buah-buahan lembut dengan menggunakan garpu. Buah-buahan yang lebih keras pula korang boleh kukus dulu, sebelum ia dilenyek ataupun dijadikan puri.
  • Korang boleh memasak sayuran dan buah-buahan yang berkulit lembut dengan kulitnya sekali untuk mengekalkan nutriennya. 
  • Pastikan korang memasak daging, ikan atau ayam dengan betul. Elakkan dari memberi bayi makanan separuh masak (half cooked). Kalau korang nak tau, cara untuk memasak makanan ini adalah dengan mengekalkan kandungan nutriennya iaitu  dengan cara mengukus, mereneh atau merebus.

Tip menyediakan makanan bayi supaya bersih dan selamat.
Tip menyediakan makanan bayi supaya bersih dan selamat. Kredit Google. 

  • Sememangnya, makanan yang lembut lebih memudahkan bayi menerima dan menghadamkannya. Maklumlah, mereka bukan ada gigi lagi nak kunyah kan. 
  • Apa yang paling baik adalah dengan memulakan dengan makanan yang mempunyai tekstur halus, licin dan lembut contohnya dijadikan puri ataupun dilenyek... Pun sedap! 
  • Elakkan dari memberi bayi makanan yang boleh menyebabkan bayi tercekik, seperti makanan berbentuk bijian termasuklah anggur dan sayur-sayuran mentah.
  • Sebaiknya, elakkan dari menambah terlalu banyak air ke dalam makanan. Apa yang ibu boleh lakukan adalah dengan menambah susu ibu, stok ayam, ikan bilis, sayuran atau sedikit minyak sayuran untuk mencapai kepekatan yang diingini.
  • Ibu disarankan supaya menyediakan makanan lebih daripada yang diperlukan dan sejuk bekukan bahagian lebihan dalam dulang kiub ais atau bekas kecil. So, dengan cara ini, so ibu tak perlu masak pada setiap hari. Kalau korang nak tau, makanan yang dibekukan boleh tahan sehingga 3 bulan.
  • Makanan hendaklah dicair-beku di bahagian bawah peti sejuk semalaman, bukan di dalam singki atau dengan merendamnya dalam air.

Tip menyediakan makanan bayi supaya bersih dan selamat.
Tip menyediakan makanan bayi supaya bersih dan selamat. Kredit Google. 

  • So ibu boleh menyediakan ramuan seperti air rebusan lebih awal dan sejuk bekukan. Ia akan memudahkan kerja ibu terutama jika ibu kesuntukan masa dan sebagainya. 
  • Jagalah kebersihan dan amalkan cara yang betul apabila mengendalikan dan menyediakan makanan terutama makanan bayi. 
  • Gunakan peralatan yang bersih apabila memberi bayi makan.
  • Apa yang terbaik, gunakan peralatan memasak yang dikhaskan untuk memasak makanan bayi sahaja. Contohnya, menggunakan blender khas untuk mengisar makanan bayi. Jangan pula korang guna mesin pengisar cili pula! 
  • Bila korang cair bekukan makanan bayi, jangan sejuk bekukan makanan itu sekali lagi untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria. Selain itu, cara ini juga akan menjejaskan tekstur, kesegaran dan juga kandungan nutrien makanan tersebut. 

Jom manfaatkannya! 

Kredit Group Telegram PetuaDanKesihatan. 

2 comments:






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.